Saturday, July 04, 2015

Formula Baru Gantikan UMNO/BN. PR Baru, Lebih Hebat Dari PR Yang Berkubur..

Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.
 
Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.
Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.
 
"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.
"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.
"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.
 
Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.
 
"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.
"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.
 
Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.
Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
 
Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul. Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.
 
"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).
"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.
Bekas timbalan presiden PAS Mat Sabu (tengah) dilihat bersama bekas menteri Selangor Tan Sri Muhamad Muhd Taib (kiri) dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Seberang Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Julai, 2015.
 
Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.
Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.
 
"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.
 
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat. Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno.
 
Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.
 
"Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya.
 
DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac. Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu. – 3 Julai, 2015. (Sumber TMI)

Guan Eng Bersalah Diarah Bayar Denda RM500,000 + RM40,000 Kerana...

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini diarahkan untuk membayar RM500,000 kepada Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid selepas gagal menarik balik perkataan 'rasis' yang dilemparnya dua tahun lalu.
 
Ia merupakan ganti rugi selepas Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan biadap dalam sidang media Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 10 Disember 2013.
 
Setiausaha Agung DAP ketika itu menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' ketika pemimpin Umno itu memgetengahkan isu perkauman selepas kerajaan negeri itu mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
 
Guan Eng juga diarahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan untuk membayar kos guaman sebanyak RM40,000 dan kadar faedah sebanyak lima peratus. - Siakapkeli.my

Sekolah Di Britain Ini, Haramkan Skirt. Kerana Nak Ikut Islam?

 
Dua orang pelajar Sekolah Tinggi Trentham memakai pakaian yang mengikut peraturan di sekolah tersebut. - AGENSI
 
STAFFORDSHIRE, Britain – Sebuah sekolah di sini mewujudkan peraturan baharu mengharamkan pemakaian skirt dalam kalangan pelajar perempuan kerana didakwa mengganggu perhatian guru dan pelajar lelaki.
 
Gangguan berkenaan didakwa berlaku terutama ketika pelajar perempuan menaiki tangga atau duduk dalam keadaan tidak sopan. Berikutan itu, Sekolah Tinggi Trentham di sini kini mewajibkan pelajar perempuan memakai seluar panjang seperti pelajar lelaki bagi memastikan mereka berpakaian secara lebih beretika.
 
Menurut pengetuanya, Dr. Rowena Blencowe, peraturan itu terpaksa dilakukan selepas mendapati guru-guru banyak menghabiskan masa menegur cara pemakaian pelajar.
 
“Pelajar perempuan yang memakai skirt biasanya gemar memendekkan kain mereka dengan melipatnya ke atas menyebabkan guru-guru dan pelajar lelaki berasa tidak selesa,” ujarnya. – Agensi
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang semua apa yang diperintahkan oleh agama Islam adalah untuk kebaikan manusia sendiri. Cuma, yang belum mendapat hidayah merasakan ianya tidak baik, tidak sesuai dengan zaman, tidak sesuai dengan negara dan macam-macam leter lagi.
 
Contohnya seperti di atas, sekolah orang bukan Islam pun pentingkan etika dan aurat, sedangkan sekolah-sekolah di negara umat Islam tidak pentingkan itu. Timbul masalah sosial dan sebagainya, mereka cari alasan salahkan agama. Sedang peraturan ikut agama mereka tak mahu ikut.
 
Itulah kunci keruntuhan moral negara-negara di dunia, termasuk negara umat Islam. Wallahu 'aklam.

Air Kotak 'Drinho' Ini, Ada Tikus Mati, Siapa Tanggung-Jawab. Kerajaan, Syarikat, Mangsa?


PENGGUNA
Diangkat dari Media Orang Kampung..

Perhhh. Air Susu Soya Berperisa Tikus

Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar penemuan bangkai tikus dalam minuman kotak yang dibelinya.  Azmi Ayuyu, berkata, air susu soya jenama Drinho itu diminum oleh adik iparnya yang tengah sarat mengandung. 
 
"Dia minum air soya sehingga habis. Bila dah habis, tiba-tiba di dalam kotak itu rasa macam ada sesuatu. 
"Dia koyakkan kotak itu dan terjumpa bangkai tikus. Siapalah yang sanggup buang anak dalam kotak susu soya?" katanya.
 
Difahamkan, adik iparnya mengalami cirit birit dan juga telah pergi mendapatkan rawatan di klinik. Bagaimanapun menurut doktor klinik berkenaan, adik iparnya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Doktor juga menyarankan tunggu dalam dua tiga hari dan datang kembali untuk pemeriksaan. 
 
Gambar-gambar yang dikongiskan oleh Azmi itu telah mendapat perkongsian sebanyak 7,562 di laman Facebook. Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempertikaikan penemuan itu berikutan bangkai tikus itu kelihatan baru saja mati. -THEHYPEMEDIA.COM
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, siapa bertaanggung jawab dan perlu diambil tindakan supaya hal itu tidak berlaku lagi. Bagaimana dengan mangsa?

TPM Salah Lulus Belanja Rosmah, Ini Penyelesaian.. (83)




LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman menjelaskan, Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi bagi menghadiri persidangan Wanita di Qatar bukan mewakili kerajaan, tetapi jemputan peribadi.

Namun timbul rasa kurang senang rakyat apabila Rosmah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan tersebut.

Ia merupakan tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, kerana menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Sebagai timbalan perdana menteri,Muhyiddin harus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Ini kerana Rosmah dijemput menghadiri persidangan tersebut atas kapisiti peribadi dan bukannya jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia. 

Sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi.

JINGGA 13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salah guna kuasa yang dilakukan oleh timbalan perdana menteri dan bertindak secara profesional dan adil.

Tindakan Muhyiddin sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana beliau merupakan timbalan perdana menteri dan tindakannya boleh menjadi contoh tidak baik kepada kakitangan kerajaan. (
FARIZ MUSA ketua koordinator JINGGA 13.)

Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patah dari DAP itu membuat kenyataan mengulas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa wang bernilai AS$700 juta disalurkan ke akaun bank dipercayai milik Najib.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Lim berkata, dakwaan itu adalah paling serius dibuat setakat ini, terutama membabitkan urus tadbir kerajaan dan integriti sehingga menjerumuskan negara ke dalam krisis yang tidak pernah dialami sebelum ini.

"Tidak pernah ada perdana menteri di Malaysia pernah dituduh melakukan kesalahan seperti Najib," katanya.

Lim juga berkata, penafian dibuat 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri "terlalu rapuh" jika dibandingkan dengan dakwaan dibuat sebuah penerbitan antarabangsa.


Sebagai penyelesaian, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa oleh Lim meminta bosnya, Datuk Seri Najib Razak, bercuti. Maka barulah tiga tokoh membabitkan dua bekas perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi) serta bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, memutuskan sama ada Najib wajar kembali ke jawatan berkenaan atau tidak.
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia? 

Tugas Polis Pakaikan Kasut Rosmah? -Ada Video..

Beberapa orang tetamu yang berada di situ turut menyaksikan tingkah laku anggota polis wanita berkenaan terhadap Rosmah

PETALING JAYA:
Sebuah video yang menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis mendapat perhatian di media social.

Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis.

Menerusi video yang berdurasi 31 saat itu, seorang wanita yang merupakan anggota polis dilihat memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.

Beberapa orang tetamu yang mengiringi turut menyaksikan tingkah laku anggota polis berkenaan terhadap isteri Perdana Menteri itu yang hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian berwarna merah.

Selepas memakai kasut, Rosmah kemudiannya beredar dari situ dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang telah diubah suai menjadi `buggy’.

Pengguna Facebook menggunakan nama Yusry Danie yang memuat naik video tersebut menulis status; “Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.


“Bersangka baik – dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya,” tulisnya.-fmt




 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia? 

Friday, July 03, 2015

Tentera Nabi Sulaiman, Hud-hud Bukan Se Ekor Burung?

ANDA khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan ini? Kalau khatam, tentu anda melalui pembacaan ayat ini. Ayat yang menguak kisah misteri wujud pasukan burung Nabi Sulaiman AS.

Ayatnya, kira-kira terjemahannya begini..
  • Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) (Qs. An-Naml (27) ayat 17).
Menurut Ustaz HM Nur Abdurrahman (HMNA), Pasukan burung yang dimaksudkan ayat di atas adalah pasukan gerak cepat, iaitu pasukan kavaleri dan regu-regu pengintai (komando) yang membawa burung-burung untuk komunikasi.

Dimana Perintah dari ibupejabat (induk) pasukan ataupun laporan ke induk pasukan, dilakukan dengan saling berkirim maklumat, melalui surat yang diikatkan pada kaki (tubuh) burung.

Siapa sesungguhnya "Hud-Hud" itu?

Ada yang berkeyakinan, Nabi Sulaiman dapat bercakap-cakap dengan burung. Mereka percaya Hud-hud sebagaimana dikisahkan di dalam Al-Quran, adalah se-ekor burung yang istimewa.

Benarkah demikian?

Mari kita perhatikan, ayat-ayat berikut:
  • Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah dia termasuk yang tidak hadir. "Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika benar-benar dia datang kepadaku dengan alasan yang terang". (QS. An-Naml (27) ayat 20-21).
  • Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. (QS. An-Naml (27) ayat 22).
Dari ayat di atas, Hud hud, adalah seorang pegawai tentera yang penting, dan bukanlah seekor burung, sebagaimana tafsiran sebahagian orang. Ketidak-hadirannya tentu membuat marah Nabi Sulaiman.

Beberapa alasan, Hud Hud bukan seekor burung ...

(A) Sangat aneh jika seorang raja besar, seperti Nabi Sulaiman, sangat gusar atas ketidak-hadiran se-ekor burung kecil, sehingga berkenan akan menjatuhkan hukuman berat kepada burung tersebut.

Akan lebih logik, jika yang dimaksudkan Hud Hud itu, adalah seorang pegawai tinggi tentera. Hal ini dapat dilihat dari beratnya hukuman, kerana kesalahan seorang berpangkat tinggi, boleh berpengaruh kepada disiplin tentera secara keseluruhan.

(B) Nabi Sulaiman adalah seorang yang sangat bijak, tentu boleh memilah-milah kesalahan pihak lain. Kalau yang salah itu hanya se-ekor burung, tentu ia memaklumi, kerana akal fikiran haiwan, tidaklah sebaik manusia.

(C) Hud-hud, ternyata sangat paham akan undang-undang dan keperluan-keperluan negara, dan juga paham sekali mengenai tauhid (lihat QS. An-Naml (27) ayat 23- 26), padahal burung-burung tidak demikian.
  • Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, agar mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan Yang disembah kecuali Dia, Tuhan Yang mempunyai 'Arsy yang besar "(QS. An-Naml (27) ayat 23-26).
(D) Ada yang mempercayai Hud Hud yang diceritakan di dalam Al-Quran, adalah sejenis burung yang mempunyai nama Noble Hoopoe atau Eurasian Hoopoe [Upupa epops].

Namun anggapan itu, masih sangat diragui. Hal ini disebabkan, burung yang di maksud bukanlah burung peneroka. Padahal dianggarkan jarak antara Palestin ke Negeri Saba, mencapai sekitar 2,000 km.

Catatan Penambahan:

Satu:

Hudhud dimaknai sebagai seorang pegawai tinggi militer, juga merupakan pendapat dari Dr. Ir. Soekmana Soma MSP, M. Eng, di dalam bukunya yang berjudul "Ada apa dengan ulama ?: pergelutan antara dogma, akal, kalbu & sains".

Di dalam buku tersebut, Soekmana Soma berpendapat:
Kata thair dalam QS. An-Naml (27) ayat 17, berasal dari kata thara, yang bererti terbang dan boleh juga bermakna kuda (Shaik Nasr Abu'l Wafa ', The Qamus).

Oleh kerananya, terjemahan QS. An-Naml (27) ayat 17 adalah :
  • "Dan dihimpunkan kehadapan Sulaiman bala tenteranya, (yang terdiri) dari kabilah pergunungan yang telah ditawan (jin), pasukan darat (manusia), dan pasukan berkuda (thair), dan mereka dibentuk menjadi beberapa golongan".
Sementara terjemahan QS. An-Nam (27) ayat 20:
  • "Dan ia (Sulaiman) memeriksa barisan thair, lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat Hudhud, apakah ia tidak hadir?"
Dengan demikian kata "tafaqqadatthaira" mestinya di-interpretasikan memeriksa barisan berkuda. Sementara Hudhud adalah nama seorang pegawai tinggi tentera, yang kebetulan tidak hadir, dalam detik-detik yang sangat penting, sehingga membuat Nabi Sulaiman marah.

Selanjutnya Nabi Sulaiman berkata:
  • "Aku pasti akan menghukum dia (Hudhud) dengan hukuman yang pedih, atau kubunuh dia, kecuali ia memberikan alasan yang jelas" (QS. An-Naml (27) ayat 21).
Dari ayat ini jelas Hudhud adalah manusia biasa, bukan seekor burung. Sebab logiknya: apakah patut seorang Nabi, memarahi seekor burung?

Dua:

Dengan memperhatikan ayat Al Qur'an:
  • "Dan ia (Sulaiman) memeriksa barisan thair, lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat Hudhud, apakah ia tidak hadir?" "Aku pasti akan menghukum dia (Hudhud) dengan hukuman yang pedih, atau kubunuh dia, kecuali ia memberikan alasan yang jelas" (QS. An-Naml (27) ayat 20-21).
Hudhud adalah sebahagian daripada barisan thair. Dan jika kita mengartikan barisan thair itu sebagai Pasukan Burung, apakah Hudhud mesti seekor burung?

Quote:
Sama halnya, dengan Pasukan Kuda, apakah pemimpinnya mesti seekor Kuda?

Quote:
 
Dengan demikian, Hudhud tidak semestinya seekor burung, Hudhud juga boleh manusia biasa, yang merupakan sebahagian dari Pasukan Burung.

Tiga:

Berdasarkan kajian dari Ustadz H.M. Nur Abdurahman di atas, Nabi Sulaiman adalah seorang yang mengerti mantiq burung, yakni memahami makna kicau, gerak-geri dan perangai serta kebiasaan burung.

Quote:
Sebagaimana bunyi dari QS. Al-Naml (27) ayat 16:

  • Wa Qa-la Ya-ayyuha- nna-su 'Ullimna- Manthiqa thThayri. Berkata (Sulaiman): hai manusia, telah diajarkan kepada kami logik burung.
Pada masa sekarang ini ada sebuah disiplin ilmu yang disebut ethology (jangan dikelirukan dengan ecology), iaitu ilmu yang berkaitan dengan perangai binatang (animal behavior), terutama yang berkaitan dengan habitat mereka.

Dalam Abad yang lalu ada Sulaiman moden yang bergelar "The Bird Man of Al Catraz", iaitu seorang penghuni / banduan di penjara Al Catraz yang faham dan ahli betul dalam hal ethology khas untuk burung.
WaLlahu a'lamu bishshawab.


Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

Pesatnya Pertumbuhan Islam Di Australia.


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Berkerja di Australia..
Siri 1:  Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4... 
Siri 2:  Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...

Siri 3:  Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...
Siri 4:  Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.
Siri 5:  Wanita Pertama Bertudung (Melayu) Bawa Bas Di Pert...
Siri 6:  Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Austral...
Siri 7:  Info Backpackers Di Australia. Ladang Anggur, Pelu...

ISLAM merupakan agama paling cepat pertumbuhan pengikutnya dalam lima tahun menjelang Banci 2011 di Australia, dengan peningkatan 39.9 peratus dari 2006 hingga 2011. Namun jumlah penduduk Muslim yang berkisar 500 ribu jiwa hanya 2.2 peratus dari jumlah keseluruhan populasi.

Demikian didedahkan dalam laporan International Centre for Muslim and non-Muslim Understanding (MnM) pada University of South Australia, mengutip hasil Banci 2011.

Daripada kira-kira 500 ribu warga Muslim di Australia, peratusan jumlah pengundi terbesar terdapat di daerah pemilihan (dapil) Broadmeadeows di pinggir bandar Melbourne. Di dapil ini 31.3 peratus pengundi merupakan warga Muslim.

Dari data daerah pemilihan (dapil), selain Broadmeadows juga terdapat dua dapil di negara bahagian New South Wales iaitu Bankstown dengan 26.7 peratus pengundi Muslim dan Auburn yang mempunyai 25.6 peratus pengundi Muslim.

Menurut Pengarah MnM Prof. Riaz Hassan, dengan adanya tiga dapil di Australia yang mempunyai pengundi Muslim di atas 25 peratus, maka para ahli politik Australia perlu menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan.

Dikatakan, jumlah warga Muslim Australia yang menyertai ke ISIS sekitar 150 orang, atau kira-kira 0.03 peratus. Reaksi kerajaan Australia, katanya, yang menerbitkan Akta anti keganasan yang sangat kuat, membawa kesan sampingan terhadap warga Muslim kebanyakan.

Demikian perkembangan isu semasa Islam di Australia.
 
  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
 3 Julai 2015 KL

Pemandu Teksi KL Paling Teruk Di Dunia? -Laman Perbandingan Teksi UK

Gambar hiasan.
 
PETALING JAYA: Pemandu teksi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa; atau lebih tepat, 'penghinaan' kerana sikap buruk mereka.
 
Laman perbandingan teksi British, LondonCabs.co.uk telah meletakkan pemandu teksi Kuala Lumpur di bahagian teratas dalam senarai perbandingan 10 pemandu teksi paling teruk di seluruh dunia.

"Pemandu dari Kuala Lumpur terkenal dengan suka mengecas tambang berlebihan kepada pelanggan.

"Walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu menolak daripada berbuat demikian," kata LondonCabs.
"Nasihat terbaik adalah dengan hanya menunggu kenderaan lain jika pemandu bertegas enggan menggunakan meter," katanya.
 
Artikel ini turut menyatakan bahawa teksi di Kuala Lumpur sebagai 'agak buruk dan berada dalam kondisi yang teruk'. Pemandu teksi di Rom berada di tempat kedua selepas Kuala Lumpur untuk kadar yang terlalu tinggi dan kekasaran pemandu mereka.

"Kebanyakan orang tidak dapat mencari kenderaan di Rom. Kereta adalah terhad dan pemandu sering bersikap kasar dan sukar untuk berurusan dengan mereka," kata LondonCabs.
"Jika hari hujan, bersedialah untuk membayar dua kali ganda atau tiga kali ganda harga untuk kenderaan di Rom," katanya.

Pemandu teksi mini di Bangkok berada di tempat ketiga dalam senarai kerana pemandunya sering sesat dan tidak tahu jalan. Bandar-bandar lain yang tersenarai ialah Paris, New York, Mumbai, Zurich, Kaherah, Shanghai dan Moscow. (IH)

PasMa Tubuh Parti Baru, Jika G18 Gagal..

Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) akan menerajui sendiri usaha menubuhkan sebuah parti Islam yang baru sekiranya Kumpulan progresif, G18, gagal berbuat demikian.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pihaknya akan menyokong parti yang ditubuhkan oleh G18. Bagaimanapun, katanya, jika ia tidak menjadi kenyataan, PasMa sendiri akan berusaha menubuhkan sebuah parti baru.

Phahrolrazi berkata pendirian PasMa ialah perlunya sebuah parti Islam yang baru dalam gabungan pembangkang selepas Pakatan Rakyat berpecah.

"Sekiranya G18 tak tubuh parti, kita (PasMA) akan ambil inisiatif, kita akan teruskan tanggungjawab (menubuhkan parti baru).
"Tapi buat masa ini, ada pihak (G18) nak tubuhkan parti, maka kita bagi laluan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Phahrolrazi menegaskan bahawa usaha menubuhkan parti baru itu memerlukan kerjasama banyak pihak dan tidak boleh secara bersendirian.

“Kita ni NGO penyokong, apa saja keperluan kita terus sokong,” katanya.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan kekalahan kumpulan progresif PAS dalam muktamar parti itu bulan lalu, menguatkan lagi hasrat penubuhan sebuah parti Islam yang baru itu.

Kumpulan progresif PAS telah membayangkan kemungkinan sebuah parti Islam yang baru ditubuhkan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini. (MK)

Perkauman Di AS: Kumpulan Teroris Rasis Ku Klux Klan Siap Timbulkan Ketegangan.


KUMPULAN perkauman atau rasis ketuanan kulit putih Amerika Syarikat yang akrab dengan tindakan kekerasan dan keganasan, Ku Klux Klan, siap menimbulkan ketegangan di South Carolina.

Hal ini dilakukan seiring dengan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa atas beberapa siri pembakaran gereja jemaah dan majoriti kulit hitam. Dilaporkan Euronews Rabu (1/7/2015), kumpulan ketuanan kulit putih itu akan mengadakan pertemuan massa pada bulan Julai ini.

Ianya dilakukan bagi menyokong bendera pergabungan, satu bulan selepas pemuda kulit putih Dylann Roof menembak jemaah di sebuah gereja di Charleston sehingga mengobankan 9 warga kulit hitam.

Penyiasat persekutuan sedang mencari siapa di balik aksi pembakaran gereja-gereja kulit hitam di sejumlah negara bahagian di wilayah selatan Amerika Syarikat, yang semuanya berlaku selepas insiden berdarah Rabu malam (17/6/2015) di gereja Charleston itu.

Gereja korban pembakaran menyanyikan lagu terbaru adalah Mount Zion African Methodist Episcopal Church, di South Carolina, pada hari Selasa (30/6/2015), atau dua puluh tahun setelah sebelumnya gereja itu dibakar oleh Ku Klux Klan alias KKK.

Meskipun demikian, penyiasat tidak mengatakan bahawa pembakaran gereja itu merupakan aksi kejahatan kerana kebencian, dan mengatakan belum ada hubungan antara serangan-serangan itu dengan kumpulan ketuanan kulit putih.
Pelaku penembakan gereja di Charleston, Dylann Roof, dalam foto-foto yang dipamerkan sebuah website yang memaparkan manifesto rasisnya berpose dengan bendera gabungan.

Menyusul penembakan yang dilakukan pemuda berusia 21 tahun itu, banyak kalangan di Amerika Syarikat meminta agar bendera gabungan disingkirkan dari bangunan-bangunan kerajaan, seperti di Columbia, ibu negara South Carolina.

Loyal White Knight cabang Ku Klux Klan berpusat di Pelham, North Carolina, mengatakan akan mengadakan pertemuan massa di bangunan Parlimen South Carolina pada 18 Julai akan datang.

"Kami tegak membela (bendera) gabungan," kata James Spears, "pemimpin besar" kumpulan rasis itu.

Dia mengatakan para penceramah dalam mesyuarat akan datang akan menyinggung soal perhambaan. Kemudian KKK akan mengumumkan aksi bakar salib di kawasan harta peribadi.

Ku Klux Klan merupakan kumpulan yang menganggap orang kulit putih (bangsa bangsa Eropah) lebih tinggi kedudukan dan derajatnya, serta lebih mulia dan unggul dibanding orang kulit berwarna (terutama Afrika).

Dalam sejarah negara Amerika Syarikat, KKK dikenal luas akan kekejamannya (termasuk keganasan, menyeksa dan membunuh) terhadap orang-orang Amerika keturunan Afrika. (IH)

PAS Sepatutnya Lebih Kuat Tanpa Pakatan, Kata iLMU


Setiausaha Agung Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU) Ahmad Fazrin Yahya berkata selama ini di bawah PR, pendirian PAS sering dilihat tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut kehendak rakan sekutunya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Julai, 2015.
PAS sepatutnya menjadi lebih kuat tanpa Pakatan Rakyat (PR), yang dilihat menjadi 'barah' kepada parti itu selama ini, demikian menurut seorang pemerhati politik.
 
Setiausaha Agung Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU) Ahmad Fazrin Yahya berkata selama ini di bawah PR, pendirian PAS sering dilihat tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut kehendak rakan sekutunya.
 
"Kita boleh teliti kembali pendirian-pendirian PAS yang tidak konsisten dalam banyak isu sejak mereka bersama pakatan bahkan ia menjadi modal dalam perbahasan ketika muktamar PAS baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
 
Beliau merujuk kepimpinan ulama yang mendominasi barisan pucuk pimpinan PAS yang baharu bagi sesi 2015-2017 dan senario terkini 'perpecahan' yang berlaku dalam PR.
 
Pada 5 Jun, Muktamar Tahunan PAS ke-61 menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama yang mahu parti memutuskan hubungan dengan DAP, manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 16 Jun mengisytiharkan PR tidak lagi wujud.
 
Guan Eng berkata keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP 'membunuh' pakatan itu.
 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada keesokan hari mengakui PR tidak lagi berfungsi secara formal.
 
Ahmad Fazrin berkata penguasaan kembali kepimpinan ulama dalam semua jawatan tertinggi parti mampu menjadikan PAS kekal relevan dalam pentas politik tanah air.
 
Beliau berkata pandangan pihak tertentu kononnya tanpa dokongan kumpulan profesional kepada PAS akan menjadikan parti itu mundur, hanyalah persepsi bagi mematahkan semangat pemimpin parti.
 
"Bahkan jika mereka kata PAS kehilangan kepimpinan profesional, pada saya itu keterlaluan. Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah seorang profesional dan juga seorang ulama," katanya.
 
Ahmad Fazrin berkata daripada sudut kaca mata iLMU pula, pihaknya gembira dengan perkembangan yang menyaksikan kumpulan ulama menyapu bersih jawatan dipertandingkan.
 
Pada pemilihan PAS, majoriti 1,189 perwakilan memberikan mandat kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerajui kepimpinan parti sekali gus menjadi presiden paling lama dalam sejarah PAS iaitu 15 tahun memimpin.
 
Beliau digandingkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan presiden, Mohd Amar, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, sebagai naib presiden yang juga daripada golongan ulama. – Bernama, 2 Julai, 2015.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails