Saturday, March 28, 2015

Jual Tubuh: Lagi Negaraku Jadi Tempat Niaga Lendir.


SEBAHAGIAN wanita warga Vietnam dan China yang bekerja sebagai GRO ditahan di sebuah premis hiburan di Jalan Banda Hilir, Melaka semalam

MELAKA: Lagi negaraku Malaysia yang kucintai, jadi tempat berniaga lendir atau sarang memproses najis zina.

Hal ini terbukti apabila seorang gadis bawah umur warganegara Vietnam bersama 29 wanita warga asing lain yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di dua premis hiburan di di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini semalam.

Gadis berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah premis karaoke yang menyediakan perkhidmatan GRO selain disyaki menjalankan aktiviti pelacuran. Serbuan bermula pukul 1 pagi itu dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hasil maklumat dan risikan selama seminggu.

Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, kesemua wanita warga asing itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan sebelum cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.
“Ada antara mereka yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi berjaya diberkas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bikin malu, kononnya Malaysia negara Islam contoh. (IH)

Bogel Dalam Kelas, Lagi Bukti Kementerian Pendidikan Gagal.



Sekolah menengah di Ampang, Kuala Lumpur dipercayai lokasi tujuh pelajar tingkatan satu yang dipaksa oleh guru menanggalkan pakaian baru-baru ini.

BERITA ini membuktikan lagi kementerian pendidikan Malaysia yang gagal mendidik guru dan muridnya sekali....

KL: Tujuh orang pelajar tingkatan satu melalui detik memalukan apabila dipaksa menanggalkan seluar manakala seorang lagi diarah membuka baju oleh seorang guru penolong kanan hal ehwal pelajar di sebuah sekolah di Ampang Rabu lalu.

Guru tersebut bertindak demikian kerana kumpulan pelajar berkenaan tidak memakai pakaian sukan yang mempunyai logo sekolah.

Lebih memalukan, dua daripada mangsa yang tidak memakai seluar dalam terpaksa berbogel dan meneruskan sesi persekolahan sebelum mereka meminjam duit daripada rakan-rakan untuk membeli seluar sukan sekolah di kedai koperasi.

Salah seorang mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hanya memakai seluar boxer bermula waktu rehat pada pukul 10 pagi hingga tamat sesi persekolahan pada pukul 2 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika sambutan Hari Kokurikulum peringkat sekolah dan setiap pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian sukan.

“Enam daripada kami tidak memakai seluar sukan dengan logo sekolah manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih. Guru tersebut memaksa kami menanggalkan seluar dan baju di dalam kelas. Dia me­rampas pakaian kami dan membawanya ke pejabat.
“Rakan saya terpaksa me­minjam kain samping pelajar lain untuk dipakai menggantikan seluar sepanjang sesi persekolahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
(IH)

Pelajar M'sia Yemen Berkurung Berikutan Serangan Saudi & Sekutu.

KL: Pelajar Malaysia di Aden, Yemen kini berkurung di kediaman masing-masing berikutan serangan udara diketuai Arab Saudi bersama jiran sekutunya pada pagi Khamis.

Menurut seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Seiyun, Hadhramaut, kira-kira 800 kilometer dari Sana'a, Aden, semua pelajar bertindak sedemikian bagi menjaga keselamatan masing-masing.

"Saya kurang pasti siapa yang mengeluarkan nasihat tersebut, tetapi perkara itu disebar dalam kalangan komuniti pelajar di sini," katanya kepada Bernama menerusi Facebook.

Beliau yang enggan dikenali menyatakan para pelajar berada dalam keadaan baik. Buat masa ini, beliau masih tidak berniat untuk meninggalkan Yemen dan mengikuti perkembangan semasa melalui Facebook 'Persatuan Pelajar Malaysia Yemen'.

Facebook page berkenaan menyatakan kejadian berlaku jauh dari penempatan warga Malaysia di Sana'a. Laporan asing menyebut serangan dilakukan bagi mengekang kemaraan pemberontak Houthi.

Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi dilapor meninggalkan Aden untuk ke Arab Saudi pada Khamis ketika puak pemberotak bertempur dengan pasukannya di pinggir bandar raya pelabuhan selatan.

Wisma Putra turut memaklumkan warga Malaysia selamat dari serangan, yang disahkan Kedutaan Malaysia di Sana'a. (mStar)

Serangan Udara A/Saudi Ke Yemen, 39 Maut. Siapa Untung?


PUAK Houthi mengangkat senjata dalam tunjuk perasaan untuk membantah serangan udara di Sanaa kelmarin.
SANAA – Sekurang-kurangnya 39 orang awam terbunuh dalam tempoh lebih 24 jam selepas siri serangan udara yang diketuai Arab Saudi terhadap pemberontak Syiah Houthi di Yemen, kata beberapa pegawai kesihatan semalam.

Seramai 12 mangsa maut apabila serangan udara ke atas sebuah pangkalan tentera di udara bandar ini mengenai kawasan sekitarnya.

Beberapa saksi berkata, jet-jet pejuang membedil pangkalan al-Samaa yang digunakan oleh unit tentera yang masih setia kepada bekas komander mereka, Ahmed Ali Saleh.

Ahmed merupakan anak lelaki Presiden Ali Abdullah Saleh yang digulingkan. Beliau dituduh oleh Riyadh sebagai menyokong militan Houthi memerangi Presiden Yemen, Abedrabbo Mansour Hadi.

“Pada Subuh semalam, tiga serangan udara mengenai pekarangan istana Presiden di selatan bandar ini yang ditawan militan Houthi pada bulan lalu,” kata beberapa saksi.

Riyadh turut mengebom briged tentera Houthi di wilayah Amran, utara bandar ini dan beberapa depot senjata di kubu kuat puak Houthi di utara Yemen.

Seorang pegawai tentera memberitahu agensi berita AFP bahawa jet-jet pejuang Arab Saudi turut mengebom sebuah depot senjata besar yang digunakan oleh tentera Ali.

Beberapa penduduk pula berkata, berpuluh-puluh kenderaan membawa peluru berpandu antipesawat dilihat berterusan meronda di bandar ini sejak serangan udara Arab Saudi itu bermula.

Siapa antara musuh-musuh Islam yang akan bergembira, bertepuk tangan dan kaut keuntungan? (IH)

Tradisi 'Rangkaian' Buat Janda Bawah Umur Kian Menjamur.




Jaringan bikin janda di bawah umur kian menjamur
Kisah Pasar Jodoh Tradisional (Siri 3)
Sambungan dari..
Siri 1: Kisah Pasar Jodoh Tradisional Di Desa Lebak, Jawa .
Siri 2: Calon Isteri Pakai Sarung, Dapat Terus Nikah..

JANGAN terkejut jika berkunjung ke sekitar Pasar Jodoh, Kecamatan Kandanghaur, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, ramai wanita usia belasan sudah menjadi janda. Konon hal itu dikait-kaitkan dengan tradisi 'Rangkaian' menjadi penyebab banyaknya janda di bawah umur. 

Jika di Kota Jakarta istilahnya di sebut 'cendawan'. Janda di bawah umur. 

"Anak saudara saya aja ada 3 mas yang jadi janda. Usianya 16 tahunan," kata Mohd warga Desa Parean Girang saat berbincang dengan merdeka.com, Sabtu minggu lalu.

Pengakuan soal ramainya janda juga dibenarkan oleh Yuani, warga desa Parean Bulak. Dia berkata jika kebanyakan warga yang tinggal di sekitar Pasar Jodoh majoriti berkahwin muda. Wanita-wanita itu kebanyakan berkahwin di usia 14 tahun. 

"Umur 14 tahun dan baru SMP di sini sudah berkahwin," kata Yuani. 

Lalu bagaimana hubungannya dengan tradisi Rangkaian? Eka mengatakan dia sempat mengalami tradisi rangkaian sekitar 5 tahun lalu. Ajang mencari jodoh ini tadinya memang suci, lantaran sejak lahir di Desa Parean Girang, tradisi ini memang diperuntukkan bagi mereka yang ingin membina rumah tangga.

Namun seiring perkembangan zaman, tradisi itu justru diselewengkan hingga melanggar norma-norma masyarakat. Dia memberi contoh. Dulu, pasangan muda-mudi yang mendapat jodoh usai mengikuti tradisi rangkaian, akan berterusan ke pertunangan. 

Namun ketika masa pertunangan itu, berlaku pergeseran makna. Biasanya wanita yang ikut rangkaian berorientasikan pada bahan. Kejadian ini pernah dilihat langsung oleh Mohd. 

Ceritanya begini. Ketika itu temannya mencari jodoh perjaka bekerja sebagai nelayan. Sesuai tradisi rangkaian baik wanita dan lelaki yang terikat pertunangan akan berkhidmat bagi keluarganya hingga nanti menuju perkahwinan.  

Biasanya, keluarga lelaki akan memberikan wang jajan kepada wanita tunangan anaknya setiap bulan sesuai perjanjian yang ditentukan. Sebagai ganjaran, wanita itu akan memberikan bawaan berupa keperluan untuk lelaki calon suaminya. Wanita itu datang ke keluarga lelaki dengan membawa bakul berisi kopi, gula dan segala jenis lain. 

 Nanti wanitanya akan diberi wang sebagai balasan. Namun se iring bergesernya waktu, wang pemberian itu harus melebihi barangan yang dibawa. Jika tidak, pihak wanita bakal memutuskan sepihak ikatan pertunangan kepada keluarga lelaki. 

"Kalau yang dikasih wangnya dikit, boleh langsung ditinggal. Barang bawaannya dibawa lagi," kata Mohd bercerita. 

Jika merunut pada proses, sebetulnya, usai tradisi rangkaian akan berterusan ke dalam proses lamaran. Pada proses ini ibu bapa dari pihak laki-laki akan membayar sejumlah wang kepada pihak wanita. Selain itu ada tradisi membahagi-bahagikan sirih kepada tetangga sebagai isyarat bahawa si gadis sudah "diikat".
... Ectoplasma (Aura Ghaib) Di Green Canyon, Cijulang, Jawa Barat
 
Dalam tradisi itu juga diwajibkan jika lelaki dan wanitanya harus mengabdi kepada calon mertua. Tradisi ini dalam kacamata masyarakat Indramayu disebut dengan sambat. Eka pun mengakui jika pemuda pemudi yang menghadiri tradisi rangkaian sekitar 10 tahun lalu niatnya hanya bersenang-senang. Jarang dari mereka yang benar-benar ingin mencari pendamping hidup.

 "Mungkin kerana itu di sini banyak janda," kata Eka yang sudah dua kali berkahwin ini. 

Sekian. Bersambung..

Sedikit Tambahan:
Mencari Jodoh, Kalau menurut Islam, bagaimana?  

Allah SWT berfirman dalam QS : Ar Ruum : 21

  • "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Sudah menjadi sunatullah, Allah menciptakan semua makhluk Nya berpasang-pasangan dan semua manusia pasti ada jodohnya tergantung ikhtiar dari manusia itu sendiri ataupun takdir Allah. Kerana setiap takdir itu..
  • ada yang mutlak (sudah menjadi ketentuan Allah), kita sebagai manusia hanya dapat menerimanya dan 
  • satu lagi adalah takdir ikhtiari, iaitu takdir yang memang boleh diperoleh dengan jalan ikhtiar atau usaha yang sungguh-sungguh.
Solusi:

Jadi, dalam mencari jodoh, ikhtiar yang dapat dilakukan oleh seorang Muslimah ialah..

1. Berdoa kepada Allah agar diberikan jodoh yang baik, misalnya dengan shalat hajat. Allah telah berjanji dalam firmannya bahawa Muslim yang baik akan mendapatkan Muslimah yang baik dan lelaki yang buruk akan mendapatkan wanita yang buruk pula.

Maka tugas seorang muslimah adalah berusaha untuk menjadi Muslimah yang baik, berikhtiar dengan sungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah agar mendapatkan jodoh yang baik dengan cara yang sesuai dengan nilai-nilai Islam.
  • Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…..(QS : An Nuur : 26)
2. Meminta kepada orang tua atau wali untuk dicarikan jodoh yang baik. Dalam Islam sebenarnya masalah jodoh bagi muslimah bukanlah menjadi tanggung jawab diri sendiri tetapi menjadi tanggung jawab orang tua ataupun wali.

Kerajaan Islam Bertanggungjawab Carikan Jodoh

Bahkan pada masa Rasulullah SAW, pemerintah atau kerajaan bertanggungjawab untuk mencarikan jodoh bagi muslim dan muslimah pada masanya. Sehingga seorang muslimah tidak perlu mencari sendiri jodoh untuk dirinya.

Pendekatan khalwat dalam ertikata 'berdua-duan bukan muhrim di tempat sunyi' yang dilakukan sebelum ikatan pernikahan dengan alasan untuk saling mengenal antara keduanya tidaklah sesuai dengan nilai-nilai Islam. Bahkan pendekatan ini tidak selalu menjamin menjadi rumah tangga yang baik kerana biasanya pendekatan yang dilakukan sebelum pernikahan lebih mengedepankan sudut subjektiviti antara keduanya.

3.  Dapatkan jodoh melalui mediator misalnya teman, saudara atau orang lain yang dapat dipercayai.
  • Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya. …(An Nuur : 32-33)

4. Mencari sendiri dengan syarat tidak boleh langsung atau terus tetapi bersama pihak ketiga, Rasulullah SAW. pernah memberikan kriteria untuk menentukan pilihan pasangan hidup bagi seorang muslim-muslimah yang apabila dilaksanakan insya Allah rumah tangga 'Sakinah mawaadah warahmah' akan dirasakan, Amin…
  • "Apabila datang lelaki (untuk meminang) yang kamu ridhoi agamanya dan akhlaknya maka kahwinkan dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang meluas". (HR. Tirmidzi dan Ahmad) à untuk muslimah
Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu. (HR. Muslim).

5. Jangan putus asa…. Jodoh adalah masalah ghoib yang menjadi rahasia Allah, sebagai manusia hanya boleh berikhtiar dan berdoa. Bagi muslimah yang belum mendapatkan jodoh jangan berputus asa, tetaplah berikhtiar dan berdoa. Sudah menjadi janji Allah bahawa semua makhluknya akan berpasang-pasangan. Hanya Allah yang maha tahu waktu yang tepat untuk jodoh kita masing-masing.

Demikianlah panduan ringkas 5 perkara mengenai cari jodoh.

Setiap orang hendaklah bersungguh-sungguh, baik lelaki mahupun perempuan perlu proaktif dan selektif. Tidak hanya menunggu tanpa ikhtiar, namun mestinya tidak keluar dari norma dan garis syariat. Contohnya, di zaman Rasulullah SAW, ada seorang perempuan yang ‘menawarkan’ dirinya pada Rasulullah, dan Rasul pun tidak memandang hal itu sebagai sesuatu yang hina atau aib.

Agar perkahwinan itu bersemi indah, maka dalam memilih jodoh hendaknya kita sangat mengutamakan ajaran Islam, seperti yang dipesankan Rasulullah SAW. “..lihatlah agamanya maka kamu akan mendapatkan semuanya…”.

Wallahu 'aklam.

Friday, March 27, 2015

Ini, Senarai 7 Universiti Baru Terpesat Membangun Di Dunia. Malaysia Mana?


KL: Senarai ini jelas menunjukkan Universiti di Malaysia gagal menduduki senarai 7 universiti baru paling pesat membangun di dunia seperti yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE). Lapor The Malaysian Insider hari ini.

Negara jiran, Singapura melalui Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memperoleh tempat pertama walaupun baru berusia 24 tahun.

Di tempat kedua ialah Universiti Maastricht, Belanda, yang meningkat 96 tempat sejak Rangking Universiti Dunia THE 2011, diikuti Universiti Warwick, yang naik 54 tempat. Seterusnya ialah Korea Advanced Institute of Science and Technology yang naik 42 tempat, diikuti Pompeu Fabra University, Sepanyol, École Polytechnique Fédérale de Lausanne, Switzerland dan Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, yang masing-masing naik 21, 12 dan 11 tempat.

Senarai itu melibatkan institusi pengajian tinggi di bawah usia 50 tahun yang semakin meningkat naik dalam kedudukan 400 universiti teratas dunia THE sejak 2011, dan di kalangan 100 universiti terbaik di bawah umur 50 tahun.

Bagaimanapun, sementara NTU yang ditubuhkan pada 1991 berjaya meningkat 108 tempat dalam Rangking Universiti Dunia THE dalam tempoh 4 tahun, tiada universiti di Malaysia memecahkan rekod berkenaan. 

Mengapa Dengan Malaysia?

Fran Langdon, seorang wakil THE, memberitahu The Malaysian Insider keadaan itu sebahagiannya disebabkan hakikat yang banyak institusi Malaysia enggan mengemukakan data mereka untuk digolongkan dalam ranking itu.

"Bagaimanapun, melihat kepada universiti di Malaysia yang menyerahkan data kepada kami (walaupun malangnya mereka tidak menunjukkan prestasi cukup kuat untuk disenaraikan), secara umumnya, universiti Malaysia menerima markah agak rendah untuk reputasi dan juga untuk citation," kata Langdon, sambil menambah dua faktor itu merupakan indikator paling penting dalam Rangking Universiti Dunia THE ini.

"Satu isu yang membimbangkan bagi Malaysia secara keseluruhan ialah, boleh dikatakan kurangnya perhubungan dengan ranking dunia. Kami dapati sesetengah universiti di Malaysia masih belum sedia berkongsi data, yang saya rasakan satu peluang besar yang dilepaskan.
"Keengganan untuk terbuka tentang data mereka bermakna kita tidak boleh mengukur mereka dibandingkan dengan rakan mereka di pentas pendidikan dunia, ini satu kerugian besar."

Bagaimanapun, Langdon berkata, ketidakupayaan Malaysia menduduki senarai institusi muda paling pesat membangun itu "tidak mengejutkan" kerana hanya 7 institusi yang cukup syarat menduduki senarai itu.

Pengarang THE Phil Baty juga menjelaskan senarai itu membuktikan universiti tidak perlu mengambil masa lama untuk menjadi bertaraf dunia, ia perlu lebih berani.

Itukah yang tidak ada pada universiti di Malaysia? (IH)
Universiti di Malaysia gagal menduduki senarai 7 universiti baru paling pesat membangun di dunia yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) biarpun negara jiran, Singapura melalui Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memperoleh tempat pertama walaupun baru berusia 24 tahun. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/universiti-malaysia-gagal-senarai-dunia-paling-pesat-membangun#sthash.i9QvHU3b.dpuf

Thailand: Gajah Ini Marah Dikenakan IC Pertama Kali Di Dunia?


KL: ADAKAH gajah ini marah kerana mereka sudah dikenakan kad pengenaalan (IC) bagi menjadi rakyat negara Thai?

Negara itu mencipta sejarah apabila melancarkan kad pengenalan (ID) gajah pertama di dunia, seperti lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Kad tersebut diserahkan kepada empat pengendali gajah Majlis Perbandaran Muang Hua Hin di selatan wilayah Prachuap Khiri Khan dalam satu majlis yang dipengerusikan oleh gabenor Weera Sriwatanatrakul hujung bulan lalu.

Pengendali tersebut terdiri daripada Elephant Village, Pertubuhan Gajah Hutsadin, Hua Hin Safari dan Hua Hin Hills Vineyard. Maklumat yang terdapat pada kad tersebut merangkumi nama dan umur gajah, gambar, tanda lahir, tempat tinggal, nama pemilik, ID dan nombor mikrocip.

Kad tersebut dikeluarkan sejajar dengan pematuhan peraturan baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Hidupan Liar Flora dan Fauna Terancam (CITES) bagi mengekang pemerdagangan gading gajah secara haram.

Timbalan Gabenor Prachuap Khiri Khan, Pongpan Wichiansamut berkata, langkah tersebut diharap dapat melindungi gajah-gajah liar daripada dipelihara secara haram.(IH)

Tentera Saudi & Sekutu Serang Yaman

MENTERI Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammad Salman (kanan) diberi taklimat oleh pegawai tentera mengenai operasi ketenteraan ke atas Yemen di pusat operasi di Riyadh semalam. 

SANAA – Arab Saudi dan tentera bersekutu Teluk telah melancarkan operasi ketenteraan termasuk serangan udara di Yemen semalam bagi menentang tentera sekutu Iran yang mengepung bandar Aden tempat presiden negara ini berlindung, kata pegawai tentera di sini.

Rangkaian berita Teluk, Al-Arabiya TV melaporkan Arab Saudi menyumbangkan sehingga 150,000 anggota tentera dan 100 jet pejuang untuk operasi tersebut, manakala Mesir, Jordan, Sudan dan Pakistan bersedia untuk menyertai serangan darat.

Tiada pengesahan terhadap jumlah tersebut dari Riyadh setakat ini. Al-Arabiya turut mendedahkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menghantar 30 jet pejuang untuk menyertai operasi tersebut.
Selain itu, Bahrain dan Kuwait masing-masing menghantar 15 buah jet pejuang, 10 dari Qatar, tiga dari Sudan dan masing-masing enam buah jet dari Jordan serta Maghribi.

Perang saudara di Yemen telah menjadikannya tapak pertembungan antara mazhab Sunnah Arab Saudi dan mazhab Syiah Iran. Riyadh menuduh Teheran menimbulkan pergeseran antara mazhab di rantau ini dan juga di Yemen dengan menyokong kumpulan Houthi.

Krisis di negara ini meningkatkan risiko perang melalui proksi dengan Iran menyokong kumpulan Houthi, manakala Arab Saudi dan lain-lain negara monarki Sunnah menyokong Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Abd-Rabbu dilaporkan sedang bertahan di Aden bersama pasukan tentera yang masih setia kepadanya selepas melarikan diri dari Sanaa pada Februari lalu.

Pergolakan di Yemen juga berisiko menjejaskan bekalan minyak dunia sehinggakan harga minyak mentah Brent naik enam peratus selepas operasi ketenteraan itu bermula.

Satu kenyataan dari White House kelmarin memaklumkan Amerika Syarikat (AS) menyokong operasi tersebut malah Presiden Barack Obama telah meluluskan sokongan logistik dan risikan AS kepada tentera negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Seorang pemimpin kanan Houthi di Yemen melihat serangan Arab Saudi sebagai satu pencerobohan ke atas negara tersebut dan memberi amaran tindakan itu akan memburukkan lagi peperangan di rantau ini.(IH)

Thursday, March 26, 2015

'Wanita Bogel' Dan Pecinta Seni Hong Kong



Wanita bugil di Art Basel. ©Reuters/Bobby Yip

PENCINTA seni di Hong Kong beramai-ramai memadati pameran Art Basel untuk berfoto bersama dengan 'wanita bogel' yang dipamerkan di sana. Wanita bogel ini tentu bukan wanita hidup, namun sebuah patung yang dibuat sangat mirip dengan wanita asli.

Patung ini sontak menarik perhatian majoriti pengunjung kerana mereka ingin tahu apakah patung ini asli atau bukan. Tak hairan, kerana patung ini memang kelihatan sangat nyata. Rambut patung ini pun didakwa berasal dari rambut wanita hidup, seperti yang dilaporkan oleh oleh Mirror (19/03).


 

Patung wanita bogel ini kelihatan dalam kedudukan melutut dengan bertumpu pada kedua kakinya. Wajahnya menghadap ke bawah, dengan kedudukan tangan seperti orang berdoa di depan tubuhnya. Patung ini memang kelihatan sangat nyata kerana saiz yang hampir sama dengan saiz manusia normal.

Patung yang mengundang decak kagum ini dibuat oleh Sam Jinks, seniman asal Australia, menggunakan bahan sintetik. Kerana bentuknya yang nampak jelas, tak hairan jika patung yang diberi nama "Untitled (Kneeling Woman)" ini menjadi benda seni paling popular di pameran tersebut.


Sedikit Huraian: 
Penyair-penyair atau seniman yang diikuti oleh orang-orang sesat...

Mari kita renungkan ayat Ai-Quran Surah Asy-Syu’araa’ (Para Penyair) ini..

  • “221. Apakah akan aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun? 
  • 222. mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, 
  • 223. mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. 
  • 224. dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. 
  • 225. tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap- tiap lembah, 
  • 226. dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? 
  • 227. kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” 
(asy-Syu’araa’: 221-227)

Lihat perbezaan ciri-ciri penyair Muslim dan bukan Muslim. Rujuk juga Tafsir Ibnu Katsir. (IH)

Ilmu yang menyelamatkan adalah yang berasal dari wahyu Allah. 

Rusia Milik Islam. Tanyalah Wanita Tua Itu -Paderi Besar Rusia.



MASA
depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. TranungKite Online pagi ini membawa berita yang mengejutkan dunia. Berita yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rusia.

Seorang Paderi Besar Katholik Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya. Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya sebagaimana Muslimin beritakan:

"Lihatlah, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melalui mereka, kerana di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

"Lihatlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di suruh.

"Dimana kamu boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kamu tidak akan pernah melihatnya.

"Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.

"Kamu tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk menghantarnya ke gereja di Moskow.

"Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang miskin, dan anak-anak yatim.

"Dengarlah pengakuannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

"Keikhlasan peribadi pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah atas tugas menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana kerjanya adalah sebagai pemandu.

"Seorang Muslim itu lebih dekat dengan wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda tidak merasakan ini? Bagaimana dalam proses penebusan dosa, semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa.

"Lihatlah juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu. Sampaikan si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim itu setia menghantar dan menjemputnya.

"Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan menjadi milik Islam. Hadirin lihat peribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian.

"Anda mendengar bahawa Islam dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.

"Walau mereka difitnah sebagai pengganas, tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia makin ramai berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para mualaf tahu betul bahawa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.

"Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristian mengalami penurunan menjadi 18 juta, dan selebihnya adalah komunis.

"Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara SovietUnion majoriti Muslim iaitu Republic of Chechnya, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan and Dagestan. Lalu umat Islam telah merebak di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow. " Begitu. 

Muslim di Rusia melakukan shalat di trotoal jalanan di Moskow, Rusia
 
Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, sementara itu para jemaahnya masih terpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik juga mengagungkan orang Muslim. Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “pengganas”.  
Umat Muslim Rusia Shalat Ied di Moskow beberapa waktu lalu (REUTERS 
  (IH)

Calon Isteri Pakai Sarung, Dapat Terus Nikah..

Gambar atas: Bahasa Abdi Dalem Kraton Ngayogyokarto 

Penganten adat Jawa , javanesse wedding ceremony.

Kisah Pasar Jodoh Tradisional (Siri 2)
"KALAU sudah penjajakan (bersetuju), nanti di tandakan, biasanya dikasih duit Rp 200 ribu (kira-kira RM60/) tiap bulan. Sampai sekarang nominal masih sebegitu," kata Eka, 28 tahun warga Desa Parean Girang saat berbincang dengan merdeka.com, id Sabtu minggu lalu.

Ini sambungan dari Kisah Pasar Jodoh Tradisional Di Desa Lebak, Jawa ... siri 1 yang lalu 

Seterusnya Eka mengatakan itu ketika berbincang soal tradisi Pasar Jodoh tepat di depan Pasar Parean, Jalan Pantai Utara, Kandanghaur, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat. Tradisi Rangkaian di Pasar Jodoh saat ini memang tinggal kenangan. Lokasi tempat yang dijadikan tempat mencari pasangan ini hilang terbantut perkembangan zaman. 

Tempat ngumpul bareng, kridong sarung karo klempas-klempus ngudud ...

Namun bagi sebahagian orang di Desa Parean Girang, tradisi ini begitu mengenang. Supinah, 65 tahun berkata, dia dengan almarhum suaminya bertemu di Pasar Jodoh. Supinah tak ingat bila dia bertemu dengan suaminya. Dia berkahwin dengan almarhum suaminya dan dikurniakan 12 anak.  

"Iya dulu itu pakai sarung. Saya sama bapak di kalungin lalu ditarik. Kaya orang dijaring lah," kata Supinah menggunakan loghat Jawa Bangongan.

Loghat Jawa bagongan merupakan salah satu bahasa digunakan oleh masyarakat di Kabupaten Indramayu. Loghat tersebut perpaduan antara bahasa Sunda dengan bahasa Jawa. Selain bahasa Jawa Bagongan, masyarakat Indramayu juga mengenakan dua bahasa lain, bahasa Basan dan Sunda kasar. 

Tradisi rangkaian sebenarnya tidak hanya diikuti oleh para pemuda dan pemudi. Namun, peserta jaringan yang datang ke pasaran jodoh juga banyak berstatus duda dan janda. Ada ciri-ciri khusus jika pesertanya janda. Ketika datang ke Pasar Jodoh, wanita itu berpenampilan beda. Rambutnya diikat seperti menggunakan sanggul kemudian terselit bunga berwarna ungu. 

"Ada kembang di kepalanya," kata Yuani warga Desa Parean Bulak. 

Bagi peserta rangkaian yang masih bujang, ada peraturan ketika datang ke Pasar Jodoh. Untuk kaum lelaki biasanya memakai baju berwarna hitam dan putih dengan seluar komprang setinggi lutut. Lelaki bujang itu juga menyelempangkan kain sarung di bahu. Untuk peraturan bagi gadis datang ke Pasar Jodoh mereka diharuskan memakai baju kurung berwarna hijau dengan selembar selendang di bahu. Bawahan gadis itu juga menggunakan kain rajutan. 

"Kalau dulu kan kain yang dipakai wanitanya mengait sendiri. Biasanya kalau sudah pacaran, lelakinya suka nungguin saat ngerajut kain," tutur Yuani. 

Malangnya tradisi rangkaian ini mula punah dimakan perkembangan zaman. Jika dulu Pasar Jodoh kerap diisi muda mudi untuk mencari pasangan, kini pasaran tersebut tak ubahnya seperti pasar malam di Jakarta. Ramai kerana ada dagangan kagetan. Tradisi ini juga mengalami pergeseran lantaran pengaruh pemodenan.  

"Kalau sekarang paling cuma orang pacaran," kata Yuani.

Tradisi ini juga mengalami pergeseran lantaran pengaruh modernisasi. "Kalau sekarang paling cuma orang pacaran," kata Yu
Bersambung.. 
Ada kisah misteri Kerajaan Jin Pulomas Indramayu.

Akhirnya Polis Boleh Bertudung. Cuma Polis, Pemimpinnya?

KL: AKHIRNYA pasukan polis Indonesia, negara umat Islam yang terbesar di dunia boleh pakai tudung. Cuma polis wanitanya saja yang tuntut nak pakai, tetapi pemimpin dan keluarga wanitanya yang Muslim, tak dengar cerita pun.

Hidayatullah.com melaporkan. 

"Akhirnya Polis Wanita (Polwan) Indonesia boleh bernafas lega. Kepolisian Republik Indonesia (Polri) telah mengeluarkan peraturan bagi Polwan yang ingin berhijab.

 "Setelah terjadi perdebatan panjang, akhirnya Ibu Pejabat Polis keluarkan Surat Keputusan mengenai Polwan Berjilbab. Surat Keputusan itu baru diterbitkan hari ini, Rabu (25/3/2015)."Selamat kepada Polwan Muslim yang ingin menggunakan hijab, kini telah dikeluarkan Kep Kapolri yang mengatur tentang seragam Polwan berhijab yang disahkan dengan Kep Kapolri Nombor: 245 / III / 2015, tanggal 25 Mac 2015 tentang Perubahan Atas Sebagin Isi Surat Keputusan Ketua Polis Negara RI No Pol: SKEP / 702 / IX / 2005 tanggal 30 September 2005 tentang Sebutan, Penggunaan pakaian dinas seragam Polri dan PNS Polri, "

Demikian pengumuman rasmi Polri melalui akaun Facebook rasmi Devisi Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis, Rabu (25/03/2015) siang. 

"Polwan Polda Aceh tetap menggunakan jilbab dan bagi Polwan Muslimah lain yang berkeinginan memakai tudung boleh menggunakan tudung sesuai ketentuan yang berlaku," demikian pengumuman Polri. 

Menurut Hidayatullah lagi, dalam pengumumannya ini, kepolisian menetapkan penggunaan hijab meliputi 4 hal; pengguna, tutup kepala, tutup badan dan tutup kaki.

Berkaitan peraturan menutup kaki dan kasut dinas, Polri memberikan beberapa syarat; 
  • Pertama, kasut dinas ankleboots warna hitam dengan kaus kaki warna hitam digunakan pada pakaian dinas Polwan. 
  • Kedua, kasut dinas ankleboots warna putih dengan kaus kaki warna putih digunakan pada PD muzik gabungan. 
  • Ketiga, kasut dinas lapangan warna hitam dengan kaus kaki hitam digunakan pada PDP Danup-I, PDL-II Two Tone, PDL-II Loreng Brimob, PDL-II Hitam Brimob, PD CRT dan PD Misi PBB. 
  • Keempat, kasut dinas tunggang digunakan pada PDL-II Patwal Roda Dua dan PD Joki. 
  • Kelima, kasut dinas safety shoes digunakan pada PD Nautika dan PD Teknikan.
Pengumuman ini disambut gembira oleh rakyat dan masyarakat. 
"Alhamdulillah syukurlah semoga membawa berkah untuk kerjaya polis dan keluarga sakinah mawwadah warohmah ... tetap istiqomah n tawakkal ibu polwan. Selamat bertugas, "ujar pemilik akaun Kankung Ijo di Faceboook Divisi Humas Mabes POLRI. *Rep: Panji Islam. 

Memang begitulah dalam negara umat Islam sekular, perlaksanaan Islam bergerak dari bawah ke atas. Rakyat mendahului pemimpinnya.  Samalah Malaysia atau Indonesia. (IH)

Wednesday, March 25, 2015

Lihat Seperti Benang Masuk Lubang Jarum -Saksi Zina Dlm Hudud


Hudud kolot jika dilihat melalui kaca mata barat - pakar
Prof Dr Mahmood Zuhdi (Sumber:mahmoodzuhdi.com) 

BUKAN mengendap! Saksi kes zina dalam perundangan hudud perlu melihat persetubuhan itu dengan jelas "seperti melihat benang memasuki lubang jarum", dan bukannya menghendap.

Demikian kata Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Justeru, katanya lagi, adalah agak mustahil untuk menghukum seseorang yang didakwa berzina.

"Malah, ketika zaman Rasulullah, hanya ada satu kes saja hukuman hudud dikenakan kepada penzina.
"Itu pun, beliau (pelaku) sendiri bertemu Rasulullah SAW dan mengaku perbuatannya.
"Tetapi Baginda SAW bertanyakan pelbagai soalan untuk memastikan perbuatan itu benar-benar dilakukan dan memahami maksud perzinaan," jelas Dr Mahmood. 

Mengapa?
Menurut Dr Mahmood Zuhdi, hukuman yang digariskan dalam agama Islam itu bukan sekadar menghukum, tetapi juga untuk mendisiplinkan pesalah.

"Perkara utama dalam agama adalah membimbing, sebaliknya perundangan menjadi langkah terakhir.
"Apabila seseorang sudah diberikan didikan, tetapi berbuat jahat, maka hendaklah dikenakan dengan hukuman berat.
"Tetapi untuk membolehkan hukuman berat itu dilaksanakan, ia memerlukan beban pembuktian yang ketat," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam temu bual itu, Dr Mahmood Zuhdi menjelaskan kekeliruan masyarakat mengenai hukum hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan. Katanya, Islam adalah agama yang mementingkan disiplin, berlainan dengan sistem Barat yang hanya menekankan kebebasan.

"Apabila manusia terlalu bebas, mereka tidak mempunyai disiplin," katanya lagi.

Beliau mengambil contoh hukum hudud ke atas mereka yang melakukan zina, yang memerlukan empat saksi yang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan jujur, seperti yang disebutkan di atas.

Mengulas, apakah Kelantan melaksanakan hukum hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata Kerajaan Kelantan perlu banyak memberi pemahaman kepada masyarakat tentang apa itu hudud terlebih dulu.

"Untuk mengemukakan perlu dengan cara bijak dan berhati-hati.
"Undang-undang itu sama seperti sastera kerana mahu mengutamakan masyarakat. Perlu ada ijtihad baru yang mampu menyesuaikan dengan konteks semasa.
"Sekarang ini, asas ada tetapi isunya penganjur perlu benar-benar menjiwai syariat Islam semasa," katanya.

Menurunya juga, hukum hudud akan dikatakan kolot jika dilihat melalui kaca mata Barat. Bahkan menurut weblog Ibnu Hasyim, golongan yang menentang hudud di Malaysia adalah golongan yang kolot, tak kira samada dari parti pemerintah atau parti pembangkang, orang mengaku Islam atau bukan Islam, walaupun menteri di Jabatan perdana menteri sendiri. (IH)

Lihat sebelum ini.. Isu Hudud, 1 Hingga 3

Isu Hudud, 1 Hingga 3
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

Majlis Raja2 Melayu Tolak Hudud, UMNO Terlepas Di Tuduh Halang?


UMNO Dikatakan terlepas dari dituduh menghalang perlaksanaan hudud di negeri Kelantan? Hal ini berlaku berikutan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud. 

Demikian lapor The Malaysian Insider menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka. Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong. Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.
"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.

"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.

Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.

Abdul Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac. Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.

Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan.

Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.

Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir. Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Abdul Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.

Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.

Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam,

Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.

Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.

Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.

Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen. Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.

PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. (IH/TMI)

Lihat sebelum ini.. Isu Hudud, 1 Hingga 3
Isu Hudud, 1 Hingga 3
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?