Saturday, May 30, 2015

Satu Kampung Masuk Islam, Di Filipina.. Isa AS Juga Utusan Allah.

 
SUATU kampung di Hagonoy, Filipina,  telah  mengikrarkan syahadat memeluk agama Islam(24/5). Perarakan syahadat tersebut dipimpin oleh Ustaz Mohammed Yousef Pamintuan dari Komuniti Mualaf Dakwah Simposium, Hagonoy.
 
Dalam video yang dimuat naik video itu, seperti yang dilaporkan oleh akaun facebook Mualaf.com (27/5), perarakan syahadat diikuti warganya. Secara beransur-ansur, rakyat mengikuti apa yang diucapkan ustaz Mohammed. Pada akhir syahadat, Ustaz Mohammed membimbing pula ikrar pengakuan bahawa Nabi Isa AS itu juga utusan Allah.
 
Menurut keterangan mualaf.com, Komuniti Mualaf Da'wah Symposium ini dianggotai oleh ramai mantan pendeta dan mubaligh. Mereka sebelumnya mengadakan dialog terbuka yang membukakan pintu hidayah satu kampong tersebut.
 
Al-hamdulillah.  (IH/SU)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Ahmad Awang Diserang, Sebagai 'budak suruhan DAP'..


Seminggu sebelum pemilihan PAS, kumpulan pendukung status quo dalam parti itu mula menyerang keras pencabar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki (bawah) hari ini memberi amaran jika berlaku perubahan kepimpinan utama, parti itu pasti akan menjadi “budak suruhan DAP”.

“Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung kepimpinan ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi 'budak suruhan DAP' dalam Pakatan Rakyat,” kata Zuhdi.

Beliau juga mendakwa calon presiden Ahmad Awang mengetuai “kumpulan yang lunak dengan DAP” di samping “blok kepimpinan ulama” yang mendukung Hadi.

NGO lantang digerakkan ahli PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), turut dispekulasi terlibat dalam sebuah “rancangan besar” untuk mempengaruhi keputusan pemilihan parti itu kali ini.

Hadi yang mewarisi kerusi presiden daripada presiden sebelumnya Datuk Fadzil Noor buat pertama kali dicabar dalam 13 tahun pentadbirannya.

Walaupun suara tidak puas hati terhadap anggota Parlimen Marang itu mula kedengaran sejak timbul idea kerajaan perpaduan beberapa tahun lalu, tiada calon dilihat layak mencabarnya sebagai pemimpin parti yang terlalu sinonim dengan idea kepimpinan ulama.

Justeru, Ahmad, bekas naib presiden dan presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), dilihat calon terbaik mencabar Hadi walaupun tugas digalasnya dilihat amat sukar.

Sementara itu, Zuhdi juga hari ini terus menuding jari terhadap PasMa yang dipimpin oleh bekas exco kerajaan kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Jenama baru kumpulan 1998

Zuhdi mendakwa PasMa sebagai “jenama baru” terhadap kumpulan yang mahu membawa wajah baru dan progresif PAS, yang didakwa wujud sejak tahun reformasi 1998.

“Kemunculan PasMa semasa pelancarannya di Pustaka Zahra, Kota Bharu, tahun lalu hanyalah kemunculan satu pertiga daripada kumpulan ini, manakala dua pertiga lagi masih tersembunyi.

Dengan erti kata lain, PasMa ini seumpama bongkah ais, yang muncul di permukaan air hanyalah satu pertiga, sedangkan dua pertiga lagi tenggelam di bawah air.

“Bagaimanapun, menjelang muktamar PAS yang bermula minggu hadapan, dua pertiga yang tenggelam itu mulai muncul,” katanya.

Zuhdi mendakwa PasMa menjadi pihak di belakang Ahmad.

Malah, katanya lagi, terdapat tokoh kumpulan itu mengiringi beliau sewaktu menyerahkan jawapan kesediaannya bertanding jawatan Presiden PAS baru-baru ini.

Zuhdi mendakwa program Ahmad banyak dianjurkan oleh anggota PasMa atau yang “mesra PasMa”.

“PasMa dalam muktamar kali ini, dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan,” dakwanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Ahmad dan PasMa berhubung dakwaan itu. (MK)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya? 

Kumpulan Biadap Anti Islam Hina Nabi, Berang Lagi..




WASHINGTON – Penyertaan yang memenangi pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad tidak dibenar dipaparkan pada papan iklan sistem pengangkutan awam di ibu kota Amerika Syarikat (AS), Washington, kata beberapa pegawai kelmarin sekali gus mencetuskan kemarahan penganjur pertandingan biadab itu.
Kartun itu merupakan sebahagian pertandingan yang mencetuskan serangan di Texas pada bulan lalu apabila dua lelaki Islam bersenjatakan raifal melepaskan tembakan ke arah para pesertanya sebelum mereka ditembak mati oleh seorang polis trafik.
Pertandingan biadab itu diadakan oleh sebuah kumpulan anti-Islam yang diasaskan oleh Pamela Geller (gambar). Dia berang berhubung keputusan pihak berkuasa melarang penyiaran kartun itu di ibu negara AS.
“Keputusan ini menandakan tiada lagi kebebasan bersuara di AS,” katanya.
Keputusan melarang penyiaran kartun tersebut dibuat oleh Pihak Berkuasa Transit Metropolitan Washington (WMATA), lapor akhbar Washington Post.
“Si pengecut (WMATA) boleh mendakwa tindakan tersebut bagi melindungi keselamatan orang ramai tetapi saya menyatakan sebaliknya. Mereka (WMATA) menjadikannya lebih berbahaya kepada rakyat AS di mana sahaja,” kata Geller.
Geller merupakan Presiden Pertubuhan Inisiatif Pertahanan Kebebasan Amerika yang disenaraikan sebagai kumpulan anti-Islam oleh badan pemerhati hak awam AS, Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. – AFP

Lihat..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah.. 

Si Model Separuh Bogel, Sepatutnya Diiarah Ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Antara klip video menunjukkan Shana Avril membuang coli dipakainya semasa bergaduh di sebuah kedai makan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 23 April lalu.
KUALA LUMPUR – Model separuh bogel, Shana Avril yang didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam pada April lalu diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam untuk menjalani penilaian mental selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.
Majistret Nur’Aminahtul Mardhiah Md. Nor meme­rintahkan wanita itu untuk mendaftar di hospital tersebut bermula semalam atau waran tangkap akan dikeluarkan sekiranya dia gagal berbuat demikian.
Nur’Aminahtul: Untuk penilaian tahap kesihatan mental kamu ini, kamu perlu ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama sebulan bermula hari ini juga.
Shana Avril: Yang arif, saya minta dua hari untuk kemaskan barang-barang sebelum ke sana boleh?
Nur’Aminahtul: Tidak boleh. Habis prosiding ini, kamu balik kemas barang dan terus ke sana. Saya akan menelefon pihak hospital, jika tidak ada sebarang pendaftaran masuk hari ini (semalam), saya akan mengeluarkan waran tangkap jika sehingga pukul 12 tengah hari tertuduh tidak hadir.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya banyak lagi model separuh lucah dikategorikan untuk 'dihantar ke Tanjung Rambutan' walaupun secara rasmi mereka beraksi di pentas atau media umum. (IH)

300 Hari Jalan Kaki Menuju Mekah, Bantu Adiknya Pengidap Kanser.

Perjalanan ini dia lakukan untuk membantu adiknya yang terkena kanser payudara.

Makkah: Seorang Muslim Austria berdarah Iraq-Jerman, bernama Thair Abud telah berjalan kaki dari Jerman ke Mekah selama 300 hari. Perjalanannya melalui 12 negara dan 12,000 kilometer.

Perjalanannya bertujuan untuk menunaikan permintaan adiknya dan membantu adiknya yang mengidap penyakit kanser. Thair tiba di Jeddah pada 17 Mei 2015. Tiba di Jeddah awal hari, Thair meneruskan perjalanan melewati jalan utama menuju Kota Suci Mekah.

Sesampai di sana, Thair menempah bilik untuk menginap di Anjum Hotel, yang dimiliki dan dikendalikan Abdul Latif Jameel Real Estate Invesment Company. Penglamannya disepanjang perjalanan, Thair dialu-alukan oleh ramai orang-orang yang menemaninya berjalan.

Abdul Latif Jameel Real Estate Invesment Company Yousef Jameel memuji usaha pejalan kaki ini hanya untuk memenuhi janjinya kepada adiknya.
Setiba di Mekah, Thair kemudian menjalankan ibadah umrah. Dia lalu bertemu dengan pegawai-pegawai senior hotel yang telah membantu dan memberinya sejumlah kemudahan selama perjalanan.

"Selesainya perjalanan Thair menunjukkan kekuatan spirit manusia dan bagaimana anda boleh meraih tujuan melalui fikiran dan hati," kata Jameel, dikutip dari saudigazette.com, Jumaat, 29 Mei 2015.
"Kami ucapkan selamat kepada Thair yang sudah tiba di Kota Suci Mekah dan mungkin ini boleh menjadi perjalanan yang memberi inspirasi bagi semua orang," lanjut beliau.

Dilahirkan dari ayah warga Iraq dan ibu warga Jerman, Thair memulakan perjalanannya dari Austria ke Santiago, Sepanyol. Perjalanan ini dia dedikasikan sebagai amal untuk membantu adiknya yang menghidap kanser payudara.



Bagaimana dia dapat membantu adiknya yang sedang sakit?

Selepas janji melakukan perjalanan ini terbayar, adiknya terus memantau perjalanannya dengan melupakan rasa sakit yang dideritanya. Thair kemudian menawarkan kepada adiknya, untuk terus berjalan menyusuri jalanan Kota Mekah dengan syarat adiknya terus bersedia menyambut kesembuhan.

Thair mengabadikan perjalanannya dalam blognya dengan tajuk 'Saat di Jalan Hari Ini', mulai dari Graz, Austria pada 25 Julai 2014.

Dia menyusuri laluan ziarah kuno dari Austria ke Mekah melintasi Eropah serta dari masjid ke masjid. Sepanjang perjalanannya, dia bertemu dengan ramai orang asing yang membantunya ketika tersesat.

Thair berjalan dengan kelajuan rata-rata 4 Km/jam sambil menggendong bawaan seberat 14 kilogram di belakangnya setiap hari.  Thair sampai berganti kasut sebanyak enam pasang.

Pada posting terbarunya di blog, dia mengakui perjalanan ziarahnya berjaya berkat bantuan dan sokongan dari ramai orang. Al-hamdulillah! (IH).

Friday, May 29, 2015

UMNO & Hudud, Komen Ahmad Awang (Pemikiran Calon Presiden PAS -5)



Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.
Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.
 
"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider
 
Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.
Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.
"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.
"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa,” katanya.
 
Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.
"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.
 
"Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.
"Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak. 
 
Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.
Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.
Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR.
Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.
 
"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.
 
Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.
Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.
Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.
 
"Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.
"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.
 
Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.
 
"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.
 
Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.
 
"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya.
 
Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.
Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan. – 29 Mei, 2015
Lihat sebelum ini..

Lamar Anak Hillary Clinton Pun Mas Kahwinnya 40 Kambing 20 Lembu.


SEBELUM seorang warga Kenya berhasrat meminang anak perempuan Presiden Barack Obama dengan menawarkan mas kahwin berupa haiwan ternakan seperti dilaporkan, ini seorang jurnalis di Kenya bernama Godwin Chepkurgor (gambar di atas) menawarkan mas kahwin berupa 40 kambing dan 20 lembu.

Tawaranya pada mantan Menteri Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) Hillary Rodham Clinton. Tujuannya agar dapat kberkawin dengan anak Hillary, bernama Chelsea. Lelaki ini menyiapkan mas kahwin 40 kambing dan 20 lembu buat anak Hillary Clinton.

Dalam tradisi Afrika binatang ternak merupakan mas kawin paling hebat. Pada tahun 2000 lalu, seorang Chepkurgor menyampaikan keinginan untuk menikahi puteri Hillary melalui surat.



Sambil menahan tawa isteri dari mantan Presiden Bill Clinton ini mengatakan di sebuah televisyen sangat menghargai kebaikan Chepkurgor, namun keputusan menerima lamaran itu tetap ada di tangan Chelsea.

Tetapi malangnya, setelah tiga bulan berlalu, rupanya Chepkurgor, menemui ajal sebab diserang gajah. Dan suratnya pun tidak pernah dibalas Hillary. (IH)

Insya Allah, bersambung kisah siri mas kahwin yang menggelikan..

Lihat sebelum ini..

PM Najib Jatuh? Tapi, Menurut Kadir Jasin: Pertahan Dengan 6 Perkara Ini.. (64)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


 
6 petua untuk Najib kekal kuasa

Walaupun pelbagai asakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan akan berkhidmat setelah tamat tempoh.

Bagaimanapun, persoalannya dapatkan beliau bertahan hingga ke akhir?

Tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin ada resipinya, seperti berikut:

  1. Rombakan kabinet harus dilakukan dengan mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
     
  2. Lantik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan meletakkan Kementerian Kewangan bawah sepupunya Datuk Seri  Hishammuddin Hussein yang kini mengawal Kementerian Pertahanan. Zahid juga boleh diberi portfolio kementerian  Hishammuddin sekarang.
     
  3. Ambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.
     
  4. Upah penulis surat layang “berwibawa: untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya. Ini, kata Kadir, boleh ditukar dengan ganjaran beberapa hari keluar penjara.
     
  5. Gantikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizan Harun.
     
  6. Hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya.

Menulis dalam blognya hari ini, Kadir berkata Najib mesti bertindak sekarang susulan pendedahan bahawa simpanan 1MDB di Singapura bukan dalam bentuk tunai seperti dijelaskan awal dalam jawapan bertulis parlimen.

Katanya, pindaan jawapan itu, kepada simpanan dalam bentuk “unit” boleh menyebabkan prosiding ala pemakzulan (penyingkiran) terhadapnya dibuat.

“Ingat pemakzulan terhadap presiden Indonesia  Abdurrahman Wahid pada 2001? Tetapi bawah undang-undang kita, tiada peruntukan pemakzulan oleh Parlimen.

“Dewan bagaimanapun boleh meluluskan usul tidak percaya,” katanya. (MK)
 

Thursday, May 28, 2015

Sokong Cadangan Potong Tangan Kepada Perasuah Dilaksanakan Di Aceh.

Memperingati hari Anti Korupsi, Puluhan Aktivis yang tergabung dalam Gerakan Pemuda Anti Korupsi (gepak) menggelar aksi di sekitar Bulatan Hotel Indonesia, Menteng, Jakarta Pusat, Minggu (8/12/2013). Para aktivis meminta tanda tangan masyarakat yang lagi menikmati hari bebas kendraan untuk menantangani sepanduk yang bertulis Hukum Mati Koruptor (Warta Bandar / Henry Lopulalan)

Jakarta: Majelis Permusyawaratan Ulama menyokong cadangan 50 tokoh Aceh untuk dilaksanakan 'uqubat' (hukuman) potong tangan terhadap perasuah. atau koruptor. Ganjaran itu bakal dilaksanakan di Provinsi Aceh guna memberantas munculnya pelaku rasuah baru di Indonesia.
 
"Kita sangat menyokong koruptor dipotong tangan kerana ia selaras dengan perintah Islam murni. Di Aceh hanya tinggal disusun qanun untuk mengukuhkan peraturan, sehingga dengan adanya kekhususan kita miliki, saya yakin ini boleh berjalan," kata Ketua MPU Aceh Barat, Ustad H Abdurrani, di Meulaboh , seperti dilapor dari antara, Khamis (28/5).

Tokoh Aceh berasal dari ahli akademik guru besar perguruan tinggi, NGO, DPD-RI, TNI, Polri dan pelbagai pihak lain sudah membuat sokongan secara langsung dihimpun Lembaga Perundingan dan Mediasi Bersama (LKMB) 2015, tentang penerapan uqubat jenayah potong tangan dalam Qanun Syariat Islam.

Abdurrani menyatakan tepat bila dalam penyusunan qanun syariat Islam jenayah potong tangan bagi perasuah dimasukkan. Menurut dia, hal itu demi tegaknya syariat Islam di Aceh, dan mensinergikan dengan undang-undang jenayah potong tangan bagi koruptor.

"Berbicara potong tangan dalam Islam sudah jelas, seorang pencuri yang mencuri harta dengan jumlah yang sudah ditentukan. Tapi mungkin selama ini kita ada pertimbangan lain," ujar Abdurrani.

Abdurrani berharap, hukum potong tangan itu boleh diterima pakai kerajaan Indonesia buat membanteras rasuah yang dinyatakan sebagai kejahatan luar biasa.


Sementara itu di Kuala Lumpur Malaysia, PKBAM atau Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM) juga menyokong  cadangan 50 tokoh Aceh untuk dilaksanakan 'uqubat' (hukuman) potong tangan terhadap perasuah. atau koruptor seperti yang disebutkan.

"Saya sangat sokong perasuah dipotong tangan, kerana ia sesuai dengan agama Islam. Dan sejarah Aceh sendiri telah membuktikan perundangan tersebut telah dilaksanakan di Negara Aceh," kata Pengerusi PKBAM, Tgk Mansur Din (gambar).

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia 

Hantaran Kahwin Anak Obama 70 Biri-biri, 50 Lembu, 30 Kambing.

SEORANG warga Kenya berhasrat meminang anak perempuan Presiden Barack Obama dengan menawarkan mas kahwin berupa haiwan ternakan, lapor sebuah akhbar di negara itu.

Lelaki itu, Felix Kiprono (gambar atas kiri), yang juga seorang peguam, menawarkan 70 ekor biri-biri, 50 ekor lembu  dan 30 ekor kambing sebagai hantaran mengahwini anak sulung presiden Amerika Syarikat itu, Malia (kanan).

“Saya menaruh hati kepadanya sejak 2008,” kata Kiprono dalam satu wawancara dengan akhbar The Nairobian.

Obama ketika itu bertanding merebut jawatan presiden dan anak perempuannya itu pada masa itu berumur 10 tahun. Malia kini berumur 16 tahun.

“Saya malah tidak pernah keluar dengan sesiapa sejak itu dan berjanji akan setia kepadanya. Saya sudah kongsikan hasrat hati ini dengan keluarga saya dan mereka sedia membantu saya mengumpulkan maharnya,” kata peguam itu.

Kiprono bercadang memaklumkan isi hatinya itu kepada Obama apabila presiden Amerika itu melakukan lawatan rasmi ke Kenya pada Julai ini.

Ini adalah lawatan pertama Obama ke negara asal ayahnya sejak beliau jadi presiden. Ahli keluarga Obama termasuk neneknya yang sekarang berumur dalam lingkungan 90 tahun masih ada di Kogelo, sebuah bandar di barat Kenya.

Menurut Kiprono, beliau akan menulis surat kepada Obama meminta agar Malia ikut sama dalam lawatan tersebut.

“Saya harap pihak kedutaan (Amerika) akan menyampaikan surat itu,” katanya.

Kiprono menafikan dakwaan bahawa beliau mahu mengambil kesempatan atas harta keluarga Obama dan mengatakan beliau melakukan semua ini kerana “cinta sejati”.

Peguam itu juga membayangkan kalau pinangannya diterima, mereka akan hidup sederhana dan beliau akan mengasuh Malia untuk jadi seperti wanita suku Kalenjin tradisional yang lain – memerah susu lembu dan memasak makanan tradisi. -- Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails