1. Pengkayaan Al-Quran: Indonesia Terbit Al-Quran Ter...
2. Rupa-Rupanya Sudah 500 Tahun Papua Islam…
JAKARTA – Tidak ramai tahu Islam telah lama masuk ke bumi Papua lebih 500 ratus tahun, malah terbukti dengan masih banyak tinggalan ajaran ini erat dipegang suku-suku asli wilayah itu yang dianggap macam hukum adat.
Bagi orang luar, wilayah ini suatu ketika disebut sebagai Irian Jaya serta bersempadan dengan Papua New Guinea dan Australia; lebih dikenali ekoran masyarakat asli yang lelakinya hanya berpakaian menutup kemaluan sahaja.
Di kawasan terpencil antara Sorong dan Papua, ada satu suku di pinggir pantai, asalnya kebanyakan ialah Muslim, namun tiada siapa lagi mengajarkan Islam sejak turun temurun, sehingga mereka tidak lagi tahu agama Islam.
Juga sudah tidak kenal ucapan syahadah, tetapi cuma mengenal satu ajaran adat, iaitu tidak boleh makan babi, padahal babi ialah menu masyhur di Irian, kerana suku ini menganggap itu hukum adat; padahal ia hukum Islam!
Ketua suku di situ khabarnya memiliki satu barang yang cukup suci keramat; sebuah kotak yang menyimpan harta pusaka turun-temurun dipegang ketua suku dari generasi ke generasi, namun mereka tidak tahu benda apakah itu!
Kebetulan ramai nelayan Muslim tempatan singgah berehat di situ minta sebidang tanah kecil daripada ketua suku untuk dibina surau, maka diizinkan, lalu mereka berkunjung ke rumah ketua suku bagi mengucapkan terima kasih.
Dalam sambutan hangat itu, ketua suku menunjukkan peti tinggalan pusaka disimpan ratusan tahun yang diwarisi dari nenek moyangnya dan ketika kotak itu dibuka, maka kumpulan nelayan Muslim pun terkejut lantas bertakbir.
Ternyata isinya ialah al-Quran yang sangat purba. Kaum asli itu ternyata sejak berabad-abad sudah pun Muslim, namun kerana mungkin tiada pendakwah, maka ajaran Islam hilang sehingga tidak lagi dikenali cucu cicitnya.
Maka ketua suku ini pun kembali memeluk Islam, tetapi malangnya berita itu sampai kepada pihak mubaligh agama lain yang bertindak memanggil dan mengutuknya habis-habisan kerana memberi tanah untuk musolla.
Dia juga dipaksa untuk usir nelayan Muslim tersebut namun ketua suku itu tetap pendiriannya, lantas dibogel hingga tinggal seluar dalamnya dan disebat dengan kulit ikan pari yang terkenal dengan kulit penuh duri tajam beracun.
Ketua suku ini tetap tidak mahu mengubah keputusannya itu dan tetap mempertahankan pusaka al-Quran yang diwarisinya selain kebenaran untuk pembinaan surau di kawasan tersebut sehinggalah ke akhir hayat dirinya.
* Dipetik daripada portal Yes Muslim! dengan sumber catatan allahyarham Habib Munzir Al-Musawa dalam Perjalanan Dakwah Majelis Rasulullah Ke Wilayah Manokwari Papua, Irian Barat pada 9 Okt0ber 2008.
* Nota: Wilayah Papua hari ini memiliki lebih 900,000 orang Islam atau 40 peratus daripada 2.4 juta penduduk wilayah terpencil Indonesia itu setelah dibawa masuk oleh pedagang Arab pada kurun ke-15 lalu.
Sebelum ini..
Video:
No comments:
Post a Comment