Saturday, May 09, 2015

Mukhriz Pula Tambah Balon Najib.. Menjajau T/Haji! (41)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?  
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?   

KL: Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mempertikaikan tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) yang membeli hartanah milik 1MDB dengan nilai RM188.5 juta. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter beliau, Mukhriz membuat perbandingan nilai transaksi antara Tabung Haji dan 1MDB dan juga Kementeri Kewangan dan 1MDB.

“Kalau Tabung Haji sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kementerian Kewangan jualnya pada harga begitu murah kepada 1MDB dulu?” tanya Mukhriz. 

Nampaknya Mukhriz tokok tambah bantu ayahnya balon PM Najib. Maka menjajau 'haru biru'lah pengerusi Tabung Haji mencari dahan tempat bergantung.

[Mendakwa mendapat nasihat daripada perdana menteri, Lembaga Tabung Haji akan menjual tanah yang dibelinya secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Berhad, kata Datuk Sri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kata Pengerusi Tabung Haji itu, ahli lembaga pengarah agensi itu bersetuju dengan penjualan berkenaan sebagai menghormati sentimen serta sensitiviti pendeposit dan mengekalkan keyakinan orang ramai. Bagaimanapun, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling tetap menafikan Tabung Haji melakukan sebarang salah laku dalam transaksi berkenaan.

"Perdana menteri menghubungi saya pagi ini dan memberikan nasihat supaya kami menjual tanah berkenaan.
"Ketika ini sudah ada tiga tawaran dan kami akan menyelesaikannya minggu depan," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Azeez juga mendakwa selain akan mendapatkan keseluruhan wang yang dibelanjakan untuk membeli tanah itu Tabung Haji juga dapat membuat keuntungan daripada transaksi tersebut.
] -BM

Porrah mamak!
(IH)

Kekalahan BN P/Pauh, Muhyiddin Lepas Beban Ke Kepala Najib? (40)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.
 
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


 

KEKALAHAN BN di Permatang Pauh, mengapa dikatakan Muhyiddin lepas beban ke kepala PM Najib? Mungkin kerana TPM itu sengaja tak mahu jawab ("Saya tidak tahu apa nak cakap apa..")?

Kenapa kata TPM ("Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat,")?

Berita ini sebagai buktinya..

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (8/5) secara terbuka mengkritik cara kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani, dengan berkata isu itu sangat serius dan bakal menjadi parah.  

Bercakap pada wartawan yang bersamanya dalam rombongan rasmi ke Milan, Itali, timbalan perdana menteri itu berkata isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh semalam.  

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana menjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai ketika berkempen.  

"Saya tidak tahu apa nak cakap apa.  
"Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Muhyiddin, merujuk bekas perdana menteri yang sejak kebelakangan ini mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB.  
"Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat," kata Muhyiddin.  

Tambahnya, perkara itu makin melarat dan bakal memberi kesan buruk bukan sahaja ke atas rakyat tetapi juga Umno. 

Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini, mengkritik 1MDB dan menggesa perdana menteri untuk meletakkan jawatan susulan cabang pelaburan negara itu "kehilangan dana".  

Katanya, beliau tidak akan memaafkan Najib berhubung hutang sebanyak RM42 bilion yang ditanggung 1MDB dan menimbulkan kebimbangan ke atas urus niaga 1MDB, termasuk pembelian beberapa aset dan tanah milik kerajaan.  

Muhyiddin juga pernah mengulas tentang 1MDB sebelum ini.  Pada 6 Mac lalu, beliau berkata dana awam tidak boleh digunakan untuk menyelamatkan 1MDB, sambil menambah ahli lembaga pengarah syarikat itu juga perlu bertanggung jawab jika terdapat salah laku.  

Beliau juga berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara boleh memulakan siasatan mereka sendiri ke atas syarikat pelaburan strategik itu dan mengingatkan pengurusan 1MDB supaya memastikan setiap perancangan yang dicadangkan tidak meletakkan kerajaan dalam "keadaan tidak stabil".  

Dalam kontroversi terbaru terhadap 1MDB, Tabung Haji, badan pengelola dana simpanan umat Islam untuk ke tanah suci Mekah, semalam mengesahkan sudah membeli sebidang tanah daripada projek Tun Razak Exchange bernilai RM188.5 juta yang didakwa mendapat "potongan" harga.  

Tabung Haji merancang untuk membina sebuah menara kediaman di kawasan berkenaan.  

"Pelaburan itu adalah keputusan komersial yang sesuai dengan selera risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya," kata ketua pegawai eksekutif Tabung Haji Datuk Johan Abdullah dalam satu kenyataan ringkas selepas pendedahan dibuat berhubung pembelian tanah itu oleh sebuah blog yang tidak dikenali. – 8 Mei, 2015. (TMI)

Sah Mat Sabu Pertahan Jawatan T/Presiden PAS


Setelah teka-teki demi teka-teki, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akhirnya mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan disandangnya itu.

“Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mohamad sebelum ini keberatan dilihat keberatan mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan itu.

Beliau pada mulanya mahu mengumumkan pendiriannya selepas perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei yang dipimpinnya, sebelum ditunda selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad berkata mahu terus membantu parti dan presiden, terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, bukan Islam, NGO dan pelajar.

Beliau juga berkata PAS perlu akur bahawa lebih 60 tahun di persada politik, sokongan orang Islam kepada PAS masih bawah paras 50 peratus.

 
















“...oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipatgandakan, di samping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada bukan Islam dan rakyat awam,” katanya.

Mengakui ia kerja mencabar, Mohamad mengingat anggota PAS supaya kekal yakin, sabar dan tekun untuk meraih hasilnya.

Bekas tahanan ISA itu bakal berdepan saingan sengit tiga lagi pemimpin PAS iaitu dua Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tambahan lagi, walaupun tidak jelas jumlah pencalonan sebenar setakat ini, Tuan Ibrahim dipercayai jauh mendahului di depan – bukan petanda baik untuk Mohamad sebagai penyandang.

Nasib Mohamad bakal ditentukan lebih 1,000 perwakilan yang bakal bermukim bermula 1 hingga 6 Jun depan di Kuala Selangor.(MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

Naikkan Harga Gunting Rambut Berkali Ganda? Kreatif Bagaimana?


WAJAH Neymar yang menjadi pilihan Fernando, diukir dengan hanya berpandukan gambar di telefon pintarnya. - AGENSI

JOM KREATIF
SAO VICENTE, Brazil – Seorang tukang gunting di sini mempunyai kreativiti tersendiri dalam menggayakan rambut pelanggannya termasuk mampu menjadikan rambut mereka seperti wajah pemain bola sepak Barcelona, Neymar.

Menurut Nariko, 27, kebolehannya itu berjaya menarik perhatian golongan muda terutama peminat pemain bola sepak berkenaan.

“Sebelum ini, saya pernah membentuk wajah Neymar di kepala dan kini datang kembali untuk membuat perapian kerana sangat meminati pemain bola tersebut,” kata seorang pelanggan Luis Fernando, 15.
“Seperti juga Neymar yang memberi inspirasi generasi muda untuk bermain bola sepak, hasil seni yang saya lakukan turut membuka peluang kepada mereka untuk terlibat sama,” ujar Nariko pula.

Perkhidmatan menggunting rambut biasa di kedai Nariko Hair Style itu berharga sekitar £4.30 (RM24) hingga £10.80 (RM60), manakala servis membentuk wajah selebriti bermula £26 (RM144) hingga £30 (RM167) bergantung kepada tahap kesukaran. – Agensi

Perlu kreatif untuk tambah pendapatan, terutama dalam suasana cukai paksa GST dikenakan ke atas rakyat Malayia.(IH)

Lihat sebelum ini.. 
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3
E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 
E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3
E-Buku IH-68: Siri 3

Perkauman: Polis AS Dilarang Berhijab.


Kepolisian AS larang polwan pakai hijab Ismahan Isse. © 2015

POLIS Negara Bahagian Ohio, Amerika Syarikat, melarang salah satu pegawainya yang sedang menjalani pendidikan memakai hijab. Ismahan Isse adalah wanita muslim yang lulus ujian sebagai polis wanita.

Namun, muncul aturan agar hijabnya dilepaskan  selama dia di sekolah akademik polis tempatan. Wanita 29 tahun itu menolak, sehingga kerjayanya di bidang kepolisian yang baru seumur jagung itu boleh tamat, seperti yang dilaporkan oleh Al Arabiya, Jumaat (8/5).
 


Isse kesal dengan keputusan pasukan bahagian perjawatan Polis di Ohio. Padahal selama ujian wawancara dia terus memakai hijab dan tidak dipersoalkan. Tetapi, mendengar persoalan Isse, Polis Negara Bahagian Edmonton, Kanada menawarkan jalan penyelesaian kepadanya.  

Kalau memang AS melarang wanita berhijab jadi polis, maka dia diminta berpindah kewarganegaraan Kanada, kerana Kanada sudah menyediakan model pakaian seragam bagi polis wanita berhijab.

"Dia benar-benar ingin jadi polis. Apa salahnya? Dia sebaiknya ke Kanada bila sungguh-sungguh ingin mengabdikan diri untuk masyarakat," kata Sarjan Mark Farnell yang memimpin lembaga pengambilan Polis Edmonton.
 


Farnell sudah menelefon Isse untuk menyampaikan tawaran tersebut. Wanita ini mengaku dihormati. "Saya akan memikirkannya masak-masak," ungkap Isse.

Isse adalah anak pendatang berasal dari Somalia. Wanita 29 tahun ini memperoleh ijazah sarjana undang-undang dari Universiti Columbus. Sejak muda, Isse sudah menonjol sebagai tokoh Gerakan Muda Pendatang Somalia di AS.  


Ketika berusia 24 tahun, dia sempat diminta FBI menjadi penterjemah untuk mengesan jenayah di kalangan warga Somalia.

Komen weblog Ibnu Hasyim: AS, rupanya masih tebal dengan faham api perkaumannya, jumud, dan tidak mengamalkan demokrasi kebebasan beragama.(IH)

Mufti Pula Serang Najib..'Kasihanilah kami!' (39)

Dr Asri, Mufti Perlis.
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Dr Asri, Mufti Perlis pula serang Najib. Dia mahu Najib jawab segera isu Tabung Haji dan 1MDB.. 

Pendedahan pembelian tanah milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) menambahkan lagi kebimbangan rakyat terhadap masa depan negara. Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pengakuan TH membeli tanah dengan harga RM188.5 juta itu menambahkan lagi persoalan-persoalan yang gagal dijawab oleh kerajaan dengan jelas.

Katanya, persoalan tentang 1MDB, pengaruh Jho Low dan kemewahan hidup ‘wanita tertentu’ sehingga kini tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan negara.

“Isu 1MDB yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri . Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu ‘kebal dan utuh’?
“Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu?” katanya.

Asri berkata, beliau juga berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara seperti orang lain juga termasuk isu pembelian tanah oleh TH yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai ‘bail out’ 1MDB secara kecil-kecilan.

“Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan,” katanya.

Asri berkata, beliau membangkitkan isu ini bukan kerana menyokong pembangkang tetapi kontroversi ini melibatkan masa depan rakyat dan negara.

“Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini.
“Kasihanilah kami,” katanya lapor Free Malaysia Today
  


Hal ini mempercepatkan PM ini supaya letak jawatan segera? (IH)

Friday, May 08, 2015

Najib Populariti Menurun, Ini Patut Diperhatikan? (38)

Antara yang membuat Najib populariti menurun...

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Aksi protes menuntut perubahan di Chile. (REUTERS/Ivan Alvarado)


Untuk Perhatian Perdana Menteri Malaysia Sekarang..

Presiden Chile Michelle Bachelet membuat pengumuman mengejutkan untuk merombak seluruh kabinetnya, yang mengindikasikan kebimbangan mendalam atas popularitinya yang terus menurun.

"Beberapa jam lalu saya meminta pengunduran diri semua menteri, dan saya akan menggunakan 72 jam untuk menentukan siapa yang tinggal dan siapa yang pergi," kata Bachelet yang dikutip Reuters, Khamis, 7 Mei 2015.

Populariti Bachelet ada pada tingkat terendah dalam beberapa minggu terakhir, akibat serangkaian skandal korupsi. Jajak pendapat, Rabu, 6 Mei, memperlihatkan bertambahnya ketidakpuasan orang ramai.

Selain skandal pembiayaan kempen, Bachelet juga ternoda atas banyak pertanyaan berkait pinjaman bank, serta perjanjian tanah yang menguntungkan menantu perempuannya.

Walau dia berkeras tidak mengetahui perjanjian itu, Bachelet dalam wawancara Rabu malam, mengatakan telah membuat kesalahan penting, dengan tidak menyikapi kes itu dalam waktu yang tepat.

Sebahagian besar ahli politik dari parti pendukung Bachelet, menyokong langkahnya untuk merombak kabinet. "Permintaan untuk mengundurkan diri, menandai babak baru," tulis senator Carlos Montes di Twitter.
 

Bolehkah Malaysia ambil pelajaran dari peristiwa itu?

(IH) 

Yusuf Islam: Mengapa Saya Masih Memetik Gitar.


MEMILIH untuk kembali ke dunia hiburan pada tahun 2006, Yusuf mengelek gitarnya dalam setiap persembahan yang bernada kerohanian dan ketuhanan. 

HALAMAN HIBURAN 
DILAHIRKAN dengan identiti sebagai lelaki Barat dan penganut agama Kristian, Cat Stevens cukup popular apabila bergelar bintang rock dan pop pada zaman kegemilangannya di Hollywood. Pada zaman kegemilangannya, figura itu cukup terkenal dengan dua buah album Tea for the Tillerman (1970) dan Teaser and the Firecat (1971) serta genre muzik yang diperjuangkan.

Sehingga tiba ke satu titik apabila beliau diserang penyakit batuk kering selama setahun dan pernah hampir mati lemas di sebuah pantai yang sejuk membeku di Malibu, Los Angles, tragedi itu membuka jiwa lelakinya untuk mencari dan terus mengkaji agama sebenar di dunia ini.


Beliau akhirnya bertemu sinar agama paling indah dan tenteram iaitu Islam. Segalanya bermula selepas beliau mengkaji dengan terperinci isi kandungan kalam Allah iaitu kitab suci al-Quran. Sebaik terpaut hati dengan Islam, lelaki yang pernah harum sebagai Cat Stevens itu menukar namanya menjadi Yusuf Islam.
Kini, selepas tempoh 35 tahun bergelar lelaki Muslim, Yusuf, 67, tampil dengan buah tangan hasil penulisannya sendiri yang diluahkan dalam sebuah buku berjudul Why Do I Still Carry A Guitar. Naskhah tersebut kemudian diterjemahkan dalam bahasa Melayu terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan judul Mengapa Saya Masih Memetik Gitar.




Perjalanan saya menuju agama Islam
 
“Secara total, buku ini menceritakan perjalanan saya menuju agama Islam. Ia bermula dari awal ketika saya masih bergelar Cat Stevens, sehinggalah kepada sekarang, menjadi seorang lelaki bernama Yusuf Islam.
“Bagaimana saya mengenal agama suci ini, bagaimana saya jatuh cinta dengan Islam dan bagaimana saya mempelajari serta mendalami agama ini secara meluas, segalanya telah saya ceritakan dengan terperinci di dalam buku ini. Tiada satu pun yang tertinggal,” ujar Yusuf yang kini menetap bersama keluarganya di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.


Mengapa Saya Masih Memetik Gitar, ia merupakan satu simbolik yang menceritakan dengan jelas bagaimana seorang bekas bintang ternama dan digilai ramai, sanggup menolak segala kemasyhuran itu selepas mengenal Islam.

“Buku ini bukan sekadar tentang muzik tetapi apa yang berlaku dalam hidup saya sejak memeluk Islam sekitar tempoh 35 tahun lalu.
“Tidak dinafikan, sewaktu mula-mula mengenal Islam, saya sangkakan agama ini tidak membenarkan umatnya berhibur. Tanggapan masyarakat pada waktu itu juga membuatkan saya terpaksa mengasingkan diri dari dunia glamor,” ujarnya mengenai tindakan awal beliau menyepi daripada industri hiburan.


Namun, perlahan-lahan momokan negatif itu beransur pergi. Yusuf kemudian menyedari, Islam agama yang mendamaikan. Malah, Islam juga memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi penghibur tetapi berlandaskan jalan yang benar.


“Jadi, tidak semestinya kita perlu melupakan bakat seni yang laju mengalir dalam jiwa. Sepatutnya, sebagai seorang Muslim, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk menjadikan dunia hiburan sebagai medium dakwah terbaik kepada masyarakat.
“Islam itu memudahkan. Apa yang penting kita tahu mengawal diri dengan melakukan perbuatan baik dan diredai Allah, insya-Allah segalanya akan tampak sempurna.
“Sebab itu, sekarang saya masih lagi memetik gitar,” ujarnya mengenai signifikan judul naskhah yang ditulis dan jalur kehidupannya kini.



Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Father and Son itu kemudian memanjangkan bicaranya. Beliau mengakui, pencapaian dan penemuan terbesar yang hadir dalam kesempatan hidupnya ialah mengenali keagungan Islam.


“Selepas masuk ke dunia Islam sebenar, saya mengenali perbezaan ketara budaya, cara hidup dan masyarakat Muslim yang jauh berbeza berbanding daripada gaya hidup orang Barat,” ungkap Yusuf tanpa ragu.


Bagaimanapun, Yusuf tidak menafikan pada fasa awal menjadi orang Muslim, beliau pernah berasa was-was. Apakah Islam melarang umatnya untuk mendekati ilmu muzik?


“Perkara itu membuatkan saya ragu-ragu dan keliru bagaimana mahu meneruskan legasi muzik meskipun sudah bergelar Muslim.
“Memastikan karier seni saya sentiasa berada di puncak bukanlah agenda utama mengapa saya memeluk Islam. Bagaimanapun, daripada agama ini saya memastikan cara untuk kekal berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling adalah menerusi dakwah.
“Sejak itu, saya memutuskan untuk kembali semula dalam industri hiburan bagi menyampaikan dakwah kepada orang lain. Kini, muzik dan dakwah telah menjadi keutamaan dalam hidup saya,” tutur Yusuf tenang.


Tidak menolak transisi agamanya pada waktu itu dikecam hebat oleh masyarakat Barat, Yusuf hanya mengambil langkah bijak sama seperti amalan Nabi Muhammad semasa berdepan masyarakat kafir Quraish dahulu. 


Berdiri di tengah padang pasir memegang lilin..

Ujarnya yakin: 

“Ia umpama saya berdiri di tengah padang pasir yang luas dan berangin kuat sambil memegang sebatang lilin. Ia sangat sukar. Penerimaan masyarakat dan media di Barat sangat negatif apabila saya memutuskan untuk berhenti dari dunia penuh kepalsuan dahulu.
“Namun, ia bukan suatu halangan yang besar untuk dihadapi. Apatah lagi, pada waktu itu saya tanamkan dalam hati dengan pegangan Islam yang begitu utuh.
 

Ditanya apakah yang sudah direncanakan buat penggemarnya pada masa akan datang selepas penerbitan Mengapa Saya Masih Memetik Gitar, beritahu Yusuf, beliau merancang untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai buku tersebut. (IH/Kosmo!)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Pentingnya Solat. Bagaimana Teknik Dakwah Al-Qaeda?

 
Aleppo: Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan tanda yang membezakan antara seorang muslim dengan orang kafir. Melihat penting dan mendesaknya hal itu, Lembaga Dakwah Syariat Jabhah Nusrah menyeru kepada kaum muslimin di Aleppo untuk tetap menjaga sholatnya dalam keadaan apapun dan di mana-mana.  

Sebab solat merupakan kewajiban yang tidak boleh ditangguhkan dan tidak ada rukhsoh untuk meninggalkannya kecuali rukhsoh yang diberikan terhadap wanita.
 
Berikut cara dan helah Mujahidin Al-Qaeda ini menyeru dakwah terhadap kaum Muslimin Aleepo untuk menegakkan solat lima. 
  • Dakwah umum terhadap masyarakat berkaitan wajibnya Sholat  
  • Memperlihatkan video visual untuk umum mengenai pentingnya solat  
  • Menyebar risalah dan risalah tentang kewajipan solat 
  • Menampal sepanduk dan poster tentang keutamaan Sholat.
Cara-cara tersebut memang terhingga oleh Mujahidin, agar masyarakat Muslim benar-benar faham dan sedar akan pentingnya Solat.
Mungkin teknik inilah yang dimaksudkan dengan sampainya hujjah (menurut pendapat yang rojih) terhadap segenap masyarakat, sebelum tertegaknya syariat secara penuh di bandar terbesar di Syria ini. 
(IH/Wednesday, May 06, 2015)

Video: 

حملة نصرة للشريعة الدعوية

(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Tanzim Al-Qaeda M'sia Berhubungan Terus Dengan Osama Laden.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia yang diasaskan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, mempunyai hubungan terus dengan kumpulan militan Al-Qaeda Proper diketuai Osama bin Laden.

Pegawai Operasi Bahagian Kaunter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman ASP Mohd Raby Abu Bakar, 55, memberitahu mahkamah bahawa kumpulan militan di Arab diketuai Osama sebelum diambil alih oleh Ayman Al-Zawahiri.

Mohd Raby berkata Yazid (gambar) juga pernah berada di Afghanistan sebelum itu dan pernah bertempur bersama Mujahidin (pejuang Islam) menentang tentera penceroboh.

"Kita percaya pada ketika itu Yazid mempunyai hubungan dengan pemimpin peringkat kedua dalam (kumpulan militan) Al-Qaeda Proper," katanya pada perbicaraan kes Yazid dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim, di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin.

Yazid berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala Hilmi didakwa bersubahat dengannya.

Mohd Raby, yang juga pakar bidang Terrorisme Interpol, berkata pada 4 Jan 2000, Yazid telah memberi bantuan logistik kepada empat penyerang serangan berani mati 11 Sept 2001 di Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan dalam Laporan Suruhanjaya Jabatan Negara 9/11.

"Keempat-empat orang itu bermalam di rumah Yazid di Sungai Long Kajang sebelum berjumpa pemimpin Jemaah Islamiah ketika itu, Riduan Isamuddin, di kawasan Jalan Masjid India," katanya.

Beliau berkata persamaan ideologi antara Tanzim Al-Qaeda Malaysia dengan Al-Qaeda Proper ialah untuk menubuhkan 'Daulah Islamiah' (negara Islam sebenar) melalui perang atau dalam bahasa Arab, kital.

Mohd Raby, yang merupakan saksi ketujuh perbicaraan itu, memberitahu mahkamah bahawa kesemua maklumat mengenai Yazid dan kumpulan itu diperoleh melalui hasil pintasan komunikasi, laporan daripada sumber dan laporan terbuka yang menyiasat aktiviti keganasan dan militan di negara ini.

Menurutnya Yazid juga terlibat dalam merekrut anggota baharu kumpulan itu dengan mengadakan sesi usrah dan mengendalikan empat cabang Tanzim Al-Qaeda Malaysia di Trolak, Perak; Ampang dan Sungai Buloh di Selangor serta di laman sosial Facebook.

Beliau berkata usrah itu dijalankan di rumah Yazid di Ampang, Selangor pada setiap Sabtu sejak hujung 2012.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar, Mohd Raby berkata kumpulan pengganas itu dikesan selepas Yazid dibebaskan daripada tahanan ISA pada hujung 2011.

Pada 8 Feb 2013, Yazid, 49, Muhammad Hilmi, 33, mengaku tidak bersalah membabitkan diri dalam aktiviti keganasan di Syria di DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb 2013.

Bagaimanapun, pada 20 Mei 2014 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebas mereka daripada pertuduhan terbabit.

Namun pada 27 Mei 2013, Yazid dan Hilmi sekali lagi didakwa dan mengaku tidak bersalah menjadi anggota kumpulan pengganas di DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb 2013.

Kesemua tertuduh diwakili peguam New Sin Yew. Perbicaraan bersambung esok.
- Bernama

Lepas T/Haji.. Zakat, KWSP, Felda, Khazanah Pula? -Tuan Ibrahim.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan, apakah selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan menggunakan wang agensi lain untuk menyelamatkan 1MDB. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015.

PAS mempersoalkan sama ada wang zakat pula akan digunakan bagi menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas pengesahan Lembaga Tabung Haji hari ini membeli tanah daripada syarikat bermasalah milik kerajaan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan, apakah selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan menggunakan wang agensi lain untuk menyelamatkan 1MDB.

"Apakah Lembaga Zakat, KWSP, Felda ataupun Khazanah akan digunakan untuk membeli aset yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah pada harga yang lebih tinggi?" soal Tuan Ibrahim Tuan Man ‎dalam kenyataannya hari ini.


Bagi Pesuruhjaya PAS Pahang itu, kebimbangan yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini sudah berlaku.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengotakan janjinya yang lalu untuk memastikan Putrajaya tidak patut terlibat untuk menyelamatkan 1MDB," katanya.

Beliau memetik kata-kata Muhyidin tiga bulan lalu:

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."  Tuan Ibrahim mempersoalkan sama ada "kebimbangan" Muhyiddin sudah direalisasikan.

"Apakah beliau akan bertindak memihak kepada rakyat atau terus membisu seperti Najib?"  Ketua Pegawai Eksekutif TH hari ini mengakui lembaga itu membeli satu lot tanah di Tun Razak Ezchange (TRX) yang berharga RM188.5 juta, berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga yang dijual kerajaan kepada 1MDB.
"Dengan lubang RM42 bilion, 1MDB kini cuba mencairkan aset-aset yang diperolehinya untuk mendapatkan keuntungan.
"Dengan imej 1MDB yang sebegitu teruk sehingga gagalnya rancangan untuk IPO, siapakah lagi yang sanggup berurusan dengan mereka?" soal Tuan Ibrahim.

Kata Tuan Ibrahim, malangnya, penjual aset kepada 1MDB ialah kerajaan dan pembelinya pula ialah rakyat menerusi simpanan TH.  TH mengaku berurusan dengan 1MDB dalam pembelian tanah di TRX, iaitu salah satu projek pembangunan utama oleh 1MDB.

"Yang menyedihkan ialah gelagat Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang menafikan dakwaan awal apabila berita itu terledak.
"Apakah wajar TH berurusan dengan 1MDB yang sudah terkenal dengan masalah hutangnya?
"Ini masalahnya apabila jawatan Pengerusi TH merupakan lantikan politik, dan lantaran itu, mereka hilang sikap berdikari dan terpaksa akur dengan bos politik mereka," katanya.

Menurutnya, perkara yang paling busuk dalam isu ini ialah, yang menjual tanah TRX kepada 1MDB pada harga yang paling rendah ialah kerajaan, dan yang membeli semula tanah ini pada harga yang sangat tinggi daripada 1MDB ialah rakyat melalui caruman di Tabung Haji.

"Ini model perniagaan mudah untuk 1MDB – bapa jual pada anak pada harga murah, lepas itu memaksa menantu beli pada harga tinggi. Ke mana duit untung ini akan berakhir di 1MDB?" katanya. – 7 Mei, 2015. (TMI)

Thursday, May 07, 2015

PRK: PKR Kekal Di Permatang Pauh. Majoriti: 8,841

PRK Permatang Azizah

PERMATANG PAUH, 7 MEI:
Keputusan rasmi selepas semua peti undi dikira adalah seperti berikut:
BN: 21, 475
Bebas: 367
PKR: 30316
PRM: 101
Majoriti: 8,841

Amalan Ganjil Tabung Haji, Beli Tanah Harga Puluhan Ganda -Husam Musa.

NAIB Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar), mendedahkan suatu amalan yang ganjil berlaku dalam  Lembaga Tabung Haji.

"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam kepada The Malayian Insider hari ini.

Beliau juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.

Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.  Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.

Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.  Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Johan Abdullah hari ini mengesahkan kumpulan itu membeli sebidang tanah di projek Tun Razak Exchange. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-tabung-haji-mengaku-beli-tanah-1mdb-rm188-juta#sthash.Xe4QaNRL.dpuf
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Johan Abdullah hari ini mengesahkan kumpulan itu membeli sebidang tanah di projek Tun Razak Exchange. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015. 

Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).

Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX. 

"Ini bukan sahaja ganjil, tetapi berniaga gila babi, kalau betul begitu ceritanya!" Kata Weblog Ibnu Hasyim. 

Gambar hadiah kepada pengundi-pengundi PRK Permatang Pauh. 

(IH)

Dr M Puji Anaknya, Ada Kaitan Pengganti PM Akan Datang? (37)

 Bakal PM Malaysia akan datang?

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?    
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan? 


‘ANAK saya bukan billionaires’, tegas bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Kata-kata itu tercetus kononnya bagi menepis dakwaan pemimpin Parti Kebajikan Rakyat (Kita), Zamil Ibrahim yang menyentuh soal kekayaan kedua-dua anaknya, Datuk Mokhzani dan Mirzan yang menjadi jutawan dengan cepat.

Menurutnya, anak-anaknya membuat pinjaman kewangan untuk membiayai perniagaan mereka.

“Anak saya bukan ‘bilionaires’ tapi mereka ada meminjam jutaan (ringgit) untuk membiayai perniagaan mereka. Mirzan menjalankan kebanyakan perniagaannya di luar Malaysia tapi dipaksa menjual perniagaan perkapalannya kepada Petronas ketika krisis kewangan.
“Petronas mendapat pulangan lumayan menjual bahagian kapal apabila ekonomi telah pulih. Polisi Petronas adalah untuk tidak menjawab soalan tapi akaun Petronas boleh diperiksa untuk mengesahkan sama ada saya bohong atau tidak. Mirza bukan jutawan,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini (6 Mei) yang bertajuk ‘1MDB (Part 3)’.

Walaupun beliau tidak menyebut  nama anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang menjadi Menteri Besar Kedah sekarang, namun nama Mukhriz juga terpalit pujian bukan ‘bilionaires’ itu. Ertinya dengan tak secara langsung ia juga memuji Mukhriz, seolah-olah layak jadi PM yang tidak membazir seperti PM yang ada sekarang. 

Apakah mungkin PM Najib Terpaksa Letak Jawatan?

Pihak Weblog IH pernah berbincang di bawah tajuk,'Apakah mungkin PM Najib Terpaksa Letak Jawatan?'. Berbincang mengenai 'serangan terbaru Dr Mahathir terhadap Najib. Seorang bekas pengarang yang tidak mahu namanya disebutkan berkata, 

"Pada saya, PM Najib tetap bertahan tidak mahu letak jawatan.. kecuali terdesak sangat. Soalnya sekarang, kenapa Tun Mahathir bersungguh menyerang Najib seolah-olah mahu menjatuhkan Najib seperti jatuh Pak Lah Badawi sebelumnya?"

"Aku dapat maklumat yang mengatakan bahawa Tun M sedang merangka untuk menaikkan anaknya bagi meneruskan cita-cita politiknya, seperti yang berlaku kepada Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew... Akhirnya Lee berjaya meletakkan anaknya sebagai PM di Republik itu, walaupun dipegang orang lain sebelumnya." Sambut kawan kami seorang pegawai kerajaan yang hampir pencen.

"Ana pun rasa begitu. Kerana pemimpin yang bercita-cita tinggi biasanya begitu. Lihat Lim Kit Siang pemimpin DAP, meletakkan anaknya sebagai Setia Usaha jawatan terpenting dalam DAP dan memerintah Pulau Pinang." Tambah ahli veteran PAS yang berniaga di pasar malam.

"PKR, Anwar meletakkan isterinya sebagai Presiden, bahkan anaknya menjadi Naib Presiden. Isterinya dipindahkan ke DUN Selangor untuk memerintah Selangor. Takkanlah Dr M nak biarkan anaknya begitu saja dalam UMNO, walaupun sekarang memerintah Kedah?" Tambah  lagi ahli veteran PAS itu.


"Aku lihat dari sudut lain, sudut ekonomi." Kata ahli veteran parti pembangkang bukan PAS, seorang usahawan. 

Sambungnya, "Aku yakin Dr M masih perlukan wang, dia bukan macam Nik Aziz, zuhud. Apa lagi beberapa syarikat anaknya Mukhriz Mahathir dilaporkan mula bermasalah. Orang yang mungkir janji tidak mahu meneruskan projek perancangannya perlu disingkirkan! Maka jawatan perdana menteri perlu ditukar kepada orang lain."

Begitu kira-kira forum berbincangan tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails