SAN BERNARDINO, California – Seorang lelaki dan wanita menembak mati 14 orang dan mencederakan 17 lagi dalam satu majlis sosial di California Selatan kelmarin sebelum kedua-duanya maut ditembak polis beberapa jam kemudian, kata pihak berkuasa.
Dua suspek itu melarikan diri dari lokasi kejadian di dewan Inland Regional Center, San Bernardino, kira-kira 100 kilometer ke timur Los Angeles dan meninggal dunia beberapa jam kemudian semasa kejadian berbalas tembakan apabila polis mengepung kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka. Seorang anggota polis turut cedera dalam insiden itu.
Kejadian amuk itu berlaku di sebuah parti anjuran Jabatan Kesihatan Alam Sekitar Daerah San Bernardino yang berkhidmat untuk golongan sakit mental.
KEGANASAN TERBAHARU: Pegawai polis berkawal di luar sebuah salun rambut di Seal Beach, California kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan ...
KEGANASAN TERBAHARU: Pegawai polis berkawal di luar sebuah salun rambut di Seal Beach, California kelmarin selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan ...
REUTERS - PASUKAN penyelamat membawa seorang mangsa yang cedera keluar dari dewan Inland Regional Center di San Bernardino kelmarin.
Ia merupakan keganasan senjata api terburuk di Amerika Syarikat (AS) sejak pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada Disember 2012 yang meragut 27 nyawa termasuk nyawa penyerangnya.
Namun, pembunuhan beramai-ramai kali ini berbeza kerana melibatkan lebih daripada seorang penyerang. Tragedi itu berlaku semasa kawalan keselamatan di seluruh AS diperketatkan susulan serangan berdarah di Paris kira-kira tiga minggu lalu.
Ketua polis tempatan, Jarrod Burguan berkata, pihak berkuasa telah menahan individu ketiga yang dilihat melarikan diri dari kenderaan suspek tetapi tidak pasti sama ada dia terlibat dalam kes itu.
“Dua suspek yang dibunuh bersenjatakan beberapa raifal tempur dan beberapa pucuk pistol serta memakai ala tentera.
“Kami juga tidak pasti tentang motif serangan,” katanya.
Pastinya bukan ISIS. (IH)
Pastinya bukan ISIS. (IH)
1 comment:
untuk mengolah persetujuan dunia, US akan tuduh ISIS juga apabila sipembunuh itu ada iras-iras arab dan mungkin akan dituduh dan dikaitkan dengan orang arab................pemimpin-pemimpin dunia yang sudah dicucukhidung oleh US seperti bini rosmah akan anguk sahaja..........
Post a Comment