Friday, June 05, 2015

Ini Pimpinan Baru PAS, Mat Sabu Terkeluar..

Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden PAS apabila dikalahkan calon konservatif, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu hanya mendapat 279 undi berbanding Tuan Ibrahim, 881 undi.
1,161 kertas undi dibuang dan perwakilan PAS hari ini memilih 3 nama berikut sebagai naib presiden: Idris Ahmad (896 undi), Datuk
Mohd Amar Nik Abdullah (710 undi), dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi).

Dalam jawatankuasa pusat PAS, hampir semua yang terpilih merupakan mereka yang dilihat menyokong kepimpinan ulama.

Di antaranya adalah Nasrudin Hassan, Mokhtar Senik, Nik Zawawi Salleh and Khairul Aman Razali, yang merupakan ahli Dewan Ulama dan memperolehi lebih 500 undi.
Sementara, mereka yang dilihat kritikal terhadap presiden PAS dan pro-Pakatan Rakyat seperti Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad masing-masing mendapat sekitar 300 undi dan gagal merebut satu pun dari 18 tempat yang direbut.
Senarai lengkap 18 orang ahli jawatankuasa PAS Pusat yang baru dipilih adalah seperti berikut:
1. Nasruddin Hassan;
2. Riduan Mohamad Nor;
3. Datuk Mohd Nasruddin Daud;
4. Sallehen Mukhyi;
5. Nik Zawawi Salleh;
6. Mohd Khairuddin Aman Razali;
7. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan;
8. Datuk Abdullah Hussin;
9. Razman Zakaria;
10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki;
11. Mokhtar Senik;
12. Zaharudin Muhammad;
13. Dr Ali Akbar Gulasan;
14. Mazlan Aliman;
15. Dr Rosni Adam;
16. Mohd Noor Mohamad;
17. Muhamad Sanusi Md Nor;
18. Nor Azli Musa . – 4 Jun, 2015. (TMI)

Apa Kata Ahmad Awang Selepas Dikalahkan?


Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut. Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.
"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.
"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS. Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun. Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi  233 undi. (IH)

Ada Ancaman Fizikal Dalam Muktamar PAS? -GERAMM


Kumpulan wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM) membantah keras ancaman terhadap seorang wartawan portal berita dalam muktamar Pemuda PAS di Shah Alam semalam.

Menurut GERAMM, tindakan akibat tidak puas hati terhadap laporan didakwa manipulasi itu, boleh dinyatakan dalam bentuk lain termasuk pemberitahuan langsung kepada agensi berkaitan.

“Pemuda PAS juga boleh menggunakan saluran perundangan jika berasakan sesebuah berita itu berunsur fitnah.
“GERAMM membantah keras ancaman untuk mengasari wartawan dalam apa jua cara bentuk fizikal,” kata perkumpulan longgar wartawan itu.

The Malaysian Insider (TMI) melaporkan bahawa wartawannya Mohd Farhan Darwis tegang selepas Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abdul Halim mempertikaikan laporannya. Laporan dipertikaikan itu berjudul “Jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh, kata perwakilan Pemuda PAS".

Syarhan dilapor membaca nama wartawan itu serta perenggan pertama berita menyebabkan pemerhati di Dewan Banquet Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) mula memandang ke arah media.

Mereka kemudian dilapor melaungkan perkataan "Tarik balik” dan “boikot" kerana mendakwa kenyataan itu dimanipulasi. Farhan mempertahankan laporan itu.

Laporan dipertikaikan itu antaranya menyebut perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berkata, parti Islam itu tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka melakukannya. TMI juga melaporkan Syakirin sebagai berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah.

Amy Search Sokong Dr M, Ada Kesankah Kepada Perletakan Jawatan Najib? (70)

Amy Search
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?


Ucapan yang pernah dimuatkan pada kulit cakera padat sebuah album Rock and Roll Pie pada 1996 sebagai tanda penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar Instagram, 4 Jun, 2015.

HALAMAN HIBURAN
Selepas Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan, penyanyi rock nombor satu tanah air Suhaimi Abdul Rahman yang lebih terkenal dengan gelaran Amy Search pula menyatakan sokongan terbukanya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir kini yang "berperang" secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan beliau bersendirian dalam menyatakan kebenaran.
Dua hari lalu, Amy menyiarkan ucapan yang pernah dimuatkan pada kulit cakera padat sebuah albumnya pada 1996 dalam akaun Instagramnya "akuamysearch".
Album Rock and Roll Pie itu memuatkan sebuah lagu berjudul “Satu Bangsa Satu Arah” sebagai tanda penghormatan kepada Dr Mahathir yang bagi mereka mencipta kemajuan dan kecemerlangan negara.
“Lagu Satu Bangsa Satu Arah dicipta khas oleh kami (Search) sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin tercinta lagi dikagumi, juga perdana menteri Malaysia,” tulis Amy.
Amy turut menyeru orang-orang Melayu agar meneladani peranan Dr Mahathir dalam membangunkan dan memajukan negara.
Dr Mahathir akhir-akhir ini semakin konsisten mendesak Najib berundur kerana pelbagai skandal termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun, Najib terus mempertahankan dirinya termasuk menjelajah di seluruh negara bagi membuktikan sokongan.
Hari ini Najib berkata di Sarawak dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor kini sudah dapat tidur lena kerana sokongan diberikan negeri itu. – 4 Jun, 2015
Amy Search  sokong Dr Mahathir, Ada kesankah kepada perletakan Jawatan Najib?
 

A/Hadi Menang, Mat Sabu Tewas. Grup Pro Ulama Perentah PAS?


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan presiden PAS bagi penggal 2015-2017. Abdul Hadi memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat 233 undi.

Bagaimanapun, Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden. Beliau ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 881 undi. Mohamad hanya mendapat mendapat 279 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi. Sebaik sahaja nama A Hadi diumumkan, kira-kira seratus penyokong, pemerhati dan perwakilan melaungkan takbir.

Sebanyak 1,162 kertas undi dikeluarkan dan bilangan kertas undi yang berada dalam peti undi sebanyak 1,161. Sebanyak satu kertas undi tidak dikembalikan dan tiada undi rosak. Keputusan itu menunjukkan kira-kira 70 peratus perwakilan mengundi mengekalkan Hadi sebagai presiden parti, dan memilih Tuan Ibrahim sebagai timbalan Hadi.

Keputusan bagi jawatan lain belum diumumkan. Kemenangan itu amat bermakna kerana ini kejayaan sulung Hadi di peti undi setelah mengambil alih kerusi itu daripada allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 2002. Dalam 13 tahun menjadi presiden, A Hadi tidak pernah dicabar sehinggalah Ahmad, bekas naib presiden dan presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), tampil memecahkan tradisi itu tahun ini.

Hadi juga mungkin mencipta rekod sebagai presiden PAS paling lama dalam sejarahnya apabila dipilih berkhidmat untuk dua tahun lagi. Sebelum ini, daripada lapan presiden PAS, belum ada yang berkhidmat melebihi 13 tahun.

Kemenangan A Hadi itu dilihat bakal memberi kesan besar kepada hala tuju PAS ketika komitmen beliau kepada Pakatan Rakyat mula dipertikai. DAP sendiri sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi. Antara isu yang sentiasa menjadi duri dalam daging hubungan parti Islam dan DAP, sebuah parti sekular, tentunya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

DAP sudah beberapa kali menyatakan kebimbangan riwayat Pakatan mungkin berakhir minggu ini, dipercayai merujuk kepada keputusan hari ini yang sudah dijangkakan olehpenganalisis lebih awal.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: A/Hadi menang, Mat Sabu tewas. Dikatakan grup pro ulama atau ulama perentah dan kuasai PAS. Sebelum ini pimpinn Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat semalam juga dikatakan dikuasai oleh golongan pro ulamak. Grup professional kini kalah teruk?

Kalau benar cerita ada dua grup dalam PAS, atau berlaku pertembungan atara dua grup, maka amat malanglah parti Islam itu. Atau itu adalah satu saringan tarbiah kepada PAS untuk mengkualitikan perjuangannya. Waallahu 'aklam.

Thursday, June 04, 2015

Wanita Ini Bercumbuan, Belakangi Jiran, Akhirnya Masuk Penjara..

Kelewat Berisik Saat Berhubungan Intim, Wanita Ini Dipenjara
 
SIAPA yang tidak marah, risih dan sebal bila pagi-pagi buta atau subuh yang tenang tetapi terdengar suara bising dan gaduh-gaduh?  Biasanya semua orang macam itu. Lebih-lebih lagi, jika suara bising tersebut datang dari seseorang yang sedang melakukan hubungan intim dan bercumbu-cumbuan, dengan kekasihnya pula.
 
Dilapor dari laman Dailymail.co.uk, seorang wanita 23 tahun bernama Gemma Wale dari Birmigham, Bangsa Inggeris terpaksa berlapang dada untuk menerima hukuman penjara selama dua minggu kerana telah dianggap mengganggu dan merosakkan ketenangan tetangganya.
 
Gemma dilaporkan jirannya yang merasa terganggu kerana Gemma sering kali berteriak kuat dan terlalu bising ketika berhubungan intim di rumahnya.
 
Kerana jiranpun ada haknya.
 
Lihat hak jiran dalam Islam..
 
Takrif jiran membawa maksud orang yang tinggal berdekatan dengan kita sama ada di sebelah, depan,mahupun di belakang rumah kita. Apabila kita tinggal berjiran dengan orang lain, kita seharusnya menanamkan semangat berjiran itu bukanlah sebaliknya. Antara adab-adab berjiran adalah:-
 
1) Menghormati jiran dan berbuat baik kepada mereka. Biarpun jiran kita itu adalah bukan Islam, kita masih dituntut supaya menjaga perhubungan kita dengan mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.
  • “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.”
Dan di dalam riwayat lain disebutkan,
  • “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية ) 
2) Sekiranya mereka pergi atau meninggalkan rumah mereka, peliharalah harta mereka daripada orang-orang yang berbuat jahat contohnya orang yang nak mencuri, simbah minyak ke atau merompak. Sebab, sekiranya kita tak nak bantu mereka dan berlaku sesuatu kepada rumah mereka, tak kan la kita tak kasihankan mereka.
 
Cuba kita fikir, perjalanan hidup kita ini segalanya di atur oleh Yang Maha Kuasa. Kalau suatu hari nanti kita akan lalui perkara yang sama, tak mustahil mereka pun akan balas apa yang kita dah kita lakukan.  
 
3) Hidup berjiran mestilah berbaik-baik. Janganlah menimbulkan masalah yang boleh mengganggu jiran contohnya buat bising tengah malam ke, membuang sisa makanan ke rumah mereka atau mengambil tanaman mereka tanpa izin. Islam tidak menggalakkan umatnya berbalah malah menuntut supaya kita bermualah dengan baik.
 
Rasulullah bersabda:
  • “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi ditanya, “Siapa wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” ( متفق عليه )
4) Bersedekah lah sesama kamu. Misalnya, di bulan Ramadhan. Kita sesama jiran bertukar2 makanan. Sama-sama mendapat pahala dari Allah s.w.t. Rasulullha s.a.w. bersabda:
  • “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyaklah airnya dan berilah tetanggamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
5) Apabila kita hidup berjiran, kita bersukacita dengan kebahagiaan mereka, dan apabila mereka dalam kesusahan, kita juga berdukacita aknnya. Lawat dan jenguklah mereka jika mereka sakit.
 
6) Ikhlas dalam diri sangat penting. Begitu juga apabila dalam melakukan perhubungan sesama manusia. Ikhlaslah dalam segala apa yang kita lakukan. Misalnya, tolong-menolong antara kamu dengan ikhlas tanpa meminta balasan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
  • “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa.” (Al-Maidah:2)
7) Sekiranya kita tidak senang dengan tingkah laku jiran kita, maka bersabarlah. Sesungguhnya Allah amat sukakan orang yang bersabar. Rasulullah pernah bersabda:
  • “Ada tiga kelompok manusia yang dicintai Allah..disebutkan di antaranya ialah seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hingga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani)
Begitu kira-kira, sekadar pesan-memesan. Sekian. (IH)

3 Keluar Mesyuarat Kabinet, Spekulasi Perselisihan Menteri-menteri? (69)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Laporan: 3 menteri keluar mesyuarat cabinet, mukaddimah ke arah kaitan perletakan jawatan PM?

Ketika timbul spekulasi terdapat perselisihan menteri-menteri berhubung pengendalian 1MDB,  tiga anggota kabinet dilapor keluar daripada mesyuarat kabinet hari ini.

Memetik sumber, China Press melaporkan bahawa mereka ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Shabery Cheek dan  Khairy Jamaluddin. Harian itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan bilik mesyuarat selepas mesyuarat tamat.

Sumber itu berkata, biasanya menteri kabinet akan tinggal sebentar untuk berbincang lanjut berhubung keputusan kabinet. Daripada empat menteri itu Shafie, Khairy dan Muhyiddin dikatakan menuntut ketelusan dalam isu 1MDB.

Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau keluar awal kerana mempunyai penerbangan ke Kemboja.

“Cubaan yang bagus,” tulisnya di Twitter sebagai reaksi terhadap laporan itu.

Cubaan yang bagus,” tulisnya di Twitter sebagai reaksi terhadap laporan itu. (IH/MK)

3 Pimpiinan Utama Muslimat Bertukar.

Ketua Muslimat PAS Pusat yang baru dipilih, Nuridah Salleh (tengah) daripada kumpulan konservatif menewaskan penyandang jawatan berkenaan Siti Zailah Mohd Yusoff pada pemilihan PAS hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Jun, 2015.
Tiga penyandang bagi jawatan ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff, timbalan ketua Dr Siti Mariah Mahmud dan naib ketua Mumtaz Md Nawi gagal mempertahankan jawatan masing-masing.

Dalam pemilihan bagi dewan tersebut kali ini, Siti Zailah tewas kepada ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Saleh.

Siti Zailah (gambar) gagal mempertahankan jawatannya apabila memperolehi 329 undi, manakala Nuridah mendapat 359 undi.

Nuridah pernah menerajui Dewan Muslimat pada 2007 sebelum tewas kepada Siti Zailah empat tahun kemudian.

Manakala Dr Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja, gagal mempertahan jawatan timbalan ketua Muslimat apabila tewas kepada pencabarnya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam.

Dr Rosni menang besar dengan mendapat 414 undi manakala Siti Mariah memperolehi 274 undi. Jawatan naib ketua Muslimat pula dimenangi oleh Salamiah Mohd Noor. Salamiah mendapat 358 undi, manakala Mumtaz memperolehi 350 undi.

Manakala 12 ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS yang diumumkan menang ialah:

1.  Dr Che Faridah Ismail,
2. Dr Halimah Ali
3. Hamidah Wan Daud
4. Normala Sudirman
5. Siti Murshidah Ramly
6. Kartini Ahmad
7. Dr Uyun Abd Malek
8. Dr Uzaimah Ibrahim
9. Dr Wahibah Tahir
10. Wan Hasrina Wan Hassan
11. Dr Najihatussolehan Ahmad
12. Siti Aisyah Ghazali

Keputusan ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi pada jam 12.15 malam selepas selesai sesi penggulungan muktamar tahunan ke- 55 Dewan Muslimat PAS di Shah Alam.

Seramai 705 perwakilan memilih kepimpinan ini bagi sesi 2015- 2017. (IH)

Putus Dengan DAP. -Dewan Ulama Lulus.


Muktamar Dewan Ulama PAS sebulat suara mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa pusat PAS supaya membatalkan kerjasama dengan DAP tetapi kekal bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul tergempar oleh ahli jawatankuasa Dewan Ulama Mokhtar Senik dibuat rentetan daripada serangan dahsyat DAP terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan parti itu.

"DAP dengan lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden yang menjadi ayah kita dalam PAS.

"Kita tidak sanggup menyerahkan presiden kita dinodai parti rakan DAP. Keberanian DAP itu disebabkan setengah kita tidak memberi walak kepada presiden.

"Mereka masuk dalam rumah kita, cuba ganti ayah dalam rumah kita. Sikap DAP seolah-olah dia memimpin PAS dan cuba mengawal PAS, seolah-olah PAS tidak ada presiden," katanya.

Beliau mendakwa DAP cuba melakukan pencerobohan dalam PAS dengan cuba mengawal muktamar PAS dengan menghantar isyarat jika hendak mengukuhkan PAS dalam Pakatan, maka hendaklah mengekalkan kepimpinan pro-Pakatan.

"Jadi kita usulkan, putuskan hubungan dengan DAP tapi bukan dengan PKR dan Pakatan.

"Kita mahu menghantar isyarat bahawa parti Islam ini ada dasar dan prinsip," katanya.

Kemudian, Perwakilan Dewan Ulama Perak, Nor Azli Musa bangun untuk membahaskan usul tergempar itu dengan menyeru semua perwakilan bangunan sebagai tanda sokongan kepada usul tersebut.

Semua perwakilan yang hadir bangun dan mengucapkan takbir beberapa kali sehingga bergema di dewan Datuk Fadzil Monhd Noor di Taman Melewar, Gombak.

Usul itu kemudiannya diisytihar diterima sebulat suara oleh pengerusi tetap.

Selepas itu, perwakilan Kelantan Hassan Mahmood bangun mahu cadangan itu dipinda sedikit supaya Majlis Syura mengkaji kedudukan PAS dalam Pakatan dari sudut maslahah dan politik sebelum membuat keputusan itu.

Bagaimanapun Nor Azli kemudiannya bangun semula membantah syor Hassan memandangkan usul itu telah diterima sebulat suara.

Pengerusi tetap memutuskan cadangan memutus hubungan DAP dikekalkan tanpa pindaan. (MK)

Wednesday, June 03, 2015

Kaji Balik Hubungan Dengan Pakatan. -Ulama PAS P.Pinang.

Perwakilan Ulama Pulau Pinang Mohd Hanif Harun berkata kepimpinan tertinggi perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Jun, 2015.
 
Seorang perwakilan Ulama Pulau Pinang, Mohd Hanif Harun yang mendakwa PAS disisihkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu meminta kepimpinan tertinggi untuk mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP.
 
Beliau berkata, PAS di Pulau Pinang menyokong sepenuhnya kepimpinan tertinggi perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP.
 
"Pulau Pinang sebuah negeri  yang diperintah Pakatan Rakayat (PR), parti PKR dan PAS disisihkan," katanya semasa permulaan perbahasan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamad di Taman Melewar Gombak hari ini.

Hanif berkata, tahaluf siyasi itu sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti sendiri. Beliau turut membidas segelintir pemimpin dan ahli PAS yang dilihat terlalu mengagungkan tahaluf siyasi dengan membelakangi parti sendiri.

 
"Keadaan kita sekarang ini seolah-olah melebihkan parti lain. Seolah wala (taat) kita kepada parti lain selain memberi wala kepada presiden sendiri. Perkara ini jelas bila PAS bawa isu hudud ada kalangan kepimpinan sendiri tidak setuju dengan apa dibawa PAS.
"Kerana itu kami setuju bahawa adanya perbincangan  dan tindakan diambil untuk menentukan bagaimana status kita dalam tahaluf siyasi kalau ke-6 syarat yang dikatakan mursyidul am PAS tidak dipatuhi maka tidak sah tahaluf siyasi," katanya.
 
Antara lain , perwakilan Pulau Pinang itu turut menyentuh mengenai isu yang berlaku ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh apabila timbalan ketua pemuda PKR negeri itu Khairil Anuar Kamarudin menggesa pengunduran Hadi.
 
"Ada AMK yang mengutuk presiden tapi tidak mahu tarik balik kenyataan tersebut dan tidak mohon maaf, adakah perkara ini kita hendak  biarkan dan kerana ini tahaluf siyasi perlu kita nilai semula.
"Kita tidak pernah sentuh batang tubuh kepimpinan mereka tapi pemuda ini mampu kata pada presiden dan tidak maaf .. Kata sudah minta maaf tapi minta maaf belakang-belakang mana boleh kalau sudah memalukan orang dikhalayak namun minta maaf sorok-sorok.
"Kalau minta maaf buat sidang media. Kalau sungguh nak kita harmonikan tahaluf siyasi untuk kalahkan Barisan Nasional dan bersungguh untuk gabung tenaga perlu hormati setiap parti khusus kepada ahli, kalau tidak tak payahlah  jadi ahli PAS  jadi sahaja ahli Pasma," sindir beliau.
 
Beliau juga mendakwa PKR dan DAP menerima tamparan hebat apabila tidak lagi mendapat sokongan PAS dalam kempen pilihan raya kecil.
 
"Kita lihat PAS menerima tamparan hebat. Sahabat PR kita sebelum ini bersifat angkuh seolah boleh lakukan sendiri namun apa kita lihat pada sebelum PRK Permatang Pauh banyak tenaga yang datang daripada PAS. Ini hakikat kita kena tau kekuatan PAS," katanya. – 3 Jun, 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails