Sunday, December 13, 2015

'Kit Siang, sila tunjuk di mana Shahrizat ada kata “biar darah mengalir” -Kata Helen Ang's Blog.

Kata Helen Ang's Blog....

Kit Siang, sila tunjuk di mana Shahrizat ada kata “biar darah mengalir”

Lim Kit Siang, tolong kemukakan bukti.
Grandpapa Dapster menuntut supaya Ketua Polis Negara ambil tindakan atas Shahrizat Abdul Jalil berhubung ucapan beliau yang didakwa sebagai menghasut.
Poster (bawah) dimuatnaik oleh Kit Siang dalam blognya hari ini.
LKS_Will_IGP_take_action_Shahrizat
Penasihat seumur hidup DAP itu menuduh Shahrizat telah menyampaikan sebuah “blood-letting speech”/”blood-curdling remark” menerusi gesaan kononnya, “Let blood flow, we won’t allow DAP to take over”.
Namun apakah sebenarnya yang dipercakapkan Shahrizat pada tempoh hari? Anda boleh tonton video di bawah dan dengar sendiri.
Video ini adalah lengkap – bermula dari salam awal “Bismillah hir-Rahman nir-Rahim” sampailah ke penutup, “Sekian, assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu”.

Mana ada?

Malaysiakini memetik Shahrizat sebagai berkata, “biar darah mengalir, kita tidak akan biar DAP ambil alih negara kita…” (lihat screenshot bawah).
Saranan “biar darah mengalir” sebenarnya tidak kedengaran dalam rakaman(video di atas) sepanjang 45 minit ucapan Shahrizat selaku Ketua Wanita di perhimpunan agung sayap Umno yang sedia berlangsung.

DAP begitu fobia dengan 13 Mei

Saya tidak menolakama ungkapan “langkah mayat dulu” oleh mendiang Karpal Singh demi mahu menghindar penubuhan sebuah negara Islam.
Namun Kit Siang berkeras bahawa Shahrizat telah melaungkan perkara tersebut – “biar darah mengalir” – di kala membuat ucapan penggulungan baru-baru ini. ada kemungkinan Shahrizat menyebut bahawa kita tidak sekali-kali boleh membenarkan DAP untuk menguasai Malaysia, ump

Dakyah pembangkang … “That’s why they need National Security Council”

National Security Council members

DAP terpaku dengan adegan peristiwa berdarah

Apapun, DAP sekarang mengugut akan membuat laporan polis terhadap Shahrizat.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya DAP perlu kemukakan bukti – yakni sekurang-kurangnya sekerat rakaman audio – bagi menunjukkan si Ketua Wanita Umno betul berkata sepertimana yang dituduh parti pembangkang.
Kit Siang
Tengok juga tuduhan oleh penolong pengerusi Biro Publisiti DAP Teo Nie Ching dilaporkan FMT di bawah tajuk ‘Shahrizat recycling “bogeyman” tricks at Umno meet‘.
Kita tunggu jawab Kit Siang, siapa pembohong Kit Siang atau Shahrizat?
(IH) 

Lihat..,
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..

3 comments:

Anonymous said...

Bila lagi mau promosi UMNO

Salam Umno disambut...

Maka lagu dongdang sayang UMNO memaku musuh politiknya pun dinarikan bersama oleh PAS

JAKA said...

haram dn berdosa besarlah sesiapa yg mempromosi perkauman utk cetus huru hara dan memangsakan kaum2 di malaysia bergaduh sedangkan mereka yg syaitan itulah yg merancang semua ini.

dikalangan mereka yg jahat mereka bersahabt tk kira bangsa. mereka konspirasi berpeluk cium cina india dan melayu yg merompak harta rakyat.

rakyat diperguna utk perkauman dan fokus kpada bergaduh. mereka berpesta gembira boleh lari dimana saja dihujung dunia

kpd blogers dan sesiapa saja yg menyumbang kpd perkauman. anda sedang berhadapan dgn Allah yg Maha Adil.

semua Allah membinasakan dan menyiksa mereka yg mencetus perkauman dgn sepedih2 siksa didunia dan akhirat... termasuk anak cucu mereka

laknat Allah utk mereka yg memangsakan rakyat bawahan demi jenayah mereka.

mereka kira Allah buta. mereka kira Allah tk tau isi perut hati busuk mereka

mereka kira agen2 mereka bijak dan boleh melawan Allah.


wahai rakyat marhaein melayu cina india...

kita kena bersatu.. musuh kita bukan bangsa yg lain dr kita

musuh kita ialah dpd semua bangsa melayu cina india yg berkuasa yg menghisap darah kita dan menjadikan kita alat dan buah catur utk dilaga2kan

musuh kita adalah melayu india cina yg jahat.. yg merompak hak kita

rakyat malaysia melayu cina india ramai yg berhati mulia. jgn bimbinag kita semua bersama Allah selagi kita berhati mulia.

masih ramai india dan cina yg lebih baik hatinya dpd melayu

masih ramai melayu yg masih baik hatinya dpd pemimpin2 yg korup dan jahat.

JANGAN KITA RAKYAT MARHAEIN JADI MANGSA TIPU DAYA SYAITAN YG BERNAGSA MELAYU CINA INDIA YG KAYA RAYA YG MEROMPAK HARTA RAKYAT YG MELAGA2KAN SESAMA RAKYAT UTK MELINDUNGI JENAYAH MEREKA

INSYAALLAH NERAKA JAHANAMLAH TEMPAT MEREKA... AMINNNN

Anonymous said...

Harapkan pemimpin melayu...pemimpin melayu yg menipu melayu
harapkan adun melayu..rupanya adun melayu ini lah yg rembat duit melayu
harapkan ahlinparlimen melayu..ripanya ahli parlimen melayu inilah yg suka ponteng
harapkan pemimpin melayu..ripanya pemimpin mrlayu inilah ug menyisahkan melayu

Maaf aku cakap mmg macam sial

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails