▼
Friday, December 04, 2015
Lagi Aurat. Jururawat Dipecat, K'jaan Masih Tak Boleh Buat Apa?
Seorang jururawat hospital swasta mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.
Pengadu, Naziah Sauni Samat mendakwa beliau tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.
“Saya rasa hak saya untuk pakai baju lengan panjang, dia (pihak pengurusan) suruh potong, potong dan potong sehingga satu hospital itu suruh pesan dekat saya suruh potong baju lengan panjang menjadi lengan pendek.
“Dan akhirnya semalam saya dibuang kerja,” katanya dalam sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur hari ini.
Naziah mendakwa hospital berkenaan juga tidak membenarkan beliau memakai stoking lengan bagi atas alasan kawalan jangkitan kuman.
Larangan itu, dakwanya, tidak dimaklumkan sebelum ini.
Wanita 24 tahun itu juga membangkitkan amalan di hospital lain yang membenarkan pegawainya berlengan panjang tanpa sebarang masalah.
“Kalau nak dikira, hospital seperti Hospital Kuala Lumpur benarkan jururawat mereka berlengan panjang.
“Kalau nak cakap mengenai mengawal kawalan jangkitan (kuman), pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju,” katanya.
PPIM tuntut penjelasan
Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya telah bertemu dengan pengurusan hospital tersebut bagi menuntut penjelasannya.
“Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini,” katanya sambil menegaskan Islam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan dalam perlembagaan.
Justeru, Nadzim menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan keadaan yang berlaku.“Saya gesa Jakim, KKM tampil jelaskan perkara ini dan ada dasar yang jelas kerana libatkan orang Islam,” katanya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan hospital itu. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Di zaman pemerintahan Islam, sesorang muslimah yang mengadu dipermainkan auratnya, menjadi tugas kerajaan menanganinya. Samada di dalam negara atau di luar negara sekalipun, walaupun terpaksa ditangani dengan penyerangan.
Lihat ..
Ini lah antara sbb kenapa PAS tidak mahu berkompromi dgn DAP.
ReplyDeletekerajaan umno-bn bukan nak bela rakyat....mereka bela cukung yang punya hospital swasta tu sebab cukung dah sumbat mulut pm dan menteri-menteri dengan duit ......!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete......dan pada masa yg sama Tuang Preseden berkompromi dgn UMNO serta menjadi punahsihat kerajaan....
ReplyDeleteBaguslah lps ni ada undang2 dan garis panduan KKM untuk dikuatkuasakan oleh Hos Swasta....
Tungguuuu! !!!!!!
Salam Tuan Ibnu Hasyim,
ReplyDeleteSaya mohon nama hospital anti-Islam itu didedahkan supaya kita semua boleh boycott(pulau) hospital tersebut.
Syukran