BANYUL, Gambia: INI berita setahun lalu, Presiden Gambia, Yahya Jammeh (gambar disebelah), melaksanakan hukuman penjara seumur hidup bagi kaum gay. Dia tidak peduli dengan kecaman kumpulan hak asasi manusia yang menentang undang-undang di Gambia itu.
Amnesty International dan Human Rights Watch berkata dalam satu kenyataan bersama, bahawa rang undang-undang Anti-Gay di Gambia telah disahkan oleh Parlimen pada 25 Ogos 2014. Kaedah-Kaedah itu boleh digunakan untuk mensasarkan kaum gay yang dianggap 'penjahat' dan orang yang hidup dengan HIV.
"Presiden Jammeh sepatutnya tidak bersetuju dengan tindakan mendalam yang melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa," kata Stephen Cockburn, Timbalan Pengarah Regional Amnesty untuk Afrika barat dan tengah.
"Perhimpunan Nasional Gambia dan Presiden sepatutnya tidak menyokong homofobia yang ditaja negara," lanjut dia, seperti dikutip news.com.au, Khamis (11/9/2014).
Penggal Kepala
Namun Jammeh, merupakan bekas pegawai tentera yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa tahun 1994. Presiden Gambia ini telah berulang kali mengecam homoseksual dan pernah bersumpah untuk memenggal kepala gay, walaupun ia kemudian menarik kembali sumpahnya itu.
Tahun sebelum itu, Jammeh pernah mengeluarkan kecaman atas perilaku kaum gay kepada Majlis PBB.
"Orang-orang yang mempromosikan homoseksual ingin mengakhiri kewujudan manusia," katanya kala itu.
"Hal ini menjadi wabak dan kami warga Muslim dan warga Afrika akan berjuang untuk menamatkan perilaku ini," katanya lagi.
Di Malaysia lebih melampau lagi, puak-puak membela gay mendesak dan mulai ektream.. (IH)
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment