Saturday, August 08, 2015

Dana RM2.6b dari Israel?


Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.

Penganalisis politik dan pensyarah, Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah.

“Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.
“Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu disumbangkanoleh pihak tertentu “dari Timur Tengah”.

Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti “penderma” tersebut. Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Derma OK tapi mesti telus

Maszlee berkata, bagi mengelak sebarang syak wasangka Najib tiada pilihan kecuali berterus terang mengenai identiti penderma itu. Katanya, perdana menteri merupakan seseorang yang diharapkan semua pihak untuk mentadbir negara.

Justeru, katanya, seorang perdana menteri mesti bersikap telus. Tambahnya lagi, ketelusan itu boleh dilihat di negara lain seperti AS apabila ahli politik dan pentadbir negara itu sering mendedahkan sumber sumbangan diperoleh.

Namun, katanya, bagi mengelak salah faham wang sumbangan tersebut tidak dimasukkan ke akaun persendirian pemimpinnya.

“Di AS sendiri mereka membenarkan derma tapi mestilah telus.
“Sekiranya ia tidak berlaku begitu, ia dilihat seperti tidak ada integriti,” katanya.

Sementara itu anggota Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, seorang pemimpin yang baik dan mempunyai kredibiliti harus jujur.

“Pemimpin yang baik, ada kredibiliti dan jujur harus nyatakan siapa yang menderma,” katanya.

Kata Wan Ji lagi, di zaman Nabi Muhammad amil pengutip zakat pun perlu memberitahu jumlah zakat yang diterimanya.

“Wang zakat pun perlu diberitahu jumlahnya, apatah lagi derma (RM 2.6 bilion) yang diterima seseorang pemimpin,” katanya.  (MK)

Irma Hasmie: Pelakon Berhijrah Perlu Percaya Allah Beri Rezeki. Mengapa?

Irma Hasmie
HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Pelakon Irma Hasmie menasihati pelakon-pelakon yang baharu berhijrah agar tidak menyimpan perasaan kesal akibat peluang terhad dalam bidang lakonan selepas mengambil keputusan untuk berhijab.

Irma, 33, berkata, mereka perlu menetapkan niat sebenar berubah iaitu ke arah kebaikan selain harus percaya bahawa setiap rezeki yang datang adalah ketentuan Allah.

"Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang. Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu," ujarnya kepada mStar Online.

Irma Hasmie diminta mengulas apabila terdapat pelakon yang mengadu kekurangan tawaran selepas mengambil keputusan untuk bertukar imej dengan menutup aurat. Tambah Irma, mereka perlu percaya bahawa Allah sentiasa memberi rezeki dengan pelbagai cara biarpun bukan dalam bidang lakonan.

"Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonan Irma berkata, dia sudah dua tahun menolak tawaran lakonan semata-mata untuk meluangkan masa bersama keluarga. Dia juga tidak mahu terlepas melihat pembesaran anak-anaknya jika terlalu sibuk dengan penggambaran.

"Saya memang terpaksa tolak secara baik tawaran berlakon drama terutama apabila melibatkan penggambaran di luar dari Kuala Lumpur.
"Kebiasaan masa yang dihabiskan terlalu banyak di set penggambaran dan saya tidak mahu terlepas masa bersama anak-anak dan mahu lihat mereka membesar di depan mata saya," ujarnya.

Kata Irma, buat masa ini, dia lebih selesa untuk menerima tawaran mengacara program-program televisyen yang tidak memerlukan komitmen terlalu lama.

"Saya masih bersama program untuk stesen TV Alhijrah dan satu projek berjudul Kerja Kahwin di Astro Prima yang bakal bersiaran September depan," ujarnya. (mStar)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Jual Buah Pinggang Demi Biayai Pengajian Anak. Bagaimana Dalam Islam?



SEORANG bapa nekad mengambil satu jalan pintas selepas dia dikatakan sudah tidak mampu untuk membayar yuran pengajian anaknya, Dindi Intan Pertiwi yang kini belajar di sebuah universiti di di Jakarta.

Heri Akhmat Rivai (55) berasal daripada Manado, Sulawesi Indonesia ini relah tekad untuk menjual buah pinggangnya kepada sesiapa yang memerlukan demi memastikan anaknya itu dapat meneruskan pengajian.

Beliau kelihatan memegang papan tanda bertulis "Saya mau menjual "ginjal" untuk biaya kuliah putri saya" sambil berjalan disekitar bandaraya Jakarta.

Dindi Intan Pertiwi kini sedang belaajr di Universitas Jenderal Soedirman, Purwokerto Jawa Tengah dan di perlu membayar yuran pengajian untuk memasuki semester baru.

"Anak saya kini berkuliah untuk memasuki semester 5 tetapi kerana tidak mampu bayar yuran dia mungkin tidak boleh sambung kuliahnya dan wang perlu dibayar sebelum 6 Ogos semalam."
"Anak saya sepatutnya menadapat biasiswa tetapi sehingga kini belum menerimanya," ujar Heri.



Beliau menerangkan ketika ini dia amat memerlukan wang itu semi memastikan puteri kesayangannya itu boleh menyambung belajar dalam jurusan S1 Fakultas Ilmu Sosial dan Politik, jurusan Administasi Publik.

"Saya perlukan wang tersebut sebelum 6 ogos sebanyak Rp3 juta (RM865) untuk membayar yuran anaknya setiap satu semester dan saya juga telah pajakkan rumah saya selama setahun dengan harga Rp3 juta untuk pembiayaan yuran sebelum ini," jelasnya.

Lebih memeritkan, Heri memberitahu dia juga masih mempunyai anak yang masih bersekolah dan tidak mampu membayar yuran pengajian putrinya itu kerana ketiga-tiga anaknya yang lain baru memasuki SMA.

Ketika ini dia tinggal di Jalan Pasar Wetan depan Plasa Mayasari, Tasikmalaya untuk meneruskan hasrat 'bisnes'nya itu.

" Malam tadi(30 Julai), saya berangkat dari Purwokerto dan sampai ke Kampung Rambutan  dan samapi ke sini 7 jam kemudian  dengan membawa tulisan 'Saya Mau Menjual Ginjal untuk biaya Putri Saya', tetapi tidak ada langsung orang ambil peduli bahkan sebuah kereta atau motor pun tidak berhenti," ceritanya sambil menitiskan air mata. - Siakapkeli.my

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bolehkah terjadi begini dalam negara yang benar-benar  melaksanakan sisem pemerintahan Islam?

Strategi PAS Kini, Berkreatif Menutup Ruang Bermusuh.



KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuk, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat.

“Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini.

“Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh”,” katanya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung dengan rakyat khususnya kaum Cina.

Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam,” katanya. – mynewshub.cc

Di Papua, Setiap Hari Ada Warga Memeluk Islam.

Peta Kabupaten Tolikara, Papua
SALAH satu tokoh Jawatankuasa Umat untuk Tolikara (komat) KH. Didin Hafidhuddin mendedahkan bahawa kewujudan muslim di Papua semakin hari semakin bertambah. Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illa Allah, Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah.

"Ternyata umat Islam di Papua itu ramai jumlahnya, sehingga 40 peratus. Dan menurut dai asal Papua, Ustaz Fadlan Garamatan, disana itu hampir setiap hari ada yang masuk Islam, "kata Kyai Didin saat pengajian subuh di Masjid Al Hijri Air Mancur Bogor, Ahad (2/8/2015), dikutip dari Suaraislam.com.





Menurutnya, dengan keadaan itu membuat para mubaligh merasa iri, 

"Mereka itu walaupun sudah membuat lapangan terbang kira-kira 240 buah di Papua. Ajaran Kristian sendiri sudah lama disebarkan di Papua. Tapi bezanya dengan Islam, Islam itu merubah prilaku sedang agama lain tidak. Begitu masuk Islam itu ada perubahan, mereka jadi memakai baju, menutup aurat. Itu akibat dari ibadah, ketika masuk Islam harus seperti itu, "ungkap Kiai Didin.

Kiai yakin, dengan perkembangan dakwah di Papua umat Islam akan semakin banyak kedepannya. "Kita yakin insyaallah umat Islam di papua akan jaya," harapnya.

Berkaitan tragedi penyerangan jamaah solat Aidil Fitri dan pembakaran masjid di Tolikara, menurut Dekan Siswazah Universiti Ibn Khaldun Bogor itu ada grand design untuk kepentingan tertentu di Papua. 

"Pulau yang paling kaya di dunia itu Irian (Papua) dan disana itu setiap tahun sekurang-kurangnya dua kali berlaku konflik. Kita berharap tragedi di Tolikara ini menjadi yang terakhir, "tegasnya. (Arc/IH)

Sebelum ini..


  • Pekan Kecil Papua, Tapi Bendera Israel Popular.
  • Serangan Pengganas Kristian Atas Jamaah Solat Aidi...
  • Lapor Langsung Dari Tolikara: Solat Jumaat Pertama...
  • Rusuhan Agama Di Papua: Ibnu Hasyim Sokong Desak C...
  • Interbiau Khas Dengan Imam Masjid Tolikara. Rusuha...
  • Toleransi Islam Dibalas Pembakaran..
  • Mengapa Presiden Jokowi Diam Semasa Teroris Kristi...
  • NGO & Orang Kaya Malaysia, Jengok-jengoklah Ke Sin...
  • Pengganas Gereja Injil Diundang Jokowi Ke Istana, ...
  • Hati Kami Juga Luka, Larang Solat Di Negara U/Isla...
  • Inikah Jokowi (Pres.Indonesia), Menurut Tayyip Erd...
  • Jokowi Akan Bina Istana Presiden Saat Papua Dipenu...
  • Awasi Satu Operasi Politik Israel Di Papua.. -K/Su...
  • Gadis 11 Tn Bersalin Tanpa Suami? Astaghfirullah, Kembalilah Kpd Hukum Allah.

    Budak 11 tahun Lahir Anak

    JEMPOL – Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes budak perempuan berusia 11 tahun yang beranak di sebuah klinik swasta, pagi kelmarin.

    Ketua polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, keterangan mangsa juga turut diambil kira bagi mengesan teman lelakinya (yakni bukan suaminya?).

    “Setakat ini belum ada sebarang penahanan dibuat berikutan beberapa perkara perlu dilengkapkan selain usaha untuk mengesan suspek telah dijalankan sejak kelmarin dan kita tidak boleh mendedahkan siapa teman lelakinya sehingga tangkapan dibuat.
    “Bagaimanapun mangsa bersama bayi lelakinya berada dalam keadaan baik dan masih dirawat di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah,” katanya.

    Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun tidak sempat ke hospital untuk melahirkan anak setelah mengadu sakit perut kepada ibunya.

    Kanak-kanak itu dibawa ibunya ke salah sebuah klinik swasta di sini dan melahirkan anak di klinik berkenaan selepas mangsa mengadu sakit perut. – Sinar

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu pentingnya perundangan Islam dan 'Hudud', sekurang-kurangnya untuk mendidik dengan menakutkan pelaku-pelaku atas hukuman yang kononnya 'kejam' bagi orang yang tidak mengetahui. Di situlah terdapat 'hikmah'nya hukum Allah bagi manusia yang mengetahui (berilmu). 

    Kerajaan, jangan berhukumkan kepada 'taghut'! Kembalilah kepada hukum Allah, Allahu Akbar!

    Friday, August 07, 2015

    RM 2.6 Bilion, SPRM: PAS S'gor Solat Hajat.


    Ekoran kebimbangan terhadap suasana politik semasa, PAS Selangor mengarahkan anggotanya melakukan solat hajat hajat memohon keselamatan rakyat dan negara ini.

    Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata solat hajat itu perlu agar menjadi petunjuk untuk sentiasa berada pada jalan yang diredai Allah.

    “Sejak-sejak akhir ini telah berlaku perkembangan-perkembangan yang amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
    “Perkembangan ini sudah tentu akan memberi kesan bukan sahaja kepada generasi hari ini tetapi generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan.

    Iskandar yang juga pesuruhjaya PAS Selangor itu menyeru semua pihak berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang berusaha untuk menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kezaliman.

    “Semoga doa-doa kita pada penghulu segala hari ini dimakbulkan oleh SWT,” tambahnya.

    Muktahir ini negara berdepan dengan kontroversi di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  menerima derma RM 2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

    Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat perkara itu kini menjadi sasaran polis susulan dakwaan kebocoran maklumat tertentu.

    Kakitangan SPRM juga telah melakukan solat hajat di seluruh negara sebelum ini. (MK)

    E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

    E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam. .
    BAB 1
    Bab 2
    Bab 3
    Bab 4
    Bab 5
    Bab 6

    Kongsi Cerita, Setelah 3 Bulan Petik Buah Di Australia..

    peta melbourne
    BANYAK yang bertanya weblog ini ingin berkongsi cerita pengalaman kerja petik buah di Australia.  Di sini ada jawapan salah satunya..
    6 Fakta Bekerja Memetik Buah di Australia' (http://www.sayabackpacker.com/2015/05/petik-buah-di-austalia/)
    grapes
    TANGGAl 27 April 2015 yang lepas, seorang sahabat saya bernama Mel yang berasal dari Sabah dan sudah lama menetap di Damansara tiba di Melbourne, Australia. 
    Dari lapangan terbang, beliau terus menuju Southern Cross dan menemui rakannya yang bekerja mengutip buah di sana. Mereka kemudiannya menaiki tren ke Robinvale selama 7 jam. Di situ terdapat ladang anggur yang sangat luas dan terbahagi kepada beberapa kawasan seperti Olives, Costa dan beberapa kawasan lagi yang saya tidak pasti namanya. Tujuan sahabat saya itu hanya satu. MEMETIK BUAH DI AUSTRALIA!
    Selama ini saya mendengar dan membaca kisah orang lain. Kali ini sahabat saya sendiri, seorang wanita bujang berumur 30 tahun sanggup terbang ke Australia seorang diri dan mencuba nasib di sana. Saya sangat bersyukur kerana Mel sering menghantar ‘wassap’ dan menceritakan kisahnya di sana. Dia memberitahu bahawa dia sangat gembira walaupun agak kepenatan bekerja di ladang anggur. Oleh itu, dengan keizinan Mel, saya kongsikan pengalamannya di Saya Backpacker.
    1. Waktu Bekerja dan Penginapan
    • Mel keluar bekerja jam 6.45 pagi dan pulang ke bilik semula jam 3 petang. Kadangkala beliau mula bekerja jam 8 pagi dan pulang jam 5 petang. Bayaran gajinya dibayar secara mingguan dan ditolak terus dengan duit penginapan sebanyak AUD 90 (RM259) seminggu. Contohnya, jika pendapatan hasil petikan anggur Mel pada minggu tersebut adalah AUD 300 (RM864), maka Mel akan mendapat bayaran sebanyak AUD 210 (RM605) setelah ditolak sewa mingguan penginapan.
    1. Kadar Bayaran Gaji
    • Pendapatan melalui petikan anggur adalah berdasarkan jumlah kotak anggur yang dipetik. 1 kotak mempunyai 10 kg anggur. Bayaran juga bergantung dengan jenis anggur. Anggur terdapat tiga jenis iaitu anggur tanpa biji (seedless), anggur hijau dan anggur biasa. Bayaran upah petik bagi 1 kotak anggur tanpa biji (seedless) berkadar AUD 2.50 (RM7.20) sekotak. Ia kadar yang paling tinggi dalam kategori anggur. Yang lain pula sekitar AUD 2 – 2.30 sekotak. Secara purata kudrat seorang perempuan, mereka mampu memenuhkan sebanyak 40 kotak sehari. Jika baru belajar dan terkial-kial biasanya sekitar 30 kotak dan yang paling handal 100 kotak sehari. Jika anggur dipetik berdua, menurut Mel, ia boleh mencapai lebih 50 kotak sehari.
    • Kita andaikan Mel memetik anggur secara purata sebanyak 40 kotak sehari dengan kadar paling rendah AUD 2 (RM 5.70) sekotak untuk anggur biasa. Maka pendapatan Mel sehari adalah AUD 80 (RM 230). Untuk 6 hari bekerja, Mel mendapat AUD 480 (RM1,383). Kadangkala Mel perlu pulang ke kilang untuk membalut kotak, oleh itu AUD 30 (RM86) ditambah sebagai upah lipat kotak. Maka jumlah pendapatannya untuk minggu itu adalah AUD 510 (RM1,469). Setelah menolak kos sewa mingguan penginapan sebanyak AUD 90, maka gaji yang dibayar kepada Mel adalah AUD 420 (RM1,210) untuk minggu tersebut.
    1. Belanja
    • Menurut Mel, bagi menjimatkan perbelanjaan, usah makan di luar. Mel membelanjakan hanya AUD 30 (RM86) seminggu untuk duit dapur dan ‘top-up’ telefon pra-bayar. Makan di restoran sangat mahal dan berganda-ganda. Memasak sendiri adalah lebih menjimatkan dan terjamin halal.
    1. Peluang Lain
    • Ketika buah anggur sedang lebat, jumlah kotak yang boleh dipenuhkan mencecah 70-80 kotak sehari. Namun waktu ini menurut Mel, buah semakin berkurangan dan dia hanya mampu mendapat sekitar 30-40 kotak sehari. Ini kerana musim anggur bermula pada bulan Disember dan berakhir bulan Mei. Oleh itu Mel sudah agak lewat menyertai ladang anggur tersebut.
    • Namun begitu, terdapat banyak lagi peluang memetik buah yang berbeza musim seperti oren, manga, kacang badam, tomato dan strawberi. Yang terdekat adalah buah oren yang bermula Mei ini. Mel bercadang mahu berpindah ke ladang oren setelah musim anggur tamat. Kadarnya berbeza kerana oren menggunakan bakul yang besar. Satu bakul dibayar AUD 25 (RM72) namun perlu dikongsi bersama seorang lagi pasangan memetik anggur. Ia mesti dilakukan berdua kerana memetik oren lebih berat dan susah malah perlu memanjat jika perlu. Menurut kawan Mel, secara purata oren yang mampu dipetik adalah 5 bakul sehari.
    1. Solat
    • Tentang solat pula tiada masalah. Bagi yang lelaki lebih mudah. Mereka hanya solat di ladang. Bagi perempuan pula, mereka akan ke kilang dan solat di sana. Ada tempat yang boleh digunakan untuk solat. Jika mahu keluar membeli belah pula sangat jauh iaitu di Mildura yang jaraknya 85 km dari Robinvale.
    1. Permit dan Penguatkuasa Tempatan
    • Mel tidak mempunyai permit bekerja. Beliau hanya menggunakan pasport dan pas pelawat. Ketika mula-mula mahu masuk Melbourne, Mel menempah asrama di Melbourne menggunakan booking.com dan menulis nama asrama di borang putih (boarding/departure form) sebagai kaedah mengelakkan masalah di kastam Australia. Menurut Mel lagi, tiada tindakan dari pihak berwajib Australia kepada pemetik-pemetik buah. Mereka hanya menutup mata kerana orang Australia sendiri tidak mahu memetik buah. Ladang memetik buah sudah seperti perkampungan Asia dan tidak terasa asing langsung. Selagi kita menjaga sikap dan berkelakuan baik, insya-Allah, tiada pihak tempatan yang mengganggu.
    Saya tidak bertujuan mahu menggalakkan anda ke sana. Saya hanya berkongsi maklumat dan pengalaman dari sahabat saya yang sedang memetik buah di bumi Australia. Saya tidak boleh memberi nombor telefon Mel atau memberi panduan bagaimana anda mahu memetik buah di sana atas tujuan menghormati privasi Mel dan sebab-sebab lain yang tidak mahu saya nyatakan. Ini sekadar perkongsian sebagai tambahan maklumat untuk sesiapa yang ingin tahu.
    Terima kasih kepada weblog di atas. ((http://www.sayabackpacker.com/2015/05/petik-buah-di-austalia/)
    Dari..
    Ibnu Hasyim
    Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
    5 Ogos 2015 KL 
    Nak tahu lebih lanjut sila hubungi..
    Ibnu Hasyim: Tel: 0142225865 KL

    Pemberitahuan:
    Kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang ingin menghabiskan cuti persekolahan dengan bekerja sambil belajar di Australia boleh terus menghubungi kami atau melalui wakil mereka di sini.

    Lihat keseluruhan..
    E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
    E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

    Apa Seterusnya Muhyiddin? Ini Madah Anaknya..


    HALAMAN HIBURAN
    "Kita semua mungkin terjatuh namun kita semua bangkit. Bertabahlah Malaysia (kerana) selepas hujan akan muncul mentari," begitu anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa, menyatakan perasaannya ketika ini.

    Memuat naik lagu dan klip video terkininya di Internet malam tadi, orang ramai segera memberi reaksi hangat kepada lagu After The Rain itu.

    When life gets cold and skies aren't blue
    you're not alone, I'm here for you
    My brothers and sisters
    we'll see you through.


    Kelmarin Najwa sudah menguar-uarkan rancangannya memperkenalkan lagu terbaru ciptaan Juny itu melalui Facebook.

    Seperti dijanjikan klip video berkenaan dimuat naik di Facebook Najwa awal malam tadi. (MK)

    Lihat ..
    E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas

    E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

    Tun M Pernah Guna Akaun Peribadi Untuk Tujuan Politik? -K/Pemuda PAS.


    SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menafikan dirinya tidak pernah menggunakan akaun peribadi beliau untuk tujuan politik.
    "Itu licik, bukan bersih namanya," kata Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
    Dakwa Nik Mohamad Abduh, politik wang bermula dan berleluasa pada zaman Dr Mahathir.
    "(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mewarisi budaya lama yang tidak boleh dibaiki lagi selain ganti Barisan Nasional," katanya di laman Facebook, semalam.
    "Sebelum Barisan Nasional bungkus, bungkus dulu untuk peribadi masing-masing.." akhiri beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas.
    Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan kesediaan akaun peribadinya untuk disiasat.
    "Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya." katanya menerusi blog Chedet, kelmarin. (SH)

    MT Umno Tidak Pernah Dimaklum Sumbangan Derma. -Shahrir Samad.

    Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad berkata Majlis Tertinggi tidak dimaklumkan mengenai derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun presidennya, Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.

    Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.

    Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.

    "Semasa saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

    "Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.

    Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS $ 700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

    Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberi penjelasan mengenai sumbangan itu.

    Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

    WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS $ 681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.

    Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu. - 6 Ogos, 2015 (TMI)

    Thursday, August 06, 2015

    Kepimpinan, Ekonomi & Jenayah, Kembali Kepada Quran dan Sunnah -Waheeda

    HALAMAN HIBURAN
    Rakyat tak bodoh, kata Waheeda 

    Penyanyi dan pelakon Waheeda mengaitkan pergolakan kepimpinan dan masalah berkaitan ekonomi negara menjadi punca kadar jenayah semakin meningkat. Waheeda atau nama sebenarnya Wahidah Abdul Wahab, 37, berkata keadaan itu mengakibatkan rakyat menjadi tertekan dan terdesak.

    “Masyarakat bertindak apabila tertekan dan terdesak. Ia buat jenayah meningkat,” katanya kepada Malaysiakini.

    Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Wassini” itu juga berkongsi pelbagai pandangan berkaitan isu keselamatan di negara ini.

    “Apa guna kita katakan ada kebebasan di negara, sedangkan selamatkah rumah kita atau selamatkah untuk berjalan?” soalnya.

    Politik Malaysia kini menyaksikan pelbagai isu menghangatkan keadaan, termasuk dakwaan skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tindakannya menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Mengulas perkembangan itu, Waheeda memberikan kenyataan umum, tetapi keras.

    “Kita sebagai rakyat tidak bodoh,” katanya yang terus tampil berpurdah bersama suaminya Akil Akhil Hayy, yang juga seorang penyanyi dan personaliti agama.

    Kembali pada al-Quran

    Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Johor Bahru itu menegaskan dia bukanlah orang yang patut dirujuk dalam soal politik. Baginya, hidup biarlah berpegang pada asas Islam dan berteraskan Quran dan Sunnah Nabi.

    “Nasihat saya, kita harus kembali kepada Quran dan Sunnah bila kita tidak sependapat dan ada ragu.
    “Kita ada Allah dan rasul dengan cara itu kita tidak sesat. Pegang dua perkara itu.
    “Faham al-Quran dan Sunnah, apabila kita faham, kita tahu untuk selesaikannya, saya percaya itu.
    “Bagi negara yang majoriti penganutnya Islam, kembalilah pada dua perkara itu. Bertindak atas emosi dilabel tidak bagus dan bertindak tanpa ilmu lagilah tidak bagus,” katanya. (MK)

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan terbaik, Al-hamdulillah.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails