Saturday, February 14, 2015

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Hayat-Boumeddiene_pics_390
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah.. 

Bab 1
Bab 2 
Bab 3  
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8

Wajah Terakhir Tok Guru Nik Aziz, Ust Azhar Idrus & Video Pengkebumian.

Wajah terakhir Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Ustaz Azhar Idrus berpeluang bersama-sama mengusung jenazah Allahyarham TGNA

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Ustaz Azhar Idrus berpeluang bersama-sama mengusung jenazah Allahyarham TGNA

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Ustaz Azhar Idrus berpeluang bersama-sama mengusung jenazah Allahyarham TGNA

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Ustaz Azhar Idrus pun sama-sama mengusung jenazah Tok Guru Nik Aziz.

Video: Jenazah Allahyarham selamat diturunkan ke liang lahad 

Video: Jenazah Allahyarham Nik Aziz tiba di tanah perkuburan.

Video: Orang ramai membanjiri tanah perkuburan 

Video: Ribuan rakyat berarak ke tanah perkuburan 

 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..

4 Perkara, Ajaib & Kebetulan Pada Kematian Tok Guru Nik Aziz



Ada beberapa kejadian luarbiasa berlaku pada ketika kematian TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita bukan taksub, kita bukan mendewakan makhluk, tetapi ada beberapa beberapa hal dan kejadian berkaitan pemergian Allahyarham TG Nik Abdul Aziz menghadap Rabbul-Jalil.

Pertama, Allahyarham kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat. Hari Jumaat adalah penghulu bagi segala hari. Memanglah kematian hari apa pun tidak menjadi hal asalkan saat penghujungnya baik atau dinamakan "khusnul khatimah", sebagaimana dalam hadits yang shahih :

إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَـوَاتِيْمُ رواه البخاري وغَيْرُهُ.
  • "Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya". [HR Bukhari dan selainnya]
Tetapi bagi TG NIk Abd Aziz, ia dilengkapi dan diindahkan dengan terpilihnya Allahyarham menghadap Allah pada hari Jumaat. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَuةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
  • "Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum`at, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]
* Hadith di atas dikatakan hadith dhaif (lemah sanadnya) tetapi bukan hadith maudhu (rekaan). Pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi’i, juga Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan boleh beramal dengan hadis dhaif secara mutlak.

Kedua, semasa jenazahnya diangkat, awan mendung berarak persis memayungi keranda yang diusung. Memberi keselesaan untuk semua hadirin yang hadir memberi penghormatan terakhir untuk Tok Guru. Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan ‘Allahuakbar’ berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa.
 
Video: Subhanallah! Awan Mendung Menaungi Jenazah TGNA Nik Aziz[Clouds Hovering Over Allahyarham Coffin] 

Ketiga, tarikh kematian beliau sama dengan tarikh kematian Imam Hassan Al Banna, Mujadid Islam abad ke 19.

Keempat, pemergian Tok Guru Nik Aziz juga "berkebetulan" sama dengan pemergian Allahyarham TG Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaiatu ketika Anwar berada di penjara.

Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2002, yang mana pada tahun itu Anwar berada di penjara setelah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Sementara TG Nik Abdul Aziz meninggal dunia selang beberapa hari Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh di atas tuduhan liwat. Ketiga-tiganya adalah pemimpin kesayangan dan harapan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Di dalam Islam, sebenarnya tiada apa yang dikatakan fenomena "kebetulan", kerana bagi orang yang beriman, semua hal dan keadaan adalah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Berangkat dari penegasan Allah dalam surah Ali Imran ayat 191 yang menegaskan 
  • “orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.
Ayat tersebut lebih lanjut menegaskan bahawa manusia dengan segala penelitiannya tentang alam semesta ini akan memberikan nilai kesempurnaan bagi Penciptanya, iaitu Allah. Maka, manusia harus mahu meneliti dengan memahami ingatan Allah tentang apa saja, termasuk tentang alam semesta agar memperoleh keyakinan yang sempurna terhadap keagungan dan kesempurnaan Allah dengan segala ciptaannya.

I’tibar yang paling besar adalah, Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita termasuk hal-hal yang kita tempuhi di dalam hidup sehari-hari. Kerana sesungguhnya Allah punya peringatanNya tersendiri yang tidak sia-sia di dalam setiap kejadianNya untuk manusia pelajari ayat-ayat manzurahNya.  
  • Maka adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra'd 13:19)
Lihat sebelum ini.
Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..


Mawi Lawak 'Urdu' Nik Aziz & Penghormatan Siti Nurhaliza.


Mawi 'World' masih ingat lawak 'Urdu' Allahyarham Nik Aziz
MAWI: Tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama. Itu kualiti pemimpin yang saya rasa sukar ditemui dewasa ini - Foto sumber Duniamawi.blogspot.com 

KL: Bekas juara Akademi Fantasia musim ke tiga, Asmawi Ani atau Mawi, 33  berkongsi kisah menarik ketika kali pertama bertemu Allahyarham Nik Aziz pada tahun 2005.

Kata Mawi, ketika itu dia berpeluang mengadakan persembahan sempena perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

“Allahyarham suka dengan perkataan ‘World’ yang saya bawa ketika di dalam program AF. Beliau mahu saya teruskan berbuat demikan. Itu yang apa kami bualkan ketika kali pertama berjumpa,” kata Mawi ketika dihubungi Astro AWANI.

Mawi turut bercerita yang dia sempat melawat Allahyarham ketika beliau dilaporkan jatuh sakit baru-baru ini.

“Saya ketika itu ke Kota Bharu untuk bantuan amal mangsa banjir. Bila dengar Allahyarham tidak sihat, saya ambil kesempatan pergi melawat beliau di hospital.

Bila saya sampai, saya tengok Allahyarham sedang bersenam. Beliau pandang saya, kemudian bertanya ‘Apa Khabar’ dalam bahasa Urdu. (ketawa) Mungkin ketika itu beliau sangkakan saya adalah orang lain,” imbas Mawi mengenai kenangan manisnya bertemu bekas Menteri Besar Kelantan yang sememangnya fasih berbahasa Tamil, Urdu dan Arab selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu.

Kata Mawi, dirinya kagum dengan sifat Allahyarham yang merupakan seorang yang sangat suka berkongsi ilmu sepanjang hayatnya.

"Tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama. Itu kualiti pemimpin yang saya rasa sukar ditemui dewasa ini," kata Mawi.

Selain Mawi dan Amy, Datuk Siti Nurhaliza juga antara artis yang berpeluang bertemu dengan ikon negeri Kelantan itu ketika beliau masih sihat.

Sedutan pertemuan itu turut di muat naik Siti di laman Twitternya. Klip video yang diiringi lagu 'Lelaki' nyanyian penyanyi ini telah di twit semula lebih dari 300 pengguna twitter.

PENGHORMATAN ISTIMEWA/Special Tribute - Tok Guru Nik Aziz Dengan Iringan Lagu Siti Nurhaliza: Lelaki http://youtu.be/fd7UKdGYGMw 
Video: PENGHORMATAN ISTIMEWA/Special Tribute - Tok Guru Nik Aziz Dengan Iringan Lagu Siti Nurhaliza: Lelaki

Ternyata pemergian tokoh agama yang disegani ini turut dirasai oleh ramai. Beberapa selebriti tempatan turut berkongsi doa dan ucapan takziah di media sosial sejurus mengetahui pemergian Tok Guru.

Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84  tahun di kediamannya pada pukul 9.40 malam Khamis, 12 Februari kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Nik Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan. sumber
Lihat sebelum ini.
Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
KL: Bekas juara Akademi Fantasia musim ke tiga, Asmawi Ani atau Mawi, 33  berkongsi kisah menarik ketika kali pertama bertemu Allahyarham Nik Aziz pada tahun 2005.

Kata Mawi, ketika itu dia berpeluang mengadakan persembahan sempena perisytiharan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

“Allahyarham suka dengan perkataan ‘World’ yang saya bawa ketika di dalam program AF. Beliau mahu saya teruskan berbuat demikan. Itu yang apa kami bualkan ketika kali pertama berjumpa,” kata Mawi ketika dihubungi Astro AWANI.

Mawi turut bercerita yang dia sempat melawat Allahyarham ketika beliau dilaporkan jatuh sakit baru-baru ini.

“Saya ketika itu ke Kota Bharu untuk bantuan amal mangsa banjir. Bila dengar Allahyarham tidak sihat, saya ambil kesempatan pergi melawat beliau di hospital.

Bila saya sampai, saya tengok Allahyarham sedang bersenam. Beliau pandang saya, kemudian bertanya ‘Apa Khabar’ dalam bahasa Urdu. (ketawa) Mungkin ketika itu beliau sangkakan saya adalah orang lain,” imbas Mawi mengenai kenangan manisnya bertemu bekas Menteri Besar Kelantan yang sememangnya fasih berbahasa Tamil, Urdu dan Arab selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu.

Kata Mawi, dirinya kagum dengan sifat Allahyarham yang merupakan seorang yang sangat suka berkongsi ilmu sepanjang hayatnya.

"Tidak lokek ilmu dan sentiasa mengajar ilmu-ilmu agama. Itu kualiti pemimpin yang saya rasa sukar ditemui dewasa ini," kata Mawi.
Selain Mawi dan Amy, Datuk Siti Nurhaliza juga antara artis yang berpeluang bertemu dengan ikon negeri Kelantan itu ketika beliau masih sihat.

Sedutan pertemuan itu turut di muat naik Siti di laman Twitternya. Klip video yang diiringi lagu 'Lelaki' nyanyian penyanyi ini telah di twit semula lebih dari 300 pengguna twitter.

PENGHORMATAN ISTIMEWA/Special Tribute - Tok Guru Nik Aziz Dengan Iringan Lagu Siti Nurhaliza: Lelaki http://youtu.be/fd7UKdGYGMw 
Ternyata pemergian tokoh agama yang disegani ini turut dirasai oleh ramai. Beberapa selebriti tempatan turut berkongsi doa dan ucapan takziah di media sosial sejurus mengetahui pemergian Tok Guru.

Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84  tahun di kediamannya pada pukul 9.40 malam Khamis, 12 Februari kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Nik Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
berita-hiburan/mawi-world-masih-ingat-lawak-urdu-allahyarham-nik-aziz-53899?cp

Amy Search : Nik Aziz Menangis Dengar Lagunya ..

Amy Search
Amy Search menganggap Allahyarham sebagai seorang ikon yang sangat merendah diri - Foto sumber Kimgooi.wordpress.com  

KL: Tidak ramai sebenarnya di kalangan selebriti tempatan yang berpeluang bersemuka dua mata dengan tokoh politik tempatan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz sepanjang hayat beliau. 

Salah seorang selebriti tempatan yang telah beberapa kali bertemu Allahyarham adalah vokalis kumpulan rock terkenal Search iaitu Amy.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, Allahyarham pernah menitiskan air mata ketika mendengar Amy mendendangkan salah sebuah hitnya.

"Banyak sebenarnya nostalgia terindah saya dan Allahyarham Tok Guru, antaranya adalah apabila dia menangis ketika saya menyanyikan lagu 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'. Ketika itu saya ke Kota Bharu bagi satu program belia sekitar tahun 2013.

Namun Amy berkata, kali pertama dia bertemu dengan Nik Aziz adalah sekitar tahun 2011 apabila Allahyarham datang ke restorannya di Wangsa Maju.

“Ketika itu saya terkejut apabila diberitahu bahawa Nik Aziz mahu datang ke restoran saya. Pertemuan itu merupakan waktu yang tepat yang mana semasa itu, jiwa saya tengah ‘parah’ kerana ada satu kejadian saya ditipu.

Kesempatan itu saya ambil untuk bercerita mengenainya dan kata-kata yang sukar untuk saya lupa apabila dia mengingatkan saya mengenai kesusahan menimpa.

Kata Allahyarham ‘hanya Allah yang boleh tolong hambanya yang dalam kesusahan’. Itu sebenarnya yang paling bermakna dalam pertemuan pertama kami,” cerita Amy ketika dihubungi Astro AWANI. 


Selepas pertemuan tersebut, Amy kemudian sekali lagi secara kebetulan dapat bertemu dengan Mursyidul Am PAS itu di Madinah ketika menunaikan umrah dua tahun lepas.
 
“Saya bertemu di Madinah dan sekalipun tak menyangka akan terserempak (Nik Aziz) di Madinah. Selepas itu, beliau menjemput saya untuk makan malam bersama,
“Salah satu sifat Allahyarham yang saya kagumi adalah rasa rendah dirinya, walaupun beliau dipandang sebagai seorang Ulamak yang tinggi tarafnya, namun masih lagi penuh rasa rendah diri dalam jiwa.

Saya pernah singgah solat Subuh di masjid beliau di Kota Bharu dan dalam masa yang sama beliau turut ada solat bersama-sama. Dengan ramah mesra, beliau terus mengajak saya bersarapan di rumahnya. Itu kualiti sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang saya dapat dilihat dalam diri Allahyarham,” jelas Amy yang turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menziarahi pengebumian Allahyarham pada Jumaat di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya pada pukul 9.40 malam Khamis, 12 Februari kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.
sumber


Lihat sebelum ini.
Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Erdogan (9): Kecam Obama Diam Soal Pembunuhan 3 Muslim AS.

Erdogan kecam Obama yang bungkam soal pembunuhan tiga muslim Amerika
Barack Obama menangis. ©Reuters. Air mata buaya?

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama kerana bungkam atau diam atas pembunuhan tiga mahasiswa muslim di Chapel Hill, North Carolina, Selasa malam lalu.

"Tiga muslim dibunuh di North Carolina dan Presiden Obama, (Menteri Luar Negera) John Kerry dam Naib Presiden Joe Biden tidak membuat kenyataan apa pun soal ini," kata Erdogan alam kunjungannya ke Mexico, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Jumaat (13 / 2).

"Sebagai ahli politik, kita bertanggung jawab atas semua yang terjadi di negara kita dan kita perlu tunjukkan di mana kedudukan kita," lanjut dia.

Penembakan Deah Shaddy Barakat, 23 tahun dan isterinya Yusor Muhammad Abu Salha, 21 tahun, dan adiknya Razan Muhammad Abu Salha, 19 tahun, menimbulkan kecurigaan di kalangan dunia Arab dan Muslim tentang standard ganda media Barat dalam memberitakan kejadian itu.

Polis mengatakan tengah menyiasat kes pertikaian soal letak antara pelaku dan korban, tapi keluarga mangsa menyatakan pembunuhan itu bermotif agama. Suspek menembak Craig Stephen Hicks, 46 tahun, sudah ditahan polis dan dituntut atas kes pembunuhan. Ribuan orang menghadiri pemakan korban semalam.


Mereka juga menggelar aksi lilin sebagai ungkapan belasungkawa untuk para korban.
Sejumlah muslim dan penyokong Council on American-Islamic Relations mengumumkan aksi lilin di pusat bandar Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis (12/3). Tindakan tersebut merupakan bentuk belasungkawa kepada tiga pemuda muslim yang dibunub kejam.

Mereka juga menggelar aksi lilin sebagai ungkapan belasungkawa untuk para korban.  
AFP PHOTO  Mereka membantah tindakan menembak tersebut 
yang diduga ada kaitan dengan  agama.©
Lihat..

Kerana Dituduh Nak Guling Presiden PAS, Keretanya Dibakar?


KERETA PEMIMPIN TERTINGGI PAS DIBAKAR PAGI TADI

KERETA Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan kejadian itu.

"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun yakin kejadian tersebut angkara orang luar dan berniat jahat bagi menimbulkan konflik dalaman PAS ekoran tuduhan yang dibuat ke atas Dr Hatta dalam satu demonstrasi di ibu pejabat parti PAS Ahad lepas.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan pejabat itu.

Mereka mendakwa Dr Hatta mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.-tmi

Oh, Terharunya, Saperti Pak Lebai Biasa, Sultan K'tan Ziarah Kubur N/Aziz.



GAMBAR memenunjukkan seorang lelaki dikatakan Tuanku Sultan Kelantan sedang menziarahi kubur Allahyarham TG Nik Abdul Aziz. Sungguh terharu melihat seorang Sultan berpakaian seperti orang kebiasaan duduk di sisi kubur sebegitu.

Sultan  Kelantan memang terkenal sebagai seorang yang zuhud seperti juga guru beliau, Allahyarham TG Nik Abdul Aziz. Lihat gambar-gambar Tuanku bersama Allahyarham sebelum ini.

Sultan Kelantan meng'imam'i solat. Tok Guru di belakangnya.
Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan
Tindakan Sultan Muhammad V bersendirian membantu mangsa banjir mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak Kelantan, baru-baru ini.

Sultan Kelantan tidak ketinggalan bersama-sama rakyat menyempurnakan majlis korban.

Alhamdulillah, Allah SWT lanjutkan usia Tuanku.. (IH) 

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..

Biodata & Pemimpin Tahap Dunia. Ini Gambar N/Aziz Masa Muda..



image

INI gambar kiri, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat masa muda. Muka mereka yang beriman ni, kalau kita pandang , hati kita pun akan terasa tenang dan bahagia. Sebab Nur dan Cahaya keimanan Allah dah kurniakan kepada mereka atas ketaatan mereka dengan perintah Allah dan melakukan segala yang Allah suka.

Tak kira hensem atau tidak, tapi dimuka orang beriman ni seperti ada sesuatu yang buat kita nak tengok muka dia sepanjang masa kan? Agaknya bagaimanalah rupa Rasulullah SAW. Pastinya lebih indah dari segala-galanya. 

Tengok muka saja tak cukup, jom kita tengok biodatanya..

Ringkasan Biodata
YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. 

Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu. 

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya.

Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:
  1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
  2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.



Pemimpin Tahap Dunia Dari Pulau Melaka

Mengapa disebut demikian? Kerana nama beliau tersenarai di antara 50 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia. Nik Aziz  berada di tangga ke 42. Antara senarai Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia ialah:  
  1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques.
  2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran.
  3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco 
  4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan 
  5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey 
  6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman 
  7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf 
  8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque 
  9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars 
  10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt 
  11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia 
  12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
  13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher   
  14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist 
  15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, PakistanHis 
  16. Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto 
  17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah 
  18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia 
  19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator 
  20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims 
  21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates 
  22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi & Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces 
  23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria 
  24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 
  25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University 
  26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims 
  27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan 
  28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey 
  29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir 
  30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars  
  31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement 
  32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order 
  33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen 
  34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas 
  35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia 
  36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-Hind, India
  37.  Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE 
  38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA 
  39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina 
  40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference 
  41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran 
  42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia  
  43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh 
  44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide 
  45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras  
  46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist 
  47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher 
  48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher 
  49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order 
  50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary 
Semoga Allah merahmati TGNA. Amin..
(IBNU HASYIM)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails