Saturday, June 13, 2015

Najib Tolak Letak Jawatan. Tidak Akan Tunduk Kepada Tun M (74)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak enggan tunduk kepada serangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi kenyataan di blog najibrazak.com pada Jumaat, beliau berkata, motif di sebalik serangan bekas perdana menteri itu ialah untuk mendesak supaya beliau meletakkan jawatan, perkara yang sama berlaku kepada pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya ia adalah betul untuk seluruh negara, bukan seorang individu. Saya tidak percaya rakyat mahu bekas perdana menteri memerintah melalui proksi," kata  Najib menerusi tulisan di blog itu.
Najib berkata, dakwaan Dr Mahathir bahawa RM42 bilion hilang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan aset kewangan syarikat itu bernilai kira-kira RM16 bilion yang tidak bernilai telah mencetuskan krisis dan membangkitkan "kebimbangan yang tidak perlu".
Beliau memberi jaminan kepada rakyat bahawa kenyataan itu tidak benar.
"Kalau Tun berpegang kepada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion adalah hutang, maka ia menjadi cerita yang berbeza. Ini kerana sebuah syarikat biasanya mempunyai aset yang bernilai tinggi untuk menyediakan cagaran terhadap hutangnya.
"Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion telah disokong oleh aset RM51 bilion setakat tahun kewangan berakhir 2014. Tetapi dia memilih untuk tidak mengendahkannya.
"Adalah salah bagi Tun untuk membuat dakwaan tidak benar mengenai RM42 bilion atau RM27 bilion apabila dia kemudiannya menukarkan angka itu kepada 'hilang'. Selepas 1MDB menjelaskan mengenai di manakah RM42 bilion itu dibelanjakan, Tun kemudiannya berkata, sebahagian daripada wang itu telah hilang. Peralihan dan hujahan mengenai nombor jelas menimbulkan keraguan terhadap dakwaannya," kata Najib.
Beliau menambah, disebabkan Dr Mahathir merupakan bekas ketua kerajaan, maka sentimen rakyat dan pasaran telah dipengaruhi secara negatif. Najib mengingatkan bekas perdana menteri itu bahawa beliau telah mengarahkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti akaun 1MDB.
Najib turut berkata, sekiranya terdapat salah laku, beliau akan menegaskan penguatkuasaan undang-undang tanpa pengecualian.
Ketua Audit Negara memulakan pengauditan 1MDB pada 10 Mac lalu manakala PAC pula memulakan penyiasatannya terhadap syarikat itu pada 19 Mac.
"Jika Tun benar-benar mahu mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang dia bangkitkan, dia hanya perlu menunggu siasatan oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC berakhir sebelum membuat sebarang kesimpulan. Bagaimanapun, dia tidak mempunyai kepercayaan terhadap institusi-institusi ini dan pihak berkuasa yang sewajarnya," katanya.
"Serangan Tun pada hakikatnya tidak terdorong oleh 1MDB, dia hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan untuk cuba menjatuhkan perdana menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak wujud, Tun akan mencari alasan lain," tambahnya.
Najib menjelaskan bahawa serangan oleh Dr Mahathir hanya akan mengancam Umno, kerajaan dan akhirnya memberi kesan kepada Malaysia.
"Tun sekarang mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bila seorang individu berhak untuk bercakap mewakili undi rakyat?
"Pembangkang dalam keadaan huru-hara, dan terdapat perpecahan idelologi dalam pakatan mereka, ia akan melumpuhkan negara sekiranya mereka mengambil alih," kata Najib sambil menambah bahawa sekiranya BN kekal bersatu dan membuktikannya layak, rakyat akan melihat Dr Mahathir adalah silap.
Dr Mahathir merupakan pengkritik kuat terhadap kepimpinan Najib, terutama mengenai 1MDB sejak kebelakangan ini.

Australia Rasuah Tolak Kembali Pendatng Gelap Ke Indonesia.


JAKARTA: Sebuah berita cukup mengejutkan mendedahkan amalan licik Australia terhadap Indonesia. Sejumlah pejabat Negeri Kanguru itu ternyata menyuap atau merasuah kapten kapal dan anak buah kapal untuk membawa kembali kapal mereka yang mengandungi pendatang gelap ke Indonesia.

Berita itu terbongkar selepas polis di Rote, Nusa Tenggara Timur, bernama Hidayat berkata enam awak kapal itu mengaku diberi wang oleh pegawai Australia masing-masing bernilai Rp 66,5 juta. (kira-kira RM 22.16 Ribu)

Mereka ditangkap oleh polis ketika tiba di Rote atas tuduhan cuba menyeludup pendatang gelap. Kapal yang mengangkut 65 orang itu diusir oleh pihak berkuasa sempadan Australia pada awal bulan ini. 65 orang itu terdiri dari 54 orang Sri Lanka, 10 orang Bangladesh, dan seorang warga Myanmar.

Hidayat menuturkan, kapten kapal bernama Yohanes mengaku diberi wang oleh pegawai kastam Australia bernama Agus yang lancar berbahasa Indonesia.

"Saya melihat wang itu, Rp 66,5 juta," kata dia. Jumlah yang diterima awak kapal bernilai hampir Rp 400 juta (kira-kira RM133ribu). Wang itu dibungkus dalam beg plastik berwarna hitam, kata John.

Namun ketika mengesahkan sama ada pihak pegawai Australia, yakni Menteri Imigresen Peter Dutton, memberi wang sogokan kepada kapal yang membawa para pendatang gelap, dia membantah dengan mengatakan "Tidak", seperti yang dilaporkan oleh Sydney Morning Herald, Rabu (10/6).

Dutton juga mengelak menjawab soalan lanjutan. (IH)

Tun M Tetap Cari Alasan Lain Untuk Jatuhkannya. -Najib. (73)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada terus memerintah negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015. 

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap mencari alasan lain untuk menjatuhkannya walaupun tanpa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang timbul ketika ini.

Beliau mendakwa bekas perdana menteri tersebut menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada terus memerintah negara.

"Beliau hanya gunakan syarikat tersebut sebagai alasan untuk cuba menyingkirkan perdana menteri.
"Jika 1MDB tidak wujud sekalipun, Tun tetap akan cari alasan lain," kata Najib dalam tulisan blognya hari ini.

Beliau juga menyifatkan serangan Dr Mahathir sebagai memalukan kerana ia akan merosakkan Umno dan negara secara keseluruhannya.

"Serangan terbuka ini hanya akan mengancam Umno, kerajaan dan yang utamanya, Malaysia," katanya.

Najib juga menggesa rakyat supaya membuktikan dakwaan Dr Mahathir yang kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang tidak benar memandangkan isu yang dimainkan negarawan tersebut lebih bersifat pentingkan diri sendiri.

Dr Mahathir sebelum ini membangkitkan masalah yang melanda syarikat pelaburan negara yang mengalami kerugian berbilion ringgit itu disamping mendesak peletakan jawatan Najib susulan berbagai skandal yang didakwa di bawah pentadbirannya. – 12 Jun, 2015.

Friday, June 12, 2015

Impak Muktamar Pemilihan PAS Menurut El-Haraki.


Impak Muktamar Pemilihan PAS Menurut El-Haraki. 

Pertama:  Impak Kepada DAP

Mengungguli carta sebagai parti paling terkesan dengan keputusan pemilihan PAS. Merekalah yang paling banyak campur tangan dan mengeluarkan kenyataan sebelum, semasa dan setelah pemilihan berlaku.

Rancangan DAP akan terganggu dengan kepimpinan baru PAS. Kepimpinan ini nyata lebih tegas dan mendokong penuh aspirasi Presiden yang tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap perjuangan Islam.

DAP adalah sebuah parti yang tidak percayakan agama sebagai sebuah cara hidup, apatah lagi dalam soal politik. Mereka berfahaman sekular-sosialisme. Antara penentangan keras DAP adalah soal perlaksanaan syariah Islam di Kelantan. 

Campurtangan sebelum pemilihan untuk menggantikan Presiden PAS yang baru hanya kerana TGHH komited untuk membawa usul private bill meminda akta mahkamah syariah persekutuan. Justeru, DAP memerlukan suatu rancangan baru apabila melihat mereka tidak mampu lagi mengubah pendirian PAS. 

Campurtangan LGE dan LKS hanya menyebabkan ahli bertambah benci terhadap DAP lalu menghukum mereka yang kelihatan mesra DAP. Usul yang dibuat oleh Ulama menambah igau ngeri DAP. Walaupun mereka mungkin masih utuh di Pulau Pinang, mereka perlu memikirkan masa depan DAP di negeri-negeri lain yang banyak bergantung harap kepada rakan PR seperti Kedah, Selangor dan Perak.



Pengerusi DAP Kedah yang mendesak LGE meletak jawatan menandakan parti itu sedang menghadapi krisis halatuju yang agak parah akibat kediktatoran pimpinan atasan. Imej sebenar kepimpinan DAP mula terserlah sebagai Mr. Arrogant, diktator, hipokrit, emosional, dan anti-Islam. Seruan demokrasi dan kebebasan berpendapat ternafi dengan wajah sebenar DAP sekarang.

Dua: Impak Kepada PKR 

Parti ini juga tidak begitu selesa. Kekalahan beberapa 'teman rapat' mereka dalam pemilihan membantutkan rancangan memulihkan imej PKR. Umum mengetahui perbezaan pendirian Presiden PAS dan Ketua Umum PKR dalam banyak isu seperti GST, Israel-Palestin, hubungan kaum dan pembelaan Islam.

Dengan pembantu-pembantu baru yang berkongsi pemikiran sama dengan TGHH, PKR perlu memikirkan cara baru untuk memulihkan imej mereka yang kian merosot dengan pelbagai isu sebelum ini terutama Langkah Kajang.

Faktor Anwar di penjara tambah menyukarkan keadaan. Tanpa beliau, kepala-kepala dalam PKR akan bercelaru. Presiden mereka WAWI (Wan Azizah Wan Ismail) hanyalah batu loncatan buat Anwar merealisasikan cita-citanya.

Team Rafizi dan Team Azmin akan terus bertembung, ditambah beberapa pendokong TSKI akan merancakkan lagi gegaran seandainya DAP turut menekan PKR untuk tidak lagi bersama PAS. Ramai pimpinan PKR yang masih percaya kepada TGHH berbanding DSAI. Yang pasti, rancangan DAP terhadap Selangor yang gagal itu telah menyebabkan hubungan dua parti itu tidak lagi semanis dulu.

Dalam isu perjuangan syariat Islam, reaksi PKR agak bercanggah dengan DAP. PKR membidas sikap DAP yang lantang mempertikai Islam kerana bimbang pengundi Melayu memprotes. PKR sebenarnya mengambil pendekatan untuk mendiamkan sahaja isu ini supaya sentimen keagamaan tidak dimainkan musuh.

Atas dasar itu, retak dalaman PR bukan sekadar PAS-PKR, PAS-DAP, tetapi PKR-DAP sudah lama bersengketa.

Impak Kepada UMNO-BN

UMNO juga tidak boleh duduk diam. Walaupun PR retak, sokongan terhadap UMNO masih belum kembali pulih malah semakin parah. Isu Najib-Mahathir membuatkan mereka kelemasan lalu mencari-cari talian hayat dari pihak luar.

UMNO pantas menghulur tangan untuk berbaik dengan PAS mengharap kepimpinan itu boleh menerima. Sebenarnya bukan kali ini, tetapi seawal pengunduran Tun Abdullah lagi UMNO cuba berdamai. Walaupun DSAI menawarkan Konsensus Nasional dan LKS menawarkan Save Malaysia (kesinambungan perundingan sebelum ini), UMNO masih mengharapkan PAS. Semua ini menjadi bukti PAS adalah gergasi politik di Malaysia.

Walaupun harapan rakyat terhadap koalisi PR mungkin sudah rapuh, namun untuk mereka beralih menyokong BN adalah mustahil sama sekali. Korupsi dan kegagalan urus tadbir yang berlaku dalam kerajaan sekarang sudah sampai ke tahap kritikal. Undi teras mereka di pedalaman juga mula beralih kepada PAS seperti yang berlaku di Rompin.

BN tidak mendapat apa-apa keuntungan dari perpecahan PR. Sebaliknya, Umno yang akan tercabar sekiranya perpecahan ini berakhir dengan kemenangan moral buat PAS.

Empat: Impak Kepada Kuasa Barat.

Apa yang berlaku di Malaysia adalah bertentangan dengan apa yang sedang dirancang zionis. Menurut laporan RAND, mereka telah mencipta suatu fahaman yang digelar sebagai post-Islamism, berbentuk kefahaman memperjuangkan politik atas nama Islam, tetapi tanpa menegakkan syariat.

Fahaman ini menular ke hampir setiap gerakan Islam dunia. Tujuannya supaya semangat keIslaman luntur dari hati pejuang Islam, yang akhirnya akan menjadikan parti-parti Islam tidak lagi menjadi ancaman buat kapitalis barat.

Namun apa yang sedang berlaku di Malaysia sebaliknya. Cubaan menyingkirkan TGHH (Tuan Guru Hj Abdul Hadi) sebagai halangan utama post-Islamisme dari tampuk kepimpinan eksekutif PAS bukan sahaja gagal, bahkan pihak yang berkongsi fikrah sama dengan beliau pula yang dipilih. Ini bermakna akar umbi gerakan Islam ini tidak terpengaruh dengan fahaman post-Islamism.

Malaysia sebenarnya antara negara sasaran yang dibimbangi kuasa dunia. Prestasi pemerintah yang semakin merudum dari PRU ke PRU menyebabkan barat mencari-cari agen baru yang boleh menyekat kemaraan Islam. Perkembangan Islam yang amat progresif di Asia Tenggara ini terutama Brunei dan Acheh tambah mendesak Barat untuk mencari pengawal pengaruh mereka yang lebih besar dari Singapura.

Aspirasi TGHH adalah memerintah berasaskan sistem Islam. Inilah punca sebenar PAS diasak oleh AS dan sekutunya.

Lima: Impak kepada Gerakan Islam Dunia. 
PAS menjadi harapan baru buat rakan-rakan gerakan Islam dunia. Keunikan PAS yang berada di negara bermasyarakat majmuk menggambarkan keupayaan PAS untuk mengurus kepelbagaian budaya dan agama. Tidak mustahil PAS boleh melahirkan khilafah ketiga umat Islam.

Kehebatan alim ulama dalam PAS terbukti sejak dahulu lagi. Disaat gerakan Islam luar lain diharamkan di negara masing-masing, PAS masih mampu bertahan walau cubaan mengharamkannya dilakukan berbagai cara. Provokasi dan sentimen keagamaan dimainkan untuk menjerat tetapi kekuatan jatidiri ahli yang ditarbiyah dengan baik menyebabkan mereka begitu berhati-hati dalam setiap tindakan.

PAS juga menjadi pujaan apabila berjaya mengekang agenda pemecahan kuasa umat Islam. Sehingga hari ini, PAS menjadi satu-satunya wadah politik Islam berbeza di negara-negara muslim lain termasuk Turki, Pakistan, Indonesia. Usaha memecahkan kesatuan politik ini pernah beberapa kali berlaku, tetapi lenyap begitu sahaja dengan izin Allah dan kebijaksanaan pemimpin PAS.

PAS juga unik apabila membariskan pimpinan saf hadapan dikalangan alim ulama. Ikhwanul Muslimin di Mesir sendiri ketandusan tokoh alim ulama yang mampu terkehadapan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Di luar sana, Ulama lebih berperanan sebagai badan advisori dan legislatif sahaja, bukan eksekutif.

Ijtihad-ijtihad politik PAS dijadikan contoh ikutan. Penubuhan DHPP, meletakkan calon wanita dan bukan muslim serta kajian Tahaluf Siasi antara harta intelek PAS yang sangat dikagumi. TGHH adalah antara arkiteknya. Kemenangan bergaya beliau adalah suatu isyarat, banyak lagi ijtihad-ijtihad baru politik akan tercetus.

Hari demi hari, sentuhan pemikiran TGHH makin ditagih setiap belahan dunia. Beliau diusung ke sana ke mari memberi syarahan dan melontar pendapat untuk memajukan Islam. Universiti, parti politik dan badan NGO semuanya dahagakan pandangan matang dan jauh beliau. Perlu diketahui, selepas kematian Said Hawa, Syed Qutb, Mustafa Masyhur, Mehdi Akif, Fathi Yakan, Gulbudin Hekmatiyar dan ditambah keuzuran Qazi Husain dan Yusof Qardawi, TGHH lah tokoh gerakan Islam paling senior yang masih aktif.

(Alang Ibn Shukrimun)
Diangkat dari Bloglist Malaysia.

AJK PAS Baru: Takiyuddin S/u, Nasrudin K/Penerangan, Datuk Che Abdullah Bendahari & ...

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dijangka akan diumumkan sebagai setiausaha agung PAS yang baharu menggantikan Datuk Mustafa Ali, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015. 


Mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pertama selepas muktamar yang menyaksikan golongan profesional disingkirkan daripada parti Islam itu memutuskan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dilantik menjadi setiausaha agung baharu menggantikan Datuk Mustafa Ali, kata sumber.
Menurut pemimpin tertinggi PAS itu, Mustafa yang sebelum ini menjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha agung parti Islam itu "diturunkan pangkat" menjadi pengarah pilihan raya bagi menggantikan Dr Mohd Hatta Ramli.
Bagaimanapun, sumber memberitahu, PAS terpaksa menangguhkan pengumuman lantikan baharu kerana bimbang pemimpin dilantik tidak mahu menerimanya.
"Usaha pujuk memujuk masih dilakukan kerana bimbang Mustafa tak mahu terima jawatan pengarah pilihan raya. Mustafa sebelum ini ada kata hanya akan menerima jawatan setiausaha agung.
"Sebab itulah Timbalan Presiden PASDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man umumkan pada Rabu, parti hanya akan umumkan ahli jawatankuasa (AJK) lantikan baharu pada 21 Jun depan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider yang enggan nama disiarkan.
Seorang lagi pemimpin PAS memberitahu The Malaysian Insider, pelantikan Takiyuddin akan memudahkan perjalanan parti itu kerana Hadi selesa bekerja dengannya.
"Hadi memang dah lama suka kat Takiyuddin. Lepas ni lebih mudah untuk PAS bergerak," katanya.
Usaha The Malaysian Insider untuk menghubungi Takiyuddin dan Mustafa masih belum membuahkan hasil.
Tuan Ibrahim memberitahu pemberita pada Rabu PAS hanya akan mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat baharu serta biro parti pada 21 Jun depan.
Takiyuddin sebelum ini merupakan penolong setiausaha agung dan bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kelantan.
The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat itu juga memutuskan untuk melantik bekas ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai ketua penerangan baharu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar.
Selain itu, Exco Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilantik menjadi bendahari PAS bagi menggantikan Asmuni Awi.
PAS juga memutuskan untuk melantik Salahuddin Ayub, Mahfuz dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang kalah dalam muktamar lepas sebagai AJK PAS Pusat.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena tidak mahu memberikan sebarang komen ketika dihubungi.
Salahuddin dalam kenyataan terbaru berkata beliau hanya selesa menjadi ahli biasa selepas tidak terpilih menjadi naib presiden baru-baru ini.
"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.
 "Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS yang ditewaskan buat pertama kali itu kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.
Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas.  – 12 Jun, 2015.

Pelancong Bogel, Jadi Sensasi.

Penahanan Pelancong Bogel, Tabloid UK Guna Tajuk Sensasi
AKHBAR tabloid British sengaja memberikan tajuk sensasi bagi melaporkan berita penahanan pelancong asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.
Sengaja memainkan sentimen penulisan sensasi, akhbar-akhbar tabloid itu menulis tajuk seakan-akan merujuk penahanan mereka adalah disebabkan alasan yang tidak munasabah iaitu disebabkan perbuatan mereka berbogel, gempa bumi berlaku di Sabah.
Namun sebenarnya, seperti yang kita ketahui, mereka ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh walaupun tindakan mereka sudah dilarang oleh malim gunung yang bertindak memimpin mereka dalam pendakian tersebut.
Antara tajuk sensasi yang diletakkan adalah seperti, “Your boobs have angered mountain gods” (Payudara anda telah membuatkan tuhan gunung marah), “Naked Brit girl caused killer quake” (wanita British bogel penyebab gempa bumi yang membawa maut) dan “Nude student faces jail for causing deadly quake” (Pelajar bogel berdepan hukuman penjara kerana menyebabkan gempa bumi).
Semalam, pihak polis telah berjaya menahan empat daripada sepuluh pelancong asing untuk siasatan lanjut.
Empat yang ditahan terdiri daripada Hawkins yang dipercayai warganegera British, dua adik-beradik dari Kanada dan seorang lelaki Belanda.
Mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini di atas kesalah melakukan kelucahan melampau di tempat awam.
Pihak polis percaya enam lagi pelancong asing yang masih bebas, kebanyakannya warganegara Eropah, masih lagi berada di Sabah.
5 Jun lalu, satu gempa bumi bermagnitud 5.9 skala richter melanda Gunung Kinabalu yang mengorbankan 18 nyawa. – MYNEWSHUB.CC

Ini Watak Sebenar Barbossa, Hero Filem Pirates Of The Caribbean.


TAHUKAH anda sebenarnya “Barbossa” adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala – Hayreddin Barbarossa? 

Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). 

Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. 

Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.


Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. 

Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. 

Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium. Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. 

Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. 

Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat. Contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean.

Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya.

Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia, Sultan Salim di Toumy malah pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. 

Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj. Beliau menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen yang ternyata di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam. Pasukannya tewas dan namun Aruj sempat meloloskan diri, namun banyak pasukannya tertangkap. 

Namun, oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur. Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah. Lalu, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria, pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. 

Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama Sepanyol, hingga akhirnya Hayreddin meminta melalui Algeria supaya Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki, mereka pun bersetuju. Hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari, pasukan khas tentera elit Turki. 

Selama Hayreddin mempimpinnya, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan. Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki, yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai Laut Tengah dengan keberadaan Hayreddin Barbarossa, adik dari Aruj. 

Pada tahun 1529, di Pulau Penon disaat azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid, maka terjadilah peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria, sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. 

Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino. Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah. 

Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa..

“Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu’miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. 

Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.

Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Pulau Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa,telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.

Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang dan merebut Tunisia dengan 25,000 lebih pasukannya dalam 500 kapal. Pertempuran tersebut amat dahsyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya telah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.


Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali Sepanyol telah berperang di Preveza, tempatnya adalah di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapalnya dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaranBarbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran.

Pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap siaga di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai manuver yang lebih canggih. Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. 

Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan keberadaan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dahsyat ketika peperangan tersebut. 

Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit. Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538). Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah, Barbarossa pun berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30,000 orang tentera Turki Uthmaniah. 

Sekepulangan dari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis. Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3,500 ducat emas. 

Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha. Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545, meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. 

Beliau kemudiannya telah menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan – “Gazavati Hayreddin Pasa” (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana armadanya digunakan untuk berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau. 

Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah dek kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. 

Kita melihat betapa walaupun Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.

(Diangkat dari Darul Ulum Online, SWEILEH, JORDAN)

Tidak Boleh Mengatakan ‘saya’ Tetapi Mesti Menyebut ‘kita’,” -Erdogen.

Erdogan ketika menyampaikan ucapan di hadapan pelajar asing di Ankara, Turki semalam. - AGENSI

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa ­me­nyampaikan ucapan pertamanya selepas pilihan raya semalam mendesak semua ahli politik mengetepikan ego masing-masing bagi membentuk sebuah kerajaan baharu.

Menurut Erdogan, berikutan kekalahan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang hilang majoriti di Parlimen pada pilihan raya Ahad lalu, pihaknya mempertimbangkan setiap alternatif termasuk mengadakan pilihan raya awal jika perbincangan antara parti gagal.

“Semua orang perlu meletakkan ego mereka di tepi dan membentuk kerajaan secepat mungkin.
“Ini merupakan tanggungjawab besar kita kepada 78 juta rakyat. Pada masa kini, tiada ahli politik boleh mengatakan ‘saya’ tetapi mesti menyebut ‘kita’,” katanya semasa menyampaikan ucapan kepada kumpulan pelajar asing pada satu majlis di Dewan Perniagaan Ankara semalam.

Terdahulu Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu berkata, parti AKP akan membuat pilihan terbaik bagi membentuk sebuah kerajaan dalam masa terdekat.

“AKP akan mengetuai rundingan kerajaan campuran itu, namun jika ada pihak lain menghalang laluan, kami akan memikirkan setiap pilihan,” jelas Davutoglu.

Menurut Davutoglu, beliau telah bersedia untuk menemui ketiga-tiga parti pembangkang yang mendu­duki kerusi parlimen termasuk Parti Demokratik Rakyat (HDP).

“Saya akan bertemu setiap parti pembangkang. Kami tidak mempunyai sebarang garisan merah.
“Kami sentiasa berkata, satu kerajaan campuran bukannya pilihan terbaik, namun jika orang membuat pilihan, segala keputusan yang dibuat itu membuatkan kami mela­kukan yang terbaik,” katanya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, AKP memenangi 258 daripada 550 kerusi Parlimen yang memberikan tamparan hebat kepada parti berteraskan Islam yang memerintah Turki sejak 13 tahun lalu. Ia diikuti Parti Republik Rakyat (CHP) 132 kerusi, manakala Parti Gerakan Nasionalis MHP dan HDP masing-masing memperoleh 80 kerusi. – Agensi

Foto Separuh Bogel Artis Ini Tersebar, Tak Mampukah Pihak Berkuasa Tangani?



HALAMAN HIBURAN
KL : BH Online melaporkan..



Kecoh seketika apabila tersebarnya gambar separuh bogel aktres popular di laman sosial malam tadi. 


Gambar yang hanya berseluar dalam itu jelas menampakkan wajah pelakon wanita terbabit menyebabkan akaun Instagram miliknya diserbu peminat yang mahukan kesahihan berhubung perkara itu. 


Pelakon berusia 20-an itu bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri sehingga kini dan tida menjawab sebarang pertanyaan. Gambar itu didakwa disebarkan oleh rakan pelakon itu sendiri yang dikatakan mahu menganiaya beliau. 


Terdahulu, pelakon wanita itu sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, rentetan kisah cintanya yang mendapat perhatian semua pihak. Susuk tubuhnya yang semakin susut juga menimbulkan tanda tanya dan beliau turut mengejutkan ramai kerana tampil berpakaian seksi ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.


Sedangkan, http://selebritionline.com/ menyiarkan gambar di atas sekali, dengan keterangan.. 


Industri hiburan negara seberang gempar apabila gambar separuh bogel aktres seksi yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin, Jenny Cortez, tersebar luas di internet. Gambar tersebut jelas menunjukkan Jenny bersama beberapa teman lelaki berada di sebuah pantai dengan hanya memakai bikini dan berkeadaan separuh bogel.

Dalam beberapa gambar yang disebarkan, ianya jelas menunjukkan Jenny hanya mengenakan seluar dalam renang dan ada gambar lain memaparkan Jenny hanya memakai seluar dalam tanpa menutupi bahagian atasnya sambil bermain air. Pengurus kepada Jenny, Ika Maulani mengesahkan bahawa gambar-gambar tersebut adalah gambar Jenny, namun menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui di mana gambar tersebut diambil dan bagaimana ianya boleh tersebar.


Antara drama dan filem yang pernah dibintangi oleh gadis berusia 25 tahun ini adalah Kirun & Adul, ‘Pemburu Hantu The Movie’ dan juga beberapa drama televisyen yang lain. 


Tidak mampukah pihak kerajaan menangani masalah-masalah begini? Tak habis-habis dari dulu sampai sekarang? (IH)

Thursday, June 11, 2015

Ini Syarat Dr M, Najib Boleh Terus Pimpin Kerajaan.. (72)

gaduh rebut bazar ramadan
Ini bukan berebut kerana wang hilang, tetapi kerana nak cari rezeki menjelang Ramadhan. Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) yang mengadakan bantahan aman di depan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS) semalam kerana menuntut hak berniaga mereka di bazar Ramadan berakhir dengan keganasan.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

TUN Dr Mahathir semalam memberikan syarat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus memimpin kerajaan dan BN jika terbukti tidak ada jenayah berlaku dalam 1MDB dan wang RM 42 billion yang ‘hilang’ dapat dipulangkan.

Kenyataan beliau yang dipetik sebuah portal berita pro pembangkang adalah seperti berikut “Jika tiada jenayah dikesan dan semua wang dipulangkan, Najib boleh kembali sebagai perdana menteri dan memimpin BN dalam pilihan raya akan datang.”

Ini syarat senang sebab memang Perdana Menteri masih Perdana Menteri (tidak perlu kembali), juga tidak ada bukti Perdana Menteri mahupun 1MDB melakukan sebarang jenayah dan RM 42 billion yang dikatakan hilang itu sebenarnya tidak hilang, tapi dalam bentuk hutang yang boleh diperolehi kembali.

Siapa yang kata hilang (bukan hutang) Tun Mahathir kata bangang!!

Tun Mahathir sendiri pun gagal kemukakan sebarang bukti untuk mengatakan ada jenayah yang berlaku, dia sendiri pun bergantung kepada apa yang dibisikkan orang kepadanya sahaja, dan dokumen-dokumen palsu yang mungkin dibekalkan Sarawak Report.

Kalau nak diikutkan, hari ini pun sudah dapat semula RM 42 billion itu kerana aset 1MDB sahaja bernilai RM 51 billion.  Analoginya, kita ada hutang sebanyak RM 1,000, dalam masa yang sama ada telefon yang kalau dijual bernilai RM 2,000 – terdesak sangat, jual telefon dapatlah bayar hutang dengan lebihan sekali.

1MDB belum terdesak, perniagaan yang dimilikinya sekarang mampu menjelaskan hutang mengikut tempoh yang diberikan.  Sekarang ini pun dah banyak hutang yang dibayar 1MDB.

Jadi jelaslah dengan kenyataan ini, Datuk Seri Najib tidak perlu letak jawatan sebab tidak ada sebarang keperluan untuk beliau berbuat begitu.

Isu 1MDB ini hanya disensasikan lanjutan dari ketidak puasan hati segelintir pemain dalam industri tenaga yang tidak berpuas hati kerana perniagaan mereka ‘diganggu’ dengan tindakan 1MDB mengambil alih syarikat-syarikat tertentu.

Kebetulan, orang-orang terlibat ada kemampuan berbisik dengan Tun Mahathir, tu yang kecoh tu.

Lain dari itu, tidak ada isu sama sekali dan ini bukan cakap saja, tapi berdasarkan kepada semua petunjuk termasuk dari laporan pendengaran PAC setakat ini, memang menunjukkan tidak ada masalah berlaku atau wang hilang dan sebagainya.

Dipihak rakyat pun sama, tidak ada siapa yang  kena potong gaji, dibuang kerja, dapur tak berasap dan sebagainya kerana 1MDB.  Ada ke? – Mykmu (STv)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails