Sunday, December 27, 2015

DAP Marah Sekat Atlet Israel Bersukan Di M'sia. Apa Sikap PAN?

DAP Perak menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi, esok. Apa sikap PAN?
SUKAN
Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin berkata, Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.
"Sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chong mengulas laporan menyebut pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) itu.
Khairy dilaporkan memainkan peranan dalam penafian visa berdasarkan dasar diplomatik Putrajaya terhadap Israel. Chong mendakwa, Malaysia sebelum ini telah membuat pengecualian berkaitan atas semangat kesukanan.
"Menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan peribadi mereka adalah tindakan yang tidak boleh diterima.
"Lebih-lebih lagi kedua-dua atlet itu adalah juara bertahan. Menafikan visa bagi kemasukan mereka sama seperti menafikan hak untuk mempertahankan kejuaraan mereka.
"Perkara ini tidak boleh diterima dalam mana-mana acara sukan," kata Chong.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia akan memboikot Sukan Olimpik sekiranya dianjurkan oleh Israel.
Selain visa dinafikan, The Malay Mail Online melaporkan bahawa Malaysia telah mengenakan beberapa sekatan ke atas peserta Israel itu.
Antaranya ialah sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol. Lagu kebangsaan Israel juga tidak akan dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.
Lima puluh negara dilaporkan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Afrika Selatan, Sepanyol, Finland, Ireland, Itali, Belanda, Jerman dan Perancis. 
DAP memang tidak sensitif terhadap Islam yang dianuti golongan majoriti negara ini. Apa sikap Parti Amanah Nasional (PAN), bertembungkah dengan DAP?

Sementara itu, di Shah Alam Pemuda AMANAH menyambut baik tindakan kerajaan Malaysia mengenakan sekatan terhadap dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata sekatan itu perlu sebagai tanda protes terhadap Israel dan ia perlu dilakukan pada setiap perkara dan bukan hanya sukan semata-mata. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Simamat tua IbnuHasyim dgn Janda Kecut OmakKau ni tak habis2 nak korek kesalahan PAN, nak cari isu agar nampak fitnah PAS@IbuHasyim@OmakKau dan bloger2 tegar PAS bahawa PAN Pak Turut DAP. Ini dia dari pihak PAN berkaitan tajuk situa IbuHasyim, "AMANAH Sokong tindakan sekatan terhadap Atlet Israel", http://www.kedahlanie.info/2015/12/amanah-sokong-tindakan-sekatan-terhadap.html

Anonymous said...


Penyokong-penyokong bangsat Israel yang berada di negara ini adalah pengkhianat bangsat yang menyokong rejim bangsat Israel yang sedang menindas, menyiksa, merogol dan membunuh orang-orang awam Palestin, menyerang dan memusnahkan sasaran awam Palestin dan merampas tanah rakyat Palestin secara zalim dan kejam.

Tanpa merasa malu dan segan, musang-musang berbulu ayam bangsat ini mengumumkan sokongan terhadap Israel dengan membuat pengumuman jijik seperti ‘I love Isreal’ dll dan mempertikai keputusan kerajaan menyekat atlet rejim pengganas Israel. Orang-orang ynag tidak bermoral sahaja menyokong negara haram Israel.

Sepatutnya pengkhianat-pengkhianat ini berambus ke Israel supaya mereka boleh merasai bagaimana rejim pengganas melayan manusia bukan Yahudi seperti binatang (Goyim).

In a 2007 report, United Nations Special Rapporteur for Palestine John Dugard stated, "elements of the Israeli occupation constitute forms of colonialism and of apartheid, which are contrary to international law" and suggested that the "legal consequences of a prolonged occupation with features of colonialism and apartheid" be put to the International Court of Justice. Reference: Dugard, John. "Report of the Special Rapporteur on the situation of human rights in the Palestinian territories occupied since 1967, John Dugard" . p. 3.

In 2010 United Nations Special Rapporteur for Palestine Richard A. Falk reported that criminal apartheid features of the Israeli occupation had been entrenched in the three years since the report of his predecessor, John Dugard.[67] In March 2011, Falk said, "The continued pattern of settlement expansion in East Jerusalem combined with the forcible eviction of long-residing Palestinians is creating an intolerable situation ... [and] can only be described in its cumulative impact as a form of ethnic cleansing." (Reference: Falk, Richard (8 July 2011). "The tactic of arresting Palestinian children". al Jazeera English. )

Unknown said...

Kita tengok je.. berani tak anak tuang presiden menyahut cabaran dr salah seorg pemuda AMANAH utk berdebat berkenaan amanah ikut telunjuk dap.. berani berckp mesti berani sahut....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails