Saturday, July 11, 2015

Berehat. Demi Nama Baik Arwah Bapanya.. -Musa Hitam (91)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
KL: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini telah menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih salah satu dari tiga pilihan iaitu letak jawatan, bercuti untuk beri laluan kepada siasatan atau terus kekal sebagai Perdana Menteri dan berdepan tuduhan itu.

Memetik laporan The Malaysian Insider,  nasihat itu diberi oleh beliau kepada Najib bagi menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya.

“Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan terbuka yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya kepada wartawan The Malaysian Insider.

Namun, pilihan yang paling terbaik kepada Najib adalah meletakkan jawatan untuk memberi peluang kepada kepimpinan batu yang ada dalam UMNO.

“ Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. ” kata Tun Musa Hitam.

Tujuan beliau tampil membuat kenyataan ini adalah kerana tidak lagi boleh berdiam diri mengenai perkara ini dan berasa terpanggil untuk memberi pendapat kepada anak mentornya itu, Tun Abdul Razak.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata.
"Maaf, saya tak pernah begini," katanya.

Mantan Perdana Menteri itu memberitahu yang dia rasa tertekan memikirkan Najib di mana sudah pasti Najib membawa nama baik ayahnya yang juga merupakan mentor bagi beliau(Musa) itu dan oleh itu Musa menyarankan agar Najib berehat dan menyerahkan diri kepada Tuhan sekiranya rasa bersalah.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya." - Tegas Musa.  (IH)

Mission Impossible Rosmah Bank Negara, DR.ZETI Wajar Letak Jawatan? -ZAM. (90)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor  bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat segera pembocoran akaunnya di Afffin Bank yang menerima RM2 juta.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan  orang ramai terfikir  bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga  membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain  SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam  kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya  kurang ariff apakah isteri  seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara  untuk kes peribadi  disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa  yang  ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas  yang menyiasat 1MDB  hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu  setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya  masih dalam siasatan maka kenapa  tidak berpegang pada prinsip ini  sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti  sama seperti sentimen saya  kepada bapanya  Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah  (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur   yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untukYayasan Tun Abdul Razak.

Zeti  tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh  dalam mission impossible.

-ZAM

Puasa, Tapi Tak Tutup Aurat.. Apa Hukumnya?


MELALUI syari’at yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, Allah SWT mewajibkan kaum perempuan untuk menutup seluruh lekuk dan badannya kecuali kedua telapak tangan dan wajah. Tetapi terkadang timbul di dalam benak kita mengenai pertanyaan apakah hukum puasanya kaum perempuan yang tidak menutup aurat mereka?

Era Muslim melaporkan, mantan Mufti Syeikh Ali Jum’ah beserta Lembaga Fatwa Mesir “Darul ifta” pernah membahas persoalan ini beberapa tahun yang lalu. Berikut sepenggalan arsip jawaban mantan mufti Mesir dan Darul ifta mengenai hukum puasa perempuan yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat?

Pakaian yang menutup aurat adalah wajib hukumnya baik kaum lelaki ataupun perempuan sesuai dengan syariat yang telah diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu tidak menampakan lekuk tubuh sehingga dapat mengundang syahwat.

Di dalam Islam Allah telah menegaskan bahawa suatu kewajiban tidak akan terpisah dari kewajiban lainnya, seperti orang yang berpuasa tidak akan pernah dibenarkan sama sekali untuk meninggalkan shalat, dan mereka yang shalat dan berpuasa tidak dibenarkan sama sekali untuk tidak memakai pakaian yang sesuai dengan syariat.

Muslimah yang baik adalah mereka yang mendirikan shalat wajib dan berpuasa di bulan suci Ramadhan serta menjaga auratnya. Sedangkan mereka yang tetap mendirikan shalat dan berpuasa tetapi tidak mengenakan jilbab atau aurat, hanya Allah sendiri yang tahu dan bagaimana mengganjar hamba tersebut.

Tetapi janganlah berkecil hati kerana kita selalu diperintahkan untuk selalu berhusnudzhon (bersangka baik) kepada Allah bahawa perbuatan baik kita akan dapat menghapus dosa-dosa kita, dengan syarat membuka lembaran baru dan bertaubat nasuha atas segala yang telah dilakukan sebelumnya.

Oleh kerana itu bagi kaum Muslimah yang belum menyempurnakan kewajibannya, hendaklah momen bulan Ramadhan menjadi titik tolak untuk selalu menyempurnakan kewajiban-kewajiban yang sebelumnya ditinggalkan. (IH).

Keluarga Miskin Ini, Jadi Viral Di Laman Sosial, Tapi Hilangkan Diri


SEPERTI biasa "indox" Facebook Siakapkeli akan dipenuhi dengan mesej-mesej sahabat SK meminta bantuan untuk mereka yang memerlukan. Kami menerima begitu banyak mesej tentang sebuah keluarga miskin yang tinggal di dalam pondok usang di Bukit Rambai yang ‘viral’ di Facebook baru-baru ini.

Sebelum kami poskan satu-satu benda kami akan siasat terlebih dahulu dan berita yang meyakinkan kami tentang keluarga ini apabila pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah melawat mereka atas maklumat orang ramai.
Sedang asyik SK menulis artikel tentang keluarga ini, seperti biasa SK akan membaca berita-berita online dan terlihat satu artikel dari web berita Harian Metro tentang keluarga ini. Difahamkan, wanita berusia lewat 20-an itu menghuni pondok terbabit bersama tiga anak masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki gagal dikesan sejak petang semalam.

Ketua Unit Al-Taqwa Majlis Agama Islam Melaka,Muhamad Dino Md Delan berkata, pihak mereka telah datang melawt keluarga ini semula dan bercadang membawa mereka pindah ke rumah sewa MAIM di Pantai Peringgit, bagaimanapuan keluarga tersebut telah menghilangkan diri.

"MAIM turut membawa lori untuk mengangkut barang serta memindahkan keluarga ini petang semalam, namun apabila tiba di sini, kira-kira 2 petang, mereka tiada walaupun kami menunggu hampir sejam.
"Hari ini, saya sendiri datang untuk membuat susulan dan menawarkan sekali lagi kepada mereka untuk berpindah, tapi mereka masih menghilangkan diri," katanya dipetik Harian Metro.

Tinjauan mendapati, selain MAIM, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, polis serta wakil Japerun Klebang turut turun padang. - Siakapkeli.my
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang miskin wajib dicari untuk dibantu dan ditolong oleh pihak berwajib, kerana yang bermaruah tidak mahu meminta-minta. Begitu juga oraang ramai, NGO-NGO, pertubuhan politik dan lain-lain wajib terus mencari bersungguh-sungguh demi membantu mereka.

Tahniah kepada mereka yang membantu dalam kes ini.. Weblog ini hanya memanjangkan..

Bintang Singapore Idol Peluk Islam. Al-hamdulillah.

HALAMAN HIBURAN

FINALIS Singapore Idol musim ketiga, Sylvia Ratonel, mengucap dua kalimah syahadah di Pusat Islam Darul Arqam (Singapura), baru-baru ini.

Berdasarkan kemas kini pada akaun Instagramnya, majlis itu kemungkinan besar berlangsung pada hari Sylvia menyambut hari lahirnya yang ke-27 iaitu 14 Jun lalu.

Sylvia atau nama sebenarnya Sylvia Anne Ratonel dipercayai memilih nama Nur Sylvia Ratonel sebagai nama baru. Ramadan kali ini juga merupakan pengalaman pertama Sylvia mengerjakan ibadah puasa.

Di samping memuat naik sekeping gambar, Sylvia mencatatkan:

"Hari ini saya bermula seperti seorang bayi baru lahir. Saya berterima kasih kepada ramai orang yang saya temui sepanjang hidup saya, yang sudah membantu saya dalam perjalanan saya sehingga ke peringkat ini, dan (saya) akan terus belajar sebanyak mungkin untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan seorang manusia yang lebih baik.

"Saya tidak dapat luahkan betapa saya bersyukur kepada sokongan yang saya ada dari teman-teman dan keluarga… Nur Sylvia Ratonel."

Nur Sylvia merupakan satu-satunya peserta wanita dalam saingan akhir Singapore Idol pada 2009 dan muncul sebagai naib juara. (MK)


Al-hamdulillah, dia memilih jalan yang betul. '(saya) akan terus belajar sebanyak mungkin untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan seorang manusia yang lebih baik.' Teruskan.. Jazakillahu Khairan Kathira'. Ertinya, Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak! (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-104: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2)
E-Buku IH-104: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2) 

Friday, July 10, 2015

Daging Halal Ada Kekuatan Ajaib, Patut Dilarang -Kata Ahli Politik Swedan.

Lebel daging halal di Eropah (C) Reuters.

AHLI politik Sweden Michael Ohman, awal minggu ini, melontarkan kenyataan kontroversi mengenai peredaran daging halal di negaranya. Dia menyebut daging yang dipotong sesuai syariat mesti dilarang, soalnya makanan semacam itu boleh mempengaruhi orang untuk menjadi muslim. Dengan begitu, dia usul supaya kerajaan melarang peredaran daging halal.

Seperti dilaporkan Russia Today, Khamis (9/7), komen itu disampaikan Ohman semasa ditemubual akhbar Sala Allehanda. ahli politik parti Demokrat ini meyakini orang Islam memberi jampi-jampi tertentu, sehingga menyebarkan daging halal ke seluruh dunia.

"Ada kekuatan ajaib di daging tersebut. Ini sebabnya (orang Islam) menyebar daging halal ke mana-mana," kata Ohman.

Komen Ohman menuai kecaman dari warga Sweden. Dia dituduh menyebarkan Islamophobia, kerana peningkatan jumlah pendatang dari negara muslim. Pengguna Twitter, misalnya Magnus Edlund, mengejek ahli politik itu sebagai manusia yang berpandangan sempit.

"Hebat betul anda tahu daging halal punya jampi ajaib. Tolong jelaskan juga bagaimana permaidani aladin boleh terbang," tulis Magnus.

Ohman, senator dari Bandar kecil Heby di Wilayah Uppsala, dinilai mewakili segelintir warga Sweden yang mula membenci semua perkara berbau Islam.

"Memang ada perkembangan islamofobia di antara satu daripada tiga parti politik Sweden," kata Profesor politik Universiti Gothenburg, Adrian Groglopo.

Walaupun begitu, majoriti warga negara di Scandinavia itu diyakini tetap menyokong nilai-nilai Islam. Termasuk memperbanyak peradaran daging halal untuk komuniti pemeluk Islam.

"Masyarakat Sweden cenderung menyokong pluralisme," kata Groglopo saat menjelaskan data kaji selidik terbarunya.

Serangan maupun vandalisme terhadap umat muslim beberapa kali terjadi di Sweden. Tahun lalu, orang tidak dikenali membaling molotov ke masjid di Bandar Eskilstuna, tepat pada perayaan Krismas. Lima orang sedang solat jamaah cedera akibat insiden pembakaran tersebut.

Kemen Weblog Ibnu Hasyim: Kata pepatah Melayu..

Melukut di tepi gantang
buka sanggul cari kutu,
sebab takut akal pun hilang,
tunggul di kata hantu.

Begitulah fenomena 'takut' di negara Eropah, akal mereka hilang sehingga 'tunggul mati' pun dikatakan hantu, nampak bergerak-gerak. (IH)

Video: Kisah Seorang Pengemis Graduan. Tak Disiarkan Di TV3

 
KUALA LUMPUR: Satu ucapan berkisarkan kesengsaraan golongan muda yang disampaikan oleh seorang anak muda di hadapan pemimpin tertinggi negara menjadi trending di media sosial.

Ucapan tersebut yang disampaikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Zahra, 23, yang merupakan graduan ijazah undang-undang mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia yang kagum dengan keberaniannya menyampaikan ucapan sedemikian rupa.

Ucapan yang disampaikan oleh Zahra berkisarkan kesengsaraan anak muda zaman kini yang terpaksa 'survive' untuk hidup di negara sendiri. Ucapan itu disampaikan di sidang 'Laporan Sosio-ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi' yang berlansung pada 17 Jun tahun lepas.

Video ucapan terbabit dimuat naik oleh MTEM pada 7 Julai lalu.

Belajar tinggi-tinggi, akhirnya mengemis juga,” kata Zahra dalam ucapannya.
Apabila saya diminta untuk bercakap di pentas ini, di hadapan timbalan perdana menteri, inilah peluang untuk saya suarakan luahan hati generasi saya.
"Saya tahu saya tidak bersendirian kerana ramai kawan-kawan saya turut terseksa,” kata Zahra.

Ucapan tersebut disudahi dengan ayat "Saya Zahra dan sayangkan Malaysia". Di media sosial, ucapan Zahra menjadi topik hangat terutamanya dalam kalangan pengguna Twitter. Mereka menzahirkan kekaguman terhadap ucapan tersebut dengan hashtag #SayaZahra. Kebanyakan mereka bersetuju dengan Zahra. - Siakapkeli.my
 

Nama Saya Zahra Dan Saya Sayangkan Malaysia - Rakaman Yang Tak Disiarkan Di TV3

Wanita Terbaring Telanjang Di Longkang, Masih Tidak Perlukah Hudud?


Penampang (K/Kinabalu) - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an ditemui terbaring tanpa pakaian di dalam sebuah longkang di Jalan Bundusan berhampiran dengan Dewan Hongkod Koisaan, Penampang kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Kejadian dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Razz Za Lie yang berada di lokasi. Menurut sumber, wanita berkenaan masih lagi hidup ketika ditemui tetapi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selain itu, dikatakan terdapat kesan lebam di badan mangsa dipercayai akibat dipukul. Setakat ini masih lagi belum ada laporan rasmi dari pihak berkuasa mengenai kejadian. Dipercayaai dirogol bergilir-gilir.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, bila lagi kerajaan umat Islam Malaysia mampu untuk melaksanakan 'hukum Hudud' seperti yang diperintahkan Allah SWT. Undang-undang yang mampu mengurangkan jenayah seperti yang dibuktikan sejarah dan praktikalnya di beberapa negara di dunia.

Dalam banyak hal, 'Malaysia Boleh'. Tetapi dalam Hudud, Malaysia dayus! (IH)

Ini Fadhilat Terawih Palsu, Jaga-jaga..

Tak dapat dinafikan, ramai antara kita yang pernah mendengar atau membaca risalah yang menjelaskan mengenai fadhilat-fadhilat mengerjakan solat sunat terawih dari malam pertama hingga ke malam terakhir ramadhan. Tapi tahukah anda sebenarnya fadhilat ini berasal dari hadis palsu.

Melalui satu laporan dari Cari Infonet, pakar-pakar hadis tempatan telah mengesahkan perkara ini. Antara pakar-pakar hadis berkenaan adalah Ustaz Asri Hj Yusof, AlMarhum Ustaz Abd Ghani. Pihak JAKIM juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini supaya risalah-risalah ini ditarik balik dan tidak mengelirukan orang ramai. (Sumber  Siakapkeli.my)

Ini, Paksa Isteri Jalan 1/2 Bogel Selepas Dituduh Curang.. Wajarkah?

Gara-gara menuduh isterinya curang, seorang lelaki bertindak diluar batasan apabila memaksa isterinya itu berjalan dalam ekadaan separuh bogel di depan khalayak ramai.

Mangsa, Wang Ni telah dipukul terlebih dahulu oleh suaminya sebelum dipaksa berjalan separuh bogel sambil memegang papan tanda bertulis "Saya mahu jual badan saya" mengelilingi sebuah bandar di daerah Yushan, China.

Suami wanita berkenaan, Zhang, 33, dikatakan tinggal di bandar lain kerana faktor kerja. Hasil perkongsian hidup dengan Wang Ni mereka dianugerahkan dua orang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu.

Kejadian bermula apabila Zhang telah kelaur dengan rakannya semasa pulang ke rumah Wang Ni, rakannya itu telah memberitahu bahawa isterinya itu telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan lelaki lain.
Dalam keadaan mabuk, Zhang pulang telah memukul dan memaksa isterinya itu menanggalkan pakaian dan berjalan di khalayak ramai dengan dia mengekori dari belakang menaiki kereta.

Bagaimanpun tindakan kejam Zhang itu berakhir apabila dia telah ditahan oleh pihak polis dan isnterinya dilaporkan trauma.

Namun hasilnya siasatan mendapati Wang Ni tidak pernah melakukan apa yang diceritakan oleh rakannya itu.

Zhang telah tampil memohon maaf kerana tindakannya itu melalui akhbar. - Siakapkeli.my

Pulak! RM2J Dideposit Dalam Akaun Bank Rosmah Mansor -Maklumat Sarawak Report. (89)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor.Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.
Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB,Sarawak Reportmendakwa seorang individu bernama “Roslan Sohari” antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.
Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)”.

Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.


Malaysiakini juga telah menyemak sebuah laman Facebook milik “Roslan Sohari”, seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi.

Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai “Resident Manager at the Prime Minister’s Office” (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri).

Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu 'mendaftar masuk' di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu.

Tempat-tempat itu antaranya Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu).

Beliau juga berada di Padang, Indonesia, pada 26 Ogos tahun lepas, ketika Rosmah menerima sebuah anugerah Minangkabau.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu ini orang yang sama dimaksudkan olehSarawak Report.

Ketika Malaysiakinimenghubungi “Roslan Sohari” melalui nombor telefon yang ditunjukkan dalam sebuah dokumen dimuat naik olehSarawak Report, dia menafikan berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri atau mempunyai kaitan dengan Rosmah.

Bagaimanapun, gambarnya di profil Whatsapp menunjukkan gambar yang sama dengan pemilik akaun dengan di Facebook.

Laman Facebook telah dinyahaktifkan tidak lama selepas laporan
ini diterbitkan.


Malaysiakini juga memeriksa nombor kad pengenalan Rosmah yang dinyatakan di dokumen itu dan mendapati ia sememangnya isteri Najib.

Nombor akaun Affin Bank yang 1000 xxxx xxxx yang dinyatakan itu juga mendapati ia  milik “Rosmah Binti Mansor”  (MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails