KES rumahtangga pakatan pembangkang ini makin berat...selepas orang lama
yang merupakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali membuat
kenyataan terbuka mendakwa DAP parti yang angkuh dan sebahagian
pemimpinnya sombong.
Lapor Wartawan Agendadaily.
Mustapa atau Cikgu Pha antara pemimpin PAS paling senior selepas
Muryidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam saf kepimpinan parti
tersebut, beliau bersama PAS sejak zaman Datuk Asri Muda jadi Presiden
lagi iaitu era pertengahan 60-an.
Sebab itu, bila 'budak-budak' macam Setiausaha Pengelola DAP
Anthony Loke, serang PAS dan mendesak parti itu tidak membandingkan
pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud... Mustapa tidak tunggu lama
untuk jawab balik.
"Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP
mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes
kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia
diteruskan kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.
"Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia
tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh
dibuktikan daripada perkara sama dikemukakan Teresa Kok sewaktu menjadi
pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya
kerajaan tempatan di Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang
disiarkan oleh Harakahdaily.
Mustafa berkata, cadangan menjalankan pilihan raya tempatan
sewajarnya tidak diteruskan selagi masih belum mendapat persetujuan
bersama dalam PR.
"Pendirian yang diambil pimpinan PR dalam mesyuaratnya berhubung
isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama ketiga-tiga
parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat
PR di peringkat negeri.
"Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes
Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus
dilaksanakan. Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, adakah kerana
mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang," katanya.
Mustafa turut membidas DAP kerana bersikap angkuh walaupun sebelum ini paling lantang bercakap mengenai demokrasi.
"Ini gambaran sikap angkuh yang ditunjukkan pemimpin DAP apabila
mereka memperoleh kuasa majoriti. Hal ini juga dimanifestasikan pimpinan
DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS dan PKR
sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.
"Sifat arrogant (sombong) sebagaimana yang ditunjukkan sebahagian
pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama
politik sekarang," katanya.
Perkembangan terkini ini rentetan daripada usaha PAS untuk terus
melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun lepas, tetapi DAP
mengkritik serius usaha tersebut. Loke pada Ahad berkata, perbandingan yang cuba dilakukan Mustafa
tidak boleh menyamakan hudud dengan pilihan raya kerajaan tempatan
kerana perbezaan itu terlalu jauh ibarat "epal dengan oren".
"Pilihan raya kerajaan tempatan memang tidak dinyatakan dalam
Buku Jingga, namun secara dasarnya ia tidak bercanggah dengan proses
pendemokrasian yang kami cadangkan di dalam PR," katanya.
Loke yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, berbeza dengan
hudud yang dicadangkan PAS untuk dilaksanakan di Kelantan, ia bercanggah
dengan dasar bersama PR.
"Hudud bukan perkara dasar bersama PR, ia berbeza," katanya.
Katanya, tindakan kerajaan Pulau Pinang cuba memperkenalkan
pilihan raya kerajaan tempatan ialah usaha memulihkan kerajaan tempatan
berlandaskan lunas undang-undang.
PAS sebelum ini menyelar DAP "cakap tidak serupa bikin" dalam
mempersoalkan hudud yang dikatakan tidak dipersetujui PR sedangkan
mereka sendiri mendahului gabungan itu dalam isu pilihan raya kerajaan
tempatan.
Mustafa berkata, ketika DAP mempertikaikan Kelantan kerana mahu
melaksanakan hukum Islam hudud, DAP cuba melaksanakan pilihan raya
kerajaan tempatan di Pulau Pinang walaupun ia tidak pernah dipersetujui
PR.
"Sedangkan PR sebelum ini pernah membincangkan isu hudud dalam
mesyuarat dan dicapai kata sepakat untuk 'agree to disagree' dan
mengakui hudud melampaui PR kerana ia diluluskan di Kelantan sebelum
wujudnya PR di samping ia dilaksanakan untuk orang Islam dan di Kelantan
saja," kata Mustafa.-21/1/2015
Harap-harap polemik ini merupkan gelombangkopi didalam cawan PAKATAN
. (IH)