Saturday, March 21, 2015

Nizar Jamaluddin Perjelas Sikap Mengenai Kepimpinan PAS Sekarang.




Nizar Jamaluddin.


ALOR SETAR: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi PAS sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya.

"Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran itu bersama pimpinan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-41 Kawasan Kuala Kedah di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Ahmad Yakob dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Abdul Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.

Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.

"Bila Pas berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu," katanya.

Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang menegaskan Pas meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini sikap Nizar Jamaluddin terhadap kepimpinan PAS sekarang.

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Mengenal Aishah Penghina Hudud, Lihat Siapa Ayahnya?


Diangkat dari Bloglist Malaysia.
Bapa Aisyah, Prof. Muhammad Tajuddin Rupanya Seorang Ahli DAP


Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.



Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja. Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.
“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.

Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.

“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya. - SUMBER


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengenal buah, perlu lihat pohonnya.

Wanita Melayu/Islam Ini Hina Hudud, Mufti Saran Bertaubat..



KL: Menjadi viral di laman-laman sosial semalam kisah seorang wanita yang bernama Aisyah Tajuddin yang dikatakan telah menghina hukum hudud yang bakal dilaksanakan di Negeri Kelantan.

Pengacara stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin semalam menerima kecaman hebat termasuk ugutan bunuh dan rogol daripada pengguna media sosial selepas dia mempersoalkan sama ada hukum hudud boleh meningkatkan ekonomi negeri Kelantan menerusi klip video di YouTube.

Aisyah, 27, mengkritik dengan sinis sistem undang-undang hudud itu melalui klip video bertajuk Hudud Isi Periuk Nasi? yang dimuat naik di laman tersebut dan ditonton sebanyak 279,031 kali sejak kelmarin.

Rakaman video tersebut yang berdurasi satu minit 56 saat memaparkan Aisyah tampil dengan memakai tudung mendakwa Kelantan lebih mengutamakan isu hudud berbanding sosioekonomi rakyat di negeri berkenaan.


Semalam, pihak BFM telah tampil menjawab perkara ini dan memohon maaf dengan video yang dihasilkan mereka itu yang dikatakan telah di'salah tafsir' oleh orang ramai.

Menurut pihak BFM video tersebut dihasilkan adalah hanya sekadar satira kerana mereka menganggap hudud belum sesuai dilaksanakan di Negeri Kelantan kerana keadaan ekonomi semasa dan negeri tersebut baru sahaja ditimpa musibah banjir.

Mereka yang telah menarik balik video tersebut agak kesal kerana Aisyah Tajuddin telah menerima ugutan bunuh dan rogol dari pihak tertentu. Dikatakan jug Aisyah hanya melakonkan watak tersebut dan apa yang dicakapkan oleh beliau hanya mengikut skrip yang telah diberi oleh BFM.

Selain kenyataan dari BFM, pihak mufti Negeri Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Aisyah tersebut adalah keterlaluan dan dia harus bertaubat kerana boleh terpesong akidah.

Umat Islam yang mempersendakan hukum hudud sama ada secara lisan atau melalui rakaman video perlu segera bertaubat sebelum terlambat. Katanya, mereka yang melakukan secara sedar dan bukan secara jahil boleh jejaskan akidah dan pegangan agama.

"Sebagai umat Islam, kita perlu faham hukum ini dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan Islam supaya mereka hormat dengan hukum ini.
"Sebaliknya umat Islam sendiri yang tidak faham dan menjadikan hukum ini sebagai suka-suka," katanya.

Video: Rujuk di sini..  Siakapkeli.com.my 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan 'salah tafsir' penghinaan itu, tetapi salah cakap, atau sengaja menghina Islam. Nampaknya masih degil tak mahu mengaku salah. Siapa agak-agak di belakangnya ataupun dia sendiri berfikiran begitu.. Ya.. Bawa-bawa bertaubatlah.

Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Okey! Jom Gempur Hadis Palsu..


OKEY.. Kita sambut cabaran Abdul Razak Muthalib dalam Daril Ulum Online, Sweileh, Jordan.
Sebelum gempur, mari kita berkenalan sikit dengan hadis palsu. Hadis mauduk atau hadis palsu adalah satu daripada jenis hadis dhaif.

Abdul Razak Muthalib dalam Daril Ulum Online, bertajuk 'Gempur hadis palsu!', katanya..

Menurut Ibn al-Salah dalam ‘Ulum al-Hadith, hadis mauduk ialah hadis yang direka dan disandarkan kepada Rasulullah SAW. Menurut Al-Khattabi dalam Ma’alim al-Sunan, hadis mauduk adalah jenis hadis dhaif yang paling teruk.

Ringkasnya, hadis mauduk adalah hadis palsu direka seseorang kemudian dikatakan ia daripada Rasulullah SAW. Faktor yang mendorong sebahagian orang mencipta hadis palsu ada banyak. Syekh Dr Mustafa al-Siba‘ie dalam al-Sunnah wa makanatuha di al-Tashri’ al-Islami dan Syekh Dr Nur al-Din ‘Itr dalam Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al-Hadith menyenaraikan antara faktor utama ialah :

1) Bagi menggalakkan orang ramai supaya melakukan kebaikan dan memberi peringatan kepada mereka daripada melakukan kemungkaran. Tujuan mereka adalah untuk bertaqarrub (menghampirkan diri kepada ALLAH) dan menisbahkan diri mereka kepada sifat kezuhudan dan kesufian.
Golongan ini adalah pencipta hadis palsu yang paling bahaya, kerana orang ramai mudah menerima apa diucapkan disebabkan keyakinan dan kepercayaan kepada mereka. Sebagai contohnya ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam.

2) Merosakkan agama dan membuatkan umat Islam ragu-ragu terhadap ajarannya.
Ini dilakukan oleh golongan zindiq. Golongan ini sangat benci kepada Islam. Antara mereka ialah Abd al-Karim bin Abi al-Auja’ dan Muhammad bin Said al-Maslub.

3) Sikap taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri.
Hal ini dilakukan oleh mereka yang bersikap taksub terhadap sesuatu yang dipegangnya sama ada mazhab atau pegangan amalannya. Jadi untuk membela mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri mereka atau menindas pihak yang memusuhi mereka, golongan ini mencipta hadis palsu.

4) Pertelingkahan dari sudut politik.
Pertelingkahan politik juga menyebabkan beberapa golongan mencipta hadis palsu. Antara yang paling banyak ialah golongan Syiah. Syiah mencipta hadis mengenai kelebihan ahl al-bait, mencerca sahabat khususnya Abu Bakar, Umar, Muawiyah dan sebagainya.

5) Kepentingan dan keuntungan peribadi.
Demi mendapatkan keuntungan harta benda atau pangkat, beberapa golongan sanggup mencipta hadis palsu. Antaranya ialah:
  • a) Untuk mendekatkan diri dengan raja dan pemerintah. Tujuannya mendapatkan keuntungan dunia. Jadi, golongan ini akan mencipta hadis yang dapat memenuhi hasrat raja dan pemerintah, supaya raja dan pemerintah akan menyukainya dan memberikan habuan keduniaan yang setimpal. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Ghiyath bin Ibrahim al-Nakha’ie.
  • b) Golongan pencerita atau penceramah.
    Golongan ini memalsukan hadis atau menyampaikan hadis palsu demi menarik minat orang ramai supaya mendengar ceramah. Diciptalah hadis menyebut mengenai kisah ajaib dan cerita yang mampu membuatkan mereka minat dan tidak berganjak lagi.
  • c) Melariskan barang jualan. Sesetengah peniaga terlibat dalam jenayah mencipta hadis palsu. Lalu diciptalah hadis yang menyebut perihal kelebihan barang jualannya. Contohnya hadis palsu yang menyebut kelebihan buah terung, delima, anggur, minuman tertentu dan sebagainya. Antara mereka yang melakukan sedemikian ialah: Muhammad bin Hajjaj al-Wasiti, Fudhalah bin Husain, Hanad bin Ibrahim al-Nasafi dan lain-lain lagi.
    Ini adalah faktor hadis palsu dicipta dengan sengaja. Terdapat beberapa sebab lain yang membuatkan seseorang terlibat dalam kesalahan meriwayatkan hadis palsu secara tidak sengaja dan tidak disedari.

    Antaranya seperti disebut Syeikh Dr Abd al-Karim bin Abdullah al-Khidr dalam al-Hadith al-Dhaif wahukmu al-Ihtijaj bihi: “Tenggelam dalam kezuhudan dan keasyikan beribadah sehingga mereka lalai daripada membezakan antara yang sahih dan palsu”.

    Kitab hilang atau terbakar. Jadi mereka meriwayatkan apa yang mereka ingat, lalu berlaku kesilapan. Ini berlaku kepada mereka yang memang menjadikan kitab mereka sebagai rujukan utama dalam meriwayatkan hadis.

    Sebagai contoh, Abdullah bin Lahi‘ah. Fikiran sudah tidak sempurna atau nyanyuk. Ini berlaku kepada mereka yang pada usia muda adalah seorang yang diterima riwayatnya, tetapi nyanyuk semasa tuanya. Lalu dia tersilap dalam riwayatnya, seperti Ismail bin ‘Iyash.

    Banyak lagi perkara yang kita perlu tahu bagi mendapat gambaran berkenaan hadis palsu. Ilmu hadis mempunyai disiplin yang sangat terperinci dan banyak cabangnya. Hadis pula mempunyai banyak pembahagiannya. Ulama hadis terdahulu sudah mencurahkan segala ilmu, tenaga dan masa mereka untuk mengenal pasti mana hadis yang sahih dan mana yang palsu.
    Koleksi Video Ustaz Don Sebar Hadis Palsu... Pernah timbul polimek.
    Polimek roti jala cicah kari..

    Tugas Penceramah.

    Tugas penceramah adalah membuat rujukan kepada hasil kajian mereka. Berceramah bukan sekadar berfikir apa lawak jenaka yang boleh membuatkan penonton ketawa. Apa lagu yang boleh membuatkan pendengar terhibur. Lebih utama dari itu ialah fikir bagaimana ketulenan ajaran agama mahu dipelihara dan disampaikan kepada masyarakat seperti yang diwariskan Rasulullah SAW.

    Ada lagi yang berkata, kalau hadis ini palsu, mengapa ia ada dalam kitab? Ramai penceramah yang membacanya. Ustaz yang masuk TV pun selalu baca hadis ini. Sejak dulu lagi kita faham ia hadis yang Rasulullah SAW sebut. Mengapa baru sekarang ia dianggap palsu? Bagi orang awam, yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis, memang sukar untuk membezakannya.

    Bahkan golongan ustaz sekali pun, tidak kira yang digelar ustaz selebriti atau pun tidak, jika tidak berhati-hati, kadang-kadang terjebak juga dalam membaca dan berhujah dengan hadis palsu. Bagaimana untuk kita harapkan mereka memahamkan masyarakat perihal topik ini? Jika berlaku sekali dua, mungkin kita boleh terima. Tetapi, jika ia kerap kali berlaku, bahkan banyak pula bukti boleh dikemukakan, ini adalah gejala yang tidak sihat dalam kalangan ustaz dan penceramah.

    Adalagi ustaz yang terang-terang mengkritk ustaz lain dalam youtube menggunakan hadis palsu, dengan tidak mahu bersemuka dulu dengan ustaz yang tidak sepaham politik dengannya. Lebih tidak sihat, sekiranya ditegur dan dibentangkan penerangan hadis yang dibaca itu palsu, tidak tergambar rasa bersalah dan ingin meminta maaf. Apatah lagi memperbetulkan kesalahan faktanya.

    Sikap berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu kesahihan fakta sebelum berceramah sangatlah dituntut. Jangan sampai terlalu sibuk memenuhi undangan ceramah, sehingga tidak sempat untuk membuka kitab tafsir al-Quran dan huraian hadis. Kalaulah penceramah tidak sempat untuk membaca kitab rujukan utama, bagaimana untuk diangkat kualiti kefahaman agama dalam kalangan masyarakat. Islam tidak difahami hanya dengan lirik lagu dan sebagainya.

    Hadis palsu kita gempur bersama. Gempur weblog ini hanya berdasarkan motto 'Sampaikan.. walau 1 ayat.' Kami sampaikan apa yang tuan gempurkan. Barulah boleh makan roti jala cicah kari dengan gembira. (IH)

    Video: Nabi Muhammad serupa budak lain waktu kecil : Ustaz Kazim Elias minta Nik Aziz mengucap

    Video: RINGKASAN Menjawab Tomahan Ustaz Kazim Alias Terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Oleh Ustaz Wan Tarmizi 




    Lihat sebelum ini..

    Ganas, Cabul 31 Lelaki, Jurutera M'sia Dijel 30 Tahun.

    WENG WAH dituduh melakukan hubungan seks dengan 31 kanak-kanak lelaki di pelbagai lokasi di Singapura antaranya beberapa apartmen di Woodlands, Yishun, Hougang, Changi, hotel di Geylang dan kompleks renang di Hougang serta Tampines.

    SINGAPURA: Ganas. Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas mengaku bersalah mencabuli 31 mangsa berusia 11 dan 15 tahun antara November 2009 dan Jun 2012.

    Menurut laporan Channel News Asia (CNA), Hakim Woo Bih Li menyifatkan kes itu sebagai jenayah seksual paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki. Laporan stesen televisyen tempatan itu menyebut tertuduh Yap Weng Wah, yang bekerja di negara ini sejak 2009, melakukan kesalahan itu selepas berkawan dengan mangsa di laman sosial Facebook.(IH)

    Bantulah Keluarga Mangsa Rampasan Kuasa K'jaan Perak



    Husam Janji Bantu Keluarga Mangsa Rampasan Kuasa Kerajaan Perak
    Antara Yang terlibat sebagai mangsa kepada peritiwa rampasan kuasa kerajaan Perak adalah kenalan gua dalam PAS. Mereka kini dalam tahanan kerajaan Malaysia di penjara.

    Keluarga mangsa yang tinggal akan menerima bantuan daripada pemimpin parti PAS yang sedang mengusahakan pungutan derma bagi menampung perbelanjaan keluarga terbabit sepanjang ketua keluarga itu dipenjarakan.

    Untuk itu Husam Musa memulakan inisiatif melancarkan kempen pungutan derma untuk tujuan tersebut. Siapa yang rasa ingin membantu silakan derma kepada tabung
    Salorcare - 0301 8010 1432 86 (BIMB)

    Isu Dana 1MDB, Najib Saman Harakah.


    KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakah Daily, Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.


    Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Writ saman itu diperoleh pemberita semalam selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menye­rahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di sini. (IH)

    Siap Tengah Hari Ini Fenomena Ekuinoks, Solat Gerhana..


    Kemuncak Gerhana Matahari Penuh yang berlaku di Kepulauan Faroe di Lautan Norway semalam.


    KL: Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks bermula tengah hari ini ketika matahari melintasi garisan Khatulistiwa bagi mengubah kedudukannya.


    Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

    Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohd. Zamri Shah Mansor berkata, matahari dari hemisfera Selatan bergerak ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.

    Umat Islam ada kegiatan istimewa, sila but solat gerhana matahari.

    Solat Gerhana.

    Hukumnya: Sunat Muakkad.
    Cara Solat:
    Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

    Cara Lakana..
    Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

    Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

    Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

    Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

    Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

    Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.

    Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

    Waktu: Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

    Tempat Solat:  Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

    Aturan Solat Gerhana:

    1. Disunatkan mandi sebelum solat.
    2. Bilal Menyeru :
    3.Berdiri lurus mengadap kiblat.
    4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
    • (1) Lafaz niat untuk gerhana: “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
    • (2) Lafaz niat untuk gerhana matahari.
      ن ي ت ع ك ر س م الش ف و س ك ةن س ى&ل صا
      ى ال ع ت له ا ل وم م مأ
    • “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
    5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
    6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
    7. Baca al-Fatihah dan Surah.
    8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
    9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
    10. Baca al-Fatihah dan Surah.
    11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
    12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
    13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
    14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

    Ingatan:

    1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

    2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

    3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring..جهر

    Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (IH)

    Enakmen Jenayah Syariah 2015, Sidang DUN K'tan -Datuk Husam Musa.


    Ucapan Perbahasan Dato Husam Musa: Enakmen Jenayah Syariah 2015 Di Sidang DUN Kelantan.

    أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
    5:50
    •  Apakah hukum Jahiliah yang menjadi pilihan mereka, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang benar-benar yakin?   5:50

    Dalam Persidangan DUN pada Oktober 2013, saya telah bangkitkan pentingnya langkahan diambil untuk mempastikan Enakmen Jenayah Syariah II melihat sinar pelaksanaan dan tidak hanya menjadi momokan menjelang pilihanraya.

    Sidang kali ini, kita akan meluluskan sekali lagi penjelmaan semula Enakmen yang telah diluluskan pada tarikh bersejarah 1993, dengan beberapa pindaan, kerana sebab-sebab teknikal yang tertentu.
    Enakmen 2015 disekalikan dengan beberapa pindaan dari Enakmen asal 1993.

    Pindaan untuk penambahbaikan ini sekali gus membuktikan dari segi pengkanunan, ia terbuka bagi pembaikan dari masa ke semasa. Dari segi kedaulatan dan hakimiyyah Allah mengenai hukum bagi kesalahan yang telah ditentukan, tidak ragu lagi semua orang beriman wajib menjunjung dan berhukum dengannya.

    Bagi setiap Muslim yang benar-benar ingin mengikuti tuntutan agama Islam, mereka mempunyai hak untuk dihukum dan berhukum mengikut hukum agama mereka. Ia selari dengan amalan demokrasi negara kita dan demokratik dari segi kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan.

    Tuan Speaker,

    Berdasarkan kenyataan-kenyataan akhbar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dalam isu ini, harapan untuk melihat fasa pelaksanaan Enakmen ini sudah semakin hampir; Jawatankuasa Teknikal Bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah ditubuhkan.

    Kerajaan Negeri yakin ia akan mula dilaksanakan pada tahun 2015 ini. Persiapan untuk pelaksanaan termasuk senarai hakim telah pun disiapkan. Bahagian Empat Enakmen ini memperuntukkan penubuhan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

    Saya yakin Kerajaan Negeri telah pun mendapatkan waran perjawatan dari JPA, waran dari Perbendaharaan dan budget perjawatan bagi kesemua Hakim-Hakim yang akan dilantik dan semua jawatan pegawai pelaksana yang lain di semua peringkat.

    Saya juga yakin bahawa Kerajaan Negeri telah pun mempersiapkan semua Enakmen sokongan seperti Enakmen Acara Jenayah Syariah dll. Begitu juga kaedah-kaedah. Misalnya bagi jadual II, III dan IV berkait diyah, saya yakin kaedah-kaedahnya telah pun disiapkan.

    Hukuman-hukuman telah dinyatakan. Dari segi kaedah, misalnya bagi yang telah diputuskan membayar diyah tetapi akhirnya tidak membayar diyah berkenaan, adakah hartanya boleh disitakan? Ianya saya yakin, telah pun disiapkan sepenuhnya.

    Tuan Speaker,

    Bagi majoriti rakyat Kelantan yang telah mengundi parti pemerintah hari ini, mereka tidak lagi mahu melihat larian setempat dalam pelaksanaan Enakmen ini. Kerajaan Negeri telah, melalui kenyataan akhbar, memberikan sedikit gambaran laluan politik, perundangan dan proses lain menuju pelaksanaan Enakmen ini.

    Ada masanya, proses ke hadapan selepas Enakmen ini diluluskan disebut melalui Bill Persendirian Ahli Parlimen untuk meminda Perkara 76 (A). Pada ketika yang lain, langkah seterusnya dikatakan untuk membawa pindaan Akta Jenayah Syariah 355 di Parlimen sama ada melalui;


    Satu,

    Menteri akan mencadangkan pindaan Akta Jenayah Syariah 355 dengan menaikkan hukuman rotan mengikut hukum syara’ kepada seratus rotan bagi membolehkan sekurang-kurangnya empat kesalahan syariah di bawah Enakmen ini dilaksanakan.

    Ia membuka jalan sebagai permulaan. Ia menepati kaedah fiqah, apa yang mampu dilaksanakan, dilaksanakan dan yang lain belum boleh dilaksanakan, di kemudiankan tanpa meninggalkan kesemuanya atas alasan menunggu dilaksanakan kesemua sekali sekali gus.

    Dua,  

    Wakil Kerajaan Negeri yang menjadi Ahli Dewan Rakyat membawa Bil Persendirian mencadangkan pindaan Akta 355 dengan tujuan yang sama seperti di atas, tetapi bukan dibawa oleh Menteri.

    Tuan Speaker,

    Saya difahamkan, tujuan asal Jawatankuasa Teknikal Bersama ditubuhkan ialah untuk antara lain memutuskan samada laluan 76 (A) atau Akta 355 lebih sesuai untuk dilalui.

    Saya difahamkan Menteri berkenaan memberi faham kepada wakil Kerajaan Negeri bahawa Kerajaan Pusat lebih bersetuju dengan laluan pindaan Akta 355 dengan menaikkan hukuman rotan kepada seratus rotan.

    Pindaan itu akan dibawa oleh Menteri. Jika ia dibawa oleh Menteri, tentulah dengan kuasa whip yang ada, semua Ahli Parlimen dari parti Kerajaan baik MCA, MIC, Gerakan dan wakil dari Sabah dan Sarawak wajib menyokong dan ini memudahkan kelulusan walaupun pindaan seperti itu hanya memerlukan simple majority.

    Ia juga tidak menakutkan sesetengah pihak di luar dari batasan sepatutnya kerana empat kesalahan yang akan terlibat adalah lebih berbentuk kesalahan syariah seratus peratus dan tidak melibatkan kuasa-kuasa dan kesalahan di bawah Kanun Kesalahan Jenayah atau Penal Code, kecuali kesalahan liwat.

    Begitu juga dengan bentuk hukuman iaitu rotan yang telah pun ada dalam sistem perundangan Malaysia kecuali bilangannya sahaja yang ditambah. Kebelakangan ini, saya mendengar, Kerajaan Pusat hanya bersetuju meningkatkan bilangan rotan hanya menjadi 39 rotan, menjadikan kesemua empat kesalahan yang dijanjikan boleh dilaksanakan menerusi Enakmen ini tetap tidak dapat dilaksanakan.

    Kedua, saya difahamkan Menteri mencadangkan Ahli Parlimen PAS dan bukannya Menteri membawakan usul pindaan Akta 355 denagn alasan-alasan tertentu yang tidak berbangkit pada permulaan Jawatankuasa Teknikal Bersama herndak ditubuhkan dahulu.

    Jika ini berlaku, apa jaminan ia akan mendapat sokongan Ahli Parlimen BN?

    Ia juga menambahkan perlunya pelbagai pihak memberikan sokongan terhadap usul itu nanti bagi mempastikan kejayaannya dan bukan hanya satu percubaan yang sia-sia. Di sinilah letaknya keperluan berbahasa dengan elok dan bijaksana dengan semua pihak.

    Jika cubaan berasaskan Bil Persendirian untuk meminda Akta 355 akan gagal, apa tah lagi pindaan Perkara 76 (A) yang memerlukan majoriti dua pertiga?

    Tuan Speaker,

    Aspek kedudukan nas syarak yang wajib diimani oleh semua orang Islam sudah tentu tidak boleh dipertikaikan lagi. Kerana itulah Parti Islam ditubuhkan dan kita semua mendokongnya. Kerana itulah Enakmen 1993 terlahir sejak sesetengah ADUN pada hari ini belum lagi menjadi ADUN.

    Aspek pengkanunan pula, ia terbuka untuk perbincangan, penelitian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa, seperti yang berlaku kepada Enakmen ini sendiri. Aspek laluan menuju pelaksanaan adalah aspek ketiga yang terpaksa diambil kira dengan penuh teliti. Sudah tentu pertimbangan politik juga wujud dalam aspek ini.

    Saya yakin majoriti rakyat Kelantan yang telah mengundi PAS berkali-kali, ingin melihat pelaksanaan Enakmen ini diangkat penuh bijaksana, cermat dan berjaya. Bukan semata-mata kehebohan-kehebohan dan cabar mencabar melebihi keperluan sebenar tetapi akhirnya terbantut. Semangat permuafakatan lebih memudahkan lalun berbanding dilihat menonjolkan keangkuhan dan kesombongan.

    Saya juga yakin bahawa kita semua mengangkat agenda ini untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya dijadikan satu bola politik semata-mata dalam apa jua cara dan bentuk.

    Saya yakin, rakyat Malaysia, jika berbahasa dengan bahasa yang lunak dan tidak sengaja bertujuan menakut-nakutkan, akan mengizinkan ummat Islam khususnya rakyat Kelantan di mana majoriti mereka beragama Islam dan telah melalui proses demokrasi yang diamalkan oleh negara kita, mendapat hak demokratik beramal dengan Islam anutan mereka sepenuhnya.

    Apa lagi, bagi empat kesalahan jenayah syariah permulaan seperti telah saya sebutkan, bentuk hukumannya telah sedia ada dalam sistem perundangan negara kita.

    وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (28:70)
    • Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan . 28:70
    Saya berdoa, usaha kita diberkati.
    Husam Musa
    ADUN Salor
    19 Mac 2015
    Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.
    (IH)

    Pagi Sekolah, Malam Jadi Pemuas Nafsu.

    Singkap Sudut Gelap Kampung Pelacuran Subang, Di Negara  Umat Islam Terbesar Di Dunia.. (siri 5) Sambungan dari..  
    Siri 1: Singkap Sudut Gelap Kampung 'aroma lendir' Di Suba...
    Siri 2: Kampung Pelacur: Ayah Tahu, Pemuka Agama Tak Perna.. ,
    Siri 3: Kahwin Murah, Isteri Ke2, Gadis Atau Janda? 
    Siri 4: Jadi Pelacur: Alhamdulillah, Neng Boleh Bikin Rum...
    Mantan germo di Belanda mendirikan sekolah untuk belajar jadi pelacur ...

    HARI sudah berganti dalam hitungan detik ketika jarum jam sedikit lagi menunjukkan pukul satu pagi pada Jumaat minggu lalu. Y, nama singkatan seorang pelacur belia mula kelihatan mabuk lepas melanggah tiga botol bir hitam dicampur minuman berstamina.

    Kepalanya geleng-geleng ketika lagu house muzik dangdut "Bapak Mana" dinyanyikan Trio obor-obor itu dimainkan. Seraya mengepulkan asap rokok, dia akan minta diajak ngamar lantaran N ingin cepat pulang ke rumah kerana besok pagi mau sekolah.


    "Ayo Aa, mau jadinya gimana atuh, keburu ngantuk" katanya dengan centil saat merayu merdeka.com di rumah pelacuran Desa Saradan, Kabupaten Subang, Jawa Barat.


    Y mengaku sejak kelas satu sekolah menengah pertama sudah mengenal minuman keras. Begitu juga sebahagian besar rakan sekolahnya melakukan perkara sama. Pergaulan bebas dan minuman keras jadi hal lumrah.  


    "Semuanya suka minum juga, enggak yang lelaki apalagi yang perempuan," ujarnya.

    Asas bakal menjadi pemuas syahwat mula tumbuh lambat laun tatkala Y tergiur dengan salah satu temannya yang mudah dapat duit. Kerabat satu sekolahnya itu kerap gonta ganti telefon bimbit keluaran terbaru. Namun dari hasil tidur dengan lelaki, Y memilih duitnya ditabung untuk membuat rumah.


    "Males beli-beli gitu, mending wangnya ditabung bikin rumah," katanya. 


    Wanita berambut panjang itu tak mau mengingat bila kegadisannya telah hilang. Namun kesuciannya saat itu dibayar Rp 5 juta, kira-kira RM1,600. Bukan hanya Y yang menjadi pelacur, namun puluhan temannya juga berprofesi sebagai pemuas nafsu.  

    Pagi ke sekolah, siang hari usai sekolah mereka mula beroperasi menunggu panggilan bapa ayam untuk melayani lelaki pemburu syahwat.

    "Kalau minum (alkohol) hampir semua, ada 20 anak mah ada yang berkerja sama," katanya polos.  


    Namun Y enggan menyebut nama sekolahnya di Desa Saradan. Dia mengaku tak mau ambil pusing dengan segala ejekan datang dari pelbagai pihak. Mulai dari persekitaran kediamannya sampai persekitaran sekolahnya.

    Meski sudah tidur dengan lelaki berumur, namun Y masih tetap kelihatan seperti kekanakan. Hanya dandanannya saja yang menor. Saking tergiurnya dengan fulus masuk dalam poketnya, Y berniat tidak meneruskan sekolahnya. 


    Rancangannya selepas selesai, dia mengaku sudah merasa selesa dengan hidupnya kini. 

    "Buat apa, sekolah lagi Pak Jokowi aja sudah ada," katanya sambil tertawa genit.
    Inilah kawasan pelacuran di indonesia ..
    (Diangkat dari Merdeka.com id. yang di 'Bahasa Malaysia'kan)
    Bersambung.. 

    Friday, March 20, 2015

    Hudud: DAP, MCA, Gerakan, Terimalah Kenyataan! -Ng Kee Seng



    SUDAH tiba masanya rakyat Malaysia menerima hakikat ini dan terus melangkah ke hadapan. Demikian tulis Ng Kee Seng seperti yang disiarkan di beberapa blog dan media sosial.

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan membentang dan membahaskan pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, diluluskan oleh 45 Adun yang semuanya beragama Islam dan itu hanyalah formaliti.

    "Hakikatnya, undang-undang hudud negeri itu sudah diluluskan dua puluh tahun yang lalu. Kepada pihak yang selama ini menentang hasrat PAS melaksanakan hudud bagi orang Islam di Kelantan, bukankah ini masanya untuk menamatkannya dan melangkah ke hadapan?" Tulisnya.

    "Terutama bagi DAP, MCA dan Gerakan. Meraka patut sudah menerima kenyataan bahawa selagi rang undang-undang itu tidak menyalahi peraturan, mereka perlu menerima keputusan majoriti. Bukankah itu demokrasi?

    "Selama tiga dekad, DAP, MCA, MIC dan Gerakan sentiasa bersuara membantah atau menolak apa-apa langkah untuk melaksanakan hudud di Kelantan atau Malaysia. Apakah yang mereka capai setakat ini? Tiada apa-apa.

    "Dan bagi Kelantan, ketiga-tiga parti politik bukan Melayu tidak memiliki seorang wakil pun di DUN. Jika majoriti umat Islam menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan, itu adalah hak demokratik mereka. Bukankah begitu? Selain itu, apa yang DAP, MCA, Gerakan maksudkan tentang memperjuangkan hak beragama dan demokrasi?

    "Bukankah orang Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka? Maka, mengapa ada diskriminasi terhadap orang Islam? Sudah banyak yang diperkatakan DAP, MCA dan Gerakan tentang ketakutan terhadap hudud. Apa yang mereka takutkan? Hudud atau pelaksanaannya?

    "Secara prinsip, orang bukan Islam tiada hak menafikan orang Islam yang mahukan hudud. Namun mereka berhak untuk menggesa agar mereka tidak tertakluk di bawah undang-undang itu melalui apa sahaja cara, jika ia dilaksanakan dan dikuatkuasakan." Tulisnya lagi.
    Seranan beliau kepada DAP...

    "Pemimpinnya perlu berfikir di luar kotak dan menerima hudud sebagai hak orang Islam. DAP sebaliknya patut menyokong PAS dan bekerjasama dengan mereka untuk merangka pelaksanannya, demi memastikan minoriti bukan Islam di Kelantan tidak tertakluk atau terkesan dengan undang-undang itu.

    "Bukankah itu langkah yang positif bagi DAP di dalam Pakatan, atau sebuah kerajaan Pakatan? Atau DAP sebenarnya tidak yakin dapat memastikan Pakatan mampu melaksanakan dan mentadbir hudud hanya untuk orang Islam, dan mengecualikan orang bukan Islam?

    "DAP telah mengancam kedudukan dan status PAS dalam Pakatan jika mereka meneruskan usaha melaksanakan hudud di Kelantan. Apakah kesan positif langkah itu kepada orang bukan Islam dan rakyat Malaysia secara umumnya? "

    Menurutnya lagi, apa yang DAP lakukan hanyalah membangkitkan emosi politik dan memarakkan api agama dalam isu ini. Adakah DAP mahu memimpin rakyat Malaysia ke arah perkembangan sosial yang positif, atau cuma mahu kekal relevan di kalangan orang bukan Islam? Jangan dilupakan bahawa ciri utama yang paling penting dalam pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ini adalah undang-undang hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam. Itulah prinsipnya.

    Kebimbangan yang dibangkitkan DAP dan pihak bukan Islam lain adalah tentang salah urus. Bukankah menjadi tugas DAP untuk memastikan Pakatan mampu menjadi pentadbir yang cekap dalam kerajaannya? Menurutnya..

    Laman the Malaysian Insider memetik Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke sebagai berkata, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan, berikutan langkah PAS Kelantan ini.

    "Nampaknya lebih banyak ugutan daripada DAP, tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia? Apakah faedah tindakan itu kepada minoriti di Kelantan?" Jelas Ng Kee Seng.

    Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ng Kee Seng, atas pemikiran yang terbuka dan hebat ke arah percambahan pembangunan pemikiran rakyar Malaysia!
    (See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Hudud-Masa-untuk-rakyat-Malaysia-terima-kenyataan#sthash.pPsBpwxm.dpuf )
    (IH)

    Jadi Pelacur: Alhamdulillah, Neng Boleh Bikin Rumah..

    Kabupaten Sumedang di Provinsi Jawa Barat  
    Singkap Sudut Gelap Kampung Pelacuran Subang, Di Negara  Umat Islam Terbesar Di Dunia.. (siri 4) Sambungan dari..  
    Siri 1: Singkap Sudut Gelap Kampung 'aroma lendir' Di Suba...
    Siri 2: Kampung Pelacur: Ayah Tahu, Pemuka Agama Tak Perna.. ,
    Siri 3: Kahwin Murah, Isteri Ke2, Gadis Atau Janda? 

    KENYATAAN Y, pelacur berumur 16 tahun di Desa Saradan memang berat. Belum genap 17 tahun namun sudah menanggung hidup keluarganya. 

    Tak punya kemahiran khusus, terjun ke dunia perniagaan syahwat ambil jalan pintas. Sekarang dia merasa bersyukur kedua ibu bapa dan keluarga yang dihidupi secara layak, meski terpaksa menjual diri. Seraya sambil bercakap centil, Y mengaku sudah setahun terakhir ini menjalani pekerjaan sebagai seorang pelacur.  

    Hasil dari melacur tak tanggung-tanggung, baru tujuh bulan sebuah rumah dibina dengan hasil jerih payahnya. Dia merasa pekerjaannya tak mengganggu sesiapa. 

    "Alhamdulillah, neng boleh bikin rumah," katanya ketika berbincang dengan merdeka.com di Cafe, Desa Saraden, Kabupaten Subang, Jawa Barat, Khamis malam, minggu kelmarin.  
    Rumah kampung Kabupaten Subang, Jawa Barat.

    Memang sebahagian besar warga di Desa Saradan bekerja sebagai petani. Beberapa dari warganya ada juga yang tak mempunyai sawah garapan. Ada juga yang bekerja sebagai Tenaga Kerja Indonesia. Berdalih itu, ayah dan ibu Y hanya berdiam diri di rumah. Kedua ibu bapanya memang tak bekerja. Mereka malahan menaruh beban hidup kepada Y. 

    "Bapak merokok dua bungkus sehari, ibu juga dua bungkus," katanya bercerita. 

    Y sempat menunjukkan gambar wanita cantik di telefon selularnya. Dia hidup sebagai anak bongsu, dua kakaknya lebih dulu terjun sebagai pelacur di Jakarta. Kakak pertamanya bekerja sebagai pemuas lelaki hidung belang di kawasan Gajah Mada, Jakarta Pusat. 

    "Kakak katanya di daerah Gajah Mada," ujarnya lirihnya. 

    Kakak keduanya diperistri warga asing dan sudah tiga tahun tak pernah kembali ke tanah air. Pekerjaan kakak keduanya itu hampir sama dengan saudarinya di ibu kota.

    "Kalau kakak yang kedua jauh, jarang-jarang teleponan, lebaran saja enggak pernah pulang," katanya sambil menenggak segelas bir. 

    Kini hanya Y bersama adiknya berusia 10 bulan tinggal dengan ibu bapanya di kampung. Mau tak mau, dia perlu memainkan otak untuk membiayai kehidupan kedua ibu bapanya. Kedua kakaknya jarang menghantar wang buat keluarga.  

    "Kalau lain mah jarang kirim-kirim," katanya. 

    Dari pengakuan Y, tiga anggota keluarganya terjun ke dunia pelacuran. Y sendiri tak pernah menyesal dengan pekerjaan dilakoni sekarang. Namun di balik itu Y juga ingin mempunyai hidup normal sebagaimana usia seumurannya.  
    "Pengenlah punya keluarga normal," katanya lirih.

    (Diangkat dari Merdeka.com id. yang di 'Bahasa Malaysia'kan)
    Bersambung.. 

    E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

     
    E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

    Bab 1 

    Bab 2
    Bab 3 
    Bab 4
    Bab 5
    Bab 6
    Bab 7
    Bab 8
    Bab 9
    Bab 10

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails