Monday, December 07, 2015

Hapuskan Hukum Khalwat, Selepas Cadang Mansuhkan JAKIM -G25.


Jika sebelum ini, G25 yang merupakan kumpulan bekas penjawat awam mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan, terbaru, kumpulan berkenaan mendesak supaya sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah ditubuhkan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kumpulan ini mencadangkan supaya hukuman terhadapa perbuatan khalwat dimansuhkan kerana ia dianggap mereka sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu."

“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi.

Beliau selain itu berkata, perlaksanaan undang-undang syariah menajdai masalah kerana ia adalah bercanggah dengan Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai satu kesalahan jenayah.

“Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda.”

“G25 kini sedang cuba mendapatkan kerjasama dan penglibatan daripada semua NGO dalam membincangkan perkara tersebut termasuk kemungkinan memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka," tegasnya.

Sementara itu, M. Redzuan berkata, jawatankuasa tersebut akan melakukan kajian menyeluruh untuk ‘memperbetulkan’ beberapa perkara di dalam undang-undang syariah yang telah melangkaui sempadan Perlembagaan.

“Ini akan melibatkan masyarakat dan orang ramai, mereka akan mengkaji undang-undang syariah dan sivil untuk melihat di mana bahagian yang pelaksanaan syariah ini melampaui Perlembagaan,” jelasnya. 

6 comments:

Anonymous said...

G25 ini sangat sesuai menjadi ahli PAN. Ahmad Awang tentu gembira dg aneka jenis islam di dlm Pan, ada syiah, ada liberal, ada plural, ada pemuja DAP ...

Anonymous said...

Lepas ni kalau anak2 bwk balik rumah couple berzina jgn kaco.. boleh mengganggu privacy.. sbb termaktub dlm perlembagaan negara.. keh keh keh
Duduk dalam kubur pun tk dpt privacy.. tak cayer? mati dulu baru tau...

Anonymous said...

Kesian lpsni jangan anak cucu dia berzina depan mata dia sendiri...ishishish kesian

Anonymous said...

Perogol perompak penyamun lebian gigolo Along Ceti boleh jugak join PANDAP SIAL MUNAFIQ LANGGAR BAIAH ATAS NAMA ALLAH INI.

Anonymous said...

Memang itu yang dia hendak. Laki dia berzina depan mara dia pun nanti dia kata HAK PRIVASI SUAMI SAYA.
Mulut longkang setan g25 ni sama seperti umat dulu yang dikutuk dan dilaknat Allah.

Anonymous said...

Wauuuyyooo.....baguih nyer akhlak anon 6.02 pm....patut dicontohi dan diikuti....nanti rugi....inilah akhlah yg menjiwai agama.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails