Friday, May 22, 2015

Hati-hati! 7 Makanan Tiruan Ini: 5-Beras Tiruan Plastik.

Heboh 7 makanan palsu berbahaya asal China!
PENGGUNA


BLOG ini membongkar dan mendedahkan 7 makanan tiruan dari luar negara yang dibimbangi diseludup masuk ke negara ini. Ya, lihat dulu..  
1- Roti Tiruan Perisa Daging Babi..   

2- Mie Tiruan. 
3-Daging Kambing Buatan ...

4-Ketam Buatan.


7 Makanan Palsu Berbahaya Asal China
Ke 5: Beras Tiruan Plastik.


JIKA ada makanan yang nampak macam tidak boleh dipalsukan, atau dibuat tiruan, salah satunya adalah nasi. Tetapi faktanya, China berhasil memalsukan beras dan nasi.


Beras palsu ini dinamakan beras plastik yang terbuat dari kentang, ketela rambat, dan bahan sintetik damar. Semua bahan kemudian dicampur dan dibentuk seperti beras. Beras plastik ini banyak dijual di Taiyuan, Provinsi Shaanzi.




Cara membedakannya adalah dengan melihat beras plastik akan tetap keras meski sudah dimasak dan tidak mudah dicerna. Beras plastik ini jelas berbahaya kerana mengandung zat kimia.




Mengonsumsi tiga mangkuk beras plastik sama dengan mengonsumsi satu plastik vinyl dan satu plastik kresek. Terkadang pedagang juga mencampur beras ini dengan beras biasa sehingga tidak mencurigakan.


Dari 10 juta ton beras yang terjual, diperkirakan sembilan ton adalah beras plastik.(IH)


Lihat sebelum ini..

Azmin! Apa Beza Kamu Dengan Umno? -Ekhsan Bukharee, Ustaz Dipecat.



 
Ustaz soal Azmin: Apa beza kamu dengan Umno?

Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Ekhsan Bukharee Badarul Hisham mempersoalkan kenapa tindakannya menuntut kenaikan elaun dianggap seperti jenayah sehingga dibuang kerja.

Sedangkan, kata ustaz muda itu, perkara itu dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum sebelum ini.

“Pakatan cakap Umno, BN janji tak ditepati. Apa beza kamu dengan Umno, BN?
"Takkan nak bercakap soal manifesto Pakatan satu jenayah? Sebenarnya penjenayah sebenar ialah pemimpin yang tak laksanakan manifesto mereka," katanya.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali tidak berintegriti susulan kegagalan itu. Beliau berkata demikian pada sidang media di perkarangan bangunan SUK, Shah Alam hari ini. Ekhsan semalam mengesahkan beliau dipecat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Didakwa provokasi

Pada sidang media itu, Ekhsan juga menunjukkan surat pemecatannya kepada pemberita.

Dalam surat tersebut dinyatakan empat sebab beliau dipecat menjadi guru KAFA iaitu: bertindak dengan niat memprovokasi untuk memasuki sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 8 April lalu, gagal mematuhi nasihat panel penyiasat supaya batalkan sidang media pada 14 April.

Malah, beliau juga dipecat kerana gagal mematuhi panel penyiasatan supaya berhenti memberi kenyataan media dan prestasi kerja yang rendah dan gagal menunjukkan kesungguhan untuk berubah walaupun telah diberi nasihat.

Sehubungan itu, Ekhsan yang mengajar mata pelajaran fekah dan sirah itu berkata, beliau kini dalam proses untuk mendapatkan nasihat daripada peguam untuk membawa kes pemecatannya ke mahkamah.

"Saya juga dalam proses mendapatkan nasihat daripada beberapa rakan peguam untuk mencabar kesahan pemecatan yang dibuat ke atas saya.
"Saya tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya lagi.

Tiada ruang merayu

Ditanya sama ada akan membuat rayuan berhubung pemecatan ini, Ekhsan berkata beliau tidak diminta untuk membuat rayuan.

"Dalam surat tiada suruh buat rayuan. Saya tak diberi ruang untuk buat rayuan. kalau JAIS buka ruang pun saya akan buat tapi tidak akan mengaku salah," katanya lagi.

Ekhsan sebelum ini mencetuskan drama kerana menangis ketika dihalang bertemu wakil rakyat Pakatan di sidang DUN bulan lalu. Rentetan itu, beliau menerima surat tunjuk sebab daripada JAIS.

Ekhsan mahukan Menteri Besar Selangor Azmin Ali menaikkan elaun daripada RM1,212 kepada RM1,500 seperti dijanjikan. (MK)

Dr Mujahid: Selesai Kemelut Demi Kepercayaan Rakyat


PAS perlu menyelesaikan kemelut khususnya melibat rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat jika ingin mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti Islam itu, kata anggota parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof.

Beliau yang akan mempertahankan jawatan AJK PAS Pusat pada pemilihan bulan depan turut menggesa anggota parti supaya berhenti label melabel sekaligus menyelesaikan masalah disiplin parti dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya.

"(Saya harap) PAS tidak undur ke belakang dan memperluaskan kefahaman siyasah syariyah serta kembali tautkan kesatuan dengan pandangan hadapan yang jelas serta menghapuskan unsur ekstremism dan perkauman dalam PAS," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menjawab soalan berhubung langkah penyelesaian yang perlu diutamakan kepimpinan parti dalam tempoh terdekat khususnya dalam Muktamar PAS di Kuala Selangor awal bulan depan.

Mengulas lanjut, MP Parit Buntar itu mahu PAS memacu politik baru dengan mengetepikan fahaman agama sempit dan perkauman termasuk mengelak daripada menterjemahkan Islam dari sudut yang sempit.

Bekas pensyarah itu berkata, PAS juga perlu kembali pada semangat dan ruh niat asal pendirinya yang termaktub dalam perlembagaan parti walaupun beliau mengakui terdapat masalah kejelasan hala tuju parti yang perlu ditangani.

"Kekuatan (PAS) ialah Islam, (mempunyai) ahli yang siap berkorban, (penuh dengan) aset pengalaman, (mendapat) rakan kolusi dan (kekukuhan) institusi yang dimiliki," katanya.
"(Oleh itu, PAS perlu) memastikan langkah politik dengan tahap pencapaiannya dikekalkan untuk melonjak lebih jauh ke hadapan tanpa menggadaikan prinsip parti," katanya.

Dr Mujahid juga berharap agar PAS segera menyatakan ketegasan dalam mendepani isu asas berkaitan hak asasi manusia, masalah perundangan, isu kemajmukan rakyat dan kesatuan ahli.

Selain itu, beliau turut menggesa supaya diatasi kelemahan menguruskan konflik dengan baik, tanggapan takut membuat perubahan dan sukar berkawan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. (MK)

Hudud Diguna Untuk Kepentingan Politik, Kata Anak Bekas Presiden PAS

Faiz Fadzil berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan perlu dilengkapkan dengan undang-undang sokongan sebelum dilaksanakan. Beliau berkata demikian pada forum ‘Masa depan PAS Pasca Muktamar’ di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015.
Faiz Fadzil berkata Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan perlu dilengkapkan dengan undang-undang sokongan sebelum dilaksanakan. Beliau berkata demikian pada forum ‘Masa depan PAS Pasca Muktamar’ di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Mei, 2015.



Anak kepada bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak memadai untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.


Faiz Fadzil yang juga merupakan seorang peguam syarie berkata, enakmen berkenaan seharusnya disokong dengan undang-undang sokongan seperti prosedur jenayah, prosedur keterangan dan takzir.
“Enakmen itu tak lengkap dan ia mesti dilengkapkan dengan beberapa enakmen lain. Kalau Akta 355 diluluskan sekarang, hudud tak akan dilaksanakan.

“Kalau 10 tahun lagi nak buat kenapa bising sekarang? Ini seolah-olah hudud ini digunakan untuk kepentingan politik atau melaga-lagakan pemimpin dalam PAS dan menakutkan rakyat.

“Ini isu yang diguna Umno. Umno dah nampak ini isu yang PAS akan cenderung untuk bersetuju dengan Umno,” katanya dalam forum
"Masa depan PAS Pasca Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.


Bagaimanapun, veteran PAS Subky Latif (gambar, kiri) berkata kerajaan negeri Kelantan seharusnya meletakkan asas kepada undang-undang hudud dan ia akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.


Katanya, dengan ada asas yang dipelopori kerajaan negeri maka akan lebih mudah hudud untuk dilaksanakan di peringkat seterusnya.


“Macam mana bentuk hudud nak dibuat, itu bukan kerja kita, kita adakan undang-undang hudud itu dulu, apabila ia ada, akan adalah orang yang akan mengisinya.
“Tak perlu kita kasi potong tangan, potong apa tak perlu. Buat itu dulu, Insya Allah, kalau tak boleh tahun ini, tahun depan, 10, 20 atau 100 tahun lagi akan adalah orang yang tahu mengisi ini,” katanya.
Beliau veteran yang dapat melihat corak kepimpinan tiga presiden PAS melabelkan Fadzil dan Yusof Rawa sangat mesra dalam berdepan dengan pelbagai isu yang melanda parti.
Bagaimanapun, katanya, kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menonjolkan kelainan daripada dua tokoh pemimpin itu.
“Antara pemimpin saya yang jarang gelak, Ustaz Hadi. Dia bukan jenis orang yang duduk kedai kopi.
“Yusof Rawa, Ustaz Fadzil boleh sama-sama duduk kedai kopi. Balik kempen tengah malam duduk kedai kopi. Ustaz Hadi lepas ceramah, balik, saya ingat baca kitab,” katanya berseloroh dan disambut gelak tawa hadirin.


Sementara Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar, kanan) berkata, PAS perlu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas Putrajaya kerana dari situlah tercetusnya reda Allah dalam menegakkan hukum dan membangunkan masyarakat Islam.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pandangan sesetengah pemimpin parti Islam itu untuk tidak mahu lagi bersama PR sudah terpesong kerana cita-cita PAS hanya dapat dijayakan bersama gabungan itu.


“Hari ini siapa yang pandai-pandai melihat hanya dengan PAS sahaja kita boleh menang? Lepas itu kata tak payah menang pun tak apa, janji prinsip kita menang.

“Nyawa kita untuk menegakkan (Islam) dalam negara ini. Macam mana kalau kita tak menang untuk tegakkan (Islam) dalam negara ini?
“Kenapa kemenangan kita selalu kaitkan dengan negatif? Melainkan ia agenda musuh,” katanya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa berucap di Multaqa Ulama Semalaysia II pada bulan Februari berkata kemenangan dalam pilihan raya dan seterusnya menawan Putrajaya bukan agenda utama PAS, kerana parti Islam itu lebih mementingkan keredaan Allah.


Katanya, berbeza dengan parti politik lain, walaupun PAS pada dasarnya menyertai pilihan raya untuk membentuk kerajaan, ia menekankan yang segala tindakan perlu dirujuk pada kehendak agama.


"PAS tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. PAS merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredaan Allah.
"Itu perbezaan jelas PAS antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredai Allah," katanya.


Mujahid berkata Al-Quran sendiri tidak pernah menjelaskan sesuatu kemenangan itu yang tidak mendapat keredaan Allah.


Katanya, konsep keredaan Allah itu itu adalah agenda tajaan Umno bagi melemahkan perjuangan PAS dalam PR yang selama ini sudah menafikan suara dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.


“Mana ada dalam Al-Quran kata menang tak dapat reda Allah. Mana ada? Kalau tak menang pun, buat perangai macam ini, lagi tak dapat reda Allah.
“Ini sebenarnya agenda melemahkan fasa kebangkitan PAS untuk pergi kepada cita-citanya untuk nak menegakkan hukum dan masyarakat Islam menuju keredaan Allah,” katanya.
– 22 Mei, 2015. (TMI)

Lihat..

Isu Hudud, 1 Hingga 3


Isu Hudud, 1 Hingga 3
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

Zina, Penyelesaiaan Melalui Hudud.

Dataran Dira di Arab Saudi di mana hukuman hudud seperti hukuman penggal kepala dikuatkuasakan.

Kisah Perniagaan Najis Zina Di Negara Umat Islam Terbesar Di Dunia (Siri 12/Akhir)
Siri 1: Pilih-Pilih, Niaga Najis Zina Dalam Internet. Jom ...
Siri 2: Gadis Miskin Di Bawah Umur Terlibat Niaga Najis Zi...
Siri 3: Sarang Pelacur Pangsapuri Kalibata City Diserbu..
Siri 4: Maksiat & Lacur Terselubung, Lagi 60 Pasangan Dibe...

Siri 5: Seks Via Twitter: Pembunuhan Janda Cantik Ini..
Siri 6: Lagi Bongkar Najis Zina Di Internet. 
Siri 7: Pelacur Artis: Ahli DPR (Parlimen) Indonesia, Term...
Siri 8: Kisah 'Papi' Bapa Ayam, Niaga Najis Zina Di Intern...

Siri 9: Zina Dalam Pelbagai Agama.
 
Siri 10; Peraturan Zina Dalam Negara-negara Di Dunia.
Siri 11: Dagang Zina, Mengapa Mesti Lihat Sweden Tidak Per...

KESIMPULAN 3:

Tidak ada penyelesain lain mengenai masalah perlakuan najis zina dalam Islam kecuali melalui perlaksanaan hukum hudud. Yang dikatakan negara Islam sebenarnya ialah negara yang melaksanakan perundangan Islam, di dalamnya ada peraturan hukum hudud.

Hudud (Bahasa Arab: حدود Ḥudūd; tunggal: hadd, حد, bererti harfiah "had" atau "batasan") merupakan konsep Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis yang ditakrifkan sebagai jenayah. Antaranya adalah jenayah zina, mukah, kehomoseksualan, qazaf (menuduh orang atas persetubuhan haram tetapi gagal menyampaikan empat saksi Muslim), murtad, pengambilan khamar (minuman keras), bughat (penderhakaan), penyamunan dan pencurian.

Dalam hukum Islam iaitu syariah, jenayah hukum mengundang segolongan hukuman yang ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut kepercayaan Muslim. Antaranya seperti sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak umum, potong tangan atau hukum bunuh di khalayak umum.

Tuntutan Allah Menurut Al-Quran Dan Hadis.

Jenayah hudud menurut al-Quran dan Hadis, adalah tuntutan dari Allah SWT yang menjadi kewajipan kepada kerajaan Islam melaksanakannya.

Al-Quran

Jenayah pencurian hudud diperikan dalam Surah al-Mā'idah ayat 38: 

  • Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Quran 5:38

Jenayah menyamun atau merompak atau penderhakaan terhadap Islam di dalam Daulah Islamiyah Surah al-Mā'idah ayat 33:

  • Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. Al-Quran 5:33

Jenayah minum arak dicakupi oleh Surah al-Mā'idah ayat 90, tetapi hukumannya disuratkan dalam Hadis:

  • Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Al-Quran 5:90

Jenayah zina dan mukah dicakupi oleh beberapa ayat, termasuklah Surah an-Nur ayat 2:

  • Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Al-Quran 24:2

Jenayah-jenayah hudud mengenai qazaf dan murtad berasaskan surah-surah an-Nur ayat 4 dan 6, surah at-Taubah ayat 66 dan surah an-Nahl ayat 106 antara lainnya.

Hadis

Hadis yang sahih dikira sebagai sumber perundangan syariah yang paling dipercayai selain al-Quran. Ia secara menyeluruh menghuraikan jenayah dan hukuman berasaskan hudud. Adakalanya al-Quran menentukan jenayah hudud tanpa menyatakan hukumannya, maka hukumannya ditentukan menurut hadis oleh para ilmuwan Islam. Antaranya:


  • Rasulullah saw. memotong tangan pencuri dalam (pencurian) sebanyak seperempat dinar ke atas. Aisyah r.a., Sahih Muslim

  • Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. Abu Bakar (pada masa pemerintahannya) juga telah melakukan perkara yang sama, sehingalah pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau telah berbincang dengan para sahabat dan Abdul Rahman bin Auf telah mencadangkan (supaya diperberatkan hukuman kepada 80 sebatan) hudud yang paling ringan iaitu 80 sebatan.Anas bin Malik ra., Sahih Muslim
Hudud adalah salah satu daripada tiga kategori dalam Kanun Jenayah Syariah:
  • Qisas – bermaksud tindakan balas, menurut rukun "mata dibalas mata."
  • Hudud – Hukuman yang sudah ditetapkan oleh al-Quran.
  • Takzir – hukuman yang dilaksanakan atas budi bicara hakim syariah.
Antara kesalahan hudud adalah:
  • Pencurian (as-Sariqahالسرقة)
  • Penyamunan (Haraba, Qat' al-Tariqقطع الطريق), atau lain-lain perbuatan jahat terhadap Daulah Islamiyah
  • Keluar dari agama (Riddahردة or Irtidad, ارتداد), iaitu tindakan meninggalkan Islam untuk memeluk agama lain atau menjadi ateis
  • Zina (Zina’الزنا), merangkumi persetubuhan sebelum nikah, luar nikah dan sejenis (homoseksual)
  • Qazaf, iaitu tuduhan zina palsu (Qadhfالقذف)
  • Minum arak, perjudian dan mempertikai Imam atau menderhakai Islam (Shurb al-Khamr, Maisir, Baghi)
Pembunuhan, pencederaan orang dan pemusnahan harta bukanlah jenayah hudud. Pembunuhan menurut hukum Islam bukanlah jenayah hudud tetapi dilayan seperti pertelingkahan peribadi antara pembunuh dan pewaris mangsa. Pewaris mangsa boleh memilih untuk tidak menuntut apa-apa, menuntut hak untuk mengampuni pembunuh atau menuntut ganti rugi (rujuk Diyat) atau menuntut kematian buat pembunuh (rujuk Qisas). 

Pewaris itu tidak boleh menuntut apa-apa dalam hal yang mana tertuduh "membunuh mangsa dengan munasabah" seperti kes-kes yang mana mangsa bunuh melakukan zina, kufur atau murtad. Jenayah maruah yang mana seorang Muslimah dibunuh oleh sanak-saudara kerana tingkah laku seksualnya mengaibkan maruah keluarganya dilayan sebagai perihal sivil. 

Demikian juga, pencederaan dan pemusnahan harta dikira sebagai pertikaian bukan jenayah sesama pihak.

Tafsiran mengikut mazhab

Terdapat perbezaan kecil antara pandangan-pandangan empat mazhab Sunnah berkenaan pelaksanaaan dan spesifikasi untuk undang-undang ini dalam perihal Baghj (pertikaian atau kritikan terbuka terhadap pihak berkuasa keagamaan seperti Imam). 

Baghj merupakan pencabulan terhadap Surah al-Hujurat ayat 9, dan merupakan kesalahan hudud dalam kesemua aliran hukum Sunnah mahupun Syiah. Bagaimanapun, ia berbeza dengan jenayah hudud yang lain kerana ayatnya menganjurkan supaya yang tertuduh mencabul hukum Islam menerima pembelaan, malah terdapat perbezaan pendapat sesama fiqh akan proses yang diperlukan sebelum menjatuhkan hukumannya. 

Dalam kategori dan kes-kes lain, syariah merupakan hukum tentuan Allah dalam agama Islam yang menetapkan hukuman-hukuman tertentu untuk setiap jenayah, malah tidak sesekali terubah. Hudud merupakan kewajipan yang dituntut oleh Allah menerusi wahyu kepada Muhammad s.a.w. dan tidak boleh dipinda atau dimansuhkan oleh rakyat, hakim mahupun perundangan. 

Sesiapa pun yang sekali didakwa atas jenayah hudud mesti dikejar oleh Daulah, bahkan dakwaan itu tidak boleh ditarik balik, malah tiada pihak berkuasa pun boleh memberikan pengampunan. Pesalah itu mesti dihukum.

Hukuman


Secara ringkas, hukuman-hukumannya termasuklah:

  • Hukuman mati dengan memenggal kepala atau menyalib (untuk murtad, penyamunan dengan membunuh), merejam (untuk zina oleh pesalah yang sudah berkahwin)
  • Potong tangan atau kaki (untuk pencurian dan penyamunan tanpa membunuh)
  • Sebatan, dari 40 ke 100 kali (untuk zina dan mukah, minum arak, perjudian, dan qazaf)
Sila rujuk lagi..
(http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/20e4d85c59904e8a482573a6001a46e8



KELANTAN
ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985
Mengandungi pindaan terkini - En. 4/87


Sekian, sekadar imbasan ringkas. (IH)




LAMPIRAN I

Foto-foto Hukuman Hudud.
Diangkat dari..
https://inijalanku.wordpress.com/parti2/foto2-hukuman-hudud/

Ini video hukuman pancung di Arab Saudi :



Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :

Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz
“Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

 Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” 

(Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)

Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.

Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata.

Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama.

Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.

Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi.

 Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.


Di Nusatara ?


LAMPIRAN II


Bukan Muslim Pun Sokong Hudud May 19, 2015
Boleh baca ayat luahan mereka yang mana rumah mereka dipecah masuk. Tengok! Hanya hukum Islam adalah hukuman yang paling setimpal.

Ayuh sokong hudud!
Diangkat dari Blog Kerabu Bersuara.

(IH)

UMNO Cheras Sokong TPM Lawan Najib Dan Gesa Letak Jawatan? (59)


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dalam keadaan tersepit ekoran dakwaan penyelewengan kewangan berbilion ringgit 1MDB, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.(Gambar) – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mei, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyuarakan sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membenarkan pihak polis menyiasat syarikat sarat hutang itu.


Syed Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dalam keadaan tersepit ekoran dakwaan penyelewengan kewangan berbilion ringgit 1MDB.


"Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana saya juga sangat percaya dengan cara ini sahaja dapat meyakinkan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan memandang serius isu ini," katanya melalui blog Umno bahagian Cheras hari ini. 


Katanya, ia merupakan perkara yang menyedihkan apabila beliau membaca laporan Najib enggan mengambil peduli berhubung gesaan timbalannya.


"Saya turut menyuarakan pendapat yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin sejak beberapa minggu lalu.
"Tidak ada sehari pun berlalu tanpa pemimpin pembangkang atau masyarakat, tidak menyatakan perasaan tidak senang hati dan marah terhadap perdana menteri," katanya.


Pada masa sama, Syed Ali turut menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low turut disiasat pihak polis secepat mungkin. Menurut Syed Ali, meskipun di sebalik penafian Jho Low, bukti-bukti dapat dikenal pasti melalui kertas laporan yang menunjukkan pergerakan kewangan ke dalam syarikat dimilikinya.


Muhyiddin hari ini berkata, video yang tersebar menyatakan beliau memberikan pandangan supaya anggota lembaga pengarah syarikat 1MDB dipecat adalah pandangan beliau dalam satu pertemuan tertutup. Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.


"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno. Itu pandangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham. "Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkaran yang tersebut," katanya, kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini. – 21 Mei, 2015. (TMI)


Bolehkah disifatkan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyuarakan sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiasat dan membenarkan pihak polis menyelidiki syarikat sarat hutang itu sebagai melawan PM Najib?


Melawan Najin pula sama seperti menggesa PM itu segera letak jawatan?

Ini, Seks Oral Di Khalayak Ramai.. Di M'sia Lihat Ini..

Oral-seks


Massachusetts: Seorang wanita tidak tahu malu apabila melakukan aksi oral seks kepada seorang lelaki di sebuah stesen keretapi bawah tanah.

Kejadian itu berlaku sekitar 7.30 malam di stesen State Street.

Aksi mengejutkan tersebut telah dirakam oleh salah seorang penumpang keretapi berkenaan.

Dia kemudiannya menghantar gambar itu kepada Massachusetts Bay Transportation Authority (MBTA) melalui media sosial, mendesak tindakan diambil ke atas individu terbabit.

“Wahai MBTA, saya faham bahawa anda menghadapi masalah kewangan dan sukar untuk mengekalkan sistem yang telah rosak.
“Bagaimanapun duit cukai saya terpaksa digunakan oleh pasukan polis untuk menyiasat kes ini, kerana saya tidak tahan melihat aksi jijik ini,” katanya.

Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan pasangan terbabit dan mereka yang terlibat akan ditangkap.

“Kita tidak akan bertolak ansur dalam kes ini. Sepanjang 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, ini kali pertama saya berdepan dengan kejadian ini,” kata pegawai polis Richard Sullivan./klpost.


Malaysia pun ada, lihat ini pula.


Malaysia pun ada, lihat gambar di bawah ini, baru-baru ini berlaku di Balkoni Bangsar South. Memetik laporan akhbar Guang Ming Daily, tindakan berani pasangan sejoli itu yang beraksi secara terbuka menarik perhatian penduduk sekitar yang menonton termasuk merakam gambar mereka. (IH)


aksi pasangan melampau


Pesta Kartun Hina Nabi, Nak Cari Pasal Lagi!

Festival di Denmark Akan Tampilkan Kartun Nabi Muhammad
Pamela Geller, Penyelenggara Kontes Kartun Nabi Muhammad Di Texas. Haram jadah ini nak hina Nabi orang Islam lagi, seolah-orang isytihar perang hina Nabi dengan pecinta-pecinta Islam.


SEBUAH festival politik kontroversial diumumkan dan akan diadakan di Denmark bulan depan. Dalam kegiatan di Pulau Bornholm itu akan ditampilkan lukisan Nabi Muhammad. Termasuk karikatur Nabi Muhammad seperti yang ditampilkan di Texas, Amerika Syarikat AS), bulan lalu.


Dikutip dari The Local, Khamis 21 Mei 2015, festival yang diumumkan dalam acara tahunanThe People's Meeting (Folkemødet) itu juga mengundang tokoh kontroversial, Geert Wilders. ahli politik Belanda  yang memang dikenal sebagai penentang Islam.


Tak hanya Wilders. Partai Sayap Kanan Denmark, Danskernes Parti, mengundang kelompok Nasionalis Eropah. Rencana Danskernes Parti itu sudah disetujui oleh penyelenggara The People's Meeting. Kelompok penentang Islam di Denmark, SIAD, menyatakan akan hadir dalam festival itu.


Seolah tidak serik dengan peristiwa pertumpahan darah yang terjadi sebelumnya, mereka menyatakan akan membawa gambar Nabi Muhammad dalam festival tersebut. Alasan mereka tetap sama dengan yang sudah-sudah. Yaitu kebebasan, kononnya.


"Kami melakukan ini untuk kebebasan bersuara yang terancam oleh para ahli jihad dan kerana anda tidak ada darjat kebebasan bersuara," kata ketua SIAD, Anders Gravers Pedersen.


Awal bulan ini, pameran karikatur Nabi Muhammad di Texas telah berujung pertumpahan darah. Dua lelaki bersenjata menyerang tempat pelaksanaan kontes yang diorganisir blogger Pamela Geller itu.


Peristiwa itu belum hilang dari ingatan, tiba-tiba kegiatan serupa kembali akan dilaksanakan. Mereka nak cari pasal lagi, dengan menceroboh agama orang lain. Kali ini di Denmark pula yang rencananya akan berlangsung pada 11-15 Jun ini. Biadap! (IH)


Lihat  sebelum ini..-
Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..



M/Tergempar MT UMNO Susul Pendirian Keras TPM Pada PM? -Zainuddin Maidin (58)




LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

UMNO harus memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) susul pendirian keras Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan semua anggota lembaga 1MDB dipecat.



Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata kenyataan itu menimbulkan keraguan pemimpin dan anggota Umno terhadap ikrar taat setianya kepada presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak


“Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan Umno dan kerajaan,” katanya.



Ketika Najib membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen hari ini, sebuah video dimuat naik di Internet yang memaparkan ucapan Muhyiddin yang mahu semua lembaga pengarah 1MDB dipecat.



Beliau kemudian menjelaskan perkara itu cuma pandangannya dan bukan perkara baru.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan kepada Najib memandang 1MDB lahir hasil cetusan ilhamnya.



Dalam kenyataannya hari ini, Zainuddin (atas, bertali leher) berkata Muhyiddin mempamerkan dirinya sebaris dengan Mahathir yang tidak mahu menunggu hasil siasatan rasmi terhadap syarikat pelaburan negara itu.



'Pelampau' rampas kuasa 1969



Zainuddin juga berkata Umno juga harus membincangkan sama ada Muhyiddin harus dipecat daripada MT seperti nasib yang menimpa Mahathir pada 1969.



Katanya, Mahathir ketika itu dipecat setelah presiden Umno ketika itu Tunku Abdul Rahman (bawah, kanan) mendakwa ada pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.



“Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan Umno jika salah seorang iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur,” katanya.






Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat bahawa beliau mendapat sokongan daripada dalam parti.



“Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Mahathir,1MDB, krisis politik dan ekonomi sekarang,” katanya lagi.



Zainuddin juga berkata pendirian Muhyiddin itu juga tidak boleh diperkecil kerana beliau juga mempunyai pengaruh kuat dalam parti dan telah menimbulkan kegemparan, malah mengggoncang keyakinan dalam Umno dan di kalangan rakyat.



“Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga pilihan raya umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan Umno,” katanya. (MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails