Wednesday, December 23, 2015

Hanya Kerana Kalimat Ini, Semua Sekolah Di Augusta County AS, Ditutup.

Tulisan Khat ini membawa erti Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhamad itu Rasul Pesuruh Allah.

BEGITULAH kehebatannya kalimat Laialaha illahlah.... Hanya kerana ayat kalimah Syahadah, semua sekolah di Augusta County, Virginia, Amerika Syarikat (AS) telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.

Ia akibat kemarahan yang tercetus dalam kalangan ibu bapa para pelajar di sana yang bimbang mengenai tahap keselamatan anak-anak mereka. 

Meskipun tiada sebarang ancaman bahaya diterima daripada mana-mana pihak, semua sekolah di daerah itu tetap diarahkan tutup pada 18 Disember manakala segala aktiviti ko-kurikulum pelajar turut terbatal.

Ini Kisahnya..

Kisah bermula apabila seorang guru meminta anak-anak muridnya menulis semula ayat Syahadah dalam tulisan khat di Riverheads High School di Staunton. Ini merupakan salah satu silibus mata pelajaran World Geography.

Tujuan asal sukatan pelajaran ini adalah bagi membolehkan pelajar lebih memahami kompleksiti serta struktur tulisan kaligrafi Islam.

Jika dilihat dari sudut pandangan positif, ia bukanlah sesuatu yang boleh memudaratkan serta mengugat akidah para pelajar di sana yang rata-rata menganut agama Kristian.

Situasi bertukar menjadi gempar apabila para pelajar telah membawa pulang kertas kerja sekolah berkenaan dan ditunjukkan kepada ibu dan bapa mereka. Disebabkan rasa takut dan bimbang, kebanyakan ibu bapa pelajar telah menghubungi pihak sekolah secara berterusan dan menyuarakan reaksi mereka mengenai hal itu.

Lebih serius, ada yang mengarahkan agar guru yang bertanggungjawab mengajar subjek berkenaan, Cheryl LaPorte, diberhentikan perkhidmatannya serta-merta.

Bagaimanapun, LaPorte tampil menjelaskan bahawa silibus tersebut bukanlah satu silibus yang dicipta oleh dirinya, sebaliknya, ia diambil dari buku kerja yang menyentuh mengenai World Religions.

Malahan, silibus berkenaan sudah sememangnya diajar buat sekian lama sebelum ini. Isu ini tercipta akibat dipengaruhi insiden siri tembakan rambang yang berlaku di San Bernardino, California, dua minggu lalu yang mengorbankan 14 nyawa manakala 21 lain dilaporkan cedera.

Dua suspek yang beragama Islam bagaimanapun telah ditembak mati oleh pihak berkuasa pada hari kejadian.

Sejak dari siri serangan yang berlaku di San Bernardino ini, umat Islam seluruh dunia kini berdepan dengan masalah dibenci oleh golongan anti-Islam yang terus menerus menyalahkan Islam atas beberapa lagi serangan lain yang berlaku sebelum ini. – Sumber: CNN

Lihat..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Video: All Schools Shut Down Over Islam Homework - Augusta County, Virginia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails