Saturday, March 14, 2015

1MDB, Ini Kaitan Dengan Kekayaan PM.. -Dr Mahathir

 
Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.
"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?
"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?
"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.
"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.
"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low.
"Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan AS$700 juta daripada 1MDB."

Bagaimanapun 1MDB dan Jho Low menafikan sebarang salah laku dalam urus niaga mereka.

Perdana menteri juga menafikannya dan bercadang menyaman akhbar PAS Harakah atas dakwaan, antaranya, anak tirinya mendapat dana 1MDB.

Sebelumnya, dalam artikel yang panjang dan bernada terus terang itu, Dr Mahathir berkata tuduhan-tuduhan terhadap syarikat itu - lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib - tidak sembarangan tetapi disertaikan juga "fakta yang jelas."

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta (ringgit) sahaja. 1MDB telah hutang berbilion ringgit.
"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.
"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu kerajaan tidak boleh mendakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan.
"Kerajaan sudah melantik ketua audit negara untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat," katanya.
"Dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbilion ringgit, pelaburan yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.
"Nama Jho Low disebut berkali-kali. 


Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Hollywood.

"Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri perdana menteri dengan harga ratusan juta ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh ketua aduit negara (AG)."

1MDB & Pendidikan Corot, PM/TPM Letak Jawatanlah! -Lim Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa supaya perdana menteri dan timbalannya meletakkan jawatan berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kedudukan pendidikan negara semakin corot dalam ujian piawaian antarabangsa.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan mereka memandangkan isu 1MDB yang dilihat semakin serius serta prestasi pendidikan di negara ini yang tidak memuaskan.

"Negara bukan sahaja memerlukan seorang menteri kewangan yang baru, tetapi juga menteri pendidikan yang baru. “Ini menjadi keperluan yang ditekankan selepas Muhyiddin hari ini menyatakan rasa terkejut dengan prestasi hambar pelajar Malaysia dalam penilaian antarabangsa," katanya.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, selepas 15 bulan Muhyiddin menjadi menteri pendidikan, timbalan presiden Umno itu dilihat masih gagal untuk mengetahui punca kepada masalah yang dihadapi pelajar di negara ini.

"Muhyiddin nampaknya tidak menyedari bahawa beliau sebenarnya telah mempengerusikan penyusutan standard pendidikan yang berpanjangan di kalangan pelajar Malaysia sepanjang enam tahun lalu.

"Berdasarkan rekod menyedihkan sepanjang sepuluh tahun Muhyiddin menjadi menteri pendidikan ini sahaja, beliau seharusnya meletakkan jawatan.

"Malaysia tidak memiliki pendidikan bertaraf dunia, tidak kira pendidikan rendah, menengah mahupun peringkat tinggi," kata Kit Siang lagi.

Muhyiddin hari ini mengatakan rasa terkejut apabila mengetahui Malaysia berada di kedudukan tercorot ujian piawaian antarabangsa walaupun kerajaan memperuntukkan dana besar dalam sistem pendidikan negara.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, laporan ujian di peringkat antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) membuktikan prestasi pelajar Malaysia masih belum cukup cemerlang. 


Laporan ini diangkat dari Zakriali.blogspot.com dan Rakyat Marhaen. (IH)

Teroris? Beri Saya Satu Pelukan. Ini Cara Atasi Islamofobia.


 
YouTube/Daily Mail Seorang pejalan kaki memeluk salah seorang mahasiswa yang mengadakan kegiatan Blind Trust Protest yang mengajak warga Toronto, Kanada memeluk seorang warga Muslim untuk mengatasi Islamofobia.

TORONTO: Di kota Toronto, Kanada, muncul sebuah gerakan unik untuk menghapus Islamofobia atau ketakutan terhadap Islam. Di salah satu sudut kota itu, seorang lelaki dengan mata ditutup dan tangan terentang berdiri di antara dua papan berisi dua pernyataan.

Di papan pertama tertulis.. 
  • "Saya seorang Muslim, saya mendapat cap sebagai seorang teroris". 
Di papan kedua tertulis..
  • "Saya memercayai anda, apakah anda memercayai saya? Beri saya satu pelukan".

Serangkaian foto dan video terkait gerakan ini tersebar luas di media sosial, dan dunia melihat lelaki tersebut mendapatkan banyak pelukan.

Gerakan yang merupakan sebahagian dari satu projek bernama Blind Trust Project itu merupakan inisiatif tiga mahasiswa Kanada. Ternyata, gerakan di Kanada itu menginspirasi aksi serupa di New York, Jerman, Sweden, dan Norway.

Di New York, seorang pengguna YouTube, Karim Metwaly, mencuba peruntungannya di tengah-tengah kota dengan penduduk super-sibuk itu. Semasa badannya mulai letih dan bergetar, akhirnya Karim mendapatkan hadiahnya, dan tidak hanya satu, tetapi banyak pelukan dari warga New York.

"Saya bahagia melihat seorang Yahudi memeluk seorang Muslim, sungguh mencerahkan hari saya! Video yang indah Karim, Tuhan memberkatimu," demikian salah satu komentar dalam akaun YouTube milik Karim.

Mahasiswa yang memotori projek ini mengatakan kepada The Huffington Post Kanada bahawa mereka tidak menyangka hasil positif yang mereka perolehi.

Maaz Khan, salah seorang mahasiswa yang mencetuskan idea itu bersama kedua kawannya, Mustafa Mawla dan Asoomii Jay, mengatakan bahawa idea untuk menutup mata Mawla dan meminta pelukan muncul saat mereka sedang membuat sebuah video.

"Siapa pun boleh  memukul dia (Mawla), atau menyakitinya. (Oleh kerana itu) sangat menyenangkan ketika melihat orang-orang masih boleh berbuat baik," kata Khan.

Khan mengaku sangat gembira boleh mengirimkan sebuah pesan positif dalam suasana yang dihantui Islamofobia yang memicu banyak aksi vandalisme, seperti perosakan masjid di Alberta, Kanada; atau pembunuhan seorang imigran Irak di AS.

"Kami menutup matanya agar dia tak melihat siapa yang memeluknya. Itu menandakan kami terbuka untuk setiap orang," tambah Khan.

Demikian diangkat dari sumber Al-Arabia.

Di Malaysia boleh buat begitu?(IH)

Buku Sekolah Denmark Akan Tampilkan Kartun Nabi Muhammad.

Jyllands Posten harian menyebar kebencian pada Islam. announce.jp.dk 

KL: Menurut laporan BBC, Persatuan Guru Agama di Denmark ingin memasukkan kartun Nabi Muhammad ke dalam buku teks sekolah. Presiden persatuan itu, John Rydahl, berkata dengan mempelajari kartun nabi akan membuat anak-anak memahami hubungan antara agama serta isu sosial dan politik. 

"Krisis Muhammad ini jadi isu yang cukup ketara dalam pendidikan agama dan saya hairan mengapa belum ada buku teks yang bergambar Nabi Muhammad," kata Rydahl, seperti yang dilaporkan oleh BBC, hujung minggu lalu. 

Kementerian Pendidikan Denmark menyatakan saat ini pengajaran dengan kartun Nabi Muhammad itu belum wajib tapi banyak sekolah memilih menyampaikan topik itu saat pelajaan sejarah atau kajian sosial. Cadangan dari persatuan itu mendapat sokongan dari pelbagai ahli politik Denmark.   

Parti Rakyat Denmark yang beraliran kanan menyeru gambar kartun nabi itu menjadi bahan perbahasan dalam pelajaran agama. Namun parti dari kumpulan konservatif dan Sosial Demokrat menyatakan mereka tidak mahu bahan itu diwajibkan dalam pelajaran agama kerana para guru seharusnya boleh memilih sendiri bahan yang ingin mereka ajarkan.  

Tapi juru bicara dari Parti Konservatif menyatakan wajar jika bahan kartun nabi itu masuk dalam buku teks sekolah.Kartun nabi pertama kami muncul di Denmark pada akhbar Jyllands-Posten di 2005. Peristiwa itu langsung mencetuskan kemarahan dari kalangan muslim di Denmark.   

Pada Februari 2005 seorang lelaki berpistol menembak orang-orang di sebuah kafe yang sedang menggelar perbincangan tentang kartun nabi di Ibu Kota Copenhagen. Kejadian itu mengorbankan satu orang. Kartunis yang menggambar sosok nabi itu Lars Vilks berkata dia yakin serangan itu ditujukan kepadanya. 

Nak semarakkan lagi perang hina agama di Eropah? (IH) 

Lihat sebelum ini..  
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Ahli PAS Perlu Berani Tegur Presiden, Hanipa Maidin Akan Dipanggil.


KOTA BHARU: PAS akan memanggil Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin (gambar) yang dikatakan lantang menyuarakan pandangannya termasuk kenyataannya yang menasihati semua ahli PAS agar lebih berani dalam memberi teguran kepada Presiden Datuk Seri Hadi Awang, demi kebaikan parti.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, beliau akan mendengar sendiri kenyataan dari Hanipa dan tidak melalui kenyataan yang dikeluarkan media.

“Saya akan panggil dia (Hanipa) untuk mendapatkan penjelasan sebenar apa-apa yang awak dilaporkan dan mendapatkan penjelasan sebenar apa yang dia cakap,” kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS Pusat yang turut dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden Mohamed Sabu yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di sini petang tadi.

Hanipa sebelum ini berkata ahli PAS diminta lebih berani menegur presiden. Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri. Beliau berpegang kepada prinsip jangan menyokong presiden kepada membawa rebah.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mustafa menjelaskan ahli PAS di seluruh negara kini berjumlah lebih 1 juta 3 ribu orang. Jumlah ini melebihi sasaran yang ditetapkan PAS.

Berita ini diangkat dari kedahlanie.info.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?


Salahuddin Ayub Pun Nak Tukar Presiden PAS?


Salahuddin Ayub


Sudah Tiba Masa Pucuk Pimpinan PAS Ditukar – Salahuddin Ayub
PETALING JAYA - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.

Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka.

“Perubahan pucuk pimpinan (menukar presiden) tidak harus menggambarkan ketidakpercayaan kepada parti dan kepimpinan, ia perlu dilihat secara positif.
“Itu suara yang dikemukakan oleh akar umbi yang semakin berani menyuarakan pandangan mereka. Parti ini perlu melalui proses perubahan kerana ia akan mematangkan PAS,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin PAS yang meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan jawatan presiden bagi memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti Islam itu.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perubahan pucuk pimpinan akan menjadi perkara biasa dan biarpun ia harus bermula dengan salah tanggap dan tafsiran daripada sesetengah pihak.

Pada Khamis, Abdul Hadi dilaporkan berkata, beliau sedia dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS yang menyatakan jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.

Persoalan tentang jawatan presiden PAS menjadi tumpuan ramai selepas PAS Kota Bharu menyatakan hasrat untuk mencalonkan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar Hadi.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak pencalonan itu.

Kedudukan Abdul Hadi turut dipersoalkan selepas beliau dilihat tidak mengambil pendirian sama dengan sekutu mereka, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa isu di peringkat nasional.

Pencalonan peringkat kawasan PAS bagi jawatan peringkat pusat akan ditutup pada 30 April, manakala pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun nanti. – Awani

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Guru Islam Di Jerman Boleh Pakai Tudung..


GURU wanita Islam di Jerman kini dibenarkan memakai tudung selepas Mahkamah Perlembagaan menarik balik larangan memakai tudung yang dibuat pada 2003.
BERLIN, Jerman – Mahkamah di sini membuat keputusan membenarkan guru wanita beragama Islam memakai tudung di dalam kelas selagi tidak menyebabkan gangguan di sekolah.

Keputusan itu dilihat boleh mencetuskan perdebatan dalam kalangan kumpulan nasionalis yang menyifatkan keputusan itu sebagai suatu proses Islamisasi. Mahkamah Perlembagaan dalam keputusan itu menarik balik pengharaman tudung dalam kalangan guru-guru yang dibuat pada 2003.

Pengharaman itu menyebabkan guru-guru Islam dilarang memakai tudung di sekolah, namun membenarkan penggunaan simbol-simbol Kristian seperti salib dan biarawati. Mahkamah di Karlsruhe itu membuat keputusan ke atas satu kes yang dibawa oleh seorang wanita Islam yang disekat daripada tugasnya sebagai guru kerana dia memakai tudung.


Dalam keputusannya, mahkamah menetapkan simbol keagamaan hanya boleh disekat apabila membawa risiko gangguan di sekolah dan larangan berkenaan tidak selari dengan perlembagaan negara.

“Ini merupakan hari yang terbaik untuk kebebasan beragama,” kata Volker Beck, seorang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang, Greens.

Beck berkata, penutup kepala yang dipakai oleh wanita Islam, Yahudi atau Kristian bukan satu ancaman kepada masyarakat Jerman. Bagaimanapun, akhbar harian Berlin, TAZ memberi amaran bahawa Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida) yang sebelum ini melakukan perhimpunan di Jerman akan meneruskan ke negara lain.


“Pegida akan meraikannya,” kata TAZ di ruangan muka depan yang disertai gambar tudung kepala berwarna-warni di tingkap kedai di Berlin.

Canselor Jerman, Angela Merkel telah menuduh Pegida menganjurkan penyebaran kebencian ke atas imigran. – Reuters

Selepas Tulis Tentang 1MDB, Blog Tun Mahathir Hilang. Mengapa?


BLOG mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses selepas beberapa jam beliau menulis mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Blognya, chedet.cc kini tertera 'akaun ini digantung' di laman utamanya. Bagaimananapun posting terbaru berkaitan 1MDB itu sempat disalin oleh blogger lain yang kemudiannya menyiarkan kembali artikel berkenaan di laman blognya, helenang.wordpress.com.

Dr Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak siasatan penuh dilakukan terhadap syarikat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan itu.

Posting terbaru yang dimuatnaik selepas solat Jumaat itu terus mempertikaikan tentang hutang berbillion ringgit yang dibelanjakan oleh 1MDB.

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja.
"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta ringgit," tulis Dr Mahathir.

Malah menurut Dr Mahathir, pengauditan terhadap 1MDB juga tidak akan menjawab banyak persoalan yang dikemukakan pembangkang dan rakyat.

"Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion ringgit, pelaburan yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

"Pembohongankah tuduhan mereka!! Sehingga kini kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal," tulisnya lagi.

Pada tahun 2008, blog rasmi Dr Mahathir digantung oleh penyedia khidmat memblog Blogger.com kerana dianggap sebagai "dicurigai blog spam".
- s/harian

Friday, March 13, 2015

Israel Seru Pancung Kepala Orang Arab. Ikut Cara ISIS?

Menlu Israel Serukan Pemenggalan Kepala Orang Arab

MENTERI Luar Negara Israel Avigdor Lieberman membuat kenyataan kontroversi, mengancam untuk memancung kepala orang-orang Arab di Israel yang dituduhnya tidak setia.

Dipetik dari laman Turki, Daily Sabah, pada Khamis, 12 Mac 2015, media-media besar antarabangsa telah memilih untuk mengabaikan kenyataan kontroversi Lieberman itu. Tetapi, pihak berkuasa Palestin mengatakan akan membawa pemimpin Parti Beiteinu itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), atas kenyataan pada Ahad, 8 Mac 2015 lalu.


Namun Lieberman menjawab ancaman Palestin itu dengan respons yang lebih kasar, menyebut dia akan menjawab soal tuntutan ke ISS itu, apabila dia menjadi menteri pertahanan selepas pilihan raya minggu depan.


Media-media antarabangsa seolah-olah berusaha melindungi Israel, dengan memilih tidak memberitakan kenyataan kontroversi Lieberman. Jurucakap Kementerian Luar AS juga baru mengeluarkan respons, setelah sorotan terhadap kenyataan Lieberman terus meningkat di media sosial.


"Kenyataan itu (Lieberman) sangat mengganggu. Saya ingin menekan seruan kami bagi semua orang untuk mengelakkan tindakan provokatif, dan retorik semacam ini," kata jurucakap Jabatan Luar Negara AS pada Daily Sabah.


Lieberman berkata, orang Israel perlu ambil kapak dan pancung orang-orang Arab di Israel yang tidak setia, semasa kempen pilihan raya di bandar Herzliya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Barangkali, memancung atau menyembelih itu banyak hikmahnya. Itu sebab dalam memakan daging binatang, Islam menggunakan kaedah menyembelih. Tidak main ketuk sahaja, walaupun kadang-kadang cara ketuk itu nampak lebih cepat mati dari sembelihan.

Bahkan ibubapa digalakkan membawa anak-anaknya melihat upacara penyembelihan pada Hari Raya Korban, lihat darah mengalir dari sembelihan tersebut. Mungkin kerana hikmah itulah ISIS guna cara sembelih atau pancung musuh-musuhnya. Dan sekarang Israel pula, walaupun sebelum ini sudah ramai rakyat Palestin jadi mangsa sembelihan mereka.

Apakah Israel pula berminat ikut cara ISIS? Mengapa awalnya AS diam membisu mendengar ugutan ganas Israel itu? (IH)

2 Polis AS Ditembak, Lagi Tunjuk Perasaan Perkauman

BEBERAPA anggota polis berkawal di luar ibu pejabat polis Ferguson, di Missouri semalam.

FERGUSON, Missouri – Dua anggota polis ditembak semasa satu tunjuk perasaan di luar ibu pejabat polis Ferguson, dalam negeri Missouri awal semalam, kata polis.

“Dua anggota polis St. Louis ditembak sejurus selepas tengah malam. Keadaan mereka masih tidak diketahui,” kata Jabatan Polis St. Louis dalam mesej di laman Twitter.

Terdahulu, akhbar tempatan, St. Louis Post-Dispatch me­laporkan ketua polis Ferguson, Leftenan Kolonel Al Eickhoff sebagai berkata, beliau percaya dua anggota polis itu bukan daripada jabatannya tanpa mengulas lanjut.

Beberapa puluh penunjuk perasaan melarikan diri selepas mereka mendengar bunyi tembakan sekitar tengah malam dengan sebahagiannya menjerit, “Mereka menembak polis,” me­nurut seorang jurugambar agensi berita Reuters di lokasi kejadian.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan berhimpun di luar ibu pejabat polis Ferguson malam kelmarin, beberapa jam selepas ketua polis bandar itu, Thomas Jackson mengumumkan peletakan jawatannya.

“Penembak itu berada di puncak sebuah bukit,” kata seorang aktivis yang menyertai protes tersebut, Deray McKesson.

Kumpulan penunjuk perasaan mendesak supaya Jackson meletak jawatan sejak insiden seorang remaja kulit hitam, Michael Brown, 18 mati ditembak oleh anggota polis kulit putih, Darren Wilson pada 9 Ogos 2014.

Pembunuhan itu mencetuskan bantahan di seluruh Amerika Syarikat, manakala Wilson tidak dikenakan sebarang pendakwaan. – Reuters

Lihat juga..

Pulau Baharu Terbentuk Di Lautan Pasifik



Ungkap Rahsia Yang Maha Agung.
SEBUAH pulau baharu terbentuk di luar pantai Tonga di lautan Pasifik dan ia dipercayai hasil letusan gunung berapi di dasar laut. Menurut pakar, pulau yang terbentuk sejak sebulan lalu itu akan hilang semula selepas beberapa bulan akibat ombak dan ribut di tengah laut.

Bagaimanapun, ia kini menggamit pelbagai pihak untuk menjejaki pulau berkenaan dan melihat keindahan yang didakwa sementara itu.

Pulau baharu yang terbentuk di lautan Pasifik

Individu pertama yang menjejak pulau tersebut, GP Orbassano mendakwa, tanahnya yang seperti lava gunung berapi masih panas dan lembut. Selain itu, dia bersama rakan turut naik ke tempat tertinggi di pulau berkenaan untuk merakam gambar.

"Pembentukkan pulau itu sungguh hebat, ia telah membentuk satu pemandangan baharu yang lebih indah," ujarnya.

Maka jelaslah ia bukannya terjadi sendiri, tetapi adalah rahsia terungkap adanya Yang Maha Agung.
(IH)

Tuan Ibrahim Sedia Tanding Timbalan Presiden PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada Muktamar PAS tahun ini sekiranya mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan untuk jawatan
itu.

Beliau berkata dua elemen utama yang menjadi tumpuannya sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.

"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan timbalan presiden), saya akan tengok...saya akan istikharah," katanya dalam sidang media sempena pengumuman program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga dekat Rusila di Marang.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada muktamar tahunan PAS ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.

Ditanya berhubung tindakannya menolak pencalonan dari PAS Kota Bharu untuk bertanding jawatan presiden, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ketika dunia mengangkat beliau, kita anggota PAS sepatutnya lebih memberi sokongan kepada beliau dengan begitu banyak kejayaan yang dicapai sepanjang kepimpinannya.
"Namun saya hormati pencalonan dari kawasan (Kota Bharu) itu, saya melihat keikhlasannya dan pandangan dari mana-mana kawasan (untuk muktamar) itu adalah demokrasi dalam parti," katanya.

Ini berikutan sebelum ini Yang Dipertua PAS Kota Baharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pernah mencadangkan nama Tuan Ibrahim sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS dan yakin Abdul Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah menyatakan keyakinan tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Abdul Hadi buat masa ini.

Ketika ini, jawatan timbalan presiden PAS disandang oleh Mohamad Sabu manakala Abdul Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.


(Bernama)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya? 

Thursday, March 12, 2015

Tidak Rasional Kalau Lawan Presiden -Penolong SU PAS.


KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan hanya individu yang tidak rasional akan menerima pencalonan untuk mencabar kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

Beliau berkata, secara tradisinya, seseorang presiden Pas tidak pernah dicabar oleh mana-mana individu lain kecuali transisi kepimpinan dilakukan atas sebab mengisi kekosongan seperti kematian.

 "Secara rasionalnya, tiada sesiapa yang akan menerima pencalonan bagi mencabar Abdul Hadi pada pemilihan kali ini melainkan mereka yang tidak munasabah sahaja akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Pas Kota Bharu mengulas tindakan Pas Kota Bharu yang mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Presiden Pas namun beliau menolaknya semalam.

Beliau berkata, Abdul Hadi masih berkelayakan untuk menerajui tugas sebagai presiden parti itu dan tiada keperluan untuk mencabar jawatan nombor satu itu pada Muktamar Tahunan Ke-61, Pas Pusat pada Jun depan.

"Presiden parti (Abdul Hadi) dilihat masih berwibawa bagi meneruskan agenda parti berikutan ketokohannya sebagai seorang ulama," kata Takiyuddin.

Menurutnya alasan faktor kesihatan Abdul Hadi juga tidak boleh diterima pakai bagi melepaskan jawatan itu.

"Jika berlaku pertandingan jawatan presiden, ini menjadi sesuatu yang pelik dalam parti," katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim dilapor berkata pencalonannya untuk mencabar presiden disifatkan sebagai kejutan yang tidak akan membina keutuhan parti. Sementara itu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Pas-Kuala Terengganu) berkata, masih terlalu awal untuk semua pihak membuat spekulasi berhubung pencalonan mencabar presiden parti.

"Semua pihak layak menawarkan pencalonan untuk mencabar jawatan presiden. Tuan Ibrahim juga antara calon terbaik dan pencalonan calon baru juga suatu tanda sihat," katanya.

Abdul Hadi menyandang jawatan presiden Pas sejak 2002 berikutan kematian Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor. - Bernama 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya? 

Tukar Presiden PAS: Belum Masa.. Dr Harun Din.




“BELUM masa untuk Pas menukar presiden,” demikian kenyataan pertama Mursyidul Am Pas yang baharu dilantik, Datuk Dr Haron Din.

Menurutnya, secara peribadi, beliau merasakan ahli Pas perlu taat kepada presiden sedia ada, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli Pas rasa belum perlu tukar presiden.
“Pas Kota Bharu sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya, setiap cawangan Pas mempunyai hak masing-masing untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan dalam parti.

“Tetapi harus diingat, kesesuaian nama (calon yang dicadangkan) itu, dengan keadaan yang ada sekarang ini. Adakah sudah sampai masanya untuk ganti presiden?
“Mungkin ahli itu ada pandangan masing-masing, ada pendirian sendiri. Kita tunggu dan lihat selepas ini sama ada terdapat kawasan lain yang akan suarakan juga mahu ganti presiden,” katanya.

Mengenai pelantikannya sebagai Mursyidul Am Pas, Haron mengucapkan terima kasih kepada Majlis Syura Ulama Pas yang memilihnya mengisi jawatan itu dan berjanji akan menggalas amanah itu sebaik mungkin.

“Telah berlangsung mesyuarat (Majlis) Syura Ulama Pas dua hari lalu dan telah berbincang (mengenai) jawatan Mursyidul Am Pas.
"Saya beri pandangan bahawa elok kita biarkan ia kosong sehingga Muktamar Pas yang terdekat ini (dijadualkan Jun depan).
“Pada ketika itu, barulah buat keputusan untuk isi semua jawatan termasuk (jawatan) mursyidul am,” katanya.

Namun, katanya, ahli lain berpandangan kekosongan jawatan Mursyidul Am Pas perlu diisi segera dan tidak seharusnya ditunggu sehingga Muktamar Pas.

 
“Saya cuba namakan beberapa orang untuk isi jawatan dan untuk galas amanah yang begitu besar ini.
“Kesanggupan (terima jawatan mursyidul am) memerlukan kepada kemuliaan yang ketara. Saya (suarakan saya) ada kelemahan yang ketara.
"...Tetapi semua hujah ditolak dan sebulat suara pilih saya. Atas kehendak itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Berdiam diri dan dalam kata lain protes senyap sahaja,” katanya. 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
 

Ini, Coklat Muka Babi, Masih Bertujuan Hina Islam?


Coklat Cadbury yang memapar muka babi dikatakan tersebar di pasaran tempatan dan menimbulkan kebimbangan masyarakat - Gambar Facebook Rashidah Yusoff

KL: 'Coklat Muka Babi' dilaporkan sudah berada di pasaran negara ini.
"Adakah pasarannya di negara ini ada kaitan atau lanjutan dalam usaha menghina Islam dan Nabi SAW yang berlaku  di Paris di mana pejabat  Charlie Hebdo diserang sekumpulan lelaki bersenjata dan bertopeng pada Januari lalu?" Ramai yang bertanya.

Demikian tinjauan dari Weblog Ibnu Hasyim.

Tetapi menurut astroawani.com "Cadbury Malaysia menafikan coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah produk keluarannya."

Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran berkata, ia merupakan produk import dan bukan dihasilkan di negara ini.

"Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.
"Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.
"Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Zalina coklat Cadbury keluaran Malaysia adalah dijamin halal dan pengguna dinasihatkan hanya memilih coklat Cadbury keluaran Malaysia bagi mengelak berlakunya sebarang pembelian yang mengelirukan.

Presiden, Kesatuan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Dr. Zaharuddin Abd Rahman dilaporkan berkata, coklat Cadbury yang dihasilkan di Malaysia adalah mematuhi garis panduan ketat yang diperkenalkan JAKIM dan JAIS.

"Begitu banyak perhatian ditumpukan kepada seluruh proses pengeluaran di kilang ini bagi memastikan kebersihan mesin dan kebersihan pengendalian bahan mentah.
"Maka, tiada sebarang kemungkinan perkara-perkara yang luar biasa boleh berlaku. Kami juga dimaklumkan bahawa 80 peratus daripada pekerja yang memberi khidmat dalam kilang tersebut merupakan Muslim dan sebahagian daripada mereka telah bekerja di kilang Cadbury melebihi 20 tahun.

"Maka keraguan yang tersebut di atas kini sudah terjawab, Al-hamdulillah!"  dari Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Kisah Tegar Penyanyi Cilik Alami Pelecehan Seksual Di M'sia.

Tegar Septian depan kanan.

HALAMAN HIBURAN
Jakarta: Penyanyi cilik, Tegar Septian secara mengejutkan mengaku telah menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh pengurus-nya, Muhammad Arif Dollah.

Tindakan tersebut dilakukan Arif di Malaysia, ketika Tegar mengadakan konsert di sana. Seusai show, anehnya Tegar dilarang langsung pulang oleh Arif. Pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang ini juga tidak dibenarkan menghubungi orang tuanya dengan pelbagai macam alasan. 

Tegar sendiri bingung dengan keadaannya masa itu. 
"Udah beberapa hari (di Malaysia), Tegar mahu sms bapak tapi Kak Arif bilang nggak ada tol lah, nggak ada bateri, nggak ada wifi, lagi meeting dulu. Gimana mahu hubungin bapak, susah," kenang Tegar saat jumpa pers di Suruhanjaya Nasional perlindungan Anak (Komnas PA) di kawasan Pasar Rebo, Jakarta Timur pada (11/3).
Selama di Malaysia itulah gangguan seksual berlaku. Seperti yang diberitakan sebelumnya, Tegar hanya boleh memakai seluar dalam semasa tidur sampai manager juga ikut mandi bareng Tegar. Kurang lebih 2 bulan di Malaysia tidak ada khabar, keluarga dan label akhirnya curiga.

"Tegar pergi ke Malaysia akhir Oktober atau awal November gitu, label mengetahui itu. Tapi, Arif selalu bilang extend (di Malaysia) padahal show sudah selesai. Pertengahan Novemeber WhatsApp saya nggak dibalas (Arif). Cari di Twitter, Twitter saya di block. orang tua Tegar telefon ke Pak Handoko (owner Harpa Record) menanyakan anaknya ke mana, itu membuat kita panik.

"Atas inisiatif sendiri, Pak Handoko akhirnya terbang ke Malaysia. Cuba hubungin Arif nggak boleh, akhirnya di Malaysia kita sebar isu kalau Arif nggak balas kenalan akan dilaporkan kepada polis. Keesokan harinya Arif baru boleh dihubungi, "ujar Donald Dewa Kusumo wakil dari label Harpa Record.

Pada tarikh 23 Januari akhirnya Tegar pulang ke Indonesia dan dijemput Bapanya dan pasukan dari label di lapangan terbang.
Kebetulan hari itu ia juga harus menghadiri sebuah acara anugerah di salah satu stesen televisyen.  

Malamnya, Tegar langsung pulang ke kampung halamannya, Subang dan di sana Tegar menceritakan kejadian yang dialaminya di Malaysia. Tindakan selanjutnya, Tegar dibantu Komnas PA akan melaporkan kes ini ke Polis.

Demikian kronologi pelecehan seksual yang dialami Tegar di Malaysia seperti dilaporkan Merdeka.Com id.  (IH)

Lihat sebelum ni..

PAS KB Tidak Cadang Calon Lain, Beri Laluan Kpd M/Sabu?

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
PETALING JAYA: PAS Kawasan Kota Bharu tidak bercadang untuk menamakan calon lain untuk bertanding menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dinamakan sebagai calon menolak untuk bertanding dalam pemilihan parti pada Jun.

"Kami tidak mahu untuk menyangkal (dengan menamakan calon lain)," kata Ketua PAS Kawasan Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada The Star Online ketika dihubungi.
Beliau enggan mengulas mengenai keputusan Tuan Ibrahim menolak pencalonan tersebut.
"Menghormati pemimpin adalah budaya kami dan saya tidak mahu mengulas lebih daripada itu," katanya.

PAS Kawasan Kota Bharu pada Isnin menamakan Tuan Ibrahim sebagai pencabar untuk jawatan presiden, dengan memberikan kesihatan Abdul Hadi sebagai alasan. Walau bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu dengan berkata bahawa ia adalah satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti. Katanya, dalam sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan.

Adakah PAS Kawasan Kota Bharu yang tidak bercadang untuk menamakan calon lain untuk bertanding menentang Presidennya itu, boleh disifatkan sebagai memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar sebelah) bertanding melawan Presiden dalam pemilihan parti Jun ini?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Presiden PAS 'Dipaksa' Pertahan Jawatan?

Harakahdaily hari ini melaporkan:

Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi Harakahdaily. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Beliau berkata, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulan suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.

Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.

Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah. -Ibid.
Ada khabar angin yang kata mesyuarat tu berlangsung tanpa kehadiran TG Hj Hadi yang masih diluar negara. Kalau betul khabar angin tu tak salah kut kalau aku kata TG Hj Hadi 'dipaksa' untuk terus pertahankan jawatan Presiden.

Dalam parti tengah kalu dengahttp://cenangau.blogspot.comn proses pemilihan pimpinan untuk sessi baru nampaknya Majlis Syura macam tak bagi pilihan kepada TG Hj Hadi selain dari mempertahankan jawatan dia sediada.

Terkuburlah hasrat sebahagian ahli dan penyokong PAS yang berharap sangat agar TG Hj Hadi melepaskan jawatan Presiden PAS dan 'dinaikkan' pangkat ke jawatan Mursyidil Am, jawatan tertinggi dalam parti.

Demikian disaring dari http://cenangau.blogspot.com semalam. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

'Kita Lawan': Bendahari Pemuda PAS Ditahan.

Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi ditahan polis
Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. - Gambar Facebook
KL: Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini kerana dipercayai diatas penglibatannya dalam perhimpunan 'Kita Lawan' pada 7 Mac.

Peguamnya Noorazmir Zakaria memberitahu The Malaysian Insider (TMI), Fakhrul ditahan sekitar pukul 2.00 petang tadi sewaktu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

"Kami masih berbincang dengan polis sama ada beliau akan bermalam di lokap ataupun tidak.
"Kami dari pagi tadi bersama Fakhrul Razi, mengiringi beliau berjumpa pegawai penyiasat (IO) ASP Sabri, dan kami cuba beberapa kali pujuk dan berhujah di hadapan IO untuk melepaskan Fakhrul Razi.
"Beliau asalnya boleh menerima hujahan kami, tetapi masih perlu mendapat arahan pihak atasan. Sebab itulah kami terpaksa menunggu lama," katanya kepada TMI.

Semalam Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang telah ditahan reman selama tiga hari berikutan penglibatannya menganjur himpunan #KitaLawan Sabtu lalu telah dibebaskan pada Selasa. Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri menerusi laman sosial Twitter peribadinya pada 9.22 malam tadi.

Pada petang Selasa pula, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli ditahan polis selepas membuat laporan isu yang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Penahanan Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada jam kira-kira 7:30 petang Selasa.

Namun demikian, Rafizi dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam semalam. Perhimpunan 'Kita Lawan' diadakan bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat. (IH)

Ini, Sabah Sudah Ada Pantai Bogel?


KL: Sabah sudah ada pantai bogel? Ramai tertanya-tanya bila keluar berita dari Harian Metro, beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli.

Juga dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain. Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.

“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.
“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

"Saya juga terkejut bila terbaca berita itu, ingat ke di Sabah dah ada pantai bogel seperti di negara-negara yang kononnya maju?" kata seorang pembaca Harian Metro. (IH)

Wednesday, March 11, 2015

Haron Din Dilantik Mursyidul Am Pas, Peluang A/Hadi Belum Tertutup..


Majlis Syura PAS pada Ahad lepas sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am parti yang baharu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis itu, yang terdiri daripada 15 anggota mewakili pelbagai pihak, membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur. Mereka turut melantik pemangku ketua Dewan Ulama PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sebagai timbalan mursyidul am PAS.

Penolong setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dicapai berdasarkan perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada seluruh anggota Majlis Syura melantik individu paling layak mengetuai mereka sebagai mursyidul am.

"Berdasarkan perlembagaan parti, Majlis Syura akan menentukan jawatan itu (mursyidul am dan timbalan) setiap lima tahun," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jawatan mursyidul am PAS kosong berikutan penyandangnya, Nik Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas. Allahyarham Nik Aziz menyandang jawatan mursyidul am sejak 1995.
- Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Namun peluang Presiden PAS sekarang Abdul Hadi, untuk ke jawatan itu masih belum tertutup, seperti yang dikehendaki oleh beberapa kalangan.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Ciuman Hangat, Ramas Dada. Maksiat Di FB.

Ini Gambar Pelajar Bertudung Tapi Dedah Paha, Gila?


 
KALAU betul dakwaan pemuda PAS mendapat maklumat, terdapat sekolah di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek ketat menyertai sukan lumba jalan kaki seperti gambar di atas, apakah sekolah di bawah kerajaan tersebut dah gila? 

Kelihatan paha perempuan itu terdedah kepada umum, Na 'auzubillahi minzalik.an

Ketuanya Suhaizan Kaiat memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang pelajar memakai tudung, berbaju lengan panjang tetapi berseluar pendek ketat berwarna hitam.


Demikian pandangan Weblog Ibnu Hasyim berdasarkan laporan Malaysiakini. 

Melihat gambar, acara itu berlangsung di sebuah balapan lumba yang mengelilingi sebuah padang. Ia dikatakan berlaku dalam kejohanan anjuran sebuah majlis sukan-sukan sebuah daerah di Johor. Malaysiakini tidak menamakan majlis daerah itu sementara menunggu reaksi daripada mereka.

Ekoran perkara itu, Suhaizan juga mengarahkan Pemuda PAS Johor menyiasatnya dan menyampaikan teguran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dalam tulisan lain di Facebook sama, Suhaizan bagaimanapun mengakui bahawa peraturan lumba jalan kaki memerlukan pengadil melihat lekukan lutut peserta untuk membezakan antara berjalan atau berlari. Cara paling mudah, katanya, dengan meminta peserta memakai seluar pendek.

Bagaimanapun, kata pemimpin dewan itu, amalan itu sama sekali bertentangan dengan syariat Islam, khususnya bagi peserta wanita Muslim.

 
“Antara penyelesaiannya adalah memastikan pelajar wanita memakai set lengkap ketat berwarna gelap seperti dalam gambar (sebelah) dan berseluar pendek yang longgar.
“Pihak kementerian pendidikan perlu memberikan perhatian berkenaan isu ini,” katanya lagi
.


Sementara itu, Ismaweb pula melaporkan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru) sebagai menggesa kerajaan menyemak semula peraturan pemakaian sukan sebegitu.

"Kita mahu setiap sukan yang diadakan masih menjaga adab dan sensitiviti umat Islam terutamanya dalam aspek pemakaian.
"Jadi, kita minta kepada pihak bertanggungjawab untuk kaji dan semak semula peraturan seperti itu," setiausahanya Nur Aizam Idris dipetik sebagai berkata. 


Sambung editor weblog Ibnu Hasyim lagi, "Mengapa dikatakan kerajaan gila? Kerana mereka yang mengendalikan kegiatan sekolah tersebut seolah-olah jahil dalam agama rasmi bagi negara mereka sendiri!"
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails