PM Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
KOTA BHARU: Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjalinkan hubungan baik dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak adalah dengan restu daripada kepimpinan PAS Pusat.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata hubungan yang baik itu bukan dilaksanakan secara bersendirian oleh Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau berkata, semua kepimpinan PAS bersetuju hubungan baik diadakan dan bekerjasama dengan UMNO khusus dalam perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan rakyat.
"(Abdul Hadi) berbaik dengan UMNO dan menjalinkan hubungan baik dengan Najib, semua pihak dalam PAS setuju bagi perkara yang menyentuh kepentingan Islam dan rakyat. "Perkara ini dibincang di peringkat PAS Pusat dan dalam lajnah politik (PAS) dan berbaik dengan UMNO ini bukan keputusan Presiden seorang, ia adalah keputusan parti.
"Kita (boleh bekerjasama) bukan setakat dengan UMNO, dengan sesiapa pun boleh untuk kepentingan Islam dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ECXO di Kota Darulnaim di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas hubungan baik antara Abdul Hadi dan Najib sejak kebelakangan ini dan ia semakin ketara selepas Najib merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al- Azhar Malaysia yang turut dihadiri Hadi yang memberi ucaptama pada multaqa itu.
Abdul Hadi juga dalam ucaptama pada multaqa itu menegaskan umat Islam di negara ini wajar mengetepikan perbezaan fahaman politik dan mengukuhkan perpaduan jika tidak mahu melihat suasana kucar kacir seperti di Asia Barat.
Berikutan itu juga Najib turut menghulurkan salam silaturahim dan mengajak PAS untuk sama membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya. (BH)
3 comments:
Orang berdosa sanggup bekerjasama dengan sesiapapun termasuk dengan
jin dan syitan, asalkan dapat mensucikan dirinya, apatah lagi dengan
PAS. Najib berharap, melalui kerjasama dengan PAS ini akan dapat
mensucikan dirinya di mata orang Melayu.
Orang tak kisahpun, apa NAJIB b uat.
Nak bersekongkol dengan PAS, dengan PKR or DAP.
Orang dah percayakan dia lagi.
Kepercayaan kami sudah hilang bersama duit RM2.67 billion
yang lesap dalam akaunnya, termasuk utang 1MDB 42 billion yang terpaksa
RAKYAT BAYAR melalui penghapusan subsidi, GST dan kenaikan Tol, ERL,MRT,dll.
Kalau dia jadi PM lepas 2018, kemungkinan besar GST akan dinaikan daripada
3% kepada 13%.
Hidup orang MELAYU takkan bertambah baik.
**** AKU BUKAN DAP taw. Aku Melayu yang tertindas macam korang semua.
Aku dalam pas dah lebih 30 tahun cumanya aku tak pakai serban berkilo.orang lain aku tak tau tapi aku nak bagi amaran dengan haji hadi: kalau hang pecah amanah dan bersekongkol dgn amno syaitan atas apa saja alasan bodo sekalipun maka aku
Haramkan dan tak halal segala sumbangan dan duit ringgit yg prnah aku dermakan untuk pas kepada haji hadi dan kincu2 hang.
pelik dan ajaib,selama 50 tahun berjuang lawan umno akhirnye pas ingin berkerjasama dgn umno atas kapasiti melayu dan islam.zaman tgna,org umno kata pas parti ajaran sesat,sekarang pas dan jd parti islam sebenar.pas sekarang dgn pimpinan skrg tak mampu menjadi kerajaan malaysia,kerana keputusan celaru,statement membodek,dangkal dan dungu.
Post a Comment