KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden Umno itu menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTVpada Jumaat malam berkata, kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.
Dr Puad berkata, Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Abdul Hadi akan menyampaikan ucap utama.
"Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya," katanya di sini.
Puad turut berpendapat pertemuan dua pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden Umno itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2015 pada Khamis berkata, Umno menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu 'disepak dan diterajang keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Puad berkata, para perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik Umno.
Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama Umno, katanya. - Bernama
8 comments:
Cerita lama putar semula. Tapi kalau berunding untuk kebaikan Islam amat digalakkan. Sebab perkara ini tidak boleh berlaku pada Dap, Sis, Lgbt yang memusuhi Islam serta mempunyai international network dengan musuh2 Islam.
Betul. aku sokong..
Bincang sambil berhati2 apa salahnya...
Bincang sambil berhati2 apa salahnya...
Tuan Haji
Betul kata Anon 9:55 sesetengahnya. Berjumpa dan bincang secara terbuka dan gentleman. Ini politik tuan haji, sementara peluang masih terlupa, rebut.
Kerjasama PAS-UMNO adalah ijtihad politik, sama dengan dasar tahaluf siyasi dgn PKR dan DAP dulu. Ijtihad politik ini resamnya seperti semai benih. Kalau betul, benih akan tumbuh menjadi sebuah pokok yang tendang dan berbuah lebat. Jika tidak ia menjadi seperti tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.
Jawapan HH kepada pelawaan Najib amat mengecewakan. Inilah trademark HH dari dulu, meleret-leret menabur roterik kabur yang akhirnya tak tahu apa pendiriannya kepada jawapan yang sepatutnya YA atau TIDAK. Kalau YA apa syaratnya secara jelas dan kalau tidak apa alsannya secara jelas. Kalau sesuatu yang perlu dikaji dulu, cakap terang-terang bahawa PAS tidak menolak terus tetapi LAS pe4lu mengkaji, cakap secara jelas dan terang. Sikap yang mengelirukan beginilah yang membuat PAS bercelaru, huruhara sampai sekarang. Pemimpin2 lain pun xtahu kearah mana sebenarnya halatuju HH sebagai Presiden PAS.
Dulu sikap ini tidak menonjol dan tidak memberi kesan negatif kepada PAS kerana masih ade p3mimpin lain yang l3bih kanan membayangi kelemahan ini. Dulu ada UFN, kemudian ada ATGNA. Sedang HH dok didepan sekali, dah xde lagi tokoh lain yang boleh menudung kelemahan beliau yang ini.
Dalam isu ini, MB Kelantan jauh lebih tegas dan jelas. Beliau mengatakan PAS akan kaji dan bincang. Itulah jawapan paling tepat yang patut keluar dari mulut HH sebagai Presiden PAS.Sebabnya itulah yang HH kehendaki selama 7 tahun ini sehingga sanggup bergerak secara sulit dan underground walaupun Muktamar Ipoh 2008 sudah memuktamadkan xde kerjasama dgn UMNO.Bila tiba masanya UMNO hulur tangan, bila TGNA dah xde, masa dia menjadi penentu seorang diri.....dia xtegas, dia cakap kabur tak tentu hala sedangkan rekod dan bukti drp tindakan2 beliau, itu yang dia hendak selama ini- kerjasama PAS-UMNO!
Bagi saya xde salahnya HH hendak eujudkan kerjasama PAS-UMNO. Sekarang, dengan huluran tangan terdesak Najib kepada PAS inilah peluang untuk melaksanakan hasrat tersebut secara terang secara dikehendaki oleh Islam. Dah xde lagi suasana usaha ini perlu dibuat secara sulit, dalam gelap dan secara underground. Untung rugi dalam politik itu adalah perkara biasa, apa nak takut
Saya menyambut baik jika kerjasama PAS-UMNO ini dibuat secara rasmi dan terbuka kerana PAS dan UMNO bergerak dalam senario politik berasaskan pilihanraya. Ini pun pakatan politik jugakan? Biar terwng dan rasmi supaya senang rakyat membuat pilihan. Lagipun Islam pun mahu perkara seperti ni dibuat secara jelas, terang dan tiada helah atau unsur penipuan. Bukankah PAS itu parti Islam?...buat le secara Islam anjurkan, jangan pulak dalam tindakan politik, tindakan politik kita lagi kotor dari parti kapir yang dah pasti akan mauk neraka!!
Masalahnya skrg ni pas parti lebai,mkn elaun dan gaji buta je yg tinggal.Bodoh sombong mcm pak pandir yg mudah kena klentong dgn Umno.
Untung rugi dalam berijtihad politik ini akan dilihat setelah dilaksanakan, bukan sekarang ini baru peringkat Najib menghulurkan tangan terdesaknya kepada PAS secara direct, jelas dan terang.
Tetapi jawapan HH berbelit-belit, penuh roterik kabur yang akhirnya semua pihak keliru, apa jawapan sebenar HH kepada pelawaan mudah dan direct ini? Kita xdapat mengelak membandingkan sikap HH ini dengan sikap UFN dan TGNA. TGNA bila diaju soalan pasal kerjasama dgn UMNO, beliau secara jelas, terang dan tegas menolak. Itu pendirian TGNA. Kalau HH berpendirian sebaliknya, xboleh ke dia sej3las, seterang dan setegas TGNA memberi jawapan?
Kalau benda ini pun dah celaru, apa harapan PAS bila PAS sudah mengadakan hubungan rasmi dgn UMNO. Jawapannya, PAS dan HH makan asap dan debu je la kena tipu hidup-hiduo dgn UMNO. Takkan la HH yang sudah 40 tahun menjadi wakil rakyat tak tahu, bukan UMNO kalau tak menipu!...HH xbelajar ke? Kang baru je kena tipu dengan UMNO dalam soal nak bentang RUUP Pindaan Akta 355 kat parlimen? Kan kencing UMNO kat PAS dan keatas HH dalam isu ini masih lagi terasa panasnya...patut le Najib berani pelawa PAS dibawah HH kerana dah tahu dia boleh kencing dan berak semahunya atas PAS dan HH...
HH paham ke paham bagaimana terdesak dan tersepitnya Najib sekarang akibat skandal 1MDB, derma RM 2.6 B dan keadaan ekonomi negafa yang dah nak hancur ini? Ini clue pertama kita akan nampak apabila membaca respond HH yang panjang lebar dan merapu itu? Xnampak kebijaksanaan HH dalam membaca senario politik Najib dan UMNO yang amat terdesak dan tersepit sekarang....
Post a Comment