Wednesday, December 09, 2015

Mansuh Kumpulan G25, Perlu Bertaubat.. -Mufti Kedah

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad (gambar) hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.

Katanya, ini susulan beberapa isu yang diketengahkan kumpulan tersebut tidak masuk akal dan bertentangan dengan agama.

Beliau berkata, G25 juga perlu segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan berpandukan Al-Quran dan sunnah kerana “mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan hukum Allah”.

G25 baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dilakukan di rumah persendirian.

Ia berkata, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam.  

Baderudin berkata, walaupun ia hak privasi individu, namun kesan perbuatan tersebut bukan hanya melibatkan pelakunya, malah ahli keluarga dan masyarakat.

Mengulas mengenai cadangan G25 yang mahu akaun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diaudit, beliau berkata Jakim merupakan institusi agama yang penting dan dipercayai di negara ini bagi mengendalikan hal berkaitan agama.

"Apabila timbul satu isu mereka ini akan mengkaji, misalnya sesuatu produk yang bertentangan dengan Islam mereka ini akan kaji, kemampuan Jakim disebabkan ada jawatankuasa khas dalam bidang agama," katanya.       

Beliau berkata seharusnya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini, masyarakat terutamanya badan kerajaan dan bukan kerajaan bekerjasama lebih erat dengan Jakim dan jabatan agama. – Bernama, 9 Disember, 2015.

2 comments:

Anonymous said...

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."


goblok25 memang tak sedar kediri

TEROPONG TOK BOMOH said...

mana tahu ada org khalwat dlm rumah sendiri,tentu yg tahu tu tu kaki skodeng,klu skodeng rumah tangga org tu,islam suruh ke,khalifah umar abd aziz skodeng beliau kena marah dgn org yg di skodeng tu,beliau akui apa yg beliau buat itu satu kesalahan,imam ghazali marah klu org ganggu hak rumahtangga org di skodeng,yusuf qardhawi kata skodeng tu satu kesalahan yg besar, jadi klu tak skodeng rumah org,mcm mana boleh tahu org berkhalwat,klu orgbtubuat dosa berkhalwat,org yg skodeng tu buat dosa juga sebab skodeng tu satu hobi dan mungkin juga satu kerjaya.....peringatan untuk kaki skodeng/.....skodeng punya skodeng.....awas awas awas....jgn sampai kena pelangkong sudah le.....klu mcm tu aku cadangkan tubuhkan pasukan skodeng bertauliah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails