Friday, May 01, 2015

Hari Ini Tutup Pencalunan PAS: Presiden PAS Kekal, Timbalan Suram?


Mat Sabu Sedih

Kuala Lumpur – Peluang Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 Jun ini dilihat agak suram.

Sebelum pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat penggal 2015-2017 ditutup hari ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu itu hanya menerima lapan pencalonan daripada 134 Pas kawasan.

Berdasarkan kepada jumlah tersebut, kedudukan Mohamad dalam persaingan bagi jawatan nombor dua parti itu adalah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan 94 pencalonan yang diterima Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah juga layak bertanding untuk merebut jawatan yang disandang oleh Mohamad itu setelah menerima tiga pencalonan.

Sementara itu, jumlah 99 pencalonan yang diterima Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh diterjemahkan sebagai isyarat jelas akar umbi yang mahu beliau dikekalkan sebagai Presiden Pas.

Sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan berkenaan, Abdul Hadi dijangka tidak menghadapi tentangan sengit memandangkan dua lagi pemimpin Pas iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa serta bekas Naib Presiden, Ahmad Awang masing-masing hanya menerima lapan dan lima pencalonan.

Bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad mendahului dengan 79 pencalonan diikuti Mohd. Amar yang menerima 47 pencalonan manakala Salahuddin Ayub yang juga penyandang jawatan tersebut beroleh 46 pencalonan.

Pemimpin-pemimpin Pas lain yang dicalonkan untuk jawatan itu ialah Nasrudin Hassan, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Iskandar Abdul Samad, Husam, Tuan Ibrahim dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Mohamad juga layak bertanding jawatan Naib Presiden Pas setelah menerima tiga pencalonan.

Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat dijangka membuat pengumuman rasmi tentang pencalonan dan pertandingan bagi merebut jawatan-jawatan tertinggi parti itu pada 5 Mei ini. (stv)

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Hudud: Bolehkah Buku Ini Satukan Pemikiran Politik PAS-UMNO?


KL: BOLEHKAH Buku ini satukan pemikiran politik PAS-UMNO? Hal Ini berikutan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini melancarkan buku berkaitan analisis pelaksanaan hudud yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Buku 'Pelaksanaan Hudud Di Malaysia: Satu Analisis’ setebal 177 muka surat itu adalah kompilasi kertas kerja yang dibentangkan semasa Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan sempena Program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Hudud, PAS dan UMNO


Yang dipertuanya, Senator Datuk Asyraf Wadji Dasuki yang juga seorang pemimpin UMNO pernah disebut-sebut untuk bertanding dalam pilihan raya di Kelantan berkata buku itu sangat penting untuk memberi kefahaman kepada rakyat mengenai pelaksanaan hudud berbanding hanya bercakap berdasarkan semangat dan sentimen.

"Rata-rata masyarakat berhujah mengenai hudud berasaskan emosi dan sentimen berbanding hujah berteraskan ilmu dan fakta yang sahih," katanya selepas majlis perasmian buku itu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Asyraf juga penyunting buku berkenaan. Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Asyraf berkata pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan muzakarah itu untuk berbincang secara konstruktif dan objektif berteraskan ilmu dan fakta mengenai perlaksanaan hudud di Malaysia.

Antara pihak yang terlibat dalam muzakarah itu termasuk alim ulama, cendekiawan, wakil parti politik dan pemimpin masyarakat. Sementara itu, Mohd Khairuddin turut menyumbang sebagai pembentang kertas kerja dalam muzakarah itu.

Hudud PKR dan DAP


Beliau, yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata sedang menimbang untuk menyerahkan buku itu kepada PKR dan DAP untuk supaya mereka lebih memahami perlaksanaan hudud.

"(Saya) hendak serah (buku ini tapi) mungkin boleh diserah sebagai satu pandangan rasmi (PAS), Insya-Allah.
"Buku ini milik YADIM bukan milik saya, (tapi) kita sebenarnya ada dalam mesyuarat bersama. Jadi kita boleh bagilah, (tapi) belum putuskan lagi sebab buku baru dapat," katanya.
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Yang penting sekarang, hudud bukan lagi milik PAS atau milik UMNO seperti anggapan sesetengah pihak, ia adalah 'Hak Allah' yang wajib dilaksanakan oleh orang Islam tidak kira apa parti sekalipun. Orang bukan Islam boleh bernaung dan menumpang faedah darinya.  

Bolehkah buku ini membawa ke arah meqaddimah penyatukan pemikiran politik UMNO/PAS yang selama ini seolah-olah berbeda jauh? Hentikan pertikaian pendapat samada berhujah mengenai hudud 'berasaskan emosi dan sentimen' atau  hujah berteraskan 'ilmu dan fakta yang sah'. Yang penting, pelaksanaan hudud, mahu atau tidak? (IH)  

Lihat sebelum ini..  
Isu Hudud, 1 Hingga 3
Isu Hudud, 1 Hingga 3 E-Buku IH-46: Nik Abd Aziz

Isu Hudud, 1 Hingga 3 E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
Isu Hudud, 1 Hingga 3 E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

Thursday, April 30, 2015

Seks Via Twitter: Pembunuhan Janda Cantik Ini..

Kematian Deudeuh Kunci Ungkap Transaksi Seks Via Twitter
Foto Deudeuh Alfisahrin semasa hidup. 


Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 5)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...
Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...

Siri 3: Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..
Siri 4: Maksiat & Lacur Terselubung, Lagi 60 Pasangan Dibe...

Kematian janda cantik, Deudeuh Alfi Sharin, menjadi pintu gerbang bagi pihak polis untuk mengungkap praktik transaksi seks melalui jaringan media sosial. Selepas kematian Deudeuh, polis bergerak cepat. Kini, sejumlah akaun Twitter yang berkaitan dan pernah berhubungan dengan Deudeuh dan pelaku pembunuh Deudeuh, Rio Santoso, terus diterokai. 

Hasilnya cukup menggembirakan, polis menangkap seorang lelaki berinisial MS (30 tahun) di salah satu hotel di kawasan Menteng, Jakarta Pusat. MS ditangkap, kerana diduga kuat sebagai germo, alias bapa ayam, atau penyalur wanita-wanita pemuas nafsu jahat lelaki-lelaki hidung belang alias pemaksiat. 

"Suspek adalah bapa ayam, biasanya dipanggil papa," kata Kanit II Vice Control Subdit Jatanras Ditreskrimum Polda Metro Jaya, Kompol Teuku Arsya Khadafi, Jumaat 24 April 2015 lalu. 

Pendedahan amalan urus niaga penjaja cinta palsu itu bukan perkara yang mudah, sebab, polis perlu mengerahkan pasukan khusus untuk tetap boleh mengakses dan lihat akaun-akaun Twitter sama dengan yang digunakan papi. 

"Kami sedang mendalaminya, apakah ini rangkaian besar, nanti akan diketahui," ujar Teuku. 

Seperti diketahui, almarhum Deudeuh diduga salah satu pelaku transaksi seks sesaat berjaringan dengan menggunakan akaun Twitter. Malah, lelaki hidung belang yang membunuh dan terakhir kali meniduri Deudeuh juga dikenali mangsa melalui komunikasi di Twitter. 

Dari siri rakaman komunikasi di akaun Twitter milik Rio @ santos06yoyo, terungkap bahawa ia rutin menjalin komunikasi untuk berurusan dengan wanita-wanita penghibur dan cukup banyak akaun wanita penjaja cinta palsu itu di Twitter.  

Ceritanya begini..  

Seorang guru persendirian pembunuh Deudeuh Alfi Sahrin (26), RS, hanya 45 minit berada di dalam bilik kos Alfi. Setelah berhubungan intim, dia membunuh Alfi. 

Kanit 1 Jatanras Ditreskrimum Polda Metro Jaya Pesuruhjaya Budi Towoliu berkata, RS masuk ke bilik Alfi pada Jumaat (10/4/2015) pukul 19.30. Selanjutnya, mereka melakukan hubungan intim.Semasa hubungan intim itu, Alfi disebut menutup hidung.  

Bahkan, dia menyebut RS bau badan. Tersinggung dengan ucapan Alfi, RS spontan mencekik leher dan menjerat Alfi dengan kabel alat catok rambut. 

"Suspek sakit hati kerana (disebut) bau badan," kata Kasubdit Jatanras Ditreskrimum Polda Metro Jaya Ajun Komisaris Besar Herry, Rabu (15/4/2015). 

 
Wartakotalive.com/Theo Yonathan Simon Laturiuw RS, pembunuh Alfi saat digiring ke kantor Ditreskrimum Polda Metro Jaya, Rabu (15/4/2015) siang.

Begitu kisahnya. (IH) 

Bersambung.

Nepal: Rusuhan Perlu Dikalangan Mangsa Gempa Bumi.

BEBERAPA mangsa gempa bumi dihalang polis semasa mereka cuba menyekat lalu lintas di sebatang jalan di Kathmandu semalam. 

KATHMANDU: Rupanya, rusuhan atau demontrasi masih perlu di kalangan mangsa gempabumi. Lihat AFP melaprkan...

Polis pencegah rusuhan Nepal dikerahkan untuk mengekang kemarahan sekumpulan mangsa gempa bumi semalam ketika pasukan penyelamat bergelut dengan masa untuk mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan di Kathmandu.

Kekurangan bekalan asas dan gegaran susulan meningkatkan lagi perasaan takut dalam kalangan penduduk.
Terdesak untuk melarikan diri, beribu-ribu orang mula berhimpun dari sebelum subuh di luar stesen bas utama di Kathmandu selepas kerajaan menjanjikan perkhidmatan bas khas. Namun, apabila bas-bas itu gagal tiba, orang ramai mula berang dan bertempur dengan polis pencegah rusuhan yang dihantar untuk mengawal ketenteraman dekat bangunan Parlimen.
 

“Kami menunggu sebelum subuh. Mereka memberitahu kami bahawa sebanyak 250 buah bas akan datang tetapi kami tidak melihat satu pun,” kata seorang pelajar berusia 25 tahun, Kishor Kavre.

Selain mereka, penduduk di kawasan pedalaman yang terjejas gempa bumi turut terdesak. Mereka merayu supaya dipindahkan menggunakan helikopter yang tiba di untuk menghantar bantuan asas. Sehingga semalam, seramai 5,057 orang dilaporkan maut di Nepal akibat gempa bumi pada Sabtu lepas dengan 100 lagi mangsa terkorban di India dan China.

Sekitar 8,000 orang turut cedera, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai 8 juta orang terjejas dalam bencana itu yang disifatkan terburuk dalam tempoh lapan dekad.  Antara yang maut termasuk 18 pendaki yang berada di Base Camp, Gunung Everest Mereka terbunuh dalam tragedi salji runtuh yang dicetuskan gempa berkenaan.

Mangsa yang terkorban termasuk dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing seorang pendaki Australia serta China.  Walaupun gempa susulan mula reda, beratus-ratus ribu orang masih tidur di tempat terbuka ekoran kediaman mereka runtuh atau berada dalam keadaan tidak selamat untuk didiami.

Pada masa yang sama, satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Nepal yang terletak di pinggir Kathmandu beroperasi 24 jam bagi menerima sebilangan pesawat tentera yang membawa masuk bantuan.
Antaranya, termasuk pesawat C-17 milik Tentera Udara Diraja Britain yang membawa sebanyak 1,100 khemah dan lebih 1,700 lampu solar bersama pasukan jurutera Gurkha.

Gempa bumi itu turut menjejaskan ekonomi Nepal yang baru pulih daripada perang saudara selama sedekad dan tamat pada 2006. Beberapa pakar menganggarkan kos pembinaan semula Nepal mencecah AS$5 bilion RM17.79 bilion). – AFP 


Memang rusuhan masih perlu walaupun dalam suasana gempa bumi.

Fasa 2 Jelajah Dr M Serang Jatuhkan PM. Siapa Dalang? -Syed Ali (33)

Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Syed Ali
SYED ALI: Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Astroawani.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan? 

KL: SIAPA dalang dibelakang fasa 2 siri jelajah Dr Mahatir serang jatuhkan PM? 
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Ini semua taktik terbaru pihak tertentu melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan tujuan menghancurkan perpaduan orang Melayu di negara ini," tegasnya dalam entri blog beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendedahkan terdapat pihak tertentu yang sengaja menganjurkan perhimpunan dengan mengundang Dr. Mahathir memberikan ceramah yang keseluruhannya dilihat sebagai serangan terhadap Najib.

"Saya amat kesal dengan perkembangan itu, ada laporan menyebut Dr. Mahathir telah memulakan siri jelajah fasa kedua untuk menyerang Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.

Tambah beliau, gerakan sedemikian tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan UMNO sebaliknya akan melebarkan lagi jurang perpecahan.

"Apa motif pihak penganjur mengadakan ceramah itu dengan menjadikan Dr. Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO," katanya.

Syed Ali mengulas laporan beberapa portal yang melaporkan Dr. Mahathir memulakan fasa kedua kempennya terhadap pentadbiran Najib melalui siri jelajah. Portal berita tersebut turut melaporkan bahawa siri jelajah itu sudah bermula Sabtu lalu apabila Dr. Mahathir hadir di sebuah dewan di Hulu Kelang. 

Siapa agaknya dalang tersebut. (IH)

Wednesday, April 29, 2015

Mengejutkan! Jackie Chan Curang? Hubungan Sulit Dengan...

Menguak Kehidupan Selingkuhan Jackie Chan  

Elaine Ng, mantan berlaku curang dengan Jackie Chan (Xin Msn)?

HALAMAN HIBURAN
KL: Berita mengejutkan, Datuk Jackie Chan dilaporkan berlaku curang dengan artis cantik Elaine Ng. Hal ini diberitakan berlaku pada tahun 1999, Jackie dikhabarkan memiliki hubungan sulit haram dengan artis Elaine Ng, sehingga artis mengandung anak.

Jackie yang dikurniakan gelaran 'Datuk' di Malaysia dikatakan membongkar kisah curangnya dalam buku biografinya. Tetapi, hal itu tidak mengubah kehidupan Elaine Ng dan puterinya yang berusia 15 tahun itu. Datuk Jackie dikatakan tidak mengakui puterinya itu. Bahkan dilaporkan menjadikan Elaine dan anaknya hidup tidak bahagia.

Selain itu, hubungan dengan artis mantan ratu cantik Hong Kong itu dengan puterinya dilaporkan tidak harmonis. Anaknya dilaporkan kepada ke pihak polis atas tuduhan 'pelecehan' terhadap puterinya. Menurut sumber, hal itu sengaja dilakukan untuk mendapat perhatian Jackie Chan. Tetapi Datuk Jackie Chan tidak pun memberi reaksi.

Hubungan ibu dan anak ini sempat  harmonis. Mereka pernah kembali menghabiskan waktu bersama. Tetapi, itu hanya sekejap. Ibu dan anak yang beranjak remaja ini kembali menjadi panas. Mereka terlibat pertengkaran. Puterinya mengeluh kepada gurunya, dan menolak untuk pulang ke rumah. Elaine pula tidak putus semangat. Ia berusaha menemui puterinya di sekolah, tetapi anaknya menolak bertemu dengan Elaine.

Elaine bertengkar dengan puterinya. Ia menyatakan, anaknya ingin minum bir, tetapi, ia tidak mengizinkan kerana anaknya masih di bawah umur.

"Saya tanya, kenapa dia tidak mengerjakan tugas sekolah, tetapi ia bilang gurunya tidak peduli dan teman-temannya minum bir. Saya menjadi sedih," kata Elaine Ng seperti dipetik dari Toggle.

Dari situ, anaknya menceritakan keriuhan itu kepada gurunya. Dan, dia tidak mahu pulang ke rumah. "Saya ibu tunggal, saya perlu kerja untuk mendapatkan wang menbantu keluarga," ungkapnya.

Namun, ada versi yang berbeda mengenai pertengkaran ibu dan anak itu. Puterinya meminta bertemu dengan ayah kandungnya, Jackie Chan. Tetapi, anak yang beranjak remaja itu tidak dapat mengungkapnya. Elaine mengaku menjadi bingung dan sedih.

"Saya juga berada dalam tekanan. Jika dia bimbang  saya tidak bahagia, mengapa dia tidak jujur dengan saya?" ujarnya. (IH/Viva)

Maksiat & Lacur Terselubung, Lagi 60 Pasangan Diberkas.

60 Pasangan Mesum Diamankan dari Wisma di Taman Sari
Dua ditahan kerana jadi agen dagang najis zina.


Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 4)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...
Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...

Siri 3: Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..

PIHAK polis, Polsek Metro Taman Sari mengumumkan pemeriksaan di rumah indekos dan rumah yang kerap dijadikan tempat maksiat pada Sabtu malam, 25 April 2015 lalu. Sebanyak 60 pasangan maksiat ditahan dan dibawa ke pejabat polis untuk diperiksa.

Pemeriksaan dilakukan di tempat indekos, losmen dan rumah yang kerap dijadikan sarana pelacuran terselubung. Hampir seluruh tempat di Jalan Mangga Besar V, Taman Sari, Jakarta Barat, diketuk dengan kasar oleh petugas. Seperti Wisma Persada dan Wisma 63. 

Tidak sedikit dari mereka yang tertangkap adalah pasangan di bawah umur. Selain itu, petugas juga mencari pasangan yang kedapatan menghisap ganja dan wanita penzina yang sedang dalam keadaan hamil di wisma tersebut.
Apa Hubungan Mucikari 'Papi' dan Mucikari Kalibata City 
Pengamal najis zina atau disebut juga pekerja seks.

Pihak polis Kapolsek Tamansari, AKBP Afrizal berkata, serbuan dilakukan untuk meminimakan amalan pelacuran di wilayahnya.  

"Kita berupaya menekan praktik pelacuran. Mereka yang terjaring direkodkan dan akan diberikan kaunseling," katanya. 

Selain menahan puluhan pasangan maksiat, petugas juga merampas puluhan kondom yang disediakan oleh pengelola rumah dan buku senarai pelanggan yang menggunakan bilik. 

Selanjutnya, dua rumah yang diperiksa langsung ditutup dan dipasang garing polis oleh petugas. Pemilik rumah akan diperiksa lebih mendalam. (IH/Viva)

Tuesday, April 28, 2015

Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..

Ini Alasan Apartemen Mudah Jadi Tempat Prostitusi
Reuters

Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 3)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...

Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...

AGEN atau balaci FHM, yang ditangkap polis di Pangsapuri Kalibata City, Jakarta, telah dipastikan tidak bekerja sendiri. Dari pemeriksaan awal, polis sedang meneroka suspek lain yang menjadi dalang perancang pelaku dalam perniagaan najis zina ini.

ini, kira-kira yang disampaikan Pengarah Jenayah Umum Polda Metro Jaya, Kombes (Pol) Heru Pranoto, Ahad 26 April 2015, ketika serbuan penahanan enam gadis yang menjadi penjaja seks. Tiga daripada mereka adalah anak di bawah umur. Usianya 14 tahun, 16 tahun, dan 17 tahun. 

"Kita sudah melakukan pemeriksaan. Sedang dilakukan penyelidikan, kemungkinan ada kerja sama dengan suspek lain," kata Heru Pranoto. 

Menurut Heru, tugas utama suspek FHM hanya sebagai pengantar wanita-wanita yang telah ditempah lelaki pemaksiat atau hidung belang.  

"Sedang dicari tahu, apa ada kaitannya dengan tugas pelaku. Tetapi, ini masih kita sembunyikan," ujarnya. 

FHM, bapa ayam Esek-esek Online, memasang tarif sebesar Rp600 ribu hingga Rp800 ribu (kira-kira RM180 ke RM240) per jam kepada lelaki yang ingin gadis-gadis di bawah umur dalam koleksinya. 

Dua bilik di Tower H tingkat 8 AU dan di Tower J tingkat 5 CT, pangsapuri Kalibata City menjadi buah bibir belakangan ini. Bilik tersebut diketahui dijadikan tempat untuk menampung gadis-gadis cantikdi bawah umur yang akan diperjualbelikan.

Bilik itu akhirnya digerebek oleh Polda Metro Jaya pada Sabtu, 25 April 2015 sekitar pukul 16.00 WIB. Suspek yang ditahan oleh polis, FHM, juga diketahui adalah admin dari sebuah forum internet yang menawarkan gadis-gadis polos tersebut.

Polisi Kejar Otak Bisnis Esek-esek Online Kalibata City 

Pangsapuri menjadi tempat subur untuk melakukan perniagaan pelacuran kerana para penghuni banyak yang tidak mengenal penghuni lain. Hal itu diakui oleh seorang penghuni yang tidak ingin disebut namanya.

"Kita ya memang tidak begitu akrab dengan penghuni-penghuni lain. Kenal sih kenal beberapa, tapi ya nggak terlalu intim, kerana kita kan nggak berani juga tanya hal-hal yang sifatnya peribadi," kata penghuni Tower J tingkat 4 tersebut, Jakarta, Minggu, 26 April 2015.


Berkaitan dengan peristiwa penggerebakan yang berlaku pada Sabtu kelmarin, penghuni tersebut juga mengaku tidak begitu tahu detail kejadiannya kerana ia sedang berada agak jauh dari tempat kejadian. Mengenai anak-anak remaja yang dicekup, mereka mengaku sebagai penghuni pangsapuri biasa.


"Kalau remaja, pekerja seks yang keluar masuk, sih sering lihat. Saya berfikir positif sahaja kalau mereka tinggal di sini atau kerabat orang sini," ungkapnya.
 


Sebelum ini, Heru Pranoto mengatakan FHM mempunyai dua bilik berbeza di pangsapuri Kalibata City. Dua bilik yang digerebek polis tersebut mempunyai fungsi berbeza.Satu bilik dijadikan tempat menampung para gadis, sedangkan satu bilik lain sebagai tempat untuk melayani lelaki-lelaki pemaksiat hidung belang. 

Disaring dari VIVA.co.id.
(IH)

Monday, April 27, 2015

Bakal Calon Presiden PAS Ahmad Awang Mula Bersuara..


BEKAS Naib Presiden PAS Ahmad Awang dan bakal calon Presiden PAS mula bersuara. Beliau mengatakan kemunculan kumpulan ulama muda bercita-cita tinggi dan mahu menguasai sepenuhnya parti Islam itu sebagai punca kepada kemelut yang melanda pada ketika ini.

Kini, Ahmad yang sudah mendapat cukup pencalonan untuk melawan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, kumpulan tersebut merasakan mereka sepatutnya menguasai parti selepas berada dalam keadaan kukuh hasil kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP.

"Jadi maknanya, punca kepada perkara ini antaranya ada golongan terbaru ini (ulama muda), kerana mereka sekarang merasakan mereka yang sepatutnya patut menguasai parti sebab PAS sudah ke depan dan berada di persada politik tanah air," katanya dalam satu forum yang diadakan di Ampang, Selangor malam tadi. 

Beliau turut merasmikan buku "Melakar Agenda", tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa. Turut hadir dalam forum tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib.

Menurut Ahmad, kumpulan ini juga menentang kuat kerjasama PAS dengan PR kerana mereka mungkin tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Mereka ini mendapat nikmat hasil kemenangan Pakatan tapi bagi saya mereka ini terlupa kemenangan ini sebab ada Pakatan," katanya.

Memberikan contoh kemenangan PAS di Selangor, Ahmad berkata mustahil untuk parti Islam itu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika tanpa kerjasama PR.

"Kalau PAS sahaja bertanding secara sendirian saya tidak percaya PAS boleh dapat 15 DUN di Selangor ini," katanya.
Beliau juga mengkritik kumpulan ulama muda ini yang disifatkannya lupa daratan kerana tanpa PR, kejayaan PAS tidak mungkin akan berjaya seperti sekarang.
"Kalau masa tidak ada peluang menang dahulu, ustaz-ustaz ini kalau ditawar jadi calon pun, belum pasti sanggup bertanding.
"Sekarang ini, masing-masing nak jadi calon pasal nikmat, berebut nak pegang jawatan di peringkat kawasan dan negeri," katanya.

Ahmad juga mempersoalkan kumpulan ulama muda kerana mudah memberi label seperti liberal atau sekular kepada individu tertentu walhal mereka tidak pernah memahami istilah pengorbanan yang terpaksa dihadapi pemimpin PAS sebelum dapat mengecap kejayaan sekarang ini.

"Orang-orang ini tidak pernah berasa susah, bila mereka balik sudah lihat semua sudah mudah dan bercahaya, orang dahulu seperti Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ), Dr Hatta (Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli), Saari Sungib (Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang), mereka ini semua masuk penjara," katanya.

Sebelum ini, Ahmad juga pernah membangkitkan mengenai serangan ke atas Mohamad yang dibuat melalui baju-T dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

Ahmad juga menegaskan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya, Hadi. Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.

PAS pada ketika ini dilanda kemelut dalaman akibat perbezaan pendapat sama ada mahu bersama atau meninggalkan PR. Selain itu, presiden PAS sering kali melakukan tindakan yang menentang parti PR seperti DAP dan PKR. Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil DUN Kajang.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang (kiri), Dr Mujahid Yusof Rawa (tengah) Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib (kanan) ketika pelancaran buku ‘Melakar Agenda’ di Ampang, Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang (kiri), Dr Mujahid Yusof Rawa (tengah) Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib (kanan) ketika pelancaran buku ‘Melakar Agenda’ di Ampang, Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015. 

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS terutama Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam PR. Ahmad masih belum membuat keputusan untuk melawan Hadi, tetapi sekiranya berlaku pertandingan beliau mengharapkan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga AJK PAS Pusat, semasa mengingat kembali ketegasan Ahmad ketika memulakan inisiatif membentuk kerajaan PR di Perak pada 2008, (walaupun pada masa itu Umno mengajak PAS membentuk kerajaan perpaduan dengan PAS) berkata, 'Atas ketokohan Ahmad dan jasanya maka tokoh ini dinamakan sebagai calon presiden dalam Muktamar PAS akan datang.' (IH/TMI)


Sila lihat...
Terbaru! 

Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zina.

Ini Modus Esek-esek Online Apartemen Kalibata
Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 2)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...

TERDAPAT sebuah lagi rangkaian usahawan membuka perniagaan najis zina melalui internet, di negara umat Islam terbesar di dunia, Indonesia. Laman web itu bernama Esek-esek Online.

Ternyata, wanita-wanita yang terlibat dalam perniagaan Esek-esek Online yang beroperasi di Pangsapuri Kalibata City adalah gadis-gadis yang berusia di bawah 20 tahun. 

Ketua unit V Subdit Renakta Jenayah Umum Polda Metro Jaya, Kompol Rita Iriana, berkata, dalam siasatan diketahui, usia enam wanita koleksi suspek FHM berusia antara 14 hingga 19 tahun. 

"Umurnya berbeza-beza, umur 14 tahun ada satu orang dengan inisial NSP, 16 tahun satu orang inisial SN, 17 tahun satu orang inisial MSP, 19 tahun dua orang inisial EM dan L dan 20 tahun satu orang inisial CL," papar Rita, Sabtu 25 April 2015.  

"Ini semuanya berasal dari keluarga miskin," ujar Rita  "Mereka tak sekolah lagi, itu yang dari luar kota itu."

Enam gadis yang berkerja dalam bisnis Esek-esek di Apartemen Kalibata City ternyata berasal dari keluarga miskin. Mereka terpaksa melayani lelaki pemaksiat sesudah bertransaksi dengan FHM kerana perlukan wang untuk membiayai kehidupan keluarga mereka. Selama berada di Jakarta, enam gadis itu ditampung pengelola bisnis Esek-esek online di salah satu kamar di Tower Jasmine, Apartemen Kalibata City.

Rita menjelaskan, FHM sengaja mengumpul wanita yang usianya masih belia agar mudah mencari lelaki hidung belang untuk dijadikan mangsanya. 

"Gadis-gadis belia itu didapatkan FHM (FHM, sila lihat siri 1) dari bandar-bandar di sekitar Jakarta seperti Depok, Bogor dan Bandung," ujarnya. 

Dalam setiap mempromosikan wanita koleksi yang dijuluki dengan kata 'angel', FHM menggunakan identiti yang dipalsukan. 

Ketua Sub Direktorat Remaja Anak dan Wanita Polda Metro Jaya, AKBP Didik Hayamansyah pula menambah..

"Suspek FMH meminta kenalan whatsapp (WA) pelanggan, memperlihatkan gambar wanita-wanita koleksi beliau," katanya. 

Setelah terjadi kata sepakat mengenai harga dan wanita yang akan dikencani, suspek membawa pelanggan ke sebuah bilik yang telah disiapkan di Pangsapuri Kalibata City, Jakarta Selatan. 

"Pelanggan dibawa ke tempat kejadian lalu di dalamnya sudah ada wanita yang sudah ditempah dengan bayaran Rp600 ribu hingga Rp800 ribu per jam," ujar Didik. 

FHM mempunyai dua bilik berbeza di Pangsapuri Kalibata City, satu bilik digunakan untuk menampung gadis-gadis yang akan disuguhkan kepada lelaki hidung belang dan satu bilik disediakan khas untuk berhubungan badan. 

Sumber VIVA.co.id

Gadis Esek-esek Online Kalibata Hanya Diupah 25 Persen
Bersambung..

6 Sebab, BN/UMNO Menang Kecil Di Permatang Pauh?


Calon bagi PRK Permatang Pauh 

ADA yang berhujah BN/UMNO menang di Permatang Pauh dengan majoriti kecil.

Hujahnya
  1. Kerana jentera UMNO termasuk jentera kerajaan pusat bekerja kuat di Permatang Pauh. 
  2. Calon pertaruhan PKR adalah calon kitar semula. 
  3. PKR telah membuktikan bahawa ia parti keluarga yang hanya berjuang untuk Anwar yang pasti ditolak rakyat. 
  4. PAS tidak membantu calon PKR. 
  5. PR sudah diambang perpecahan dan ini tidak memberi kelebihan kepada PKR. 
  6. Pengundi Melayu tidak akan memebri undi kepada presiden parti yang menolak hudud. 
Fikir-fikirlah.. Kalau rasa macam betul, carilah jalan atasi, masih ada masa..


Siapa Menang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh? - Mohammad Agus Yusoff

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
(Rujuk Kerengga:  Siapa Menang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh? )

Pemuda PAS Pmtg Pauh Kekal Boikot PKR -Bernama.


Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.
  
Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.
  
"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.
  
"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.
  
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.
  
"Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya.
  
Pengarah Operasi Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution sewaktu sidang media harian parti hari ini berkata, pihaknya berpegang kepada jaminan yang diberikan PAS Pusat dan menganggap tindakan DPPNPP itu tidak selari dengan kepimpinan kanan PAS.
-Bernama

Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom Terjah!

Gadis Pemuas Nafsu Esek-esek Online Kalibata Dijuluki Angel
Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 1)

FMH sebuah usahawan, membuka rangkaian pelacuran melalui laman bernama domain www.semprot.com. di negara umat Islam terbesar di dunia. Dalam laman web tersebut, FHM bertugas sebagai admin dari sebuah forum yang dibuat dengan menawarkan langsung gadis-gadis di bawah umur untuk melayani seks, walau sesaat.

Demikian lapor dikutip dari beberapa media sosial.

Menurut VIVA.co.id, "FHM mempunyai sebutan khusus kepada gadis-gadis di bawah umur yang ia tawarkan kepada lelaki-lelaki hidung belang (penzina). Dalam setiap menggalakkan gadis-gadis koleksi yang ditampungnya di salah satu bilik di Pangsapuri Kalibata City, FHM selalu menyebut gadis-gadis yang akan dibooking dengan 'angel'. 


Kasubdit remaja anak dan wanita jenayah umum Polda Metro Jaya, AKBP Didik Hayamansyah, berkata, FHM mempunyai enam angel yang dipromosikan secara bergilir-gilir setiap hari."Para angel, atau peniaga zina itu disiapkan satu bilik untuk temu janji dengan lelaki yang telah melakukan transaksi dengan FHM," ujarnya, Sabtu 25 April 2015. 

FHM memasang kadar yang sama untuk semua angel koleksi beliau, yakni berkisar antara Rp600 ribu (kira-kira RM180) hingga Rp800 ribu (RM240) per jam."Jika angel itu akan dibawa keluar, maka kadarnya mencapai Rp2 juta hingga Rp3 juta (Antara RM600 ke RM900)," tutur Didik.

"Suspek membuat suatu thread di laman web itu, terus ada pilihan bispak atau bisyar, terus kalau kita klik salah satunya ada pilihan Ki Kumis dan kalau kita klik terdapat gambar-gambar wanita yang ditawarkan dan harganya serta pin BB dan nombor HP untuk dihubungi," jelasnya .  

Esek-esek Online Kalibata Gunakan Gadis di Bawah Umur
Pelacur gadis bawah umur. (gambar Reuters).

Bersambung..
(IH) 

Sunday, April 26, 2015

Servei SDSN: Rakyat M'sia Tidak Sebahagia Rakyat S'pura?




KL: BENARKAH rakyat Malaysia tidak sebahagia rakyat Singapura, seperti dalam indeks yang dikeluarkan oleh Rangkaian Pembangunan Berterusan (SDSN), pada Jumaat (24/4) lalu? Dalam indeks tersebut Malaysia berada di urutan ke 61 berbanding Singapura di urutan 24.

Dalam indeks tersebut, Swiss atau Switzerland telah dinobatkan sebagai negara yang penduduknya paling bahagia sedunia. Ini kali ketiga Swiss memuncaki daftar tersebut.  Daftar ini disusun dengan mengukur Produk Domestik Bruto, pendapatan per kapita, rata-rata usia harapan hidup, angka rasuah, serta kebebasan sosial.

Swiss yang dikenal sebagai negara pengeluar jam serta perbankan paling rahasia di dunia memuncaki teratas daftar ini, kerana  warganya makmur dan tidak memiliki angka kriminal yang tinggi. Selebihnya termasuk lima yang besar dan tinggi berturut-turut adalah Iceland, Denmark, Norway, dan Kanada.

Sedangkan negara yang dilanda kemiskinan dan perang, menjadi papan bawah.  Togo adalah negara yang warganya paling tidak bahagia di dunia, seperti dilapor BBC. Selanjutnya adalah Burundi, Suriah, Benin, dan Rwanda. Indonesia cuma berada di posisi 74. jauh di bawah Malaysia di posisi 61, namun masih berada di atas Vietnam yang di urutan 75. Negara Asia Tenggara yang masuk ke urutan di atas 30 besar daftar SDSN adalah Singapura yang berada di urutan 24.

Ada 158 negara yang dilibatkan dalam daftar ini. Data yang dipakai termasuk dari Gallup, pendapat ahli akademik, pengusaha, dan pejabat pemerintah. SDSN adalah organisasi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Menurut rilis daftar tersebut, mengukur kebahagiaan boleh menjadi parameter keberhasilan pembangunan.

"Data ini boleh dipakai untuk meneliti kebahagiaan dalam proses pembuatan kebijaksanaan yang memungkinkan rakyat hidup lebih baik," tulis SDSN. (IH)

Wanita Buka Baju Dedah Payudara Itu Warga Tempatan Bukan Dari Iran.


 













TINDAKAN model dari Sabah yang mendedahkan payudaranya di khalayak ramai pada Khamis lalu memakan diri apabila dia ditangkap polis di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan, Kuala Lumpur semalam.
KL: Wanita buka baju dan dedah payudara Khamis lalu adalah warga tempatan yang berasal dari Sabah dan bukan warga Iran seperti yang dilaporkan akhbar tempatan semalam. Dia seorang model dari Sabah yang bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan payudaranya di Jalan Petaling di sini kerana enggan membayar harga dua botol minuman keras di sebuah restoran telah ditahan polis semalam.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan di sini oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya mengesahkan bahawa wanita terbabit adalah warga tempatan yang berasal dari Sabah dan bukan warga Iran.
Katanya, wanita itu memberi butiran diri secara lisan apabila dia gagal mengemukakan sebarang dokumen diri ketika ditahan polis di hotel berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, kita pergi ke hotel berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan.
“Kami akan menjalankan ujian air kencing selepas siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan,” katanya di sini semalam.

Lapor Kosmo! Online hari ini. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails