Saturday, February 07, 2015

8 Abu Sayyaf/Radullan Sahiron (Wanted AS), Terbunuh



ZAMBOANGA: Seramai lapan anggota kumpulan militan Abu Sayyaf yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa Filipina di selatan negara itu, kata tentera pada Sabtu.


Jurucakap agensi kerajaan, Chester Ramos berkata, dalam pertempuran  dengan kumpulan Abu Sayyaf yang mengawal kepulauan Jolo itu, seramai 13 anggota pihak berkuasa dari unit anti-pengganas turut mengalami kecederaan.

Jelasnya, anggota Abu Sayyaf yang terbunuh merupakan pengikut Radullan Sahiron - kumpulan bersenjata yang dikehendaki dengan nilai sebanyak AS$1 juta oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ramos memberitahu, kumpulan Sahiron mula bertempur dengan pihak berkuasa di Patikul, Jolo sejak seminggu lalu sehingga menyebabkan enam anggota anti-pengganas cedera.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan yang menguasai kawasan pedalaman Jolo sejak awal 1990 selain melakukan pengeboman di tempat awam sehingga mengorbankan banyak nyawa. (IH)

Pemberi Sedekah Kepada Pengemis Akan Dipenjara.


Norwegia bakal penjarakan orang yang beri sedekah ke pengemis
Norway bakal mengemukakan undang-undang yang melarang gelandangan mengemis di jalanan. Rancangan undang-undang itu menyebutkan peraturan ini bukan hanya untuk mencegah gelandangan mengemis tapi juga menolong mereka.

Siapa pun yang memberi wang, makanan atau tempat tinggal kepada pengemis akan dipenjara maksimum satu tahun, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Khamis (4/2). Menteri Kehakiman Vidar Brein-Karlsen berkata undang-undang itu buat menghalang para gelandangan yang punya rangkaian atau perniagaan terancang.

"Kami perlu undang-undang yang membolehkan polis menangkap pengemis yang kebanyakan datang dalam jumlah yang besar," kata dia.

Namun ahli parlimen beraliran sosialis Karin Andersen menuduh kerajaan sedang mengekang warganya.

"Negara Eropah paling kaya sedang criminalizes warga paling miskin di Eropah. Kebebasan berpendapat dilarang," kata dia dalam kicauan di akaun Twitternya.

Rancangan undang-undang ini masih dikacau hingga tarikh pada 15 Februari mendatang.


Bagaimana dalam hukum Islam? Sedangkan bersedekah kepada fakir miskin itu suatu kerjabuat yang mulia dan disuruh agama. (IH)

Pelajar Ditangkap Berhubungan Seks, Dirogol Oleh Polis Menangkapnya.


PETALING JAYA: Pelajar ditangkap kerana berhubungan seks, telah dirogol oleh polis yang menangkapnya. Dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin kerana didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, polis mengesahkan.

Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu, mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mendakwa seorang pegawai membawanya ke dalam kenderaan polis, manakala seorang lagi pegawai membawa teman lelakinya ke balai polis dengan keretanya.

"Mangsa mendakwa semasa di dalam kereta polis, pegawai tersebut telah memintanya membayar RM2,000 untuk dilepaskan.
"Mangsa bersetuju dan pegawai tersebut kemudian menurunkan dia dan teman lelakinya di tepi jalan. Dia berkata pegawai itu kemudian mengambil butir-butir dirinya," kata Azmi.

Pelajar itu mendakwa pada hari yang sama, dia menerima panggilan daripada pegawai yang didakwa menuntut bayaran rasuah itu. Azmi berkata gadis itu mendakwa pegawai itu membawanya ke pusat beli-belah berdekatan, selepas mengambilnya dari asrama dan memaksanya melakukan seks oral di dalam keretanya.

"Katanya, pegawai itu kemudian membawanya ke tandas pusat beli-belah dan memperkosanya. Dia memberitahu, jika tidak melakukan apa yang disuruh, dia akan ditangkap," kata Azmi.

Menurut laporan mangsa, pegawai itu tidak berhenti di situ. Gadis itu mendakwa lelaki itu telah menghubunginya lagi sehingga minggu lalu untuk meminta mengadakan hubungan seks.

"Selepas menerima laporan itu, kita menahan dua pegawai terbabit pada Ahad.
"Kami akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua lelaki dan menyiasat dakwaan mangsa dengan teliti," katanya.

Azmi berjanji akan melakukan tindakan pantas dan tegas jika dakwaan itu terbukti benar. (IH/mStar)

Pelempar Daging Babi Ke Masjid Ditahan, Siapa?


Maaf, ini hanya gambar hiasan.

BUTTERWORTH:  Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan (gambar) memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

"Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya.

Imam Dua Masjid Telaga Air Mohd Asri Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi ini bukan pertama kali berlaku. Beliau berkata dalam beberapa kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terbabit.

"Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was," katanya.

Motif siapa dan mengapa dilakukan masih belum jelas lagi. (IH)

Pejalan Kaki New York Tidak Peduli Ada Gelandangan Mati Kesejukan.

Pejalan kaki di New York tak peduli ada gelandangan mati kedinginan
Di depan kedai ini gelandangan itu mati kedinginan, disebuah negara yang kononnya kaya. © Daily Mail

SEORANG gelandangan pagi kelmarin ditemui sudah meninggal di depan tangga masuk sebuah kedai di Bandar New York, Amerika Syarikat. Para pejalan kaki baru menyedari dia sudah meninggal kerana beberapa kali dilangkahi dia tetap tidak bergerak.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (5/2), sejumlah saksi berkata mereka melihat beberapa orang melangkahkan kaki di dekat lelaki gelandangan yang terjerumus di depan kedai Westsider Records di kawasan Upper West Side.

Lelaki keturunan Amerika Latin itu didapati memakai kasut tanpa tali dan berkaus kaki. Pegawai tidak mencari kad identiti lelaki itu. Polis menyatakan bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematiannya. Namun seorang peguam bagi kaum gelandangan mengatakan suhu udara pada Isnin malam sangat sejuk.

Pengurus kedai, Bruce Edar, 59 tahun, berkata kepada akhbar New York Daily News, suhu udara pada malam itu memang sangat sejuk.

"Malam itu suhunya sangat mengerikan. Siapa pun yang berada di luar masa itu perlu dibawa ke tempat perlindungan," kata dia.


Gelandangan di New York tidak banyak bicara saat mengemis, tetapi menggunakan kertas permohonan dan sebuah gelas.
Gelandangan di New York tidak banyak cakapn masa mengemis, tetapi menggunakan kertas permohonan dan sebuah gelas.
Gelandangan di New York tidak banyak bicara saat mengemis, tetapi menggunakan kertas permohonan dan sebuah gelas.
Seorang pengemis tua.

Dalam Islam Nabi Muhammad SAW mengatakan, tidak sempurna iman seseorang itu, sekiranya ia tidur dalam kekenyangan, sedang jirannya dalam kelaparan. Tidak sempurna iman, jangan main-main...  (IH)

Friday, February 06, 2015

Datuk Bandar Terbaik Ke3 Di Dunia. Rismaharini Seorang 'Singa Betina'..


Kiri Jokowi Presiden Indonesia, kanan baju merah dan bawah Rismaharini, Datuk Bandar Surabaya.

Dinobatkan jadi wali kota terbaik ketiga, Risma kebanggaan Surabaya 
KL: Setelah beberapa kali menerima anugerah, Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Jawa Timur, Tri Rismaharini kembali mendapat gelar pemimpin terbaik ketiga versi World Best City Mayor edisi Tahun 2014

Seperti yang dilaporkan oleh laman www.worldmayor.com, Selasa (3/2).

Wali kota perempuan pertama di Kota Pahlawan ini, dianggap pemimpin paling  hebat di Indonesia selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) oleh lembaga kajian yang bergerak di bidang kajian pembangunan bandar. Oleh lembaga yang berpusat di London, United Kingdom itu, Risma kedudukan sebagai wali kota terbaik ketiga di dunia.

Berada di kedudukan teratas adalah Wali Bandar Calgary, Kanada, Naheed Nenshi dan Wali Kota Ghent, Belgium, Daniel Termont di kedudukan kedua, sedangkan nama Risma di urutan ketiga.

Dalam laman www.worldmayor.com, Risma mengungguli sederet ketua daerah negara lain, seperti Carloz Oscariz (Wali Kota Sucre, Venezuela), Jed Patrick Mabilog (Wali Bandar Iloilo City, Filipina), Albrecht Schroter (Wali Kota Jena, Jerman), dan Annise Parker (Wali Bandar Houston, Amerika Syarikat).

Bertindak balas prestasi yang diraih wali kota berjuluk 'Singa Betina' ini, Kabag Kerjasama Pemkot Surabaya, Ifron Hady Susanto mengaku senang atas anugerah dunia yang diraih pimpinannya itu.

"Berita baik ini, jelas akan memberi kesan pada rasa percaya diri warga Surabaya. Prestasi ini, juga menunjukkan bahawa Bandar Surabaya ternyata mampu bersaing dengan bandar-bandar lain yang ada di negara-negara maju dunia, sepeti Amerika dan lain sebagainya," kata Ifron bangga , Selasa (3/2).

Menurut Ifron, rekod prestasi Risma sebagai wali kota terbaik ketiga dunia versi World Mayor ini akan mampu meningkatkan reputasi Bandar Pahlawan di mata dunia. Terlebih lagi menyambut era Masyarakat Ekonomi ASEAN atau MEA.

Ifron berkata, dalam laman worldmayor.com juga dijelaskan, sosok Risma adalah pemimpin atau tokoh bertenaga yang bersemangat mempromosikan dasar sosial, ekonomi dan alam sekitar secara nasional maupun antarabangsa.

"Beliau (Risma) juga dinilai berjaya memanfaatkan lahan (tanah) mati dan menyulapnya menjadi taman-taman bandar," katanya lagi.

Tak hanya itu, World Mayor juga mengapresiasi langkah Risma di sektor pembangunan kesihatan dan pendidikan


"Pada masa memimpin Bandar Surabaya, beliau juga berjaya menyelenggarakan kesihatan percuma, serta peningkatan fungsi Puskesmas, serta memperuntukkan 35 peratus dari APBD Kota Surabaya untuk kos pendidikan," katanya menceritakan.

Sekadar maklumat, Jokowi mendapat anugerah yang sama pada 2013 lalu untuk prestasinya memimpin Surakarta. Lembaga City Mayors Foundation menyoroti Risma pada kawasan hijau di bandar. Imbasnya, Surabaya kini relatif bebas banjir berbanding masa lalu.

"Sekarang ada 11 taman besar di Surabaya, semuanya mempunyai tema masing-masing. Banyak taman juga sudah dilengkapi Wi-Fi, perpustakaan, alat kebugaraan, sehingga kemudahan olah raga. Ruang terbuka di Surabaya kini pun sangat luas sehingga boleh menjadi kawasan menyerap air, "tulis pernyataan City Mayors Foundation.

Prestasi lain Risma adalah berjaya menutup kawasan pelacuran Dolly relatif tanpa konflik berdarah. Respon cepatnya mendampingi korban penerbangan AirAsia AK 8501 pun dihargai oleh pasukan juri.

Pemikiran Risma mengenai bandar sebagai kediaman layak bagi warganya juga menjadi titik tersendiri, sehingga Risma terpilih sebagai pemenang ketiga di bawah Naheed Nenshi dan Daniel Termont.

 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini sebagai mewakili umat Islam Malaysia mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini menyasar dan berjaya menutup pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara di bandar raya itu (Dolly), sebelum Ramadan tahun lalu. 


Syabas kepada beliau yang memperjuangkan makruf, menolak mungkar sehingga digelar 'singa betina' dalam melawan kejahatan. Budaya maksiat tidak bertamadun warisan penjajah Belanda itu masih lagi ada pihak-pihak yang mempertahankan di Indonesia. 

Begitu juga di Malaysia, pelacuran Belakang Mati di Lorong Haji Taib Chow Kit, walaupun kecil tetapi Datuk Bandar KL seorang lelaki, seperti dayus tidak mampu menghapusnya. Walaupun Malaysia dan Indonesia sama-sama negara sekular, tetapi Datuk Bandar Surabaya itu lebih maju terkedepan dalam tindakan walaupun beliau seorang wanita. (IH)

Hooi! Curi Motosikal. Lihat CCTV Camera Ini..

Video: Bike Theft in front of CCTV camera  

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-49: Selingan..
E-Buku IH-49: Selingan..

Thaipusam: PM Boleh Hadir Upacara Agama B/Islam, Tetapi.. -Dr Asri.


Menulis di Facebook hari ini, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.

Sebelumnya, beliau menegur ramai pemimpin, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama bukan Islam dalam keadaan “seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain”. 

“Saya berpendapat, ramai pemimpin termasuk YAB perdana menteri Malaysia, tidak mendapat nasihat yang jelas tentang hal ini sehingga mereka hadir dalam keadaan seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain,” kata Dr Asri.

Lapor Malaysiakini hari ini.

Katanya, pemimpin Islam tidak boleh menzahirkan perbuatan seakan turut merayakan upacara agama lain seperti melakukan perbuatan ataupun memakai pakaian upacara.

“Penganut agama lain hendaklah menghormati agama pemimpin yang mengunjungi mereka dan tahu tujuan kehadiran pemimpin adalah untuk keharmonian yang ditonjol melalui kepimpinan yang terhormat, bukan dengan cara pemimpin turut melakukan upacara yang bukan ajaran agama pemimpin itu,” katanya.

Asri (atas) dipercayai merujuk kepada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini yang dihadiri Najib.

Bekas pensyarah di Universiti Sains Islam (USM) itu juga berkata, Islam menghormati beragama pihak lain dan menyeru ke arah kebaikan untuk semua manusia. Bagaimanapun, katanya, dalam masa yang sama seorang Muslim wajib memelihara identiti akidah Islam.
 

Pemimpin utama negara boleh hadir tetapi.. 

Menulis di Facebook hari ini, Dr Asri berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.

Ia antaranya untuk menjalankan tugas yang memberikan manfaat untuk kemanusiaan seperti pegawai keselamatan yang hadir menjaga ketenteraman tau doktor yang merawat pesakit.

“Maka seorang pemimpin utama negara ataupun negeri yang beragama Islam boleh hadir tetapi bukan untuk turut merayakan upacara agama sebaliknya hadir sebagai menjalankan tugas kepimpinan seperti untuk berucap memberi nasihat umum tentang negara dan seumpamanya,” katanya.(IH)

Diseret Berbogel, Kerana Buat Maksiat Dalam Tandas. Mengapa?

Main mesum di toilet bar, pasangan Inggris diseret bugil 
PASANGAN muda di sebuah pub di UK dicekup polis ketika sedang berbuat maksiat dalam tandas. Polis menembak dengan semburan lada dan mengheret mereka keluar kerana mereka enggan berhenti melakukannya.

Pegawai bar melaporkan perempuan berusia 23 tahun dan lelaki 30 tahun itu kepada polis selepas mendengar suara bising dari tandas wanita, seperti dilapor Mirror, Selasa (3/1). Pasangan itu menuju tandas pada pukul 20.30 waktu setempat.
Setelah ketahuan, mereka bersembunyi di dalam tandas, beberapa polis menyerbu masuk.

"Mereka melawan dan mula menendang-nendang. Lelaki itu berteriak dan mengumpat polis," kata seorang sumber kepada the Sun.

Saat diseret keluar, beberapa polis sedang memakaikan baju ulang tahun lelaki itu. Seorang polis perempuan pula cuba memakaikan pakaian wanita itu tapi dia menolak.

"Perempuan itu juga meronta-ronta sehingga dia harus disembur lada," kata sumber tadi.

Polis kemudian berjaya menahan mereka dan memaksa keduanya memakai baju, tapi wanitanya menolak. Pasangan itu lalu digari dan diangkut dengan kereta polis. Keduanya ternyata sedang mabuk berat.

"Semua pengunjung bar melihat dan mendengar apa yang terjadi. Sangat memalukan," kata seorang saksi.

Itulah bahaya arak kencing iblis. Bila lagi kerajaan Malaysia hendak bertindak tegas dan keras terhadap arak seperti yang dikehendaki oleh agama Islam agama bagi Persekutuan? (IH)

Thursday, February 05, 2015

Corvan Technolygy: Bukan Kami Yang Hina Indonesia.


 
KEMASKINI
Corvan Technolygy, pengedar pembersih hampagas yang iklan berkaitannya menimbulkan kemarahan Indonesia, kini menjelaskan bahawa mereka tidak terlibat dan tidak bersetuju dengan kaedah pemasaran itu. Demikian dilaporkam Malayiakini.

Corvan menjelaskan iklan yang dikatakan menghina pembantu rumah Indonesia itu dibuat oleh pengedar tidak sah.

"Selaku pengedar tunggal (produk) Neato Robotics di Malaysia, Corvan Technolgy dan pengedar sah lain berpegang teguh dengan moral dan kod etika yang tidak akan membiarkan iklan dan promosi yang negatif atau menyinggung perasaan.
"Corvan Technology menggesa para pelanggan Neato BotVac Robotic Vacuums supaya berhati-hati dengan pengedar tidak sah," kata syarikat itu dalam kenyataan pagi ini.

Kedutaan Indonesia semalam mendakwa sebuah iklan di Malaysia menggunakan perkataan "fire your Indonesian maid" (pecat pembantu rumah Indonesia anda) menghina pembantu rumah negara itu. Selain membuat laporan polis, ia mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk ahli politik dan NGO.

Kecaman paling lantang dilontar oleh Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang menggelar syarikat itu “kurang ajar”. 


Sementara itu di Jakarta, Naib  Presiden Indonesia, Jusuf Kalla hari ini membidas iklan syarikat peralatan pembersihan RoboVac dan mendesak syarikat itu untuk memohon maaf kerana didakwa menyiarkan iklan seperti disebutkan.

Jusuf melihat iklan itu sebagai satu perkara yang tidak beretika walaupun tujuan syarikat itu adalah untuk menarik pelanggan.

“Iklan itu mesti ditarik balik dan syarikat itu perlu memohon maaf. Ini memang di luar kawalan kita namun, ianya memang tidak beretika,” katanya pada Rabu, lapor The Jakarta Post.

Setakat ini bagi pihak kerajaan Malaysia belum mengeluarkan kenyataan apa-apa lagi, weblog sudah mendedahnya sejak pagi semalam lagi.

Lihat..

Mizz Nina: Cantik Di Mata, Kempen Kesedaran Menutup Aurat.




Kempen Cantik Di Mata bertujuan memberi kesedaran tentang menutup aurat.


HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi Mizz Nina dan suaminya penyanyi Noh Salleh dilantik sebagai ikon bagi kempen yang bertujuan memberi kesedaran tentang menutup aurat. Lapor mStar Online  sebentar tadi.

Mizz Nina berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran kempen Cantik Di Mata yang diadakan di Restoran Rebung, di sini, Rabu.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 35, berkata, dia kini menyambung pengajian di Yayasan Ta'lim dengan kerjasama Institut Arees, Texas, Amerika Syarikat dalam proses mendalami Islam.

"Sekarang saya banyak habiskan masa belajar di tempat yang sama dengan Natasha Hudson iaitu di Institut Arees.
"Selain itu juga, jika ada kelas agama berkaitan mengaji Al-Quran dan tajwid saya akan sertai," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang kempen menutup aurat itu, Mizz Nina berkata, dia menganggap aktiviti tersebut sebagai salah satu cara untuk dia berdakwah. Katanya, tanggungjawabnya sebagai ikon bukan bertujuan memaksa setiap orang menutup aurat sebaliknya memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penampilannya.

"Saya ditawarkan sejak sebulan lalu dan saya terima kerana ia sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini.
"Tugas saya ialah untuk beri inspirasi kepada masyarakat tentang kehidupan disebalik berpenampilan tersebut," ujarnya.

Kempen yang bermula 14 Februari itu dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan Islamic Aid Malaysia (AID) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (Jakim).

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Media Jakim, Datuk Mustafa Kamal A. Razak dan Presiden Islamic Aid Malaysia (AID), Datuk Ismail Noor.


Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak! (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Jokowi Presiden Terlemah Indonesia, Lawat M'sia Hari Ini.


NAJIB (kiri) menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas majlis mengangkat sumpah pelantikannya sebagai Presiden Indonesia yang ke-7 di Istana Merdeka, Jakarta pada tahun lepas.  

PUTRAJAYA – Presiden Indonesia Joko Widodo melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia, bermula hari ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini semalam berkata, ia merupakan lawatan sulung pemimpin yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu ke Malaysia selepas dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, Jokowi akan diiringi isteri, Iriana serta beberapa menteri Kabinet dan pegawai kanan Indonesia. Jadual lawatan beliau termasuk upacara sambutan negara, menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta jamuan negara esok.


Pada Jumaat (6 Februari), Jokowi dijadual mengadakan mesyuarat tertutup dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti mesyuarat delegasi, kata kenyataan itu.

jokowi
Ini Dia Alasan Mengapa Jokowi Bisa Jadi Presiden Terlemah Dalam Sejarah Indonesia

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan presiden Indonesia Jokowi adalah presiden terlemah sepanjang sejarah Indonesia. Ada tiga alasan diberikan..

Pertama, posisi parlemen yang dikuasai oleh kekuatan oposisi. Total kursi Koalisi Merah Putih (KMP) 353 kursi, atau 63 persen. Sementara itu, Koalisi Indonesia Hebat (KIH) hanya 207, atau 37 persen,

Kedua, tidak ada satu pun partai politik yang dikontrol langsung oleh Jokowi. Padahal, sebelumnya setiap Presiden Indonesia memiliki kekuatan mengendalikan partai politik di DPR. Dengan kata lain Jokowi bukan pengontrol partai. Dia hanya 'kacung partai'. 

Ketiga, adalah fakta bahwa kemenangan Jokowi dalam Pilihanraya presiden 2014 tidak mutlak. Selisih dengan kompetitornya yakni Prabowo Subianto tipis yakni 53.15 persen berbanding 46.85 persen.

Curah Asid Atas Zakar Teman Lelaki, Wajarkah?

MANGSA dipercayai telah dicurahkan asid sulfurik di bahagian zakar oleh teman wanitanya yang berang selepas rakaman video seks mereka tersebar. 






MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan video seks mereka telah bertindak nekad mencurah asid ke atas zakar lelaki tersebut.

Mangsa, Humphrey Khoza, 25, dikatakan menggunakan komputer ribanya untuk merakam aksi hubungan seks mereka sebelum video tersebut tersebar di laman sosial dan menjadi viral di internet.

Gadis berusia 17 tahun itu kemudian menemui Khoza di sebuah pub dan membaling asid bateri ke di celah paha lelaki berkenaan.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana semasa dia datang saya nampak dia memegang sebiji botol, namun tidak menjangka botol tersebut berisi asid,” kata Khoza.

Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana video tersebut boleh tersebar dalam laman sosial dan kini zakarnya tidak akan berfungsi lagi selain perlu membuang air kecil melalui tiub.

“Jika saya mendakwa dia di mahkamah sekalipun, ia tidak membawa apa-apa makna kerana tidak mungkin boleh mengembalikan kejantanan saya. Jika dia dipenjara, itu akan memusnahkan masa depannya dan saya juga tidak berupaya untuk berulang-alik ke mahkamah,” katanya. – Agensi

HHS 45: ISIS Nasheed, Nasyid Pengganas?

ISIS Nasheed

Lihat lagi..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

Sophia Cahill, B/Model Bogel Playboy Dah Taubat, M'sia Bila Lagi?


Model Playboy ini tobat difoto bugil
Sophia Cahill. ©Mirror

Sophia Cahill, bekas model bogel majalah lelaki dewasa Playboy mengatakan dia sudah tidak merasa selesa lagi bergambar bogel.

Meski tidak menyesali perbuatannya di masa lalu, perempuan asal Inggeris itu berkata dia kini sudah berada pada fasa berbeza dalam hidupnya, seperti dilapor Mirror, Isnin (2/2).

Perempuan seksi berusia 31 tahun itu berkata dia memang senang berpose bogel untuk membantu ekonomi keluarga dan memenuhi keperluan material. Namun kini dia menyatakan dirinya sudah berbeza.

"Saya orang yang berbeza. Saya tidak menentang diri saya sendiri. Tapi kini saya berada pada keadaan mental yang berbeza dalam tahap hidup saya," kata dia.

Menurut dia, perempuan boleh kelihatan mengagumkan pada usia 35 hingga 40 tahun. Tapi tidak ada orang yang mahu melihat perempuan setengah bogel pada usia itu.

"Sebab apabila kita sudah mencapai usia itu, hal yang seksi bagi perempuan adalah kebolehan mereka. Bukan diambil gambar bogel di majalah."


Oleh itu puak-puak bogel di Malaysia, insaflah!  Bogel dalam ertikata, 'mereka berpakaian tetapi telanjang' seperti tercatat dalam hadis Nabi SAW. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Wednesday, February 04, 2015

Iklan Hina Pekerja Indonesia, Mengapa Tiada Tindakan K'jaan M'sia?

Berkali-kali iklan hina TKI, kenapa Malaysia tak kapok? Iklan di Malaysia hina PRT Indonesia. ©istimewa

JAKARTA: "Indonesian maids now on SALE. Fast and Easy Application !! Now your housework and cooking come easy. You can rest and relax, Deposit only RM 3,500! Price RM 7,500 nett." Demikian bunyi iklan di Malayia.

"Ini sangat merendahkan kita sebagai bangsa Indonesia," ujar Anis ketika dihubungi merdeka.com Jakarta saat itu.

Menurutnya, iklan itu telah menempatkan tenaga kerja Indonesia di titik terendah sebagai manusia. Setelah cuba menghubungi nombor telefon yang tertera di iklan itu, Anis berkata, memang benar perkhidmatan itu ada dan yang melakukannya adalah agen tenaga kerja Malaysia.
 

Iklan ini, kata dia, ternyata sudah beredar di Malaysia, di akhbar-akhbar dan ruang awam sejak Ogos 2012. Pejabat Fungsi Penerangan, Sosial Budaya dan Pendidikan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Malaysia, menyatakan pihaknya sudah beberapa kali mendapat laporan iklan yang merendahkan Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Kes yang serupa adalah iklan restoran makanan segera pada 2008. Demikian pula pengunjung televisyen berbayar tempatan Astro, intinya juga menghina profesion pembantu rumah tangga asal Tanah Air Indonesia.

"Kita sudah mempunyai prosedur bila ada iklan yang dilaporkan menghina seperti itu. Kita pelajari untuk kemudian segera kita respon. Saat ini kita belum mempunyai data konkrit (tinjauan hukum)," kata Minister canselor Pensosbud Trigustono Supriyanto saat dihubungi merdeka.com, Selasa (3 / 2).

KBRI berjanji akan segera menangani kes RoboVac. "Kalau isinya tidak benar (secara hukum) kita laporkan kepada polis."

Pada Oktober 2012 lalu ketika disahkan soal kes ini, Duta besar Malaysia untuk Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan memastikan risalah iklan itu dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Itu sudah saya selesaikan. Yang pertama itu adalah iklan liar jadi akan ditindak sewajarnya gimana iklan liar tidak sepatutnya ada di situ," ujar Munshe di Balai Kota DKI ketika itu.

Menurut Munshe, hal tersebut juga sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa di Kuala Lumpur untuk mencari siapa pelakunya. Dia pun berjanji akan ada tindakan tegas agar perkara seperti ini tak berulang.

"Kita dapat mencari siapa yang membuat iklan liar ini. Kita pastikan ini bukan rasmi. Walau bagaimana pun kita akan tindak lanjuti," katanya.

Berkaca pada kes-kes sebelum ini, jika tidak ada tindakan tegas, iklan di Malaysia yang merendahkan TKI ini nampaknya belum akan berakhir. Syarikat-syarikat di Malaysia atau agen penyalur nakal di negeri jiran itu sepertinya tidak henti-henti melukai perasaan bangsa Indonesia.
Mengapa kerajaan Malaysia seolah-olah tiada tindakan? (IH)

Pemain Bola Fernando Torres Sentiasa Sujud Syukur.


Kala Torres Selebrasi Sujud Syukur  Fernando Torres. Suatu selebrasi yang lazimnya dilakukan pemain Muslim.
 SUKAN
Fernando Torres membuktikan ia tidak salah memilih pulang ke kelab lamanya, Atletico Madrid. Penyerang 30 tahun ini kembali memperlihatkan ketajamannya mencetak gol.

Yang terbaru, apabila ia mencetak gol kilat saat Atletico Madrid melawan Barcelona di leg kedua suku akhir Copa del Rey di Vicente Calderon, KHamis pagi.
Torres cuma perlu 40 saat untuk menjaringkan gol. Gol berawal dari kesalahan Jordi Alba yang menghantar bola jauh. Namun, bola boleh direbut pemain Atletico sebelum menyodorkannya pada Torres.

Usai mencetak gol, bekas pemain Chelsea ini langsung merayakannya dengan sujud syukur. Suatu selebrasi yang lazimnya dilakukan pemain Muslim. Selebrasi sujud syukur Torres sempat ramai diperbincangkan di sosial media


Akaun Twitter milik Muslim FootballersTheAMF, yang sering menyampaikan maklumat dan menyokong pemain bola sepak profesional muslim, menghantar foto Torres sujud syukur sambil menulis tag #justHappyToBeHome #muslimLoveNandos.

Banyak netizen berpendapat apa yang dilakukan Torres adalah rasa syukur atas kembalinya perfoma dia, setelah merasa dicampakkan oleh Chelsea, kemudian dibuang ke AC Milan lalu kembali Atletico Madrid. Torres ingin membuktikan dia belum habis, dan saat-saat bahagia itu tercipta kala ia melesakkan gol super cepat ke gawang gergasi Sepanyol, Barcelona.

Selebrasi sujud syukur juga pernah dilakukan rakan satu pasukan Torres, Arda Turan. Pemain muslim asal Turki ini melakukan selebrasi itu selepas aksi heroik membuat gol ke gawang Chelsea pada Semi final liga champion musim 2013-2014, yang akhirnya menyingkirkan Chelsea


Itulah amalan baik yang boleh diikuti oleh pemain-pemain bola sepak di Malaysia. (IH)

Analisis: Pemandu Teksi Muslim New York, Solat Tepat Waktu.

Mayoritas Sopir Taksi New York Muslim, Salat Tepat Waktu
Tanpa malu dan khusyuk, mereka sembahyang di tepi atau di atas teksi, tepatnya pada bahagian belakang bagasi yang bersalut sejadah.

MELALUI analisis big data, seseorang boleh mendapatkan maklumat secara cepat dalam jumlah yang besar.

Seperti pada minggu lalu, hasil analisis terhadap big data menunjukkan bahawa sebahagian besar pemandu teksi dan perkhidmatan limousin di New York City mempunyai nama depan Muhammad.

Hal ini mendedahkan bahawa sebahagian besar pemandu teksi dan perkhidmatan limousin di New City adalah muslim.

Penemuan ini diungkap oleh Noah Deneu, seorang jurutera elektrik dan pengguna Reddit. Deneu berkata, melalui analisis big data, ia boleh memantau aktiviti pemandu apabila tiba waktu solat lima waktu.

Dalam pengamatannya, Deneu mencari bahawa selama jam-jam salat, pemandu teksi tidak melakukan aktiviti selama 30 hingga 45 minit. Dari pola yang didapatnya, Deneu boleh menunjukkan ada 4 orang pemandu teksi yang tidak bekerja kerana menjalankan salat.

"Ini adalah projek sampingan yang mungkin menarik. Tapi boleh baik atau buruk," katanya. Deneu menambah bahawa banyak sekali data peribadi berkeliaran di big data yang sepatutnya tanpa nama.

Ternyata ini bukan kali pertama data pemandu teksi bocor ke awam yang kemungkinan boleh disalahgunakan. Vijay Pandurangan, pemaju perisian, telah mengingatkan data peribadi pemandu teksi boleh disalahgunakan. Data tersebut boleh dimanfaatkan untuk mendedahkan identiti, pendapatan tahunan sehingga alamat mereka.

Pada tahun lalu, penagih data Chris Whong mendapatkan 20 Gb Data yang mengandungi maklumat terperinci dari 173 juta pemandu teksi di New City pada 2013.

Sementara itu Anthony Tockar, pegawai magang syarikat analisis data MYNIC, mendakwa boleh mengungkap boleh menunjukkan data teksi mana saja yang menjadi langganan selebriti popular. Termasuk siapa saja yang menjadi pelanggan Larry Flynt s Hustler Club di Hell 's Kitchen, Manhattan.
(Sumber: Mashable)