Pemandu pelatih yang ingin belajar memandu kereta boleh mendapatkan perkhidmatan pembelajaran ini secara percuma langsung tanpa sebarang bayaran akan dikenakan.
Mereka cuma perlu memberi ‘upah’ seks kepada jurulatih yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada mereka untuk memandu kereta dengan betul dan selamat.
Kita sememangnya mengetahui, Belanda, merupakan sebuah negara yang membolehkan aktiviti-aktiviti terlarang dilakukan secara terbuka.
Malah, lebih memeranjatkan apabila institusi pelacuran di sana juga bebas melakukan iklan untuk menarik pelanggan. Undang-undang di sana sememangnya ‘menghalalkan’ semua aktiviti ini.
Namun undang-undang baharu ini telah mendapat tentangan seorang wakil partiChristenUnie (Christian Union), Gert-Jan Segers.
Pemimpin ini mendakwa amalan sistem ‘barter’ sebegini akan menyebabkan cukai kerajaan tidak boleh dikenakan. Malah, beliau turut menyelar sistem ini sebagai sistem pelacuran haram dan patut dihentikan.
Namun usul beliau ini ditentang hebat oleh Menteri Infrastruktur Belanda, Melanie Schultz van Haegen dan Menteri Keadilan Ard van der Steur.
Mereka mengatakan sistem ride for a ride ini bukanlah sesuatu yang melanggar peraturan selagi kedua-dua pelaku berumur lebih daripada 18 tahun dan ke atas.
Semoga undang-undang baharu ini dirombak semula dan diharap tiada negara lain yang memilih untuk mengaplikasikan cara yang sama dengan apa yang dilakukan negara Belanda ini. – Sumber: Toronto Sun
5 comments:
bab sex laju ja pak hashim update ...
Lebai kulup
Kalaulah Ibnu Hasyim jadi pengajar kelas memandu dan situasi ini dibenarkan di Malaysia,nescaya setiap hari Ibnu Hasyim akan senyum lebar hingga ke telinga.Maklumlah rezeki jatuh ke riba.
Kalau xda benda nak cakap xyah komen. komen di atas komen bangang. Pak asim buang je komen bodoh tu.
Maaf, saya nak komen atas Anon December 24, 2015 at 10:53 PM.
Sengaja saya biarkan, selagi komen itu tidak jelas lucah.
Contohnya.
Anon di atas sekali perli seolah-olah seks itu suatu yang 'aib. Sebenarnya banyak hadis Nabi SAW bercakap mengenai seks. Seks jangan dilucahkan.
Anon bawahnya, menghina 'lebai kulup', semoga dia tidak menghina agama, penyebab seseorang muslim jadi murtad. Na 'auzubillah.
Anon seterusnya, pemikirannya amat teruk. Menganggap perbuatan zina (seperti dalam tilusan di atas)sebagai 'rezeki'. Itu bukan pemikiran Islam. Saya harap dia menulis komen itu kerana jahilnya.
Demikian sedikit penjelasan.
Post a Comment