Saturday, December 05, 2015

Wajib Sokong Turki Dalam Produk, Ekonomi & Isu Terkini -Yusuf Qaradawi.


QATAR: Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diterajui oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi semalam telah mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

Memetik IsmaWeb, Al-Qardawi,menyeru umat Islam agar berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.

“Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata dipetik agensi berita Turki, Anatolia.





Kenyataan itu dibuat berdasarkan perkembangan terbaru terutama melibatkan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan oleh Zionis Israel di Palestin.

“Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Russia ke atas barangan buatan Turki.

“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.


“Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.


“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.


“Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.


“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia,” kata kenyataan itu. (IH)

9 comments:

fissal said...

turkey bersekongkol dgn NATO ( america) until menjatuhkan president bashar atas alasan bashar zalim terhadap rakyatnya .... semua ini adalah propaganda america (Zion)... rancangan until menjatuhkan bashar telah lama dirancang pihak America....apa yg berlaku di Syria skrg adalah a reenactment) of what has happened in Libya ...bermula dgn tuduhan yg gadaffi kejam terhadap rakyatnya sedangkn Libya masa itu mempunyai standard of living yg terbaik berbanding dgn negara2 Africa ...tidak langsung mmpunyai hutang negara... rakyat mendapat pendidikan Dan perubatan percuma ...

turkey is probably being promised a solution to her Kurdish problems in this project ...a project for Greater Israel .. which will cover Syria Libya n Iraq ..propaganda yg bashar menbunuh rakyatnya sbenarnya dlakukn oleh pihak lain yg berkepentingan . just like a false flag operation too ...

Putin nampak yg apa yg berlaku di Libya n Iraq akan berlaku di Syria ...Daesh or IS is an extension of American tools in destabilising the situation in Syria ...they are being financed by America n her allies including turkey.

Anonymous said...

setuju dengan fissal
turki telah kantoi menyokong terroris--putin telah memberikan data satelit perjalanan minyak isil ke turki--qardawi mufti nato pembunuh qaddafi--apa jadi negara itu

menentang ularmak takfiri pembunuh umat islam syria

menolong dengan semangat jahilliah tidak perlu

bendera ularmak terkutuk ini anda akan ikuti di hari akhirat

ularmak penipu umat



Anonymous said...

Kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak.... Bukankah negara kita pun bersama pendirian US? Kita duk kata turki bersekongkol, kita pun 2x5.. Turki terpaksa bertindak sbb perang tersebut sudah menghampiri sempadan dan ramai dr turkmen yg terbunuh. Jet2 russia memang menceroboh kwsn udaranya. Agak2nya kalau jet2 kita terceroboh ruang angkasa filipina masa perang lahad datu dulu, filipina duk diam ke? Negara yg berdaulat tidak membenarkan sesiapa menceroboh ruang angkasanya kecuali pemimpin negara tu jenis tak ada maruah, buat la hangpa nak ... Lagi satu kita tahu tak isis ni sama dgn is? Kita tahu ke yg berperang di syria tu bukan shj isi, isis atau jabhah.. Kita duk sokong bashar tu kita tahu ke apa sbnr yg berlaku right sebelum berlakunya pemberontakan? Kalau pun tak setuju dgn qardhawi, tak yah le kutuk dia.. Kita ni berapa juzuk alquran yg kita hafaz, berapa riwayat hadis yg kita hafaz termasuk perawi2nya....

Anonymous said...


Kita sepatutnya menyokong kerajaan Turki sedang membela umat Islam di Palestine, Syria, Myanmar (Burma) dll yang sedang ditindas oleh musuh-musuh Islam. Bahkan kerajaan Turki berani mengutuk pemimpin Zionis dan rejim pengganas Israel kerana rejim Zionis itu sedang menzalimi dan membunuh orang Palestin yang tidak bersalah.

Malangnya, sebahagian besar pemimpin-pemimpin negara umat Islam adalah boneka Barat yang tidak bermoral kerana mereka lebih suka berdiam diri melihat umat Islam ditindas dan dibunuh oleh Barat dan rejim pengganas Israel kerana mereka mahu menjaga hati dan perasaan pengganas Zionis keparat.

Dengan bantuan rejim pengganas Russia, Parti Baath Syiah yang menguasai kera-jaan Syria dan tentera Syiah Syria dan pengganas Syiah dari Lebano, Iraq dan Iran sedang sedang menzalimi dan membunuh kaum Muslimin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sejak tahun 1970an maka wajarlah kerajaan Turki membantu kaum Muslimin Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

ISIS telah tubuhkan dan sedang disokong oleh rejim Amerika Syarikat, Israel dan NATO untuk menumbangkan kerajaan Syria maka keganasan dan jenayah ISIS adalah hasil dari arahan rejim Amerika Syarikat, Israel dan NATO. Dan keganasan Rejim Syria melambangkan keganasan Syiah terhadap kaum Muslimin Ahlus Sunnah Wal Jamaah.




Anonymous said...

turki dah kantoi russia akan memberikan pengajaran

Anonymous said...

tiada bukti tentera assad syiah dan assad syiah
assad meminta bantuan hizbullah kerana assad di serang oleh terroris wahabi--berkawan dengan israel--hizbullah syiah membabtu aswj hamas perkara biasa

asjw tiada kaitan dengan perang di syria semuanya wahabi
keganasan terroris ini lebih banyak ke atas syiah
seruan mereka cukup jelas--kristian ke beirut alawi ke kuburan--tiada kaitan dengan aswj semua wahabi
aswj tak boleh terperangkap dalam seruan wahabi

Anonymous said...

jadi ulamak dan buat lawak-
erdogan perlu menolak/nafikan bahawa ia mencuri minyak irak dan syria--potong tangan dia dulu--ularmak membela pencuri minyak demangat jahiliah-
belalah kawan kamu semasa ia menzalimi atau dizalimi

erdogan melancar perang keatas syria mewakili zionis dan nato usahlah tertipu wahabi boleh menjadi alat zionis bukan aswj

erdogan sedang meroyan menuduh russia mencuri minyak dan memberi amaran kepada iran

tentera udara turki menceroboh ruang udara greece 2000x, menceroboh ruang udara dan darat iraq

menolong pengganas sunni iraq -tareq hashemi--yang mengganas melalui skuad pembunuh

turki--jiran jahat yang menggangu jiran2nya

Anonymous said...

jet singapore masuk malaysia brpa ratus kali--kenapa tak tembak--
perkara kecil eksyen lebih

pemimpin bodoh yang menyusah rakyat--
akhirnya guna taik lembu untuk menggantikan gas di istana erdogan--berita benar ?

Anonymous said...

biar wahabi jadi bodoh tidak aswj

bukan rahsia us pura pura tak tahu ia melindungi bisnes minyak isis--russia takkan biarkan pembohongan berlaku ia menyatakan

kemaafan terhadap pengganas terserah kepada tuhan--menghantar pengganas kepada tuhan terserah kepada saya

TEHRAN (FNA)- In his recent address to parliament, President Vladimir Putin accused Turkey of assisting the terrorists. Senator Oleg Morozov said that after the revelations made by the Russian Defense Ministry, Turkish President Recep Tayyip Erdogan now finds himself in a “bad fix”.
“No refuge for criminals. No double standards, no contacts with terrorist organizations. No blood business with the terrorists. We know who in Turkey is lining his pockets and allowing the terrorists to earn money,” Putin said, according to the Sputnik.
He added that “the criminals use this money to recruit mercenaries, organize barbarous terrorist attacks against our citizens and those of France, Lebanon, Mali and other countries.”
Oleg Morozov, a member of the Federation Council’s foreign affairs committee, told Sputnik Radio that even though Washington had acknowledged the veracity of the information obtained by Russia, they were still not prepared to directly accuse Erdogan of complicity in this illegal oil trafficking.
“Still, the Americans have demanded that Turkey close the border the terrorists use to move in to get rest, obtain new weapons and equipment and medicine,” Morozov told Radio Sputnik.
“No one in the West is now willing to justify the Turkish leaders’ cynicism. That’s why Erdogan now has no one to cover his back. I don’t know what the Americans are going to do in the event of a political destabilization in Turkey,” Oleg Morozov added.
Earlier the Russian Defense Ministry provided proof of the Turkish President’s family’s involvement in the illegal oil supplies from Daesh-controlled oilfields in Syria and Iraq.
The Defense Ministry also demonstrated photographs of oil trucks crossing the Syrian-Turkish border and waiting to be unloaded at the Turkish seaports.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails