HALAMAN HIBURAN
Bagi yang perasan, pelakon senior Normah Damanhuri sudah mula berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah pada 2011.
Bagaimanapun, baru-baru ini aktres berusia 61 tahun ini dilihat muncul dengan gaya tidak bertudung bagi menjayakan drama.
Tindakan itu sekaligus mengundang tanda tanya ramai yang keliru dengan penampilan sebenarnya.
Mengulas hal itu, Normah berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah dan bergantung mengikut kesesuaian watak.
“Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak.
“Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Normah, keputusan untuk tampil dengan imej tanpa tudung dalam drama lakonannya tidak dipaksa mana-mana pihak, namun atas kerelaan hatinya sendiri.
Sementara itu, Normah akui dia bersyukur masih lagi diterima penerbit drama dan filem yang memerlukan khidmatnya berlakon meskipun usianya semakin lanjut.
“Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan.
“Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula.
“Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri,” tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Normah kini sedang menjayakan drama Tuan Anas Mikaeldi Astro Ria.
Sumber: mStar Online
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di zaman pemerintahan Islam, sesorang muslimah yang mengadu dipermainkan auratnya, menjadi tugas kerajaan menanganinya. Samada di dalam negara atau di luar negara sekalipun, walaupun terpaksa ditangani dengan penyerangan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di zaman pemerintahan Islam, sesorang muslimah yang mengadu dipermainkan auratnya, menjadi tugas kerajaan menanganinya. Samada di dalam negara atau di luar negara sekalipun, walaupun terpaksa ditangani dengan penyerangan.
mcm tu kalu adegan bogel,bole le lakon skali..nk cari rejeki la katakana..
ReplyDeleteBuat blue film berlakon jugak..
ReplyDeletehe3
Pada dia Pengarah lebih besar dari Allah SWT. Nanti di hadapan Allah SWT pengarah tu boleh tolong dia selamatkan dirinya.
ReplyDeletepapar cerita dan gambar lucah dedah aurat dlm blog pun berdosa jugak pakcik. Tapi sama2 la kita berdoa utk diri kita dan juga org lain semoga di perkukuhkan iman dan di rahmati Allah.
ReplyDeleteKerajaan UMNO yang papar gambar aurat dalam tv pun haram juga. Macam mana orang yang makan gaji dengan kerajaan, takke kerjasama dengan kerajaan yang buat kerja haram itu.
ReplyDeleteT.kasih kerana memberi komen. Mengenai hukum siar gamabar aurat dengan aurat wanita telah pun saya kemukakan beberapa pandangan dan sikap saya. Sila semak balik tulisan lalu.
ReplyDeleteSekian . Terima kasih.