Thursday, December 31, 2015

Berbikini, Calon Paramugari Di Negara Tidak Percayakan Tuhan..

Pelajar sekolah menengah atas berbikini untuk jadi paramugari..

 Agensi model di Qingdao, China, mengumumkan pertandingan tahunan bagi para lulusan sekolah menengah atas untuk menjadi calon pramugari atau model.

Menurut People 's Daily Online, lebih dari seribu siswi lulusan sekolah menengah atas semalam berarak mengenakan bikini dan pakaian seragam pramugari untuk mendapat kontrak kerja di syarikat-syarikat atau industri fesyen sebagai model.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Selasa (29/12), acara tahunan itu menarik minat para siswi dari Shandong, Hebei, Shanxi, Anhui, Jiangsu, Jilin, dan sejumlah wilayah lain.

Agensi model bernama Oriental Beauty itu mengatakan mereka mencari calon-calon yang berpotensi yang mempunyai postur tubuh tinggi minimal 167 sentimeter.
Parade bikini di China dailymail.co.uk/xinhua

Para gadis itu juga dipilih mempunyai tubuh langsing, suara lembut, dan kulit mulus. Persaingan untuk menjadi pramugari di China memang dikenali cukup ketat. Syarikat penerbangan mengenakan syarat yang tidak mudah untuk dipenuhi. 

Apa bedanya dengan pertandingan ratu cantik di Malaysia atau pertunjukan artis-artis yang 'berpakaian tetapi telanjang'? Tetapi Malaysia adalah negara yang ada 'Kepercayaan Kepada Tuhan'. (IH)

19 comments:

Anonymous said...

terbeliak mata ustaz2 nanti. apa la hj dok post cerita mcm ni.

Anonymous said...

Terbeliak mata?? Eleh biasa lah bro. Depa ustaz pun manusia gak. Jangan jeles. Haha. Peluang kena sama rata. Baru adilkan. Ahaksss. Aku pun rasa semangat je. Haha

Anonymous said...

baik hg tukar saja nama blog ni..
hg ni dok sebar gambar macam ni tak takut dosa ka..
aku cuma peringat saja sama2 Islam..

Unknown said...

Solat mencegah kita dari perkara keji dan mungkar..renung2 lah tuan..

Unknown said...

Solat mencegah kita dari perkara keji dan mungkar..renung2 lah tuan..

Anonymous said...

Merapu betul orang tua ni,di China tak sama dengan di Malaysia,agama lain,makanan lain dan cara bekerja untuk cari duitpun lain.

Anonymous said...

Salam Pak Ibnu ,aku nak pos gambar bogel aku dalam blog ni boleh.kah..kah..kah....

Anonymous said...

China tak sama dengan di Malaysia, agama lain,makanan lain dan cara bekerja untuk cari duitpun lain. Itu betui. China negara komunis, tapi sama-sama bogel, sedang M'sia negara agama rasminya Islam? China lantak dia la, bukan negara Islam..

Anonymous said...

si tua bodoh ni ingat islam yang dia amal tu islam betul kot. jom kita sama2 lancar jihad ke si tua penghina agama ni.. ibnu hasyim si penghina islam!!!

Anonymous said...

Ok la tu..
at least cerah sikit mata
ni asyik dok mengadap walaun2 serban melengkaq ja
pengampu hj hadi

Anonymous said...

KONON, 'jom kita sama2 lancar jihad'. nAK LETAK NAMA PUN TAK BERANI. ADMIN ADA JUGA NAMA, ALAMAT, GAMBAR.

LU, BAGI LA NAMA, GAMBAR NO TEL, TINGGAL DI MANA, BOLEH KITA JUMPA. KALAU LELAKI. PUI!!!

Anonymous said...

aNON, December 30, 2015 at 8:10 PM. bAGI LA NAMA ALAMAT, NO tEL, KALAU BERANI BERTANGGUNG JAWAB APA YANG KAMI KATA.

tUDUH PULA iSLAM ORANG (bLOG INI) TAK BETUL.

dAH JAHIL SOMBONG PULAK.

BERTAUBATLAH SEEBELUM TERLAMBAT.

otaiblues.blogspot said...

gambar yg di soar kan bukan untuk kenikmatan mata.sekadar perbandingan yg terjadi antara negara tiada tuhan dengan malaysia negara islam sunnah wal jamaah.setakat nk berbikini mcm tu..berlambak kat malaysia.mcmna ngaku negara islam sedangkan sama je keadaan macam negara kapiaq.mana pemimpin.mana ulama..

Anonymous said...

otaiblues.blogspot

Tq komen yang baik.

Anonymous said...

Puak pencarut dan pelucah dah kehabisan fakta, kehabisan modal, kapanasan.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim setahu aku tak ada hadis yang mengisahkan cerita2 lucah dan gambar2 bogel.Harap tidak memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Anonymous said...

Anon di atas pergi belajar lagi.

Ibnu Hasyim sudah jelaskan berkali-kali.

Anonymous said...

sebenarnya yg duk komen2 backup pak asyim blue ni, adalah pak asyim sendiri. tengok gaya penulisan pun tau sgt. hahahahaha.

Anonymous said...

Pencarut-carut ni dah Xde alasan lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails