Thursday, December 03, 2015

Lagi Serangan Seksual Dari Rakyat M'sia Kini Kembali, Bikin Malu Negara?

Laura Bushey, penumpang pesawat MAS penerbangan MH20 pada 5 Ogos, 2014 mendakwa pramugara syarikat berkenaan menyerangnya secara seksual sebanyak 2 kali sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris. – Gambar fail Channel 7, 2 Disember, 2015.

Seorang bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS), yang ditahan di pusat tahanan Paris kemudian diletakkan di bawah tahanan rumah atas tuduhan serangan seksual ke atas seorang penumpang, sudah kembali ke tanah air walaupun siasatan masih berlangsung.

Peguam Shailender Bhar, bagaimanapun berkata, pramugara berusia 58 tahun itu perlu kembali ke Paris sekiranya diminta membantu siasatan lanjut.
“Beliau kembali ke tanah air baru-baru ini dan ahli keluarganya sangat bersyukur usaha mereka untuk membebaskannya membuahkan hasil,” katanya kepada The Malaysia Insider.
Bekas kakitangan diplomatik Mohammed Rizalman Ismail, mengaku bersalah atas tuduhan serangan sumbang ke atas seorang wanita warga New Zealand. – Gambar fail AFP, 2 Disember, 2015


Difahamkan, pembebasan pramugara itu bersesuaian dengan pemahaman undang-undang setempat yang pelepasan bukanlah bermakna pembebasan.

“Pihak berkuasa Perancis merasakan tidak ada guna menahan seorang rakyat Malaysia di negara mereka sehingga siasatan selesai,” kata Shailender.
Suspek jenayah boleh ditahan lebih setahun di Perancis berbanding prosedur undang-undang Malaysia di mana pihak berkuasa diberikan hanya 2 minggu untuk melengkapkan siasatan mereka sebelum membuat keputusan mendakwa atau membebaskan suspek.
Bekas pramugara itu dituduh melakukan serangan dalam penerbangan MAS MH20 pada 5 Ogos tahun lepas.
Penumpang yang menjadi mangsa serangan dikenali sebagai Laura Bushey – mendakwa suspek menyerangnya secara seksual sebanyak 2 kali sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris.
Beliau membuat laporan polis sebaik saja mendarat di lapangan terbang Charles de Gaulle di Paris. Polis Perancis seterusnya menahan suspek.
Pada mulanya, suspek ditahan di pusat tahanan Paris sehingga Disember dan sejak Januari lepas, ditempatkan bersama penduduk tempatan selepas memperoleh keizinan mahkamah Perancis.
Shailender, keluarga dan Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kabin Malaysia (Nufam) menulis kepada pihak berkuasa Malaysia termasuk Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara untuk masuk campur dan membawa suspek kembali ke tanah air.
Peguam itu juga membantu keluarga suspek untuk mendapatkan bantuan guaman Perancis bagi membantu suspek sepanjang siasatan di Paris.
Shailender berkata, polis Perancis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat pramugara berkenaan kerana dakwaan jenayah yang dikatakan berlaku tidak berlaku di Perancis atau ruang udara negara tersebut.
Pada November, MAS mengesahkan pramugara terbabit dipecat, walaupun dia masih belum didakwa atau dibicarakan atas kesalahan jenayah.
Shailender berkata, beliau difahamkan pramugara itu tidak akan meneruskan tuntutan pemecatan tidak sah dilakukan MAS.
Perkembangan terbaru ini terjadi hanya beberapa hari selepas seorang lagi rakyat Malaysia, bekas kakitangan diplomatik Mohammed Rizalman Ismail, mengaku bersalah atas tuduhan serangan sumbang ke atas seorang wanita warga New Zealand.
Bikin malu Negara saja. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails