Monday, December 28, 2015

Esok Presiden PAS Berucap Di Tehran. -Lapor Dr Mohd Khairuddin

Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ummah di Tehran; Menggarap Krisis Semasa Dunia Islam
Antara ucapan Rasulullah saw di Arafah ketika Haji Wida' yang bermaksud:
"Maka sesungguhnya darah-darah (nyawa), harta benda dan maruah kehormatan (sesama) kamu adalah haram dicerobohi oleh kamu sebagaimana haramnya pencerobohan terhadap kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) di bulan kamu ini (Zulhijjah) di bumi kamu ini".
(Hadis Bukhari dan Muslim)
Ia satu penegasan dan deklarasi kemanusiaan tentang kemuliaan dan kehormatan nyawa, harta benda dan maruah manusia yang mesti dipertahankan daripada sebarang bentuk pencerobohan.
Namun, hari ini umat Islam khususnya di Timur Tengah sedang berhadapan dengan kemelut dan krisis politik yang menatijahkan pertumpahan darah ratusan ribu umat Islam serta menuntut satu formula penyelesaian.
Antaranya, masa depan Palestin yang masih dijajah oleh Yahudi yang mendapat dokongan kuasa besar barat dan sokongan moral sebahagian pemimpin yang mengaku muslim.
Juga pertumpahan darah di Iraq yang masih belum berakhir sejak Saddam ditumbangkan.
Seterusnya politik Libya yang belum stabil pasca pembunuhan Muammar Ghadaffi.
Pasca kudeta terhadap Dr Morsi oleh al-Sisi menyaksikan Mesir terus bergolak.
Di Syria pula perang saudara dicipta oleh tangan-tangan ghaib lalu diambil kesempatan oleh ISIS tajaan barat yang merosakkan nama Islam dan menatijahkan jutaan pelarian.
Terkini, Yaman pula bergolak disebabkan pemberontakan.
Dalam semua kemelut dan krisis ini, di sebahagian negara, perbezaan antara kelompok dan aliran aqidah Islam dicanang pula oleh sebahagian sebagai antara sebab dan punca yang meluaskan lagi jurang perpaduan ummah menangani krisis.
Inilah krisis politik semasa umat Islam yang menjadi topik perbincangan Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ummah Kali ke 29 yang berlangsung di Tehran bermula hari ini 27hb Dis sehingga 29hb Dis 2015 anjuran kerajaan Republik Islam Iran yang menghimpunkan para ulamak daripada aliran Sunni dan Syiah atas nama kesatuan ummah.
Tuan Guru Presiden PAS dijadualkan berucap esok dengan tajuk ; "Krisis Asia Barat dan Permainan Masyarakat Dunia"
Adakah mungkin satu kesatuan politik umat Islam menjadi formula penyelesaian setelah beberapa dekad mereka hanya disatukan atas nama kesatuan kebajikan dan ekonomi semata-mata?
Atau persoalan lebih utama; adakah kesatuan politik menghampiri model Khilafah Uthmaniyyah, Abbasiyyah dan Umawiyah antara negara umat Islam boleh menjadi kenyataan dan formula penyelesaian?
Apa yang ada dalam fikiran anda sekarang saat persoalan ini dilontarkan?
Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Hotel Istiqlal, Tehran, Iran.
27 Dis 2015 / 15 Rabi'ul Awal 1437 H

11 comments:

Anonymous said...

cadangan saya belajar2 keluar tabligh..
tuan2 semua orang terpelajar..
politik yang terbaik ialah cara Baginda Nabi..
dan cara politik yang paling mirip cara rasulullah akhir zaman ni diamalkan oleh jemaah tabligh..
bukan cerita MALAYSIA MELAYU SAHAJA..
tetapi seluruh alam..
Ayuh..
harta kita bukan milik kita..
kalau tak guna untuk agama maka
akan habis gak dimakan dunia..
masa kita juga bukan milik kita..
kalau bukan untuk agama maka
masa kita tetap akan habis dimakan dunia..
Diri kita juga bukan milik kita..
Kalau diri kita bukan untuk agama maka..
diri kita juga akan habis gak satu hari nanti..
tanya pada diri tuan2..
kali keberapa aku diajak untuk keluar bertabligh?
dirumah?
dipejabat?
dikedai?
diuniversiti?
dimasjid?
di MEKAH?
di MADINAH?
oversea?
di dalam internet?
bila lagi tuan2?
tanamkan keazaman dan Allah mengetahuinya..
insyaallah Allah akan lorongkan tuan2..

kita ni dah akhir zaman sangat dah..
semua sedia insyaallah..

Unknown said...

InsyaAllahl !

Anonymous said...

Tehran??? Sejak bila Tuan President pandai bergaul dan berceramah dinegara diperintah oleh puak syiah..

Unknown said...

Shuuu..jgn cakap kuat kuat nanti walaun marah,

Anonymous said...

Dijemput berucap ats dasar apa? Pentadbiran hebat? Mr Presideng gagal d Ganu.
Perjuangan hebat? Bahtera pimpinan sendiri berpecah
Berorganisasi hebat? Keputusan bersama ditonggang-langgangnya
Pemimpin beramanah? Tikam kawan dari belakang
Kehebatan berceramah? Sessi parlimen selalu ponteng
Habis, apa? Ilmu agama dlm kepala bnyk tp praktiknya tidak!!!

Anonymous said...

PAS dijemput berceramah di Iran, ada puak-puak meroyan..
ha ha ha

Anonymous said...

Iran negara Islam ke?????

Unknown said...

Nanti ada orang kata syiah pula. Bila mat sabu kesana ada kata dia syiah.

Unknown said...

Nanti ada orang kata syiah pula. Bila mat sabu kesana ada kata dia syiah.

SuJeng said...

Errr..... Dia berucap guna bahasa apa tu

Anonymous said...

mohd zain..

Macam perli Presiden PAN atau PKR saja, tak tahu bahasa Arab?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails