Friday, December 11, 2015

Tiap 35 Minit, 1 Wanita Dirogol Di M'sia. Mengapa Tak Pilih Penyelesaian Ini?

GEORGETOWN - Sebanyak 42,449 kes keganasan rumah tangga, 31,685 kes rogol dan 24,939 kes cabul dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013, kata Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Yap Soo Huey.

Beliau berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC), secara purata 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.

"Ini bermakna setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol di Malaysia. Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun, Pada  2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kempen Penang Goes Orange 2015 yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon, di sini hari ini.

Penang Goes Orange 2015 adalah kempen anjuran PWDC sejak 6 November lepas yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita dan menggalakkan kesaksamaan gender.

Yap berkata menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol di Malaysia. Menggalakkan kesaksamaan gender, bukan jalan penyelesaian.

Sila buat penelitian kepada perundangan jenayah rogol di Saudi Arabia, antara yang paling berjaya di dunia. Lihat realiti hari ini dan dari sudut sejarah. 

Kepada yang bukan Islam, jangan lihat dari sudut agama, tetapi lihat dari sudut kesannya kepada didikan masyarakat, tidak kira agama. 

Undang jenayah yang ada sekarang bukan undang-undang dari agama Kristian, Hindu, atau Buddha yang mununjukkan kegagalan dalam membimbing manusia ke arah kemanusiaan.

5 comments:

Anonymous said...

Kenapalah Ibnu Hasyim asyik keluar cerita seks sejak akhir2ni.Nasihatsaya jauhi filem porno dan pil kuda,tentu fikiran Ibnu Hasyim akan lebih tenang. Nik Ubaidah

Anonymous said...

Pas terlibat dengan pentadbiran Pulau Pinang sebelum ni. Oleh itu saham maksiat pun PAS dapat sama.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih kepada pengomen-pengomen yang biadap, haram jadah (pinjam kata Najib) dan kaki mencarut. Ini satu lagi contoh pengomen tersebut.

Yang penting mesej sampai, bahawa puak UMNO/BN bertanggung jawab merosakkan remaja Malaysia, mendidik jadi perangai macam pencarut-pencarut di atas. Bukan mak bapa mereka tak ajar mereka, tetapi UMNO yang lebih berkuasa mengajar mereka, dari ibu bapa sendiri.

Kita tidak akan berhenti menyampaikan kebenaran Islam, walaupun kita tahu mereka itu tetap bercawat ekor, sekali pun sepuluh jong masuk.

Maaf, kasihanilah mereka, kita berharap sama-sama dapat hidayah dari Allah SWT. Al-hamdulillah!

Anonymous said...

Pak Ibnu,

buang je kmen bangang tlinga kuali tu.

Anonymous said...

1MDB= Melayu Makan Dulu
GST = Gigit Sampai Tulang
Pada PRU akan datang undilah Pakatan Harapan.Pakatan yang diterajui oleh DAP pasti memberi kemajuan ekonomi pada Malaysia.UMNO hanya tahu menghabiskan duit rakyat Malaysia.Orang Melayu UMNO tidak berkemampuan dalam mentadbir dan mengurus ekonomi Malaysia.Sekiranya Orang Melayu UMNO terus mengurus ekonomi Malaysia,negara ini akan Muflis di satu hari nanti. Ubahlah situasi politik Malaysia bermula dari hari ini. Henry Chua, Pemuda DAP Pulau Pinang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails