Saturday, August 15, 2015

GHB Buka Pada Bukan Islam, Lancar Sebelum 31 Ogos -Salahuddin Ayub

Mujahid Yusof Rawa (dua dari kiri) bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini, yang turut disertai ahli jawatankuasa pusat Gerakan Harapan Baru Salahuddin Ayub (kiri) dan Ahmad Awang (kanan). - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.

Parti baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dilancarkan sebelum sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini, dibuka kepada bukan Islam untuk menyertainya.

Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin berkata, sebahagian besar ahli kumpulan ditubuhkan pemimpin progresif PAS itu akan menyertai parti baharu yang masih belum diputuskan namanya itu.

"Ia juga dibuka pada bukan Islam, tapi kami kekalkan dasar Islam. Mengenai nama, kita tunggu satu sidang akhbar akan dipanggil.
"Terpulang nanti sekiranya ada di antara kami yang ingin ataupun ada pandangan GHB perlu kekal sebagai NGO, tapi yang pastinya sebahagian kami akan menyertai parti baharu itu," katanya pada sidang di Shah Alam, hari ini.

Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu berkata, penubuhan parti baharu itu akan turut menjadi pelengkap kepada Pakatan Rakyat baharu sebagai persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.

"Itu lebih mudah untuk kita buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali Pakatan Rakyat," katanya. - 15 Ogos, 2015. (TMI)

Rakyat M'sia Bawah Mukhriz Hidup Dalam Bangsal Lembu..

Che Su  Tak Mampu Bayar Sewa, Bekas Bangsal Lembu Jadi Tempat Tinggal
Alor Setar – Seorang warga emas berumur 74 tahun terpaksa menjadikan bekas bangsal lembu milik arwah suaminya sebagai tempat berteduh di Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah sejak tiga tahun lepas berikutan kesempitan hidup.

Che Su Jusoh yang tinggal seorang diri selepas kematian suaminya 20 tahun lalu terpaksa menghuni bangsal itu yang diubahsuai menjadi pondok usang yang serba kekurangan itu.

“Sebelum ini mak cik tinggal di rumah sewa di sekitar Kuala Kedah tetapi terpaksa berpindah kerana tidak mampu membayar duit sewa. Mak Cik mengambil keputusan pulang ke kampung dan mengupah penduduk kampung membaiki bangsal lembu milik arwah suami untuk dijadikan tempat tinggal,” katanya hari ini.

Keadaan rumah yang berdindingkan zink dan berlantaikan kayu hasil bahan terbuang itu menyebabkannya selesa untuk menjalankan kehidupan seharian, katanya.

Che Su berkata bagaimanapun dia sukar untuk mengerjakan solat kerana keadaan rumah yang sempit kerana hanya terdapat ruang tidur sahaja dan dia terpaksa melakukan segala aktiviti di ruang tersebut.

“Memang kemudahan kurang kerana keadaan rumah tetapi mak cik nak buat macam mana. Mak cik tak mampu nak baiki atau tambah baik rumah kerana tidak larat untuk bekerja kerana sudah berusia,” katanya.

Beliau hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Bilik air yang tidak berdinding dan berbumbung juga menimbulkan kebimbangan terhadap kehadiran binatang liar seperti ular yang datang dari semak samun di belakang rumah, katanya.

Sementara itu, cucunya, Adam Suhari Md Shukri, 20, sanggup menemani neneknya kerana bimbang akan keselamatannya dan meminta bantuan sekiranya ada pihak yang sudi menyediakan kediaman baru buat neneknya.

Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat sedemikian melalui akaun CIMB Bank miliknya (0203-000-4114-20-8).

Abby Abadi Selamat Diijabkabul.. Menangislah Syaitan!

Abby Abadi selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Mohd Faizal Zakaria sebentar tadi di Masjid As Sobirin, Hulu Kelang.

HALAMAN HIBURAN
BEKAS pelakon drama Gerak Khas yang popular dengan watak Inspektor Aliza, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada seorang wartawan Harakah, Muhammad Faizal Zakaria hanya dengan sekali lafaz, hari ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 38, dan Muhammad Faizal, 41, bernikah di Masjid As-Sobirin, Hulu Kelang dalam suasana meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai pasangan mempelai.

Bekas anggota Elite itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta hantaran senaskhah al-Quran. Menurut Abby,  keperibadian suaminya itu menawan hatinya malah Muhammad Faizal mempunyai sifat-sifat yang boleh melengkapi kehidupannya.

"Dia seorang yang tenang," kata Abby selepas majlis akad nikah petang tadi.

Bagi Muhammad Faizal pula, sifat keibuan Abby begitu memikat hatinya hingga dia terbuka untuk menerima kehadiran Abby dan menyunting Abby sebagai isteri. Pasangan ini memilih untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun berkenalan dan mengharapkan kebahagiaan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Kemudian, Abby mendirikan rumah tangga dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar namun bercerai pada Jun tahun lalu.

Sebelum ini, Abby memaklumkan mengenai perkahwinannya dengan Muhammad Faizal melalui laman Instagram. (SH)

Maka menangislah syaitan.

Video: 


Bekas ADUN DAP Masuk PAS, Akan Wujud GHP DAP?


Setelah terdapat anggotanya menyertai DAP, PAS kini seolah-olah mendapat 'ikan besar' apabila bekas anggota wakil rakyat DAP Perak Sum Cheok Leng menyertai mereka hari ini.

Malah, keputusan itu dibuat sehari selepas beliau dilapor meletakkan jawatan sebagai anggota DAP semalam.

Harakahdaily melaporkan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bercham itu mengumumkan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di pejabat PAS Perak, dekat Ipoh, hari ini.

"Walaupun saya tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi masyarakat masih mencari saya minta tolong.
"Saya ditawarkan oleh seorang individu di dalam PAS untuk sertai PAS supaya ada pentas baru untuk berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya pertimbang tawaran itu dan akhirnya saya membuat keputusan menyertai PAS," beliau dipetik sebagai berkata.

Penyertaan Sum itu dilihat menjadi tamparan kepada DAP, rakan lama mereka dalam Pakatan Rakyat, yang kini sudah pun terkubur, selepas perselisihan pendirian berpanjangan.

Keadaan politik semasa menyaksikan kemungkinan besar wujud gabungan baru pembangkang antara PKR, DAP dan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB). PAS mungkin terpaksa berdepan pilihan raya umum akan datang secara bersendirian, ketika berdepan dengan BN.

Keadaan itu juga berpotensi mewujudkan lebih banyak pertembungan tiga penjuru yang dilihat pemerhati akan menguntungkan parti pemerintah. (MK)

Friday, August 14, 2015

Keahlian Pas Meningkat, 4,000 Lagi, Selepas Proses Pembersihan. -Abd Hadi.

KUALA TERENGGANU - Pas menganggap tindakan sekumpulan ahlinya yang keluar parti itu sebagai satu proses pembersihan dalam Pas.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkembangan itu langsung tidak membimbangkan sebaliknya optimis dengan tindakan pihak terbabit dan menyifatkan ia adalah pemutihan yang berlaku secara automatik.

"Itu pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Apabila berlaku banjir bah, pasir berubah..tidak risau, tidak risau. Gembira, gembira," katanya kepada pemberita ketika hadir di Majlis Hari Raya Terbuka Pas Terengganu di hadapan Pejabat Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh serta pimpinan negeri termasuk Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat.

Beliau turut memberitahu bahawa keahlian Pas semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan mendakwa kira-kira 4,000 ahli baharu telah pun didaftarkan, manakala lebih kurang 3,000 borang keahlian baharu sedang diproses ketika ini.

Dalam perkembangan sebelum ini, beberapa pihak keluar Pas termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Melaka, Jauhar Mohd Dawi yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Harapan Baru, sebelumnya bekas Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari dan Ketua Pemuda Pas Shah Alam, Helmi Radzuan, serta 12 orang anggota jawatankuasanya.

Selain itu, seramai 12 orang terdiri daripada pemimpin dan ahli Pas kawasan Jelebu termasuk bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus turut mengambil tindakan sama, semalam.

Dalam perkembangan lain berhubung Himpunan Bersih 4.0, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu pihaknya hanya menghantar dua orang wakil ke perhimpunan tersebut pada 29 dan 30 Ogos ini kerana memaklumkan pihaknya akan menganjurkan majlis sendiri nanti.

Dua wakil tersebut adalah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad. (SH)

Ini, 1 Antara 100 Bekas Anggota GAM Akan Sertai IS.



Fakhruddin mendakwa dia diabaikan oleh bekas kepimpinan GAM ketika ditemui di rumahnya di daerah Julok, Aceh semalam. - AFP



BANDA ACEH – Bekas pejuang pemberontak Aceh dikatakan mahu menyertai kumpulan Islamic State (IS) selepas mendakwa mereka diabaikan oleh pihak berkuasa.


Walaupun ramai bekas pemimpin pemberontak mendapat manfaat daripada perjanjian damai dan kini menjadi ahli politik utama Aceh, namun bekas komander pembe­rontak seperti Fakhruddin Kasem, 35, antara yang berasa diabaikan.
“Sebagai pejuang pemberontak, saya berasa dikhianati kepimpinan kami kerana mereka tidak menjaga orang seperti saya,” katanya.
Dia merupakan antara 100 bekas pemberontak pada bulan lalu berikrar menyertai IS di Syria kerana mendakwa dibayar gaji lumayan bagi membolehkan mereka menyara keluarga.
Sehingga kini kira-kira 500 orang warga Indonesia dipercayai telah pergi ke Asia Barat untuk menyertai IS sehingga me­nimbulkan kebimbangan mereka mungkin menghidupkan semula jaringan militan sofistikated yang bertanggungjawab me­nyerang sasaran Barat selepas pulang ke negara ini.
Belum dapat dipastikan sama ada bekas pembe­rontak berkenaan akan menyertai pertempuran di Syria atau Iraq tetapi ancaman tersebut menyer­lahkan bagaimana peralihan hidup menjadi orang awam tidak berjalan lancar bagi ramai pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
GAM melancarkan perjuangan menuntut sebuah negara Islam di Aceh pada 1976 yang penduduknya sangat bangga dengan identiti serta sejarah pusat dagangan dan pendidikan Islam ulung.
Pertempuran antara pem­berontak dan tentera kerajaan selama 29 tahun menyebabkan hampir 15,000 orang terbunuh sebelum tsunami pada 2004 yang akhirnya mendorong GAM dan Jakarta me­meterai perjanjian damai.
Pemerhati mendakwa sebahagian bekas anggota GAM telah mendapat manfaat daripada kekayaan minyak dan gas di wilayah ini tetapi mereka yang memegang kuasa dituduh lebih sibuk me­ngumpul kekayaan sendiri daripada membantu penduduk Aceh. – AFP
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Banyak Jasa Pas Kepada Saya, Luah Mat Sabu.

SHAH ALAM - "Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.

"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.

"Saya nampak tidak boleh, saya nampak pelantikan Majlis Syura tidak ke arah untuk membuat pembaharuan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai masa depan Harapan Baru dalam arena politik tanah air, Mat Sabu yakin Harapan Baru akan menjadi satu parti yang kuat.

"Saya yakin seyakin-yakinnya," ujarnya.

Harapan Baru yang dilancarkan pada 13 Julai lalu dilihat bakal mewarnai kancah politik di negara ini.

Malahan, pertubuhan ini dikatakan mahu menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0. (SH)

Gempa Bumi Landa Kepuluan Solomon. Jom Jengok Islam Di Sana (350 orang).

KL: Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Kepulauan Solomon awal pagi ini. 

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini berkata, pusat gempa bumi itu terletak di 9.4 darjah Selatan dan 157.8 darjah Timur, 175 km Tenggara dari Gizo, Kepulauan Solomon dan 4,617 km Tenggara dari Semporna, Sabah. 

Menurut kenyataan itu, jabatan sedang memantau perkembangan semasa gempa bumi dan akan memaklumkan maklumat yang terkini. Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia, menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Pemandangan di Ibukota Solomon Islands.
Pemandangan di Ibukota Solomon Islands.

Jom kita jengok keadaan umat Islam di sana..

Melanesia adalah sebuah wilayah. Dalam beberapa tahun, Melanesia telah menyaksikan fenomena yang diabaikan masyarakat antarabangsa, iaitu penyebaran Islam. Penyebaran Islam di pulau-pulau Pasifik telah memperoleh hasil yang sangat berjaya.

Di setiap negara di rantau ini telah dibentuk ummah, sebuah komuniti Islam. Wilayah Melanesia membentang dari sisi barat di Pasifik Barat hingga ke Laut Arafura yang menyentuh pesisir pantai utara dan utara-timur Australia.

Pulau-pulau yang berada di wilayah ini adalah kepulauan Bismark, Kepulauan Fiji, New Zealand, Papua New Guinea, Kepulauan Maluku, Kepulauan Solomon, Kepulauan Selat Torres, Vanuatu dan Kepulauan Palau. Nauru, Timor, Kepulauan Flores dan Sumba tidak sepenuhnya bahagian dari wilayah tersebut.

Islam adalah agama yang menyebar sendiri lebih cepat daripada agama lain. Kecenderungan ini juga terjadi di Pasifik. Organisasi Islam dari Arab Saudi dan Malaysia secara aktif mempromosikan Islam di wilayah tersebut dan secara aktif terlibat dalam mencipta pelbagai ummah di Australia, New Zealand, dan Fiji.

Tahap penyebaran ini tak tertandingi di seluruh dunia. Budaya di Melanesia bersifat dinamik. Dikenali juga konsep Kastom, iaitu model sosial tradisional yang berkaitan dengan sihir.

Di Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Vanuatu dan Fiji saja ribuan pribumi memilih untuk memeluk Islam. Di New Zealand terdapat kehadiran yang konsisten komuniti Islam yang muncul selepas arus penghijrahan dari dunia Francophile selama 100 tahun terakhir.

Laporan Jabatan Negara Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat menyatakan ada sekitar 350 Muslim di Kepulauan Solomon. Kumpulan Muslim di sana, termasuk kumpulan Ahmadiyah dan kumpulan lain. Komuniti Muslim Ahmadiyah di kepulauan ini disenaraikan sebagai organisasi pada April 2003.

Majoriti penduduk Solomon adalah penganut Kristian. Jumlahnya sekitar 92 peratus. Lima peratus penduduknya menganut kepercayaan turun-temurun. Kepercayaan lain menduduki jumlah tiga peratus, termasuk di dalamnya agama Islam.

Sangat sukar memastikan jumlah umat Muslim di kepulauan ini kerana tidak ada bancian yang menghitungnya. Di laman Visitsolomons.com.sb bahkan tidak disebutkan adanya agama Islam di kepulauan ini.

Kepulauan Solomon terletak di timur Papua New Guinea dan terdiri daripada banyak pulau. Kepulauan Solomon telah didiami oleh orang Melanesia sejak sekitar 30,000 tahun lalu. Kini ia berdiri di bawah naungan Inggeris sejak 1890-an. Kepulauan Solomon diberi hak kedaulatannya sendiri pada 1976.

Orang Eropah pertama yang melawat pulau ini adalah seorang peneroka Sepanyol bernama Álvaro de Mendana de Neira. Lelaki asal Peru ini menjejakkan kakinya di Kepulauan Solomon pada 1568 M.

Sebelum datangnya orang Eropah, penduduk Kepulauan Solomon dikenali sebagai penduduk kanibal dan gemar memenggal kepala manusia. Kaum mubaligh mulai berdatangan ke negara miskin ini pada pertengahan abad ke-19.

Laporan Terbaru..

Menurut laporan terbaru dari laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa oleh Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat menyatakan bahawa ada sekitar 350 orang Muslim di Kepulauan Solomon. [International Religious Freedom Report] Adherents.com menganggarkan bahawa ada sekitar 70 Muslim di negeri ini, menerima jumlah ini daripada anggaran 1996. [Adherents.com

Ketika tsunami Solomon menghancurkan wilayah Gizo dan Wilayah Barat yang membunuh sekitar 53 orang dan menggusur ribuan penduduk kampung, organisasi antarabangsa Muslim Aid cepat menghantar pasukan perubatan dan peralatan untuk daerah yang terkena bencana dan penduduk pulau ini memeluk bantuan sebanyak mungkin. 

Radio SIBC melaporkan pada bulan Julai 2005 tuntutan yang dibuat oleh negara-negara 'Menteri Kewangan Peter Boyers, bahawa militan Islam dari Indonesia telah berusaha merekrut pemuda Kepulauan Solomon untuk kem-kem latihan di Indonesia. Menteri Kepulauan Solomon mengatakan bahawa kumpulan muslim terhadap Islam radikal dan menolak permintaan itu, sesuatu yang disokong oleh Felix Narasia Masyarakat Islam Kepulauan Solomon. 

Narasia berkata bahawa Masyarakat Islam mencela setiap pengambilan pemuda Pulau Salomo untuk tujuan tersebut, berkata hubungan semacam itu "haram" dan di luar Islam Masyarakat Kepulauan Solomon. [Pacific Magazine: Green Moon Rising]
(IH)

Thursday, August 13, 2015

Guan Eng Digesa Tarik Balik Kenyataan 'Kumpulan Serpihan PAS'.


KL: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diseru supaya menarik balik kenyataannya yang menyebutkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai 'kumpulan serpihan PAS'. Hal ini menimbulkan kemarahan kepada penyokong-penyokong GHB.

Berita asal tersebut dari Malaysiakini berbunyi antaranya.

''Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi. Lim berkata beliau sebagai ketua menteri, timbalan beliau Rashid Hasnon dan P Ramasamy, dan semua anggota exco kerajaan negeri menyokong gerakan itu.

Dibentuk oleh 18 pemimpin PAS progresif yang kalah dalam pemilihan parti mereka Jun lalu, GHB bersedia untuk menjadi sebuah parti politik bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baru yang akan ditubuhkan tidak lama lagi selepas GHB didaftarkan. Ucapan Lim disambut tepukan gemuruh hadirin di majlis Aidilfitri bersama ketua menteri di Seberang Jaya malam tadi."

Kemarahan tersebut dapat dilihat apabila sebuah blog memberi komen dalam blog ini di bawah tajuk  'Banggakah Kita, P.Pinang Berdiri Teguh Di Belakang... '
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
Yg keluar tu bukan serpihan PAS tapi kekuatan PAS yang paling sebenar.
yg tinggal dalam PAS adalah serpihan masyarakat mcm Ibnu Hasyim
August 10, 2015 at 3:41 PM
Blogger Ibnu Hasyim said...
'serpihan PAS' itu istilah Guan Eng. Al-hamdulillah, saya sekarang ahli PAS tiada serpihan2.
August 10, 2015 at 3:55 PM
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
Ibnu Hasyim, mana Guan Eng ada sebut perkataan SERPIHAN PAS?
Ada nampak tak?
Yg jelasnya yg tinggal dalam PAS adalah serpihan-serpihan masyarakat.
Yakni spesis kera tunggal semata-mata.
Ibnu Hasyim bangga ke jadi Kera Tunggal?
August 10, 2015 at 4:00 PM
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
hadi Awang ni hidup dlm tempurung.
Dia tak mampu melihat dunia luas terbentang.
Kesian org mcm Ibnu Hasyim menjadi pengikut parti kera sumbang
August 10, 2015 at 4:03 PM
Blogger Ibnu Hasyim said...
Ini, 'Kerajaan Pulau Pinang sebulat suara berdiri teguh di belakang kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng malam tadi. (MK)
Baca elok-elok lidah Pakatan itu. Tulang besi dah tinggal tulang kot.
August 10, 2015 at 4:14 PM
Blogger Tulang Besi Malaysiawaves said...
Itu bukan dia cakap.
Itu laporan akhbar Ibnu Hasyim
August 10, 2015 at 4:19 PM

Blogger Ibnu Hasyim said...
Memangg jelas besi dah tak ada, dah tinggal tulang rupanya. Sampai baca pun tak tahu. Tengoklah Malaysiakini hari ni. Profesional lah sikit. Main bantah melulu..
August 10, 2015 at 4:39 PM
Blogger Ibnu Hasyim said...
Tulang besi, Guan Eng kata begitu kamu napikan. Lebih sudu yang kecil dari senduk yang besar. Jangan2 puak-puakmu lebih menolak hudud dari DAP? Lebih marah Presiden PAS dari Guan Eng?
Guan Eng tidak pernah kata Presiden PAS 'hidup dlm tempurung'!. Bimbang otak kamu yang dalam tempurung. Nak mengampu, lebih Guan Eng dari Guan Eng.
August 10, 2015 at 4:57 PM

"Maka dengan itu weblog ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya menarik balik kenyataannya yang menyebutkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai 'kumpulan serpihan PAS', demi menjaga hati kawan-kawan kita tersebut.

Tidak mungkin mereka terhina dengan kenyataan sifu mereka itu." Kata editor Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.  (IH)

Ini, Siapa? Bekas Adun DAP Sertai PAS (DHPP) Jumaat Ini.



Dengan rendah hati, dijemput semua media untuk membuat liputan pengisytiharan bekas ADUN DAP mengisytihar keluar daripada DAP dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenyataan media tersebut akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh:- 14hb Ogos 2015 …
Hari :- Jumaat
Jam:- 10.00 pagi
Tempat:- Bilik Mesyuarat.
Badan Perhubungan PAS Perak.
Medan Istana. Ipoh.
Tuan Hj Razman Zakaria, AJK Pas Pusat, merangkap Pesuruhjaya Pas Perak dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, serta Saudara S Surianarayanan, Naib Pengerusi DHPP PAS Pusat dan Pemangku Ketua DHPP Perak juga akan turut hadir .

Terima kasih.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Perak

Islam Di Papua, Sejak 500 Tahun Lalu (Siri 2)

Masjid Patimburak: Menelusuri Jejak Peradaban Islam di Papua
Warga muslim asli Papua yang berada di Angkasa, Kota Jayapura, Papua, 17 Juni 2015. Warga muslim asli Papua yang ada di wilayah Kota Jayapura dan sekitarnya kurang lebih berjumlah 600 jiwa atau sekitar 84 kepala keluarga. TEMPO/Cunding Levi

Oleh: Beggy Rizkiyansyah

PENYEBARAN Islam kemudian juga disebarluaskan ke berbagai wilayah pesisir Papua Barat, seperti Kokas, Kaimana, Namatota, Kayu Merah, Aiduma dan Lakahia oleh para pedagang Muslim seperti dari Bugis, Buton, Ternate dan Tidore. Kehadiran orang Buton diperkuat dengan kesaksian Luis Vaes de Torres di tahun 1606. Ia menyebutkan di daerah pesisir Onin (Fakfak) telah menetap orang Pouton (Buton) yang berdagang dan menyebarkan agama Islam.

Syi’ar Islam di Papua menjadi lebih mudah karena kesamaan budaya dan bahasa. Bahasa yang dipakai tergolong bahasa-bahasa dari rumpun Austronesia, seperti bahasa di Bacan dan Sula (bahasa Biak di Raja Ampat; Tobelo dan bahasa Onin di Fakfak dan Seram; maupun bahasa non Austronesia seperti di Ternate; Tidore dan Jailolo karena masuk golongan Bahasa Halmahera Utara, yaitu bahasa Galela). 

Bahasa Onin telah lama digunakan sebagai lingua franca yang berguna sebagai bahasa untuk perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bahasa ini dipakai oleh kalangan pedagang dan elit (pemimpin masyarakat) yang terdapat di pesisir pantai selatan ‘Kepala Burung’ dan Semenanjung Bomberey (Fakfak dan Kaimana).

Kemudahan komunikasi dengan para pemimpin masyarakat Papua, yang kemudian memeluk Islam, mendorong berdirinya kerajaan-kerajaan (Petuanan) otonom di bawah Kesultanan Tidore. Kerajaan-kerajaan (Petuanan) ini terdapat di Raja Ampat (Kolano Fat), yang tetap terpatri hingga kini sebagai identitas Pulau Papua. Kerajaan di Raja Ampat terdiri dari Kerajaan Waigeo (yang berpusat di Weweyai), Kerajaan Salawati (berpusat di Sailolof), Kerajaan Misool (berpusat di Lilinta) dan Kerajaan Batanta.

Kerajaan-kerajaan ini berdiri dengan perangkatnya masing-masing, yang diberi gelar oleh Kesultanan Tidore, sebagai imbal atas upeti kerajaaan tersebut kepada Kesultanan Tidore.
[ Masa Kuasa Belanda di Papua: 1898-1962, Rosmaida Sinaga. 2013. Depok: Komunitas Bambu]

Di wilayah Fakfak dan Kaimana kerajaan-kerajaan (Petuanan) ini terbagi menjadi sembilan, yaitu Petuanan Namatota, Komisi, Fatagar, Ati-ati, Rumbati, Pattipi, Sekar, Wertuar dan Arguni. Pengaruh Kesultanan Tidore di Kerajaan Wertuar misalnya, dapat dilihat dari pelantikan Raja Wertuar VII yang dilakukan oleh Sultan Tidore, Muhammad Tahir Alting pada tahun 1886. Sedangkan di Kampung Ugar, Fakfak, terdapat dokumen silsilah Raja-Raja Ugar beraksara Arab, yang tertulis tahun 1929 M.

Pengaruh Islam kepada masyarakat papua dapat diperkirakan dengan melihat penerapan ajaran Islam yang terdapat di masyarakat Papua saat itu. Penerapan hukum Islam, misalnya, telah diterapkan masyarakat Pulau Misool, hinggak akhir masa kolonial Belanda. Di sana terdapat Hakim Syara’ yang bertugas mengurusi perihal perkawinan, kematian dan sholat berjamaa’ah. Kehadiran Masjid-masjid tua, seperti misalnya Masjid Tunasgain, yang diperkirakan dibangun sejak tahun 1587. Atau di Patimburak, yang diperkirakan sejak abad ke 19.

Kehadiran Masjid ini selain peninggalan fisiknya, dapat pula kita perkirakan kedudukannnya dalam masyarakat. Kehadiran Masjid sejak abad ke 16, menandakan sejak lama telah dilaksanakannya pendidikan Islam melalui khotbah Jum’at. Kehadiran Masjid bisa pula kita perkirakan berfungsi sebagai tempat pendidikan, meski dalam bentuk yang sederhana di masyarakat. 

Pola pendidikan sederhana ini dapat kita telusuri dengan ditemukannya kitab Barzanji, bertanggal 1622 M dalam bahasa Jawa Kuno dan teks khutbah Jum’at yang bertarikh 1319 M. Kehadiran kitab Barzanji, dapat kita perkirakan sebagai upaya untuk menumbuhkan tradisi Islam dalam masyarakat.

Pengaruh Islam lainnya dalam masyarakat, dapat dilihat dari nama-nama yang terdapat dalam masyarakat papua pribumi. Di desa Lapintol dan Beo, pada umumnya, kaum pria memakai nama-nama Arab seperti Idris, Hamid, Abdul Shomad, atau Saodah untuk perempuan. Islam juga mengubah penampilan masyarakat. Jika di pedalaman Papua, masyarakat aslinya belum berpakaian, dan hanya menutup bagian vitalnya saja, maka di pesisir penduduk Papua keadaan sangat berbeda.

Tak dapat dipungkiri, Syiar Islam di Papua mengalami proses yang gradual. Masih dapat ditemukan Muslim Papua saat itu yang mempercayai kepercayaan Animisme atau kepercayaan lokal lainnya. Proses penyebaran Islam melalui kepala suku atau pemimpin masyarakat, membuat syi’ar Islam sangat bergantung kepada kepedulian kepala suku tersebut. Syiar Islam di Papua sedikit banyak juga terpengaruh oleh dinamika yang terjadi di Maluku.

Pasang-surutnya kekuasaan Kesultanan Tidore mempengaruhi kehidupan yang terjadi di Papua. Kehadiran bangsa asing yang menjajah Maluku, seperti Portugis, Inggris, Spanyol dan Belanda berpengaruh besar terhadap kekuasaan Kesultanan Tidore dan Ternate. Kedudukan Kesultanan Tidore pada masa Sultan Saifuddin yang sebelumnya sejajar dengan Belanda, lama kelamaan mengalami masa surut.
[The World of Maluku: Eastern Indonesia in the Early Modern Period, Leonard Y Andaya, Honolulu: University of Hawaii Press, 1993]

Konflik internal dan suksesi kepemimpinan di Kesultanan Tidore ikut menyeret Belanda ke dalam pusaran konflik. Pergantian kepemimpinan di Kesultanan Tidore lambat laun melibatkan campur tangan VOC (Belanda). Kesultanan Tidore dan Ternate yang saling bertikai, memaksa keduanya bertekuk di bawah VOC dan menjadi vasal VOC. Hal ini berdampak pada pengaruh Kesultanan Tidore di Papua. Kesultanan Tidore mulai kehilangan pengaruhnya di Papua terutama sejak abad ke 18. Kondisi Kesultanan Tidore yang lemah, membuat seorang Pangeran Kesultanan Tidore, yaitu Pangeran Nuku memberontak terhadap kekuasaan Tidore. 

Pangeran Nuku kemudian menjadi simbol perlawanan terhadap VOC yang bersekutu dengan Sultan Tidore serta Ternate. Perlawanan Pangeran Nuku yang anti Belanda, menggerogoti kekuasaan Belanda di Maluku. Pangeran Nuku tidak saja mampu memperoleh dukungan dari orang-orang di Tidore, Ternate, Seram, dan juga Halmahera, tetapi ia terutama memperoleh dukungan dari orang-orang Papua terutama di Raja Ampat. Dukungan orang-orang Papua di Raja Ampat, membuatnya bergelar Sultan Papua II. Meneruskan Sultan Ibnu Mansur (Sultan Tidore X) yang bergelar Sultan Papua I.
[ Cross-Cultural Alliance-Making and Local Resistance in Maluku during Revolt of Prince Nuku, c. 1780-1810, Muridan Satrio Widjojo, Leiden: Universitas Leiden, 2002]
 Pelarangan Ibadah Sholat Idul Fitri yang dilanjutkan dengan perusakan dan pembakaran masjid oleh sekelompok orang di Karubaga Kabupaten Tolikara, Papua ...
Muslihuddin Anton Kura, 49 tahun, di depan masjid di desa Waingar, Provinsi Simbu. Pada tahun 1992 ia meninggalkan Gereja Katolik dan masuk Islam.
Banyak Bendera Israel di Papua, Wapres JK: Emangnya Mereka Ngerti itu Lambang Israel?

Kekuatan pasukan Pangeran Nuku begitu hebat, terutama saat ia bersekutu dengan Inggris untuk memerangi VOC. Yang menarik, Pangeran Nuku juga disebutkan didukung oleh ulama dan tokoh haji berpengaruh, yaitu Haji Umar. Ambisi Pangeran Nuku untuk membebaskan dan memunculkan kembali empat Kesultanan Maluku memang tak tercapai. Namun ia berhasil membebaskan Kesultanan Tidore dari pengaruh Belanda. 

Hingga ia wafat (1805), Kesultanan Tidore mampu berdiri tanpa pengaruh Belanda. Namun Semenjak ia wafat, Kesultanan Tidore tak mampu lagi mempertahankan kemerdekaannya. Belanda kembali menguasai Kesultanan Tidore. Masuknya kembali pengaruh Belanda ke Kesultanan Tidore membawa pengaruh besar di Papua. Belanda akhirnya terjun langsung ke bumi Papua, untuk menegakkan kekuasaannya. 

Motivasi Belanda menguasai langsung Papua setidaknya terdapat lima motif, 
(1) Belanda hendak mencegah intervensi asing seperti Inggris ke wilayah Papua. 
(2) Belanda juga berhasrat untuk melindungi kekuasaannya di Maluku. 
(3) Belanda memiliki kepentingan ekonomi di Papua, terutama dari hasil produk hutan, laut dan eksplorasi agararia. 
(4) Melindungi Belanda dari perompak, yaitu Suku Tugeri (Marind-Anim) di Papua. 
(5) Belanda hendak mendukung penyebaran Kristen (Katolik dan Protestan) di Papua.

Belanda mendirikan benteng pertamanya di Papua, yaitu Benteng Du Bus. Dinamakan Benteng Du Bus, sebagai penghargaan terhadap Komisaris Jenderal Hindia Belanda, L.P.J. du Bus de Gesignies yang mengusulkan dibangunnya pos perdagangan di Papua (1826-1830). Belanda kemudian mengumumkan kepemlikan Raja Netherland atas seluruh wilayah Papua bagian barat, kecuali yang menjadi hak Sultan Tidore di Mansarij, Karandefur, Ambapura dan Umbarpon.

Meski Benteng Du Bus tak bertahan lama, namun hal ini menandakan berkuasanya Belanda di Papua secara langsung, setelah selama ini mereka ‘berkuasa’ melalui perantara Kesultanan Tidore. Namun pada kenyataannya Belanda mengalami kesulitan mengontrol Papua bagian barat, terutama pesisir bagian selatan. Di wilayah itu (Fakfak), masyarakat pribuminya beragama Islam, dan secara struktur kekuasaan berbentuk kerajaan (pertuanan) sehingga lebih dekat kepada pengaruh Tidore.

Di antara kelima motif Belanda di Papua, mungkin dukungan Belanda terhadap penyebaran Kristen Protestan dan Katolik di Papua, yang paling berpengaruh negatif terhadap syi’ar Islam di Papua. Belanda amat Kristenisasi di Papua. Kristenisasi di Papua di mulai sejak 5 Februari 1855 dengan kehadiran Carl Willem Ottow dan Johann Gottlob Geissler di Mansinam, Manokwari. Mereka berdualah yang kelak dijuliki ‘Rasul Papua’, dan tanggal kehadiran mereka kini diperingati setiap tanggal 5 Februari oleh Gereja Kristen Injili di Papua. 

Dengan mendukung Kristenisasi di Papua maka, Belanda mendapatkan justifikasi untuk menduduki Papua, menutupi motif utama mereka, mengeruk keuntungan dari tanah Papua. Di Papua bagian barat, penyebaran Kristen (Zending) bersaing dengan Missi Katolik. Para zending dibantu oleh guru zending yang berasal dari Ambon dan Manado-Sanger. Sedangkan missionaris Katolik dibantu guru yang berasal dari Kei. 

Kehadiran zending dan missi di Papua bagian barat ini menjadikan penduduk pribumi Papua memeluk Katolik dan Kristen. Namun lain halnya dengan Papua bagian selatan. Di wilayah ini dikuasai missi Katolik, sebagai akibat dari kebijakan Asisten Residen Kroesen. Pada Agustus 1905, missi Katolik dimulai dengan kehadiran Pastor H. Nollen, Pastor P. Braun dan Bruder Roessel di Merauke. 

Mereka mulai memfokuskan pada kajian bahasa, mengajarkan membaca, berhitung dan menulis. Tahun 1921 missi Katolik mulai mendirikan sekolah-sekolah bagi anak-anak Papua. Di Papua wilayah tengah, lembaga zending Christian and Missionary Alliance membuka pos penginjilan mereka di Baliem. Missi Katolik juga turut serta di wilayah ini. Namun daya cakupan zending lebih luas dibandingkan lainnya. 

Bagaimanapun, pemerintah kolonial mendukung penuh penyebaran Kristen dan Katolik di Papua, hal ini bertolak belakang dengan sikap mereka terhadap syi’ar Islam di Papua. Tak ada dukungan, misalnya untuk anak-anak Muslim pribumi di Papua. Syi’ar Islam sejak bercokolnya Belanda di Papua, lebih banyak bergantung kepada umat Islam itu sendiri. Tahun 1910, Haji Abdul Majid mulai mendirikan pendidikan Islam di Jayapura dan mendirikan sebuah masjid pertama di Jayapura. Ia pulalah yang menjadi imam masjid tersebut. 

Di Merauke, tahun 1908, seiring dibukanya perkebunan kapas, pemerintah Belanda mendatangkan orang-orang Jawa di wilayah tersebut. Anak-anak pendatang ini kemudian mempelajari agamanya dengan bantuan guru mengaji.
Tahun 1930, Tengku Bujang, seorang yang berstatus diasingkan oleh pemerintah kolonial Belanda (Digulis), tiba di Merauke dan memulai dakwahnya dengan membangun Masjid Sepadin. 

Di Masjid inilah ia memulai khotbah Jumat dengan bahasa Indonesia. Ia pula yang mempelopori Sholat Ied di lapangan. Di Merauke ia kemudian membentuk Muhammadiyah. Antara tahun 1933-1936 Muhammadiyah mengirimkan tiga orang mubaligh ke Papua, yaitu Ustadz Jais, Ustadz Asarar dan Ustadz M, Chatib. Di Fakfak, Muslim Papua membentuk Kesatuan Islam Nieuw Guinea (KING), yang dipimpin oleh Raja Rumbati, yaitu Haji Ibrahim Bauw. Ia kemudian membuka sekolah Islam. 

Tahun 1933, bersama pembimbingnya, Daeng Umar, ia mendirikan Muhammadiyah Fakfak. Namun hal ini tak berlangsung lama, Haji Ibrahim ditangkap dan Daeng Umar diasingkan ke tempat lain. Tahun 1950, bahkan pekerja-pekerja Muslim yang ada di Jayapura dikembalikan secara besar-besaran ke luar Papua. Jayapura menjadi kosong dari penduduk Muslim. Masjid Jayapura pun dijadikan bar dan restoran.

Pemerintah Belanda memang beriskap diskriminatif terhadap Muslim di Papua. Buku-buku agama Islam sulit diperoleh, sehingga didatangkan dari Jawa atau daerah lainnya. Pemerintah Belanda, hanya mendirikan sebuah sekolah untuk anak-anak Muslim, yaitu Openbare Vervolg School (O.V.V.S), itupun dilakukan menjelang pengalihan kekuasaan Belanda pada Indonesia ditahun 1960an.

Syi’ar Islam di Papua semakin semarak sejak Papua bergabung dengan Indonesia. Pemerintah kemudian mendirikan berbagai sekolah, termasuk sekolah pendidikan Agama Islam di Papua. Syi’ar Islam kembali menguat sejak dibukanya program transmigrasi di era Orde Baru. 

Muslim-Muslim yang hadir di Papua meneruskan kembali dakwah Islam di Papua yang telah dimulai setidaknya sejak 500 tahun yang lalu, ketika Islam menjadi agama pertama yang masuk ke Papua. Maka sungguh ironis jika umat Islam, yang telah hadir di Papua sejak 500 tahun yang lalu, diintimidasi dalam melaksanakan ibadah dan syi’ar agamanya. (Sekian)

Penulis Penggiat Jejak Islam untuk Bangsa (JIB)

Sebelum ini..



  • Pekan Kecil Papua, Tapi Bendera Israel Popular.
  • Serangan Pengganas Kristian Atas Jamaah Solat Aidi...
  • Lapor Langsung Dari Tolikara: Solat Jumaat Pertama...
  • Rusuhan Agama Di Papua: Ibnu Hasyim Sokong Desak C...
  • Interbiau Khas Dengan Imam Masjid Tolikara. Rusuha...
  • Toleransi Islam Dibalas Pembakaran..
  • Mengapa Presiden Jokowi Diam Semasa Teroris Kristi...
  • NGO & Orang Kaya Malaysia, Jengok-jengoklah Ke Sin...
  • Pengganas Gereja Injil Diundang Jokowi Ke Istana, ...
  • Hati Kami Juga Luka, Larang Solat Di Negara U/Isla...
  • Inikah Jokowi (Pres.Indonesia), Menurut Tayyip Erd...
  • Jokowi Akan Bina Istana Presiden Saat Papua Dipenu...
  • Awasi Satu Operasi Politik Israel Di Papua.. -K/Su...
  • Islam Di Papua, Sejak 500 Tahun Lalu (Siri 1)
  • Islam Di Papua, Sejak 500 Tahun Lalu (Siri 2)

  • Video:

    Suara Kemiskinan - Franky Sahilatua

    GHB Johor Gunakan Pendekatan Inklusif, PAS Bukan Musuh.

    Aminolhuda (tengah) bersama Dzulkefly (kanan) menunjukkan risalah mengenai gerakan berkenaan.

    JOHOR BAHRU: Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) Johor tidak menjadikan Pas di negeri ini musuh, "kata Pengerusinya, Aminolhuda Hassan.

    Katanya, pergerakan itu sentiasa menggunakan pendekatan inklusif menjadikan semua pihak rakan demi membela rakyat.

    "Dalam politik tiada keperluan untuk Harapan Baru meramaikan musuh malah gerakan ini tidak pernah menjadikan Pas musuh.
    "Kalau boleh kami mahu sentiasa duduk semeja (dengan Pas) bagi usaha bela rakyat," katanya di sini, semalam.

    Aminolhuda yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Johor berkata, pergerakan itu akan terus bertindak sebagai check and balance dalam Pas.

    "Kita mahu wujudkan 'hubungan' dengan semua orang termasuk mereka yang bukan Muslim.
    "Malah bersama DAP dan PKR juga, kami diterima baik setiap kepimpinan serta ahli. Mereka turut sertai acara Harapan Baru Johor, "katanya.

    Sementara itu, Timbalan Pengerusi GHB Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan kononnya gerakan itu 'mencuri' ahli Pas.

    "Itu tidak betul, ini kerana selepas Muktamar Tahunan Pas lalu, ramai hendak tahu (secara sukarela) apa sebenarnya berlaku dalam Pas sekali gus hadir program kami.
    "Mereka (khususnya ahli Pas) mahu dengar setiap penerangan. Kita tak curi ahli, sebaliknya benarkan mereka dengar dan kemudian buat keputusan, "katanya. (SH)

    Wednesday, August 12, 2015

    Formula P'raya Dr Mujahid: Bagaimana GHB Tandingi Di Kawasan Tandingan PAS, Tidak Untungkan BN?


    Bolehkah dikatakan ini formula Dr Mujahid? Bagaimanakah Gerakan Harapan Baru (GHB) boleh beranding dalam pilihan raya di kawasan yang ditandingi oleh PAS, tetapi tidak menguntungkan BN?
    Ajaib bukan?
    Mungkin kerana itu GHB masih lagi berteka-teki sama ada akan meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi PAS atau bagaimana? Pun begitu, menurut Anggota Jawatankuasa Pengurusan GHB, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, perkara berhubung meletakkan calon pilihan raya masih lagi tiada asas untuk dibincangkan pada waktu ini. 
    Katanya, keputusan untuk meletakkan calon di sesebuah kawasan memerlukan perbincangan dari segi teknikal daripada semua parti pembangkang. Ia bagi memastikan asas utama gerakan itu bertanding dalam pilihan raya adalah untuk mengalahkan BN dan bukan parti pembangkang yang lain, kata Mujahid.

    Justeru itu, pengerusi penaja GHB Pulau Pinang itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini ialah untuk memastikan bahawa di sesebuah kawasan yang ditandingi tidak akan menguntungkan BN.

    "Secara umumnya, dalam konteks pilihan raya, perkara itu perlu perbincangan dan persefahaman. Yang asasnya kita berdepan dengan BN. Bukan dengan PAS, PKR, DAP.
    "Strateginya perlu dijadikan asas. Selagi menguntungkan BN, sudah tentu tak mahu ia berlaku. Tetapi ada juga keadaan kalau tak masuk (bertanding) akan untungkan BN.
    "Itu adalah isu teknikal. Saya rasa belum ada asas lagi (untuk berbincang sama ada meletakkan calon atau tidak), Yang penting kena pastikan apa yang berlaku tak akan untungkan BN," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

    Sebelum ini PAS melahirkan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa GHB tidak patut meletakkan calon mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memecahkan undi pembangkang.

    Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon dalam pilihan raya negeri tersebut dilihat 'mengganggu' undi pembangkang berbanding BN. Exco Selangor itu juga berkata, sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda politik mereka, gerakan itu perlu fokus menarik pengundi BN dan atas pagar.

    GHB Sarawak sebelum ini mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu akan datang. Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.

    Selain itu, ketika ditanya tidakkah GHB bimbang sekiranya berlaku pemecahan undi jika meletakkan calonnya, bekas ahli jawatankuasa PAS itu berkata perkara itu akan cuba dielakkan. Ia bagaimanapun terpulang kepada hasil perbincangan dengan parti pembangkang lain iaitu DAP dan PKR, katanya.

    "(Pecah undi) pasti akan berlaku. Tetapi perlu lihat juga ruang-ruang lain supaya tak ada pertembungan. Kita juga terikat dengan DAP, PKR. Semua itu perlu ambil kira. Kita tak mahu keuntungan akan beri kemenangan pada BN dan pada masa sama, tak mahu pecahkan undi Pakatan. Perlu ada keseimbangan," jelasnya. (Saringan dari Malaysiakini.
    )

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails