Saturday, February 21, 2015

Pemangku Dewan Ulama PAS: Kaji Balik Tahaluf siyasi.

Dewan Ulama PAS akan kaji tahaluf siyasi 
Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat kajian ke atas tahaluf siyasi, iaitu kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutut mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP. - Foto Astro AWANI
SERDANG: Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat kajian ke atas tahaluf siyasi, iaitu kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP.

Menurut Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob, kajian itu perlu  bagi memperbaiki beberapa perkara dari masa ke semasa untuk mencantikkan serta melengkapkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.

Bagaimanapun beliau mengingatkan ahli-ahli PAS supaya tidak berlaku 'walak' kepada rakan tahaluf kerana kerjasama tersebut adalah bagi mencapai tujuan bersama tanpa mengenepikan dasar parti.

"Jangan sampai berlaku prinsip-prinsip Islam dibiarkan tidak dipertahankan demi menjaga tahaluf siyasi," tegas Ahmad di hadapan kira-kira 1,000 ahli PAS pada Multaqa Ulama Malaysia kali ke-2 pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, menafikan akan berlaku pembatalan dengan kajian tersebut dan meminta semua supaya jangan menyelar tindakan Dewan Ulama PAS itu.

Namun katanya, meskipun tahaluf merupakan sesuatu yang diharuskan, ianya bukanlah matlamat asas yang mesti dicapai.

Jelas Ahmad, Allah membenarkan sesuatu tahaluf itu dileraikan sekiranya kerjasama tersebut telah dirosakkan oleh pihak rakan tahaluf lain.

"Ini disebabkan pengkhianatan dalam tahaluf adalah jalan kepada kemusnahan kekuatan tahaluf dan tiada lagi manfaat kepada tahaluf itu," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya PAS memutuskan akan tetap bersama dengan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan dari komponen parti dalam Pakatan Rakyat.(astroawani)

Lihat Betul-betul, Mana Lucah Di Baju Kanak-kanak Ini?

Baju Anak-anak Tak Senonoh (Facebook Divisi Humas Mabes Polri)

LIHAT betul-betul. Gambar panda di baju kanak-kanak ini! Panda sedang buat apa? Memang kuarang ajar betul pencipta gambar baju ini untuk kanak-kanak?

Berita tak senonoh ini baru tersebar di Indonesia menjadi sorotan ramai, termasuk media asing. Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis (Mitra Humas) melalui akaun Facebook rasminya, pada 18 Februari 2015, telah memberikan laporan untuk berjaga-jaga adanya peredaran pakaian kanak-kanak bergambar tidak senonoh."Apabila Mitra Humas ada yang mengetahui peredaran atau jualan baju tersebut dimohon agar segera melapor ke Pejabat Polis terdekat," tulis mereka sambil menunjukkan gambar baju anak berwarna pink yang dimaksudkan.

Khabar ini juga menyita perhatian media antarabangsa. Salah satunya, Daily Mail. Mereka membahas turunnya baju anak-anak yang motifnya gambar dua panda sedang melakukan hubungan intim. Dalam laporannya, Daily Mail menulis, Polis Indonesia telah melakukan himbauan agar masyarakat melapor jika mencari baju tersebut.Dalam akaun Facebook rasmi polis Indonesia, mereka menyenaraikan gambar seorang anak memakai baju tersebut. Menurut penelurusan Daily Mail, foto itu diambil dari internet. Di sisi kanan gambar terdapat watermark 9gag.com, laman yang memaparkan meme lucu dari gambar yang telah disunting. Hingga kini belum dipastikan soal peredaran kaos itu sama ada asli atau hanya foto meme, namun polis berusaha untuk bertindak cepat.

Di Malaysia belum dengar lagi, berita ini. (IH)

Siapa Obama Bercakap Fasal Aqidah Islam?


WASHINGTON – Presiden Barack Obama kelmarin menyeru dunia bersatu menghadapi pihak yang menyalahgunakan nama Islam untuk menghalalkan keganasan.

Beliau yang merujuk kepada kumpulan militan Islamic State (IS) berkata, komuniti Islam khususnya mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan tanggapan serong mengenai Islam.

Berikutan perkembangan kumpulan IS dan pengganas yang semakin kuat bertapak di Timur Tengah dan Afrika, Obama cuba menggunakan persidangan keganasan puak pelampau anjuran White House di sini minggu ini untuk mengajak dunia meningkatkan tindak balas melangkaui campur tangan tentera.

Serangan udara Amerika Syarikat (AS) setakat ini berjaya mengurangkan penguasaan militan di Iraq dan Syria tetapi tindakan itu tidak mampu menangani ideologi pelampau yang menjadi pendukung kumpulan ganas seperti IS, al-Shahab dan Boko Haram.

Pada sesi penutup persidangan di Jabatan Negara AS itu, Obama menyeru delegasi dari 65 negara untuk ‘berdepan dengan ideologi songsang’ kumpulan-kumpulan pengganas berkenaan.

“Pengganas-pengganas ini terdesak untuk diperakui dan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menolak fahaman yang kononnya kumpulan seperti IS mewakili Islam kerana itu satu dusta dan dongengan pengganas,” katanya.

Beliau turut menyeru komuniti-komuniti Islam untuk menentang gambaran kononnya dunia Barat kini berperang dengan Islam.

“Komuniti Islam, termasuk cendekiawan dan ulama, mempunyai tanggungjawab untuk menolak fahaman songsang tentang Islam serta penipuan kononnya kita sedang berdepan pertembungan antara tamadun.
“Seolah-olah AS dan Barat sedang berperang dengan Islam dan cuba melemahkan umatnya, umpama kami yang menjadi punca semua masalah di Timur Tengah,” tegas Obama. – AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Serangan udara AS setakat ini berjaya mengurangkan penguasaan militan di Iraq dan Syria tetapi tindakan itu 'tidak mampu menangani ideologi pelampau' yang menjadi pendukung kumpulan ganas seperti IS, al-Shahab dan Boko Haram."

AS kini seolah terdesak, kerana mereka yang melebelkan 'pelampau' kepada pemikiran aqidah Islam yang dianuti zaman berzaman. Umat Islam akan bangkit, apabila Islam ditekan dan ditindas. Itulah lumrah manusia. Kalau AS tidak mahu Islam bangkit jangan zalimi, tekan dan tindas manusia Islam dan seluruhnya. Binatang atau kucing yang jinak itupun kalau dipijak ekornya akan terkejut menggigit!

Jelasnya, siapa Obama yang bercakap fasal aqidah Islam?

Cakar Muka? Sesi Bertumbuk Ahli Parlimen Turki Masuk Hari Ke 2.


REUTERS - AHLI parlimen dari parti pembangkang dan parti pemerintah Turki bertumbuk semasa sesi debat rang undang-undang untuk menambah kuasa polis terhadap penunjuk perasaan di Ankara kelmarin. Lihat gambar seseorang sedang mencakar muka lawannya?

ISTANBUL – Parlimen Turki menjadi huru-hara sekali lagi kelmarin selepas ahli Dewan bertumbuk buat kali kedua disebabkan rang-undang-undang kontroversi untuk mening­katkan kuasa polis terhadap penunjuk perasaan, lapor media tempatan.

Agensi berita Dogan me­la­por­kan ahli parlimen daripada parti pemerintah dan parti pembangkang bertinju di dalam Dewan dengan seorang daripada mereka terjatuh beberapa anak tangga sewaktu sesi per­sidangan baru memulakan debat melibatkan rang undang-undang keselamatan dalam negeri itu.

Suasana kecoh itu menyerupai kejadian pada malam Selasa lalu yang meleret ke awal pagi Rabu dan menyebabkan lima ahli parlimen cedera, dua daripadanya mengalami kecederaan di kepala selepas dipukul dengan tukul kayu istiadat.

Parti-parti pembangkang yang menentang kuat rang undang-undang dikemukakan kerajaan itu pada awal minggu ini berjanji untuk menghalang teks draf berkenaan daripada dibaca di Dewan.
Mereka menggunakan tak­tik melengah-lengahkan pemben­tang­­an dengan mengemukakan beberapa usul yang tidak berkaitan.

Akhbar Hurriyet melaporkan parti pembangkang mengemukakan bantahan selama lebih tiga jam sebelum debat mengenai rang undang-undang itu dimulakan kelmarin.

Perbalahan mulut antara kedua-dua pihak kemudian tiba-tiba bertukar ganas melibatkan tumbukan serta sepakan. Turut terlibat ialah Ahli Parlimen daripada parti pembangkang CHP, Orhan Duzgun yang jatuh beberapa anak tangga tetapi dia enggan dibawa berjumpa doktor kerana mahu terus berada di dalam Dewan untuk meneruskan penentangan.

Pembangkang khuatir rang undang-undang yang dikemukakan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) itu akhirnya akan me­njadikan Turki sebuah negara polis di bawah kuasa Presiden Recep Tayyip Erdogan. – AF

Abdul Hadi Berpotensi Jadi Ketua Pembangkang - PAS

Abdul Hadi Awang
KL: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau melihat tidak ada masalah jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang yang baharu, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, beliau berkata Abdul Hadi perlu mendapatkan sokongan sebulat suara daripada Pakatan Rakyat, bukan hanya daripada PAS sahaja.

"Jika semua boleh menerima beliau sebagai ketua pembangkang yang baharu, saya tidak fikir bahawa ia akan menjadi masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, majlis kepimpinan Pakatan Rakyat masih belum membincangkan mengenai penggantian itu memandangkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan telah ditangguhkan berikutan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terdapat panggilan oleh ulama dalam parti untuk mencalonkan Abdul Hadi sebagai pemimpin pembangkang yang baharu kerana beliau adalah seorang ulama Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pakatan pembangkang telah ditinggalkan tanpa pemimpin apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan lima tahun hukuman penjara terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila Perlembagaan melarang sesiapa yang didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih dari satu tahun daripada berkhidmat sebagai ahli Parlimen.

Beliau mempunyai sehingga Selasa depan untuk memfailkan pengampunan Diraja sebelum secara automatik hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen. (mStar)

Friday, February 20, 2015

Tengku Mahkota K'tan Ziarah Keluarga, Pusara Nik Aziz


TMK
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa'iz Petra Sultan Ismail Petra (tengah) mengaminkan doa ketika menziarahi kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra hari ini berkenan menziarahi keluarga bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka di sini.
Tengku Muhammad Faiz yang berangkat tiba pada kira-kira 5.30 petang, disambut isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anaknya Nik Mohamad Abduh dan beberapa anggota keluarga yang lain.

Hadir sama bonda saudara Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra.Baginda yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz selepas itu menziarahi pusara arwah.
Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, meninggal dunia 12 Feb lepas akibat kanser prostat. (astroawani)

Serbu 6 K/Malam, Lagi Bukti Kelab Hiburan Adalah Pusat Maksiat.


KL: INI bukti lagi bahawa Kelab Malam atau pusat bertopengkan hiburan malam adalah sebenarnya pusat maksiat. Hal ini terbukti apabila pihak berkuasa membuat serbuan di enam kelab malam di Bukit Bintang dalam usaha berterusan memburu 'Ah Hai'.

Ah Hai suspek sasaran serangan bom tangan di Kompleks Sun, Khamis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata serbuan di enam outlet telah dijalankan antara 11 malam Sabtu dan 5 pagi Ahad.

"Kami menyerbu tiga outlet dan memeriksa 405 orang serta dua ditahan kerana membenarkan individu bawah umur memasuki sebuah pusat hiburan dan membuka pusat hiburan melebihi masa yang ditetapkan.
"Kakitangan Bukit Aman termasuk Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) menyerbu tiga outlet lain dan memeriksa 215 orang serta menyelamatkan tiga wanita Vietnam di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran.
"Ketiga-tiga mereka dipercayai telah dieksploitasi untuk tujuan seks," katanya ketika dihubungi, Ahad.
 
Pusat maksiat yang ada di sini adalah seperti..

  • serangan bom, 
  • membenarkan individu bawah umur memasuki sebuah pusat hiburan (walaupun yang atas umur pun salah dari sudut agama.
  • membuka pusat hiburan melebihi masa yang ditetapkan.
  • dagang manusia
  • najis zina
  • minum arak 
  • dan lain-lain.
Mampukan kerajaan Malaysia yang bertopengkan Islam ini bertindak menyelesaikannya menurut garis-garis Islam?

Penceramah Bebas Wan Ji Wan Ditahan JAIS 9.45 Malam Tadi.


Penceramah bebas Wan Ji ditahan Jais kerana didakwa beri ceramah tanpa tauliah
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33 ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira jam 9.45 malam tadi atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah. - Gambar fail 
KL: Penceramah bebas Wan Ji  Wan Hussin, 33, ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) kira-kira jam 9.45 malam tadi atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.

Dia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (Pas) cawangan Selangor ditahan selepas memberi ceramah di sebuah masjid di Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.

"Tadi saya mengajar kelas hadith hukum selepas Maghrib hingga 9.00 malam. Mereka (Jais) merekod segala ceramah saya tadi dan selepas ditahan saya dibebaskan atas jamin mulut (jaminan polis) daripada kawan saya.

"Saya perlu ke Ibu Pejabat Jais pada 23 Februari untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI tadi.

Wan Ji sebelum ini pernah didakwa menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook.

Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
(astroawani)

SU PSM Ditahan 6 Ptg Tadi Kerana Menghasut?





S. Arutchelvan 
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),  S. Arutchelvan ditahan polis di bawah Akta Hasutan. Berdasarkan posting di laman Facebook PSM, pegawai polis dari Balai Polis Dang Wangi juga merampas komputer, modem dan telefon bimbitnya.

Ketika dihubungi The Star Online kira-kira pukul 6 petang tadi, Arutchelvan berkata terdapat kira-kira 10 anggota polis menunggu di luar rumahnya di Kajang untuk menahannya.

"Saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Akta Hasutan, " katanya.

Ketika dihubungi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa Arutchelvan ditahan pada kira-kira pukul 7 malam dan telah dibawa ke balai.

Berdasarkan laporan berita minggu lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Arutchelvan dan dua orang yang lain akan ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung komen yang dibuat berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. (IH/mStar)

Rara Masuk Islam, Menyambut Tradisi Tahun Baru Cina.

Walaupun teruja, Rara meletakkan garis syarak sebagai keutamaan ketika menyambut perayaan tahun baru sulungnya sebagai seorang Muslim.
 
MEMILIH kehidupan semula sebagai seorang wanita Muslimah, pada 3 Julai tahun lalu menjadi detik sejarah dalam kembara hidup bekas model majalah Playboy yang kini selesa dipanggil Rara atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap, 28.

Majalah Playboy yang dinaungi oleh Hugh Hefner terkenal dengan gambar-gambar wanita beraksi sensual tatkala ditembak lensa kamera. Diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1953 di Amerika Syarikat (AS), edisi tersebut menampilkan figura Marilyn Monroe tanpa pakaian dengan latar belakang baldu merah.

Bergolak dengan kisah lampau, gadis anggun kelahiran Ipoh, Perak itu mengakui, kehidupan sosialnya kini berubah secara total selepas memeluk Islam. Malah, Rara lebih selesa dengan penampilan sopan dan menutup aurat.

Berbicara mengenai perayaan Tahun Baru Cina yang turut sinonim dengan agama anutan keluarganya iaitu Buddha, Rara memberitahu, dia menyambut perayaan tersebut hari ini buat pertama kalinya selepas memeluk agama Islam tetapi meletakkan batas-batas syariat tertentu.

"Perayaan tahun baru lebih kepada adat dan budaya, bukannya bersifat keagamaan. Justeru, tidak menjadi satu kesalahan untuk menyambut perayaan tersebut selagi perbuatan itu tidak bertentangan dengan Islam." Demikan seperti dilaporkan Kosmo! Online hari ini.

Cuma yang sedikit berbeza pada sambutan kali ini, Rara meraikan tahun baru buat pertama kalinya sebagai seorang Islam. Namun, dia menegaskan, ia sekadar mengukuhkan ukhuwah bersama keluarga dan sahabat handai.

“Saya akan menyambut perayaan ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami sekeluarga akan menziarahi rumah nenek dan datuk di Perak serta berkumpul bersama sanak saudara yang lain di sana.
“Bagaimanapun, pada perayaan kali ini saya mengambil inisiatif untuk menyediakan baju raya yang masih mengekalkan unsur kaum Cina kepada mereka. Namun, dengan potongan labuh dan menutup aurat. Pasti ia menjadi amat bermakna kerana keluarga begitu penting kepada saya,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Rara masih mengamalkan budaya 'makan besar' bersama keluarga yang menjadi adat ketika Tahun Baru Cina. Hal ini kerana dia ingin menghormati keluarganya dan tidak mahu menghadirkan jurang selepas memeluk agama Islam.

“Saya kini lebih menghargai nilai kekeluargaan dan persahabatan kerana dalam Islam juga amat menitikberatkan silaturahim sesama manusia. Sambutan tahun baru ini juga akan digunakan sebaik mungkin dengan meluangkan masa sepenuhnya bersama mereka.
“Perkara itu mampu membuang ‘racun’ dalam fikiran yang sebenarnya Islam tidak membuang keluarga malah memandang perkara ini penting sebagai pemangkin hubungan kekeluargaan,” jelasnya.

Rara tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah tanda bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang begitu memahami apabila dia telah disediakan peralatan dapur untuk digunakan bagi memasak menu halal sepanjang berada di kampung. (IH)

Lihat ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam 

Thursday, February 19, 2015

Sambut Tahun Baru Cina Satu Kemestian Bagi Cina Muslim (MACMA)






Mereka yang memakai pakaian berwarna merah dan emas bersama isteri dan anak-anak berkumpul di sebuah kediaman di Taman Sri Ampang di sini bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.
Kebiasaannya, orang Cina akan makan besar pada pukul 7 petang namun bagi anggota persatuan MACMA yang ditemui di sini, mereka tidak lupa untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum acara tersebut.

Timbalan Pengerusi MACMA Mohd Hafiz Ng Abdullah, 49, ketika ditemui Bernama berkata istimewanya tahun ini, selain acara makan besar, sambutan Tahun Baharu turut diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah.

"Antaranya turun padang bagi membantu orang Cina yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik supaya mereka tidak merasa terpinggir daripada menyambut perayaan ini. Kita mahu menyatakan kepada mereka bahawa Islam itu bersaudara," katanya.

Imbas Mohd Hafiz lagi, budaya menyediakan segala kelengkapan baharu yang dilakukan sejak kecil berterusan walaupun mereka sudah memeluk Islam. Begitu juga dengan adat lain seperti makan besar bersama keluarga pada malam Tahun Baharu, membakar mercun dan memberi angpau, jelas beliau yang juga Pegawai Mubaligh Jabatan Agama Islam Perak.

Hafiz yang memeluk Islam pada usia 20 tahun, berkata beliau sekalipun tidak pernah terlepas daripada menyambut Tahun Baharu bersama keluarganya, terutama ketika majlis perjumpaan makan malam.

"Ya, memang dahulu mendapat tentangan sedikit daripada keluarga malah saya terpaksa menyembunyikan status agama saya daripada keluarga lebih lima tahun.
"Tetapi apa yang penting sekarang ialah kami dapat berkumpul bersama kerana mengikut kepercayaan orang Cina, mereka yang makan bersama akan kekal bersama selamanya," ujarnya yang amat mementingkan semangat kekeluargaan.

Sementara itu, bagi Mohd Fuad Lew Abdullah, 42, tahun ini lebih meriah sambutannya kerana beliau menjadi tuan rumah pada malam makan besar sehari sebelum perayaan.

Menurut Rosmina Muhamad, 41, Mohd Fuad turut memasang empat tanglung di halaman rumah mereka sedangkan sudah 20 tahun suaminya itu tidak berbuat demikian.

"Dia gembira sangat, dia balik kerja sahaja terus cakap tahun ini mahu pasang tanglung. Iyalah, kata suami selalu buat pendawaian di rumah orang, pasang tanglunglah, lampulah, jadi tahun ini dia pula nak buat bagi meriahkan suasana rumah," katanya yang dianugerah empat cahaya mata.

Dalam pada itu, Mazni Koh Abdullah, 46, berkata walaupun sudah memeluk Islam, aktiviti bersama keluarga tetap utuh dan terjalin rapat sehingga hari ini.

"Masa dulu-dulu memang saya akan bawa mak berjalan-jalan pergi jumpa saudara mara. Jadi walaupun status agama saya sudah lain, saya sentiasa menjaga hati mak saya.
"Jadi jika dia mahu pergi jumpa saudara yang lain, saya akan cuba untuk bawa dia," katanya yang memeluk Islam pada 1995 selepas mendengar kebaikan agama itu melalui rakannya.

Persatuan MACMA Cawangan Ipoh ditubuhkan pada Julai 2007 bagi membantu dan memberi pendidikan agama Islam kepada saudara baharu dan juga sesiapa yang ingin mendalami agama itu. (mStar)

Lagi Tolong Sebarkan Berita Ini. Lelaki Islam Dibunuh Di Kanada..


Kini Trending: Siapa Mustafa Mattan?



KL(IH):  SEORANG lagi lelaki Islam dibunuh di Kanada. Berita ini masih tersembunyi, tolong sebarkan seluas-luasnya. Beliau yang terbunuh adalah Mustafa Mattan. Berita bersumberkan Astroawani.com.

Mustafa Mattan, satu nama yang agak asing bagi yang tidak mengetahui tentang kisahnya. Sehari sebelum tragedi pembunuhan tiga remaja Muslim di Chapel Hill, Utara Carolina, Amerika Syarikat seorang lelaki Islam kehilangan nyawanya di Alberta, Kanada. 

Tiada penahanan dibuat sehingga saat ini mencetuskan kemarahan umat Islam yang meggesa keadilan ditegakkan dengan membangkitkan isu ini di media sosial.

Mangsa yang dikenali sebagai Mustafa Mattan, 28 tahun, lelaki Islam berketurunan Somalia-Kanada ditembak mati di pangsapurinya di Fort McMurray pada 9 Februari lepas (Isnin) Aduan mengenai bunyi tembakan sekitar pukul 11.30 malam, membawa pihak polis ke tempat kejadian di mana mereka menemui mayat mangsa. 

Mustafa, berkelulusan ijazah sains kesihatan dilaporkan baru sahaja berpindah dari Ottawa dan menetap di kediaman barunya itu kurang sebulan lalu dan bekerja keras mengumpul wang untuk perkahwinannya.
 
“Abang saya ditembak melalui pintu sebelum sempat mencapai tombol dan tidak sempat membuka pintu,” jelas adik lelakinya, Ahmed Mattan yang turut menetap di pangsapuri berkenaan.

Kebanyakkan pengguna sosial menyatakan kekecewaan kerana tiada pendedahan mengenai kes ini daripada media-media utama. Ada berpendapat kematian mangsa tidak mendapat publisiti seperti insiden di Chapel Hill kerana ia tidak bermotifkan jenayah kebencian terhadap orang Islam.

Mustafa merupakan ahli jemaah Masjid Assalam di St. Laurent Boulevard, Ottawa dimana umum menyifatkannya sebagai seorang Islam yang alim dan contoh baik buat anak-anak muda.

“Beliau ahli tetap jemaah kami. Seorang yang pendiam dan sederhana. Orang terakhir yang terlintas di fikiran kamu akan pergi dalam cara yang dahsyat,” kata Presiden Masjid Assalam, Abdulhakim Moalimishak.

Sahabat dan kenalan Mustafa menggunakan laman web gofundme.com di bawah nama Mustafa Mattan Funeral Cost untuk membantu keluarganya membayar kos pengkebumian.

Jenazah Mustafa selamat dikebumikan di Alberta, 12 Februari lalu. Meskipun ada yang merasakan ia kes kesilapan identiti namun pihak polis menolak sebarang spekulasi kerana kes masih disiasat dan suspek masih diburu.


Kini Trending: Siapa Mustafa Mattan?
Kini Trending: Siapa Mustafa Mattan?
Kini Trending: Siapa Mustafa Mattan?
Kini Trending: Siapa Mustafa Mattan?


Video Tarian Gelek Di Pasar Karat JB, Hasil Karat UMNO/BN.


 
DENGAN pakaian menjolok mata, satu pertunjukan tarian gelek telah diadakan di Bazar Karat, Johor Bahru. Ia mengundang kecaman pelbagai pihak. Pertunjukkan oleh wanita dipercayai warga asing sambil diiringi oleh muzik Arab turut ditonton kanak-kanak.

Exco Agama Negeri Johor Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, perkara seperti tidak sepatutnya berlaku dan ia telah mencemarkan imej Bazar Karat.

"Bazar Karat merupakan tempat mencari rezeki dan ia tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang melanggar hukum syarak," kata di dalam reaksinya menerusi laman sosial Facebook.

Rata-rata peniaga di Bazar Karat berbangsa Melayu Islam dan kejadian tarian gelek itu adalah amat memalukan, katanya lagi. Abdul Mutalib percaya ada pihak yang membawa masuk penari tarian gelek itu dan mahukan tindakan dikenakan terhadap pihak terbabit.

Beliau berkata telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Johor Bahru tetapi belum menerima respon daripadanya.

Bazar Karat amat popular dalam kalangan penduduk Johor Bharu. Ia dikunjungi ribuan pelawat dalam serta luar negara terutamanya dari Singapura selepas dianjur dan diselaras oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru, lapor Malaysia Gazette.

Video: Tarian Gelek Di PasarKarat JB


Beginilah tarbiah dari Pemimpin UMNO/BN kepada rakyat Malaysia, guru kencing berdiri murid kencing berlari pecut!

Aksi tarian gelak di Bazar Karat, Johor Bahru oleh penari dipercayai warga asing telah mengundang kecaman daripada orang ramai.
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 
Itulah kesan hasil pemerintahan UMNO sejak dari merdeka sampai sekarang. Tidak ikut Islam secara keseluruhan, termasuk pendidikan Islam. Maka jadilah pemimpin menari dengan penari k-pop lucah dari korea, rakyat menari gelek berpakaian menjolok mata di Bazar Karat. Hasil dari karat-karat pemerintahan UMNO/Perikatan/BN.

Raja Petra Dedahkan, Kejayaan Anwar Bergantung Pada PAS.


Raja Petra Kamaruddin.
 

RPK : Azmin Diarah Keluar Dana RM100 Juta Biayai Protes Jalanan??

PENGENDALI Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan lima tahun telah menahan sokongan terhadap Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu kerana Menteri Besar Selangor itu masih gagal memberi komitmen untuk menyediakan RM100 juta untuk membiayai protes jalanan.
Sumber mengesahkan kepada Malaysia Today bahawa keperluan Anwar terhadap dana RM100 juta untuk menganjurkan protes jalanan itu merupakan sebab utama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor kerana Khalid gagal memenuhi permintaan Anwar. 

“Terdapat khabar angin yang baharu bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, belum lagi mengesahkan untuk membantu membiayai pergerakan Reformasi 2.0, jadi Anwar telah menahan sokongan daripada Azmin dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu. Jika Azmin enggan mengeluarkan RM100 juta maka jawatan Ketua Pembangkang akan berpindah kepada orang lain.
“Untuk meraih simpati dan memastikan gerakan Reformasi 2.0 mendapat sokongan, Anwar akan mula mengadu tentang masalah tulang belakang beliau. Mereka juga akan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan Anwar dan tentang bahaya dia sedang dianiaya atau diracun semasa dalam penjara. Adakah ini akan menjadi Arsenik 2.0?
“Pada dasarnya, Anwar akan mengulangi kembali skrip lama yang digunakan pada 1998-2001,”kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Will Anwar’s Strategy Work?.”

RPK mendedahkan pada mulanya, Anwar bersetuju dengan resolusi daripada ahli strategi politiknya seperti Dr Rahim Ghouse, Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli, dan lain-lain, (orang yang sama yang merancang ‘Kajang Move’ dan menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim) untuk meninggalkan negara dan meneruskan ‘perjuangan’ dari luar Malaysia.

“Pada mulanya, Anwar telah bersetuju untuk melarikan diri. Jika dia dihantar ke penjara selama lima tahun atau 60 bulan, selepas pengampunan satu pertiga dia hanya akan bebas dalam 40 bulan atau sekitar Mei-Jun 2018 atau sekitarnya – yang bermaksud pastinya selepas pilihan raya umum akan datang.
“Kemudian, selepas dibebaskan, dia akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun. Jadi dia akan terlepas pilihan raya umum 2023 dan juga dan hanya akan dapat bertanding pilihan raya umum 2028 (kecuali pilihan raya umum dipanggil lebih awal dan bukan di antara lima tahun).
“Ini akan membuat Anwar berusia sekitar 80 tahun dan agak terlalu tua untuk disukai orang ramai – (Itupun) jika dia masih hidup.
“Tiga buah negara telah bersetuju untuk memberikan perlindungan politik terhadap Anwar jadi ia masuk akal jika dia meninggalkan negara ini sama seperti Khomeini, Trotsky, Lenin, Stalin, dan ramai revolusioner besar pernah lakukan. Mereka semua meninggalkan negara untuk melawan dari luar dan kembali semula untuk mengambil kuasa selepas revolusi berjaya dan kerajaan telah digulingkan.”kata RPK.

Namun, kira-kira dua minggu sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman, Anwar telah mengubah fikiran untuk kekal tinggal di Malaysia. Menurut RPK, perubahan fikiran Anwar itu dianggap orang ramai sebagai idea bodoh kerana dia gagal mencapai apa-apa apabila dipenjarakan.
“Dengan tiada prospek untuk bertanding dalam pilihan raya umum walaupun dia masih hidup dalam usia warga emas, 88 tahun ?
“Anwar kemudian menjelaskan bahawa strateginya adalah untuk menggerakkan generasi muda menjadi sebuah gerakan Reformasi 2.0 – sama seperti yang dia pernah lakukan lebih daripada 16 tahun yang lalu pada tahun 1998 dengan gerakan Reformasi 1.0 – menggunakan ‘huru-hara’ untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya melepaskannya.”

Namun, dedah RPK, selain Azmin, Anwar masih lagi menghadapi satu lagi masalah besar, iaitu sokongan rakyat terutamanya dari PAS.

“Kejayaan rancangan Anwar, bagaimanapun, bergantung kepada sokongan dari PAS, seperti yang berlaku dalam pergerakan Reformasi 1.0 pada tahun 1998.
“Walau bagaimanapun, PAS di bawah Abdul Hadi Awang tidak akan menyokong Anwar. Oleh itu Anwar mahu Hadi digulingkan pada bulan Jun 2015. Dan itulah sebabnya PasMa telah dicipta.
“Pendek kata, tanpa PAS, pergerakan Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak akan dapat menggerakkan orang ramai sepertimana yang pernah dia lakukan pada tahun 1998 – kebanyakan penyokongnya datang dari PAS.
“Oleh itu, marilah kita lihat apa yang berlaku pada bulan Jun nanti, sama ada Hadi masih menjadi pemimpin parti PAS selepas itu. Jika mereka mampu menolak Hadi maka gerakan Reformasi 2.0 boleh berjaya.
Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap dia mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi,” kata RPK lagi. (Tranungkite)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:   Kejayaan rancangan Anwar bergantung pada PAS. Begitu juga kenaikan Azmin sebagai MB Selangor.

Myanmar Darurat, Di Kokang. Berdepan B/Parti Komunis Burma?


AFP - SEKUMPULAN penduduk yang melarikan diri dari zon konflik dekat sempadan China tiba di sebuah kem pelarian sementara di Lashio, utara Myanmar semalam. 

KUNLONG – Presiden Myanmar, Thein Sein mengisytiharkan darurat dan melaksanakan pemerintahan tentera selama tiga bulan di rantau Kokang, timur negara berkenaan, menurut media tempatan kelmarin.

Perkembangan itu susulan pertempuran yang tercetus sejak 9 Februari lalu antara tentera Myanmar dan gerila etnik Kokang iaitu Tentera Penyatuan Demokratik Nasional Myanmar (MNDAA).

Akhbar Global New Light of Myanmar melaporkan, sekurang-kurangnya 47 askar pemerintah dan 26 pejuang MNDAA terbunuh sejak tarikh itu, manakala beribu-ribu penduduk melarikan diri, sama ada ke kawasan lain di Myanmar atau merentasi sempadan menuju ke China.

Kelmarin, sekumpulan penyerang tidak dikenali bertindak menembak dan mencederakan dua orang dalam satu konvoi mengandungi tujuh kenderaan milik Pertubuhan Palang Merah Myanmar.

Seorang saksi berkata, semasa diserang konvoi itu sedang mengangkut orang awam yang menjadi pelarian akibat pertempuran di Laukkai, dekat sempadan.

“Kami belum pernah menghadapi serangan seperti ini,” kata jurucakap Palang Merah, Shwe Cin Myint.
“Inilah yang pertama,” tambahnya.

Pemerintah Myanmar menyalahkan MNDAA berhubung serangan itu. Pertempuran berterusan itu mendapat tumpuan pemerintah China yang bimbang kemasukan beramai-ramai pelarian Kokang ke dalam wilayahnya.

MNDAA merupakan sebahagian daripada bekas Parti Komunis Burma yang disokong oleh China. Parti itu memerangi tentera Myanmar sebelum berpecah pada 1989. – Reuters

Berdepan Kemarahan Rakyat, Jokowi Gugurkan Calon Ketua Polis Negara Indonesia.

 JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo menggugurkan pencalonannya untuk jawatan ketua polis negara semalam selepas berminggu-minggu berdepan kemarahan orang ramai ekoran calon berkenaan disyaki terlibat dengan rasuah.

Kelewatan Presiden Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi membatalkan pencalonan Budi Gunawan juga menyebabkan ramai penyokongnya sangsi dengan keupayaan beliau menangani rasuah.

Budi sebelum ini dinamakan sebagai suspek oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK)

“Hari ini (semalam), kami menyerahkan satu pencalonan baharu untuk kelulusan Parlimen.
“Beliau ialah pemangku ketua polis Indonesia, Badrodin Haiti,” kata Jokowi pada satu sidang akhbar di Istana Presiden di sini.

Pada bulan lalu, KPK menamakan Budi sebagai suspek dalam satu kes rasuah sekali gus memaksa Jokowi menangguhkan pelantikannya.

Sebagai tindak balas, polis Indonesia mengisytiharkan ketua KPK, Abraham Samad dan timbalannya,
Hakim Diharapkan Berani Tolak Penetapan Tersangka Budi Gunawan Calon Kapolri (Ketua Polis) Komjen Pol Budi Gunawan. SINDOphoto
Widjojanto sebagai suspek dalam dua kes jenayah berasingan serta mengancam untuk menyiasat lebih ramai pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu.

Pada sidang akhbar berkenaan, Jokowi turut mengumumkan penggantungan tugas Abraham dan Bambang. Menurutnya, mereka akan diganti supaya kerja-kerja KPK boleh diteruskan.

Sementara itu, kaji selidik terbaharu oleh firma audit tempatan pada bulan ini mendapati cuma 45 peratus rakyat Indonesia yang berpuas hati dengan prestasi Jokowi berbanding 72 peratus pada Ogos, tahun lalu. – Reuters

Isis Berarak Tunjuk Kekuatan, Bukti Sudah Kuasai Libya..

Deretan kereta baru polis Isis berarak di bandar Benghazi - sekaligus mengambarkan yang mereka telah menguasai bandar kedua terbesar Libya itu. 

LONDON: Satu rakaman video yang memaparkan majlis perarakan memperlihatkan kenderaan baru 'polis' milik kumpulan yang mengelarkan diri mereka Ansar al-Sharia di bandar Benghazi, Libya kini telah dimuatnaikkan di internet serta pelbagai laman sosial sebagai menunjukkan kekuatan dan taat setia kepada perjuangan Isis.

Rakaman itu menunjukkan sekumpulan kereta baru Toyota Land Cruisers yang dicat dengan warna hitam dan bendera Isis berarak mengelilingi bandar Benghazi, iaitu bandar kedua terbesar Libya selepas ibu negara itu Tripoli.

Kumpulan yang bertanggungjawab memuatnaikkan video itu mendakwa ia adalah kereta baru 'Polis Isis' di Benghazi. Perarakan itu berlangsung tanpa halangan oleh pihak berkuasa tempatan sekaligus memberi gambaran yang bandar Benghazi telah jatuh ke tangan militan Isis.

Hanya beberapa hari yang lalu, kumpulan yang sama mengaku bertanggungjawab menyembelih 21 warga Kristian Mesir yang mereka culik di merata tempat di Libya. Kedudukan Libya yang bertentangan dengan Itali, Greece dan Turki yang hanya dipisahkan oleh Laut Mediterranean kini menjadi ancaman terbaru Eropah dan negara berdaulat yang lain ekoran perkembangan terkini ini.

Pemimpin Isis, Abu Bakr al-Baghdadi telah melantik Ali Al-Qarqaa sebagai Amir Libya mewakili Isis. Sebahagian besar warga Libya yang telah meninggalkan negara itu untuk berjuang di Iraq dan Syria kini telah kembali ke negara mereka untuk membentuk rangkaian Isis di sana.

Tiga tahun selepas kejatuhan Kolonel Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya, satu demi satu bandar kecil negara itu telah menyerah diri kepada kumpulan militan. Tiga kumpulan militia utama Libya ialah Ansar al-Sharia, Libya Dawn dan Islamic Youth Shura Council. Ketiga-tiga kumpulan ini telah menyatakan taat setia kepada Isis.

Bandar-bandar pesisir pantai di Libya yang kini telah dikuasai oleh puak militan yang pro-Isis.

Isis kini mensasarkan Libya sebagai hub utama mereka di benua Afrika. Mereka mengambil kesempatan di atas perpecahan antara Kerajaan rasmi Libya yang dibentuk selepas kejatuhan Gaddafi dengan Kongres Umum Nasional. Pentadbiran kerajaan Libya kini telah berundur ke bandar Tobruk, yang bersempadan dengan Mesir manakala Kongres Umum Nasional masih kekal berkuasa di Tripoli.

Selain Benghazi, Isis telah mengambil alih sebahagian besar bandar-bandar yang mengadap Laut Mediterranean seperti Nofaliya, Derna dan Sirte. Sejak 21 rakyatnya disembelih oleh kumpulan militan di bandar Sirte Isnin lalu, Mesir telah melancarkan serangan udara bertubi-tubi di kawasan persembunyian Isis. (IH)

Video:Footage shows fleet of Jihadi cars moving through streets 

2 'Wanted' IS Australia, Muncul Dengan Menyembeleh 'Pengintip'.



DUA militan Negara Islam (IS) warga Australia paling dikehendaki dikesan muncul di dalam satu klip video yang menyaksikan seorang tahanan disembelih. Dalam video tersebut, anggota IS yang berasal dari Sydney, Khaled Sharrouf yang kini berjambang dan berambut panjang - memegang pisau telah menyembelih seorang lelaki yang didakwanya sebagai pengintip.

Menerusi video itu juga, seorang lagi warga Australia yang dikesan ialah Mohamed Elomar - berdiri bersama ahli IS yang lain sambil memegang senjata.

Sharrouf dan Elomar menyertai IS pada 2013 dan membantu kumpulan tersebut berperang di Syria dan Iraq, sebelum Polis Persekutuan Australia mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka pada 2014.

Sharrouf dilapor meninggalkan Australia pada 2013 menggunakan pasport abangnya, sebelum isteri, Tara Nettleton bersama lima anak (gambar) turut mengikut jejak lelaki terbabit.

Sharrouf dan Elomar terdiri daripada 100 warga Australia yang menyertai IS untuk menguasai sebahagian Iraq dan Syria.

Tolong Sebar Berita Ini, Media Barat Sengaja Benamkan!


Terbongkar, Media Barat Sengaja Benamkan Kasus Pembunuhan Muslim di AS
Washington: Media Barat berusaha menutup-tutupi kes pembinuhan terhadap tiga muslim di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Media Barat berdalih penembakan tersebut hanya kes pertikaian letak kereta, padahal bukan


Ayah korban dari pembunuhan yang berlangsung di North Carolina mengatakan bahawa apa yang menimpa puterinya merupakan aksi kebencian terhadap kaum muslim.

Menurut Dr Mohammad Abu-Salha, ayah bersaudara; Yusor Mohammad Abu Salha dan Razan Mohammad Abu Salha, dua dari tiga mangsa pembunuhan Chapel Hill, North Carolina menyebutkan, pembunuhan ini tidak disebabkan pertikaian parking, tapi kebencian terhadap Islam.

"Pembunuhan ini adalah pelampiasan kebencian. Hanya itu, "ujar Mohammad Abu Salha, seperti dikutip bbc.co.uk.

Sebelumnya, Polis Chapel Hill selepas gagal menutup kes ini, berkata pembunuhan berkaitan pertikaian di tanah letak. Craig Stephen Hicks, pembunuh berusia 46 tahun, menembak ketiganya selepas bersengketa dengan Deah Shaddy Barakat, korban dan suami Yusor Mohammad Abu Salha - di tempat parking.

Polis berusaha menutup motif sebenarnya pembunuhan ini, dengan mengatakan Hicks seorang ateis progresif. Sebagai pembenar, polis memperlihatkan akaun Facebook Hicks yang mengandungi pendangan ateis. Meski begitu, Peguam Daerah North Carolina membantah pembunuhan ini tidak berkaitan agama, dan kebencian terhadap Muslim.

Berbeza dengan Abu Salha, aktivis talian menuduh media utama dan polis gagal menutup insiden tembakan ini. Hastag #ChapelHillShooting menjadi trend di AS, Inggeris, Mesir, Arab Saudi, dan negara Timur Tengah yang lain, serta re-tweeted 900 ribu kali. Hashtag lain; Chapel Hill Massacre re-tweeted 33 ribu kali.

Abed Ayoub, pengarah undang-undang dan dasar Jawatankuasa Anti-diskriminasi Arab-Amerika yang memulakan semua ini. "Ini kekerasan tidak berperikemanusiaan," tulisnya di akaun Tweeter.

"Mari berdoa bagi korban dan tunjukan simpati kepada keluarga yang ditinggalkan #ChapelHill," katanya.

Hasghtag ini meluas. Ayoub meneruskan dengan mengatakan mengapa tidak ada yang menyebut penembakan di Chapel Hill sebagai terorisme. Apakah kerana korban adalah Muslim?

Terbongkar, Media Barat Sengaja Benamkan Kasus Pembunuhan Muslim di AS2 
 Terbongkar, Media Barat Sengaja Melibatkan Kes Pembunuhan Muslim di AS.

Hashtag #MuslimLivesMatter re-tweeted 100,000 dalam sehari selepas menembak. Salah satu pengguna hashtag itu Vicki Walden, wanita dari Missouri, menggambarkan dirinya sebagai "#WhitePrivilege berdiri dalam solidariti untuk gerakan #BlackLivesMatter".

Mengapa tidak ada yang menyebut penembakan di Chapel Hill sebagai terorisme. Apakah kerana korban adalah Muslim?

Walden menegaskan, pemberitaan kaum muslim hanya layak diberitakan saat mereka berada di belakang senjata, bukan di depan senjata. Ia menuding, media tempatan dan antarabangsa sengaja menutup-nutupi kes ini. (IH/ lasdipo)


Lihat sebelum ini.. 

Wednesday, February 18, 2015

2 Pelajar Ditahan: Pertikai Sistem Kehakiman, Bantah 11.30 Malam Ini.

Ini Video Ala 'IS': Dua Pelajar IPTA Ditahan - KPN 
PETALING JAYA: Polis telah menahan dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) kerana memuat naik video berbaur provokasi di media sosial kerana mempertikaikan ketelusan sistem kehakiman di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua penuntut IPTA yang ditahan itu merupakan mahasiswa daripada Unisel dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mereka telah ditahan pada Selasa dan akan direman.
 
Beliau berkata demikian di akaun Twitter miliknya, pada Rabu.  Pada Ahad, sebuah klip video berdurasi satu minit dimuat naik dalam akaun Youtube 'Isis Malaysia 69' . 

Salah seorang daripada empat lelaki mengisytiharkan bahawa tindakan mereka itu sebagai memberi isyarat awal protes mereka terhadap sistem demokrasi yang dikatakan telah rosak. Ahli kumpulan itu juga dilihat mengacukan koktel Molotov manakala tiga botol bom tersebut disusun di atas meja di hadapan mereka dengan bendera Malaysia telah digantung di bahagian belakang.

Walaupun tidak menyatakan apa yang telah mencetuskan kemarahan mereka, salah seorang daripada empat lelaki mengisytiharkan bahawa tindakan mereka sebagai memberi isyarat awal protes mereka terhadap kerosakan demokrasi.

"Kepada mana-mana parti yang telah terlalu lama memerintah, kami Anak Muda Malaysia tahun 2015, dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini, menggunakan demokrasi, hari ini kami mengisytiharkan kami tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi. 
"Andalah yang membentuk kami. Kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda. Untuk permulaan, sesuai dengan kemampuan permulaan kami terhadap ketidakpercayaan kepada demokrasi ini, kami akan melakukan satu aksi bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah pada 18 Februari 2015 jam 11.30 malam.

"Kami akan membakar mercun di mahkamah simbolik kepada kehancuran sebahagian alat dalam sistem demokrasi. Kami baru bermula dan akan pergi lebih jauh. Semakin rosak demokrasi yang anda musnahkan, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang," kata seorang lelaki yang duduk sambil memegang gambar pelakon Nora Danish.

Bagaimanapun mereka tidak menyatakan mahkamah yang akan menjadi sasaran mereka. Mereka kemudian mengakhiri amaran mereka dengan perkataan kesat.

Bagaimana dengan golongan yang menganggap kehakiman dan perundangan Islam lebih baik daripada sistem kehakiman yang ada sekarang ini? (IH)

Tahun Baru Cina: Amanat Allahyarhan Tok Guru Nik Aziz.


Oleh
Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS,

SAYA ingin mengucapkan kepada semua masyarakat berbangsa Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 14 Febuari 2010. Selamat Tahun Baru.

Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah tahun harimau.

Harimau melambangkan keberanian, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih ke hadapan di dalam apa jua bidang.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua khususnya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di negara kita dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India.

Kita telah bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Islam sebagai agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Lantaran itu, Islam memerintahkan agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama.

Semua pihak mendapat hak di sisi Islam. Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain melainkan dengan takwa.

Lantaran itu, mewakili pimpinan kerajaan Kelantan, saya sentiasa ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Islam yang menjadi dasar pemerintahan kerajaan tidak akan sama sekali menjadi penyebab berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi, bahkan akan sentiasa menjadi penyelesai kepada masalah dengan dasar yang adil dan saksama.

Semoga masyarakat Tionghua di Malaysia dan di Kelantan khususnya terus memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata, Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan/Mursyidul Am PAS
Kota Bharu 14 Feb 2010

Video (klik  gambar): Perutusan Tahun Baru Cina TG Nik Abdul Aziz
Thumbnail

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun Tok Guru Nik Aziz sudah pergi namun amanatnya masih ada dan masih hidup lagi. Masih boleh dinikmati untuk Tahun Baru Cina ini.

Berdasarkan kalendar zodiak Cina, tahun ini ialah tahun kambing, namun ada segelintir yang menyebutnya sebagai tahun biri-biri. Malah kebanyakan barangan perhiasan dan cenderahati Tahun Baru Cina didapati bermotifkan biri-biri.

Menurut pakar Feng Shui dan pengasas Good Feng Shui Geomantic Research, Kenny Hoo, masyarakat Cina lebih gemar menyebut kambing atau pun “goat”. Dalam bahasa Mandarin, “San Yang” atau kambing mempunyai maksud yang sama dengan “mian yang” atau biri-biri.

“Saya lebih suka tahun kambing atau ‘Year of the Goat’ sebab bunyinya lebih positif,” katanya.

Tahun Kambing atau Tahun Biri-biri?

Malahan, masyarakat Tiong Hua amat berhati-hati dengan apa yang disebut, terutamanya pada Tahun Baru Cina, kerana dipercayai dapat menjejaskan tuah.

“Dalam Tahun Baru Cina, ramai orang, terutamanya orang Cina, tidak mahu menyebut apa-apa perkara yang negatif kerana kami percaya daripada segi kebudayaan, kalau dalam Tahun Baru Cina, kita sebut atau fikir perkara negatif, kami bimbang sepanjang tahun akan membawa nasib yang kurang baik.”

Biarpun kambing lebih digemari sebagai haiwan yang dinamik dan bertenaga berbanding biri-biri, namun kebanyakan barang perhiasan yang dijual sempena Tahun Baru Cina adalah bermotifkan biri-biri, kerana ia dilihat lebih comel. Sama ada kambing mahupun kambing biri-biri, mereka mempunyai maksud yang lebih kurang sama, iaitu “yang”, di mana dalam bahasa Mandarin mempunyai bunyi yang lebih kurang sama dengan matahari terbit.

Kenny Hoo turut berharap tahun ini akan membawa harapan dan nafas baru kepada semua di dalam tahun kambing ini. Dalam sejarah Islam, kambing sangat penting dalam upacara ibadat 'korban' dan Nabi Muhammad SAW zaman mudanya adalah pengembala kambing.


Kambing Hutan Sumatera ditemui di hutan di Malaysia yang semakin pupus.

Wablog Ibnu Hasyim turut mengucapkan, Selamat Tahun Baru Cina!

PRK DUN Chempaka: 10 Mac Penamaan, Undi 22 Mac


SPR menetapkan 10 Mac hari penamaan calon bagi kerusi DUN Chempaka sementara 22 Mac sebagai hari pengundian. 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat pada Rabu menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka, Kelantan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac. Tarikh pengundian awal pula akan diadakan pada 18 Mac.

"Sebanyak 42 saluran pusat mengundi akan dibuka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK DUN Chempaka di sini, Rabu.

Seramai 21,890 pengundi berdaftar di Chempaka. Kerusi Dun Cempaka kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada malam Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, Nik Aziz menang di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi. Mursyidul Am PAS itu mendapat 12,310 undi, manakala calon Barisan Nasional Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi. (mStar)

Kisah Temu Batu Giok 20 Ton Di Tengah Hutan Aceh.


Cerita Usman temukan batu giok 20 ton di tengah hutan Aceh 
Batu giok.
 

BANDA ACEH (IH): Paska ledakan dan laris manis giok kini membahang, baik di Indonesia maupun di Aceh. Majoriti penduduk Desa Pante Ara, Kecamatan Beutong Ateuh, Nagan Raya sudah beralih mata pencarian menjadi pelombong batu giok.  

Setiap hari warga tempatan menyusuri dari hulu hingga ke muara sungai. Bahkan warga masuk ke hutan untuk mencari bongkah batu mulia yang bernilai berjuta-juta dan bahkan berbilion ini. Pada minggu terakhir ini  Aceh dihebohkan dengan penemuan batu jed yang dianggarkan jenis idocrase ini seberat 20 tan.  

Bongkah batu ini dijumpai oleh seorang warga Pante Ara bernama Usman (45) dalam semak-semak hutan lindung tersebut.

Menurut warga Pante Ara, Kamaruzzaman saat dihubungi, berkata jed tersebut ditemui sendiri oleh Usman saat sedang mencari batu ini. Usman tak sengaja melihat bongkah batu besar itu dan penasaran Usman pun mendekati batu itu yang tertutup dengan daun-daun.

"Kerana ingin tahu, Usman pun mengajak rakannya yang lain untuk memeriksa batu tersebut, selepas dibersihkan baru mereka kaget mencari batu giok jenis idocrase dianggarkan 20 tan," tegas Kamaruzzaman, Selasa (17/2) via telefon bimbitnya.

Menurutnya, dianggarkan bongkah batu besar itu terdapat idocrase super, solar dan neon. Ketiga jenis batu ini memang paling digemari pencinta batu saat ini dan bernilai tinggi. Jenis solar saja boleh dijual paling murah Rp 1 juta.

"Usman itu memang sudah lama mencari batu, sudah setahun lalu, namun belum pernah mencari jed yang bagus, baru kali ini dia mendapatkan jed super seberat 20 tan," tambahnya.

Usman beserta rakannya mengurung niatnya mengambil giok tersebut, jelasnya. Selain berada dalam hutan lindung, kerajaan Nagan Raya telah mengeluarkan peraturan tidak boleh melombong di hutan lindung dan dilarang membawa bongkah giok berat di atas 10 kilogram.

Walaupun demikian, pada siangnya, katanya, sejumlah warga desa tetangga mengajak Usman untuk membelah batu tersebut. Namun Usman selaku penemu pertama menolak rancangan tersebut.

"Ada warga desa tetangga meminta giok itu dibelah, tetapi Usman menolak," jelasnya.

Kemudian pada malam harinya warga Desa Pante Ara mendapat maklumat warga desa tetangga hendak mengambil batu jed super tersebut yang ditemui oleh Usman. Sehingga menimbulkan emosi warga tempatan dan langsung datang ke lokasi untuk mendapatkan batu giok tersebut.

"Malam itu juga kami bergerak untuk menjaga agar tidak diambil oleh orang lain batu giok tersebut, hingga sekarang pihak polis dan warga Desa Pante Ara masih berjaga-jaga di sekitar batu itu," tegasnya.

Untuk menuju ke lokasi penemuan giok seberat 20 tan tersebut perlu terlebih dahulu menyusuri sungai sejauh 10 Km. Saat ini jed tersebut sudah dipasang garis polis


Giok Aceh dalam bentuk mata cincin..

Sementara itu, batu giok Aceh yang berasal dari Nagan Raya Aceh berjaya dijual dengan harga hebat, Rp 2.5 bilion, dalam pameran "Indonesia Gamestone" di Jakarta. Batu yang sudah diolah dalam bentuk mata cincin pelbagai saiz itu diborong oleh pengusaha Taiwan.

Teuku Fadli, pemilik batu, mengatakan, itu adalah jualan rekod tertinggi untuk batu giok Aceh. "Pembelinya dari Taiwan. Mereka borong semua koleksi batu Aceh yang kalau disatukan seluruhnya mempunyai berat 2.5 kg, "kata Teuku Fadli yang dipanggil" Kopral Jeneral "semasa ditemui di Plaza Batu Jatinegara, Jakarta.

Sejak 2013, batu giok Aceh mula berkibar di kancah batu nasional. Ini ditandai dengan diraihnya predikat juara dalam pameran "Gamestone Indonesia" dan diikuti juara dua dalam pameran sama pada 2014.
(IH)


Video:  Ekespedisi Mencari Batu Mulia di Aceh Jaya
Video: Giok Aceh 2015 yang Menggemparkan Dunia 
 
Lihat juga..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails