Tuesday, December 22, 2015

Vape, Majlis Fatwa: 10 Jong Masuk, K'jaan Masih Bercawat Ekor..


PEPATAH Melayu menyebutkan, 10 jong masuk, anjing masih bercawat ekor juga. Bererti walaupun berbagai fatwa haram dari sudut agama dan kesihatan  membentangkan bahaya vape namun pihak kerajaan tetap bertelinga kuali, tidak mempedulikan. 
Seperti juga rokok, yang dikatakan membunuh jutaan manusia dan rakyat sendiri, namun kerajaan tetap tidak mengharamkannya. Ini disebabkan kerajaan dapat sedikit keuntungan cukai berbanding dengan kemusnahan akiabt rokok itu termasuk dari sudut ekonomi. Begitu juga 'arak, judi dan lain-lian, kerajaan tidak peka dan tetap pekak.
Contohnya, sila lihat berita ini..
SHAH ALAM, 21 Dis - Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa rokok elektronik, atau vape adalah haram.

Perkara ini diumumkan oleh pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin menerusi satu sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama malam tadi.

Ketetapan itu dibuat selepas jawatankuasa bersidang hari ini bagi mendengar penjelasan dari pakar-pakar dari pelbagai pihak termasuklah dari Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti maklumat dan bukti perubatan dari dalam dan luar negara mengenai kesan penggunaan vape kepada kesihatan.

"Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa rokok elektronik, termasuk vape adalah haram,", katanya sebagaimana memetik laporan Berita Harian.

Selain itu beliau juga menegaskan dari sudut Qisas, penggunaan vape sama seperti perbuatan meminum bahan beracun dan menghisap rokok.

Vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad Al-Zaraia yakni menutup keburukan yang lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku di masa hadapan.

Berikutan itu, beliau berkata umat Islam adalah dilarang menghisap ataupun menyediakan perkhidmatan menghisap vape atau apa-apa aktiviti yang mempunyai kaitan dengannya.

"Vape juga memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara yang jijik seperti memudaratkan dan bau busuk," katanya.

Sementara itu, KKM yang sebelum ini telah menyatakan vape sememangnya tidak selamat untuk digunakan, bercadang untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik dan vape selepas Kabinet bersetuju untuk tidak mengharamkan penggunaannya.

Setakat ini, penggunaan rokok elektronik telah pun diharamkan di Singapura, Brunei, Hong Kong, UAE, Arab Saudi, Britain, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Panam, Qatar dan juga Turki. 
Sepuluh jong masuk,  anjing tetap bercawat juga. (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Nampak sgt kedudukan mufti2 yg mkn gaji kerajaan..dimana letaknya agama islam yg sebenar..

Unknown said...

Kerajaan mementingkan duit dari kesihatan rakyat dari kerajaan sekular

Unknown said...

Kerajaan mementingkan duit dari kesihatan rakyat dari kerajaan sekular

Anonymous said...

Banyak negara yg haramkan vape kerana ia menjejas industri rokok yg di monopoli oleh yahudi Israel, ugama yahudi mengharamkan rokok, tapi buka kilang dan jual pada yg bukan yahudi, bila industri rokok yahudi terjejas kerana perokok telah bertukar hisap vape, maka ia akan melobi dunia untuk haramkan vape, kenapa vape haram, tapi rokok tidak diharamkan, sebab rokok yahudi yang punya

Vape For Life said...

"Vape juga memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara yang jijik seperti memudaratkan dan bau busuk," katanya.

Vape berbau busuk? Dia ni tau ke tak tau bau vape macamana? Kalau tak tau jangan main cakap je. Nanti ditertawakan dan orang akan kata mulut yang bercakap tu yang sebenarnya berbau busuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails