HUKUMAN dipendekkan sebagai hadiah krismas. Ia merupakan hadiah yang diberikan kepada Heather Mack dan Tommy Schaefer yang kini masing-masing dihukum penjara 10 dan 18 tahun atas tuduhan membunuh ibu Heather, Shilan Von Wiese-Mack di Bali.
Hukuman penjara mereka diberikan potongan sebanyak sebulan oleh kerajaan umat Islam terbesar Indonesia. Meskipun ia adalah pengurangan yang kecil bagi mereka yang menjalani hukuman penjara 10 dan 18 tahun, namun ia menyebabkan kemarahan banduan lain.
Ini kerana banduan lain tidak mendapat keistimewaan berkenaan. Pasangan Heather dan Tommy itu dipenjara selepas membunuh Sheila di sebuah hotel di Bali pada Ogos 2014. Mayat Sheila kemudiannya dimasukkan ke dalam beg.
Heather dan Tommy kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kerobokan yang turut menempatkan seorang warga asing, Lindsay Sandiford, 59, yang menunggu hukuman mati selepas didapati bersalah menyeludup dadah melalui lapangan terbang Bali pada 2012.
Sandiford, tidak menerima sebarang pengampunan dan dihukum mati pada bulan Januari 2013. Terdapat lebih 80 banduan di Penjara Kerobokan mendapat pengurungan hukuman sempena Krismas. (IH)
Video:
Video:
No comments:
Post a Comment