JOM KREATIF
Islamophobia di Amerika Syarikat sangat menjadi-jadi. Seorang remaja Muslim ditangkap di sekolah dan diseret oleh polis dengan tangan digari, hanya kerana dia membuat sebuah jam dinding!
Foto Ahmed Mohamed, 14, memakai t-shirt bergambar logo NASA sedang berdiri dengan tangan bergari di belakang sementara seorang polis mengawasinya, beredar luas di internet. (gambar bawah kiri)
Gambar itu di-semula ribuan kali sehingga #IStandWithAhmed manjadi top trending hashtag di Twitter.
Mohamed menceritakan kepada The Dallas Morning News bahawa dia hanya berusaha membuat guru-gurunya terkesan, ketika membawa jam dinding buatannya ke Sekolah Menengah Atas MacArthur hari Isnin (14/9/2015), lapor AFP hari Rabu (16/9/2015).
"Hobi saya mencari sesuatu," kata Mohamed dalam sebuah video yang dimuat naik di laman web akhbar tersebut, yang dirakam di dalam bilik remaja itu yang dipenuhi pernak-pernik elektronik.
"Saya membuat sebuah jam dinding. Sangat mudah sekali. Saya ingin menunjukkan sesuat yang kecil dulu ... tetapi mereka menganggapnya salah, jadi saya ditangkap kerana sebuah bom palsu, "kata Mohamed.
Remaja itu, yang menyukai kelab robotik ketika di sekolah menengah permulaan dan berharap dapat mencari hal sama di sekolah menengah atas, berkata dia tidak mendapatkan tanggapan seperti yang diharapkannya ketika menunjukkan jam dinding itu kepada guru eletronika.
"Dia hanya bersikap seperti, 'O itu bagus sekali'," cerita Mohamed. Guru itu, kata Mohamed, kemudian berkata, "'Saya cadangkan kamu tidak menunjukkannya kepada guru-guru yang lain'."
Namun, penggerak berbunyi saat pelajaran Bahasa Inggeris. Guru mengatakan kepada Mohamed bahawa jam dinding itu kelihatan seperti bom lalu dia menyitanya.
Sekolah memanggil polis dan Mohamed pun ditahan dengan tangan bergari. Remaja Muslim itu dituduh berusaha menakut-nakutkan orang dengan alat ciptaannya. Remaja yang tinggal di Irving, pinggir bandar Dallas itu, berkata polis tidak membenarnya memanggil kedua ibu bapanya semasa soal siasat dalam waktu yang sangat lama.
Selepas dibebaskan, Mohamed dilarang datang ke sekolah selama 3 hari. Hari Rabu (14/9/2015) pihak polis mengatakan bahawa Mohamed tidak mempunyai maksud-maksud berbahaya.
"Kami tidak akan melanjutinya lebih jauh," kata Ketua Polis Irving Larry Bond kepada para wartawan seperti dikutip AFP.
Bond bertegas mengatakan bahawa latar belakang etnik Mohamed tidak ada kaitan dengan sikap polis dalam menangani masalah itu.
"Reaksi kami bagaimana pun akan sama. Itu adalah sebuah alat yang mencurigakan, "kata Bond berdalih.
Ketua Polis Irving itu juga bertegas mengatakan bahawa pegawai mempunyai hak untuk menggari Mohamed dan membawanya ke rumah tahanan kanak-kanak, guna ditanya kelak.
Semua tahanan yang digari untuk keselamatan mereka, kata Bond, seraya menambah, ada saja tahanan yang melarikan diri dari kereta polis. Seorang jurucakap sekolah daerah juga mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil Sekolah Menengah MacArthur, dengan mengatakan kepada wartawan bahawa jika orang-orang melihat sepeti apa jam dinding perhimpunan itu, maka mereka akan memahami keadaannya.
"Kami melakukan semuanya dengan penuh kehati-hatian," ujarnya.
Council on American-Islamic Relations (CAIR), organisasi Muslim terkemuka di Amerika Syarikat, mengesyaki ada komplot politik di balik peristiwa itu terhadap warga Muslim khususnya di kawasan tersebut.
Sebelum ini, Datuk Bandar Irving Beth Van Duyne pernah menuduh bahawa warga Muslim merancang untuk melaksanakan undang-undang syariah di Amerika Syarikat. (IH)
Ikuti sebelumnya, apakata Presiden Obama..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
▼
Saturday, September 19, 2015
Mengapa Dia Tampar Imam Masjid Negara? Ini, Dedah Pihak Polis..
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Berikutan kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara tengahhari tadi, pihak polis membuat pengesahan telah menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab menambar Imam terbabit.
BACA : Video & Gambar : Imam Masjid Negara Ditampar ketika Solat Jumaat
Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.
“Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.
“Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.
Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya. - Siakapkeli.my
Friday, September 18, 2015
Perkawinan Sesama Jenis Berlaku Di Bali, Akan Berjangkitkah Ke M'sia?
Pelaku perkahwinan sejenis di Bali yang mendapat reaski pelbagai pihak. Ketua Majelis Utama Desa Pakraman Provinsi Bali (MUDP) Jro Gde Putus Suwena mengecam adanya perkahwinan sejenis di Pulau Dewata
Munculnya foto-foto perkahwinan sesama jenis di media sosial yang didakwa dilakukan oleh dua lelaki bernama Joe Tully dan Tiko Mulya sebagaimana diposkan pemilik akaun Facebook Ali Subandoro, mendapat reaksi pelbagai kalangan.
Setiausaha Agung Perikatan Cinta Keluarga Indonesia (ALIA) Rita Subagyo mengaku sangat mencemaskan kes perkahwinan sesama jenis di Ubud Bali yang marak dishare di media soasial Menurutnya, kes bertentangan dengan undang-undang dan juga ajaran agama.
"Perkahwinan sesama jenis melanggar prinsip bernegara kerana bertentangan dengan ketentuan pasal 2 ayat 1 UU Perkawinan. Hal itu juga melanggar ajaran agama, "kata Rita kepada hidayatullah.com, Rabu (16/09/2015).
Menurutnya, perkahwinan sesama jenis tidak dibenarkan oleh Undang-Undang dan merupakan suatu yang menyimpang dalam norma masyarakat. Lebih lanjut Rita berkata, jika fenomena perkahwinan sesama jenis tidak ditanggapi secara serius oleh pihak berkuasa, akan ada anggapan awam bahawa perkahwinan sesama jenis merupakan sesuatu yang dibolehkan di Indonesia.
"Fenomena Joe dan Tiko ini bukan yang pertama di Indonesia, kalau perkara ini terus dibiarkan, dikhuatiri akan ada presenden di tengah masyarakat bahawa perkahwinan sesama jenis adalah boleh," tegasnya.
Oleh kerana itu, jelas Rita, pihaknya akan terus berupaya mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas fenomena perkahwinan sejenis di Indonesia.
"Kami akan menyalurkan maklumat hal ini kepada pihak yang berkuasa, entah itu Menhukam, DPR atau bahkan Presiden," jelas Rita.
"Kerana apabila dibiarkan terus menerus, ini akan merosakkan moral bangsa. Masa depan generasi penerus bangsa akan hancur, "katanya.
Kebelakangan ini media sosial dihebohkan dengan foto-foto perkahwinan sesama jenis didakwa dilakukan oleh seorang warga asing dengan seorang lelaki Indonesia di kawasan Ubud, Bali. Ianya disiarkan oleh akaun Facebook bernama Ali Subandoro, namun kini sudah dihapuskan.
Kes perkahwinan sejenis di salah satu kawasan di Ubud, Bali juga meresahkan penganut agama Hindu Bali. Ketua Majelis Utama Desa Pakraman Provinsi Bali (MUDP) Jro Gde Putus Suwena mengecam adanya perkahwinan sejenis di Pulau Dewata. Dia menegaskan perkahwinan sejenis itu dilarang oleh agama dan adat di Bali.
"Larangan itu kalau dalam sastranya disebut dengan amandel sangraha, iaitu dilarang dalam agama, adat juga dilarang," terangnya di Denpasar, Rabu (16/9/2015).
Dia berkata, perkahwinan sejenis itu kotor, kerana mengakibatkan perbuatan dosa.
"Kalau itu memang benar adanya itu sudah mengakibatkan perbuatan dosa, dan desa itu sudah cuntaka," katanya dipetik okezone.com.
Dia menerangkan, cuntaka adalah suatu keadaan yang tidak suci dalam agama Hindu. Apabila perkahwinan sejenis itu benar-benar dilakukan di Ubud, maka 'harus diupacarai.'
Apakah budaya kaum Nabi Lut ini akan berjangkit melangkauai sempadan ke Malaysia? (IH)
Lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim ke Bali..
E-Buku IH-47: Catatan Perjalanan T/Leste, Medan-Aceh, S'baya, Bali.
Munculnya foto-foto perkahwinan sesama jenis di media sosial yang didakwa dilakukan oleh dua lelaki bernama Joe Tully dan Tiko Mulya sebagaimana diposkan pemilik akaun Facebook Ali Subandoro, mendapat reaksi pelbagai kalangan.
Setiausaha Agung Perikatan Cinta Keluarga Indonesia (ALIA) Rita Subagyo mengaku sangat mencemaskan kes perkahwinan sesama jenis di Ubud Bali yang marak dishare di media soasial Menurutnya, kes bertentangan dengan undang-undang dan juga ajaran agama.
"Perkahwinan sesama jenis melanggar prinsip bernegara kerana bertentangan dengan ketentuan pasal 2 ayat 1 UU Perkawinan. Hal itu juga melanggar ajaran agama, "kata Rita kepada hidayatullah.com, Rabu (16/09/2015).
Menurutnya, perkahwinan sesama jenis tidak dibenarkan oleh Undang-Undang dan merupakan suatu yang menyimpang dalam norma masyarakat. Lebih lanjut Rita berkata, jika fenomena perkahwinan sesama jenis tidak ditanggapi secara serius oleh pihak berkuasa, akan ada anggapan awam bahawa perkahwinan sesama jenis merupakan sesuatu yang dibolehkan di Indonesia.
"Fenomena Joe dan Tiko ini bukan yang pertama di Indonesia, kalau perkara ini terus dibiarkan, dikhuatiri akan ada presenden di tengah masyarakat bahawa perkahwinan sesama jenis adalah boleh," tegasnya.
Oleh kerana itu, jelas Rita, pihaknya akan terus berupaya mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas fenomena perkahwinan sejenis di Indonesia.
"Kami akan menyalurkan maklumat hal ini kepada pihak yang berkuasa, entah itu Menhukam, DPR atau bahkan Presiden," jelas Rita.
"Kerana apabila dibiarkan terus menerus, ini akan merosakkan moral bangsa. Masa depan generasi penerus bangsa akan hancur, "katanya.
Kebelakangan ini media sosial dihebohkan dengan foto-foto perkahwinan sesama jenis didakwa dilakukan oleh seorang warga asing dengan seorang lelaki Indonesia di kawasan Ubud, Bali. Ianya disiarkan oleh akaun Facebook bernama Ali Subandoro, namun kini sudah dihapuskan.
Kes perkahwinan sejenis di salah satu kawasan di Ubud, Bali juga meresahkan penganut agama Hindu Bali. Ketua Majelis Utama Desa Pakraman Provinsi Bali (MUDP) Jro Gde Putus Suwena mengecam adanya perkahwinan sejenis di Pulau Dewata. Dia menegaskan perkahwinan sejenis itu dilarang oleh agama dan adat di Bali.
"Larangan itu kalau dalam sastranya disebut dengan amandel sangraha, iaitu dilarang dalam agama, adat juga dilarang," terangnya di Denpasar, Rabu (16/9/2015).
Dia berkata, perkahwinan sejenis itu kotor, kerana mengakibatkan perbuatan dosa.
"Kalau itu memang benar adanya itu sudah mengakibatkan perbuatan dosa, dan desa itu sudah cuntaka," katanya dipetik okezone.com.
Dia menerangkan, cuntaka adalah suatu keadaan yang tidak suci dalam agama Hindu. Apabila perkahwinan sejenis itu benar-benar dilakukan di Ubud, maka 'harus diupacarai.'
Apakah budaya kaum Nabi Lut ini akan berjangkit melangkauai sempadan ke Malaysia? (IH)
Lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim ke Bali..
E-Buku IH-47: Catatan Perjalanan T/Leste, Medan-Aceh, S'baya, Bali.
Status Parti AMANAH Di Mata PAS. Menurut Abdul Hadi
APA status Parti Amanah Negara di mata PAS? Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan 'pihak yang melakukan khianat'.
Walaupun, tidak disebutkan nama parti itu, seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini, tetapi dipercayai merujuk kepada Parti Amanat Negara (AMANAH). Malah Abdul Hadi juga menyifatkan perbuatan mengkhianati perjuangan PAS itu "lebih teruk" daripada parti musuh.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, mengikut "perjuangan Islam" PAS tidak boleh berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memiliki rekod mengkhianati perjuangan.
"Tidak boleh sama sekali." katanya dalam satu klip video yang dimuat naik di akaun Facebook PAS semalam.
PAS berdepan penghijrahan sebahagian daripada pemimpin dan ahlinya ekoran 'pembersihan' kumpulan progresif dari parti itu dalam muktamar mereka Jun lalu. Kata Abdul Hadi, orang yang mengkhianati perjuangan parti itu hanya berdepan dua pilihan - "balik" (kembali kepada PAS) atau "dihapuskan".
Namun tidak dapat dipastikan maksud sebenar ungkapan "dihapuskan" itu.
Walaupun, tidak disebutkan nama parti itu, seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini, tetapi dipercayai merujuk kepada Parti Amanat Negara (AMANAH). Malah Abdul Hadi juga menyifatkan perbuatan mengkhianati perjuangan PAS itu "lebih teruk" daripada parti musuh.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, mengikut "perjuangan Islam" PAS tidak boleh berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memiliki rekod mengkhianati perjuangan.
"Tidak boleh sama sekali." katanya dalam satu klip video yang dimuat naik di akaun Facebook PAS semalam.
PAS berdepan penghijrahan sebahagian daripada pemimpin dan ahlinya ekoran 'pembersihan' kumpulan progresif dari parti itu dalam muktamar mereka Jun lalu. Kata Abdul Hadi, orang yang mengkhianati perjuangan parti itu hanya berdepan dua pilihan - "balik" (kembali kepada PAS) atau "dihapuskan".
Namun tidak dapat dipastikan maksud sebenar ungkapan "dihapuskan" itu.
Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Abdul Hadi dengan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Marang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu. (IH)
Logo Parti Amanah Negara, Macam IMAYAM Tamil Nadu, India. Ha Ha Ha..
MAKA berkatalah blog Ameno World ...
PAN (AMANAH) Patut Tukar Logo Sebelum Station TV India Saman.
Ciplak.
Itu pandangan pertama aku. Maaf la. Bukan nak menuduh. Tapi kemon, sapa tak rasa macam tue bila membandingkan antara dua logo Imayam & PAN
Alasan PAN, persamaan itu merupakan satu kebetulan.
Ya, boleh diterima jika parti kau ditubuhkan pada 10,20 tahun lepas. Di zaman internet takde atau kurang meluas. Di zaman budak2 tak reti nak mengoogle dan sebagainya.
Tapi jika ini alasan yang kau bagi pada zaman info di hujung jari, seriyus kau beranggapan bahawa rakyat Malaysia neh munkee-munkee belaka.
Sesiapa saja pun akan terfikir begini ;
- Yelah pimpinan PAN tatau, bukan dia yang me-reka.
- Macam mana nak buktikan si pereka tue tak google dulu sebelum reka logo?
- Betul juga kita tak boleh membuktikan si pereka logo PAN menciplak idea menerusi google.
- Tetapi terbukti pula si tv putu mayam tue dah terlebih dahulu wujud dan terlebih dahulu menggunakan logo tersebut.
- Suasana politik kat Malaysia neh bercelaru kau tahu. Bayangkan kalau ada disini yang ke sana pergi feed info ke tv putu mayam di India tue dan PAN kena saman sebab ciplak logo, tak terasa menyusahkan hidup kau semua ke?
- Aku ada baca komen dari Eddy Gordon. Dia kata zaman TPPA nanti. Buta2 je PAN boleh disaman oleh Imayam TV atas dasar hak cipta. Kita pun tatau hal akan datang. Mampu ke tak mampu ke kita menghalang Malaysia dari sign TPPA tapi takan PAN nak amek risiko macam tue pula?
Baik tukar. Malu. Persamaan tue jelas. Bukan kecik-kecik anak. Sebijik nak mampos. Kaler je berbeza. Masing2 ada tulisan kat bawah.
Banyak di kalangan pembangkang yang terer me-reka logo. Setakat PAN nak cari, petik jari je. Aku sendiri boleh rekemen beberapa member. In fact di kalangan aktivis PAN sendiri mengenali kawan2 yang mahir dalam grafik mafik neh. Calling2 je habis citer.
Tak terasa tersindir ke? Aku baca di laman sosial. PAN kena troll. (Di Indonesia pun ada PAN: Parti Amanat Nasional-IH.)
Parti curi lama punya.
Ahli, kerusi curi PAS punya.
Logo curi India punya.
Kaler curi PR punya.
Mana yang originally dari AMANAH?
Bukan aku yang karang. Aku salin balik la pe yang korang kena troll. Tapi aku tak nafikan. Berguling gak aku ketawa.
Pendapat aku secara peribadi, bab warna dan reformasikan parti lama boleh diterima lagi. Bab ahli PAS keluar dan masuk PAN, itu atas dasar hak ahli2 itu sendiri. Bab pembahagian kerusi aku takmo campur. Parti2 politik neh memang semak dan suka bergaduh bagai. Itu korang punya pasal.
Cuma bab logo maaf cakap, aku memang terasa ianya diciplak. Cakap la kebetulan ke apa ke tapi persepsi orang bukan sesuatu yang kau boleh kawal brada.
Dan aku harap. Tolong la jangan jaja parti PAN neh ialah parti ISLAM yang baru. Seriyus KELAKAR jadinya nanti. Aku kerat leher. Betapa aku berani JAMIN. Yang korang akan buat kelakar nanti atas nama ISLAM.
Mungkin boleh adopt idelogi seperti PSM. Untuk memperjuangan kepentingan marhaen. Tak perlu ISLAM pada nama, label atau jajaan. Kita lihat dari tindakan sudah. Kalau korang rasa korang ISLAM, maka buat je la seperti mana yang ISLAM anjurkan. Buat apa beria2 nak orang faham dan mengiktirafkan korang parti ISLAM baru mengantikan PAS pada saat apa2 action pun tak buat lagi. Ah sembang.
Kbai.
Mat Sabu Bersandar Bahu Dengan 'Amoi Cina', "..macam cucu saya." Syar'ie Ke Jawapan Itu?
"SAYA ingat dia macam cucu saya. Itu juga bukan jadi amalan kita. (Ia berlaku) di tengah ratusan ribu manusia, bukannya di taman bunga dan di tepi pantai," kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Itulah jawapan bekas timbalan presiden PAS apabila diajukan soalan berhubung imej tersebar menunjukkan seorang gadis Cina bergambar mesra dengan bersandar di bahunya sewaktu himpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.
"Kejadian yang langsung tak dirancang oleh sesiapa. Orang puluhan ribu datang ambil gambar. Adalah bapa dan anak, bapa sebelah kanan (mahu) berselfie.
"(Dan) anaknya yang begitu muda (pula). Saya ingat (dia) macam budak sekolah, dianggapnya saya ini macam atuknyalah," kata yang mengundang gelak ketawa sewaktu diwawancara Malaysiakini.
Walaupun dikelilingi rakan-rakan yang mengawal pergerakannya, namun Mohamad berkata tidak dapat berbuat apa-apa dengan kehadiran ratusan ribu peserta yang mahu bergambar dengannya.
"Saya ingat budak tu macam cucu saya, (ketawa). Di tengah-tengah ramai yang hadir walau saya dikelilingi kawan-kawan yang menjaga. Nak jalan seratus meter pun kadang-kadang sampai sejam. Orang datang ambil gambar," katanya lagi.
Ditanya berhubung beliau, ketika itu melalui Gerakan Harapan Baru (GHB), gagal menarik peserta Melayu ke perhimpunan itu, pemimpin yang mesra dipanggil Mat Sabu itu menepis dakwaan tersebut.
Beliau menyifatkannya perkara itu sebagai analisis yang "tidak adil".
Demikian saringan dari laporan Malaysia Kini.
Sila beri pandangan, syar'ie ke jawapan itu? Boleh perbincangkan. (IH)
Anak Muslim Buat Bom? "Itulah Buat AS Hebat", Kata Obama.
JOM KREATIF
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama akhirnya mengundang Ahmed Mohamed (14 tahun) asal Texas yang ditangkap kerana jam dinding yang dibuatannya tetapi dituduh membuat bom, telah diarahkan ke Rumah Putih.
"Mahukah kamu membawanya ke Rumah Putih? Kita perlu memberi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak seperti kamu agar menyukai ilmu sains. Itulah yang membuat Amerika Syarikat hebat, "tulis Obama di Twitter rasminya.
Kes yang menghebohkan Amerika Syarikat kerana polis dan guru dianggap diskriminasi kepada murid Muslim ini, rupanya menjadi berkah tersendiri bagi Ahmed. Banyak pihak kerana itu menyokong Ahmed.
Selain Presiden Amerika Barack Obama menjemput beliau ke Rumah Putih, ia juga jadi rebutan Facebook dan Google. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengundang Ahmed ke pejabat Facebook.
"Mempunyai skill dan cita-cita untuk membuat sesuatu yang kreatif perlu dihargai, bukannya ditangkap. Masa depan akan dimiliki oleh orang seperti Ahmed. Ahmed, jika kamu ingin datang ke Facebook, aku ingin bertemu denganmu, " tulis Zuck di Facebook.
Sedangkan Google mengundang Ahmed agar ambil bahagian dalam pameran sains yang mereka adakan.
"Bawalah jam kamu itu," kata pihak Google.
Aaron Levie, pengasas syarikat perkhidmatan cloud Box juga mengundang Ahmed ke pejabatnya. Ia yakin Ahmed juga gemar dengan teknologi perisian.
"Ahmed, aku tahu kamu sudah dijemput ke Rumah Putih dan Facebook. Tapi kita berdua tahu kalau kamu suka dengan software enterprise di hatimu. Datanglah ke Box, "tulis Aaron di Twitter.
Twitter tidak ketinggalan menjemput beliau untuk magang. "Kami juga suka membuat sesuatu di Twitter. Apakah kamu mempertimbangkan dengan kami?" Tulis mereka.
Ahmed sendiri sudah memastikan mahu datang ke Rumah Putih. Tetapi belum jelas sama ada dia akan datang memenuhi undangan syarikat teknologi itu.
Sebagaimana diketahui, Ahmed Mohammed, pelajar Muslim asal Amerika Syarikat ditangkap polis kerana membuat peranti yang disyaki bom ke sekolah. Padahal benda itu hanyalah jam dinding kreatif buatannya sendiri. Sokongan pun mengalir deras pada pelajar muslim usia 14 tahun ini.
Ahmed sekolah di MacArthur High School di Texas membawa perangkatnya dengan tujuan ditunjukkan pada gurunya agar boleh masuk kelab robotik. Namun kerana bentuknya mirip bom, guru itu merasa curiga kemudian lapor pada polis setempat.
Ayah Ahmed, Mohamed Elhassan asal Sudan mengatakan anak lelakinya, "hanya ingin membuat sesuatu yang bagus, tapi kerana namanya Mohamed dan kerana kejadian 11 September maka putera saya mendapat perlakuan tidak layak," ujarnya dipetik BBC.
Dewan Hubungan Amerika-Islam mengatakan kecurigaan ayah Ahmed mungkin tepat.
"Saya rasa ini tidak akan dipersoalkan bila namanya bukan Ahmed Mohamed," kata Alia Salem, ahli majlis tempatan. (IH)
Dijemput untuk ke White House dan HQ Facebook
Berikutan insiden yang mendapat perhatian satu dunia tu, Ahmed dijemput oleh Mark Zuckenberg untuk ke Facebook dan White House dari Barack Obama.
Wowww! Syukur lah kerana mereka masih berfikiran positif dan tak menuduh remaja tu sebagai pengganas hanya kerana Ahmed seorang Islam.
Dapat sokongan seluruh dunia
Ini reaksi ayah Ahmed apabila rumah dibanjiri media.. Salute!
Terima kasih semua!
Menerusi akaun Twitter peribadi Ahmed, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan menerusi Twitter, Facebook dan Instagram. Takpe, hanya Tuhan yang tahu niat sebenar remaja ni. #WeStandWithAhmad
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam sejarah bangsa Melayu Nusantara ada kisah 'Singapura Dilanggar Todak', amat bertentangan dengan pemikiran presiden Obama ini.
Ikuti sambungannya.. Kisah Anak Muda Islam Kreatif Di AS. Pengalaman Dituduh Membuat Bom?
Ikuti sambungannya.. Kisah Anak Muda Islam Kreatif Di AS. Pengalaman Dituduh Membuat Bom?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
Tolak Minuman Beralkohol Kembali Beredar Di Pasaraya..
Front Pembela Islam (FPI) sebuah NGO di Indonesia mengecam keras rancangan kerajaan Indonesia yang akan membolehkan kembalinya peredaran minuman beralkohol di market dan pasar raya di sana.
Di Jakarta, Setiausaha Agung DPP FPI Jafar Sidiq mengatakan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan dasar kerajaan tentang peredaran minuman beralkohol di minimarket dan pasar raya itu.
FPI berpandangan, peredaran minuman beralkohol hanya akan merosakkan generasi bangsa Indonesia.
"Kami tegas katakan tidak setuju. Alkohol berapapun kadarnya itu haram. Peredaran itu boleh merosakkan masa depan kita, lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang sering ditongkrongi anak-anak, "ujarnya sebagaimana diberitakan RMOLJakarta, Rabu (16/9/2015).
Dia mengajak masyarakat yang resah dengan adanya penjualan minuman beralkohol itu di minimarket untuk melaporkannya kepada pihak polis.
"Namun, jika tidak digubris sama aparat. Itu kan boleh dikembalikan semula pada masyarakat hukumnya. Jadi, masyarakat boleh bertindak untuk membanterasnya, asalkan dengan cara yang baik pula, "tegasnya
Memang umat Islam di mana-mana sahaja akan menolak penyebaran arak atau alkohol di dalam masyarakatnya. Syabas FPI. (IH/arrahmah.com)
Mengapa Mak Cik? Nak Sambut Merdeka Tapi Diarah Berbaju Merah Keliling Kota..
Semalam, perhimpunan ‘baju merah’ telah dijalankan bagi melawan semula Bersih 4.0. Tidak kurang hebatnya juga perhimpunan baju merah ini. Ramai juga yang berpusu-pusu membanjiri ibu kota semalam.
Namun, ada perkara yang terjadi disebalik kemeriahan perhimpunan tersebut. Difahamkan, segelintir daripada mereka yang menyertai perhimpunan merupakan orang kampung yang telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, mangsa merupakan orang-orang tua yang dipercayai ingin ke ibu kota kerana ingin menyambut hari Malaysia. Namun, apabila tiba di Kuala Lumpur mereka diarahkan untuk memakai baju merah dan berarak mengelilingi kota tersebut.
Hmmm, anak manalah tak marah jika ibu bapanya dianiayai sedemikian rupa. Bayangkan jika mangsa merupakan ibu bapa kita, apa yang kita rasa? (OB)
Kewangan, Punca Amelina Tidak Bertudung. Apa Komen Anda?
Doakan saya untuk berubah -Amelina
HALAMAN HIBURAN.
KEMUNCULAN penyanyi dangdut Amelina yang popular pada suatu ketika dahulu dinanti-nantikan oleh peminat setelah lama menyepi dalam dunia hiburan.
Lapor Gosip Malaysia.
Amelina dilihat semakin aktif menyanyi dalam mempromosikan dirinya untuk terus berada dalam industri hiburan. Nampaknya usahanya itu membuahkan hasil apabila dilantik sebagai salah satu duta produk astro.
Usia Amelina juga semakin meningkat dan ramai peminatnya menyarankan supaya Amelina berubah dan menutup aurat kerana artis dangdut yang lain yang sudah pun berubah.
Namun Amelina mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak dapat berbuat sedemikian.
“Ramai yang bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab. Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi”“Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu,” ujar Amelina kepada mStar Online baru baru ini berhubung komen para peminat itu.
Kata Penulis Blog Gosip Malaysia: Penulis tidak bersetuju dengan Amelina yang mengatakan bahawa artis dangdut yang sudah berubah mereka sudah mempunyai kewangan yang stabil. Bagi penulis, tidak semestinya kena stabil kewangan dahulu baru nak berubah. Rezeki tu di tangan Allah dan wajib percaya benda tu. Perkara baik tak elok nak dilengah-lengahkan lagipun kita hidup tak tahu smpai bila mungkin esok kita dah tak ada kat dunia ni. Penulis doakan semoga Allah bukakan pintu Amelina untuk berubah.
Ibnu Hasyim: Apa komen anda?
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Thursday, September 17, 2015
Morais Disimen Dalam Tong Dram.. Kaji Semula Sistem Jenayah Islam?
Morais Mohmad melihat tong dram disimen berisi mayat Morais yang dijumpai di dalam parit di Jalan Subang 3, Subang Jaya semalam.
SUBANG JAYA – Tanda tanya mengenai kehilangan Anthony Kevin Morais selama 13 hari terjawab selepas mayat pegawai kerajaan itu ditemui disimen di dalam tong dram di Jalan Subang 3 berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Wen di sini semalam.
Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara berusia 51 tahun yang diculik itu dipercayai dipukul dengan besi hingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam guni dan kemudian disimen di dalam sebuah tong dram. Tong dram tersebut dibuang ke dalam parit di kawasan Subang Jaya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, mayat Morais ditemui susulan pengakuan empat daripada tujuh suspek yang ditahan di Pulau Pinang dan Rawang di Selangor kelmarin.
Suspek-suspek yang ditahan membabitkan empat lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah tidak terlintas di pemikiran pemimpin-pemimpin Islam Malaysia, bahawa hukum 'hudud' yang diturunkan oleh Allah SWT dapat menyelesaikan masalah-masalah jenayah begini? Perlukah dibuat kajian semula sistem perundangan Islam, apabila melihat jenayah yang semakin menjadi-jadi, sebagai lambang kegagalan sistem perundangan yang ada sekarang?
Saya Terima Latihan Mossad, Ejen Israel -Mohamad Razali
Oleh
Mohamad Razali
Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP
Siri 5. (sambungan dari siri 4: Tindakan Lanjut 'Gangster (?)' Lim Guan Eng.. Tawa...
Siri 5. (sambungan dari siri 4: Tindakan Lanjut 'Gangster (?)' Lim Guan Eng.. Tawa...
Sila lihat Pemikiran Pemimpin Bekas DAP
Saya terima latihan daripada Mossad.
Israel..dah keluar banyak isu dah. Hubungan Israel dengan Anwar Ibrahim lah, hubungan Israel dengan PKR, itulah..inilah, banyak orang dah tahu dah. Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah tuan-tuan boleh melihat kempen pilihan raya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
Kalau tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.
Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.
Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.
Sebab itu DAP kata, kalau berlaku sekali lagi 13 Mei, dia tak takut, dia kata. We are not scraed for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana. Kerana apa, kerana dia yakin yang dok berada di belakang dia tu ada. Satu jentera yang paling kuat sekali. Dia tak hairan, berlakulah. Dia nak juga benda tu berlaku. Dia nak ajar. Dendam tu, dia kalah 1969, dia tak puas hati. Dia nak ajar balik. Sampai tahap tu.
Base tentera Israel akan wujud, pasal apa? Pasal apa Israel mahu tempat tu tuan-tuan dan puan-puan. Dia ingin mengembangkan, dia ingin menjadikan base itu sebagai base untuk Asia Tenggara. Dia kata, base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenal pasti nak benda ni. Dia minta Lim Guan Eng, Guan Eng setuju. Kami menang, kami akan bagi dengan syarat kamu tolong kami PRU 13 ni. Ada perjanjian dah.
Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam IFC. Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.
Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna.
Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani. Masa saya cakap benda ni, dia stop saya, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah.
Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina. Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun.
Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf.
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, “Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru.”
Selepas Pakatan Rakyat menang, dapat tawan Putrajaya, dua benda akan berlaku dalam masa lima tahun.
Yang pertama, memang betul kita akan lantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, memang betul, seratus peratus betul. Kita akan melantik Anwar Ibrahim tetapi Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja. Selepas itu kita akan turunkan dia. Bagaimana kita nak turun seorang Perdana Menteri? Kita akan turunkan dia melalui isu moral dengan isu rasuah. Isu penyalahgunaan kuasa yang bukti-bukti dia ada di tangan Karpal Singh. We know how to issue you.
Saya tanya dekat Karpal pada satu mesyuarat, “Pada tahun 1997 you ni yang kata dia kaki liwat dalam Parlimen”. Dia kata tu tapi pasal apa sekarang kita dok backing dia. Saya tanya sebab kita pun nak tahu juga. “Pasal apa jadi macam ni?”
“Memang betul, Anwar memang kaki liwat. Apa yang dikata dalam Parlimen it’s all true but we need him. We need him. Dia sebagai orang tengah antara Pas dengan DAP. Ya, kita akan lantik dia sebagai Perdana Menteri, sebab itu kita tahu nak buang dia macam mana. Kita akan gunakan kesilapan-kesilapan lampau dia. Masa itulah kita akan tunjuk dekat rakyat mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat sanggup menurunkan Perdana Menteri dia. Kita tunjukkan ketelusan kita pada rakyat. Dan pada masa itulah kita akan lantik Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.”
Ingat tak baru-baru ni, Karpal Singh kata, dia nak orang bukan Islam jadi Perdana Menteri. Baru saja berlaku. DAP spin juga benda ni, tengok reaksi macam mana. Memang perancangan DAP nak Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anwar dua tahun.
Selepas Lim Guan Eng jadi Perdana Menteri, lagi satu benda akan berlaku. Pada tahun yang ketiga atau keempat, satu benda akan berlaku. Parti yang berteraskan kepada agama, kita akan bubarkan parti PAS. Ni orang-orang PAS pun tak tahu perancangan ini.
Kita tengok sekarang, pemimpin-pemimpin Pas ni macam mana. Tak macam dulu dah, berbeza dah. Berbeza sangat. Banyak pemimpin sekarang terlalu liberal. Kalau liberal, dulu dia kata apa, nak tegakkan Islam kena belasah dengan Karpal Singh, dia tukar kebajikan pula. Dia boleh kata pula, dalam al-Quran tak ada perkataan negara Islam. Selama ni yang mereka dok juang tu apa? Apa yang mereka perjuangkan selama ini?
Kita tengok kenyataan Presiden Pas, Haji Hadi Awang kata apa, “Kita boleh kawan dengan Yahudi, kita tak boleh kawan dengan Zionis”, dia kata. Salah satu kenyataan dia, kita boleh kawan dengan Yahudi, kita tak boleh kawan dengan Zionis. Apa beza Yahudi dengan Zionis ni? Ada beza Tuan-tuan dan Puan-puan. Ada beza ke? Apa beza khinzir dengan babi? Apa beza riba dengan bunga? Nama saja lain, benda yang sama. Awat yang bengong sangat Presiden PAS ni.
Penyokong dia lagi satu, taksub sangat. Bukalah minda, bukalah hati, awat yang taksub sangat ni. Semua ni betul, lima perut tiga serangkai buta perut tak ada akal. Tak mahu, tutup everthing close saja. Sampai macam tu.
Kita tengok BERSIH, saya ambil contoh BERSIH. Tempat yang paling suci untuk orang Islam, Mekah dengan Madinah pun, dikotori oleh siapa? Puak-puak ni. Adakah DAP buat di tempat terkunci ada DAP buat BERSIH. Adakah orang India buat BERSIH di Batu Caves, adakah? Tiada.
Tengok, siapa yang menjadi barua DAP ni. Tempat yang paling suci orang Islam ni. Dua tempat tu sampai dicemari macam tu ke. Disebabkan politik ke. Sampai macam tu nak tunjuk kesetiaan dekat DAP.
Ada satu kejadian berlaku di Pulau Pinang pada tahun 16 Jun 2010 di Jalan Burma. DAP buat satu majlis makan malam. Kita panggil Mat Sabu sebagai penceramah undangan kita. Saya panggil dia. “Abang Mat, 16 ni kena buat.” Dia kata okay. Saya tanya kat dia, “Abang nak mai berapa orang?”. Dia kata nak mai lebih kurang 10 orang. Kita pun sediakanlah dua meja makanan halal. Meja kedua untuk penyokong dia. Meja pertama, saya, Lim Guan Eng, Mat Sabu dengan pemimpin DAP yang lain duduk. Majlis bermula dengan ucapan pemimpin DAP. Lepas itu, Lim Guan Eng bagi ucapan. Last sekali Mat Sabu. Ucapan Mat Sabu biasalah, dengan lawak jenaka dia, it’s normal.
Tetapi, di tengah-tengah ucapan dia, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Mat Sabu. Walaupun saya masa tu berfahaman DAP, tak pernah terlintas di hati saya nak kata benda tu. Saya cukup terkejut. Tak sangka pemimpin Pas ni sanggup kata benda tu. Tahu dia kata apa.
“Saya lebih rela makan babi dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib.”
Dia kata macam tu, penyokong dia yang duduk kat belakang tu, takbir lagi. Depa takbir juga untuk tu pun. Sampai tahap tu ke nak tunjuk “PAS for all.”
Kita tengok masa Tahun Baru Cina tu, pemimpin Pas di Johor ni sanggup pi salam dengan orang yang jual babi tu di market Cina. Nak tunjuk sampai macam tu ke?
Tuan-tuan tahu tak apa yang berlaku di Perak, semasa esok hari tu, Datuk Zambry nak ambil sumpah sebagai Menteri Besar. Malam tu saya berada di Wisma DAP, Ipoh. Kita panggil Nizar datang ke pejabat kita, masuk mesyuarat. Kita arahkan Nizar supaya you kerahkan seramai mana penyokong Pas, esok petang baring di atas jalan biar menghalang Raja Muda Perak daripada menghadiri upacara angkat sumpah. Arahan dikeluarkan oleh Nga Kor Ming, dilaksanakan oleh Nizar.
Kerana DAP tahu, kalau orang Cina buat, orang Melayu semua akan bersatu. Sebab itulah kita gunakan orang Melayu untuk menjatuhkan Raja. Ada tak sesiapa orang Cina yang baring hari tu, ada tak? Semua siapa, tengoklah.
DAP tahu, kita nak jatuhkan Raja-raja Melayu, kita akan gunakan Pas. Kita akan menggunakan Pas untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu. Sebab tu kalau dia jadi Kabinet, dia nak jawatan-jawatan penting. Dia nak Menteri Pelajaran, Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Menteri Pertahanan. Inilah yang dia mahu. Jawatan lain yang tak penting, you nak ambil, ambillah tapi yang ni yang dia mahu. KDN pasal apa dia mahu. Mesti dia mahulah.
Tuan-tuan tahu tak, kalau DAP dapat perintah banyak warganegara Taiwan, Hong Kong, Singapura akan memohon jadi rakyat Malaysia selepas ini.
Begitu jugalah kalau DAP dapat perintah, mereka akan buat persempadanan semula. Persempadanan semula ini akan berlaku di kawasan bandar sahaja bukan di kawasan luar bandar.
Katalah contoh Putrajaya ni bandar. Sekarang cuma ada satu Parlimen, dia akan potong kepada dua Parlimen. Dia akan memperbanyakkan lagi Parlimen-parlimen orang bukan Islam supaya dia sama dengan orang Islam.
Perancangan DAP tu, banyak orang tak tahu. Tapi kita tengoklah Pas macam mana. Bersengkokol sampai macam ni ke. Nak kuasa, matlamat menghalalkan cara, janji dapat tawan Putrajaya cukup. Itu saja. Depa fikir dapat tawan Putrajaya. Mereka ni bukan kata jual, dah lelong, dah gadai Islam dah dekat DAP ni.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, setiap bulan Mat Sabu akan diberi RM15,000 oleh DAP. Pemimpin lain saya tak tahu, saya tak mahu tuduh, saya tak nampak.
Mat Sabu tu pasal apa saya tahu, sebab saya yang bagi duit tu kat dia. Sebab tu saya berani kata. Saya yang tiap-tiap bulan bagi duit kat dia, yang lain saya tak mahu komen, saya tak pernah nampak, tak baik komen. Walaupun dengar-dengar khabar, saya tak berani komen sebab saya tak nampak. Tapi yang ni, saya yang pi bagi sebab itu saya berani kata. Setiap 24 haribulan saya akan terima duit tu. Sampai tahap tu.
(Tayangan gambar)
Inilah dua orang Menteri Agama Malaysia yang baru yang Cina tu Menteri Agama, yang India tu Timbalan Menteri Agama. Sekarang siapa, Datuk Khir Jamil Baharom kan, lepas ini tak ada dah. Saya tunjuk gambar lah senang, siapa Menteri Agama dan siapa Timbalannya.
Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, berfikirlah sekejap. Kuasa yang ada dekat orang Melayu ni cuma kuasa politik sahaja. Yang tu hilang, kita akan jadi macam ni lah, merempat di negara sendiri.
Bersambung.. Fokus Mohamad Razali: Mat Sabu ‘Diam’ Sebab Terima Duit DAP?
Perhatian:
Sudah tentu pandangan ini bukan pandangan weblog Ibnu Hasyim. Weblog ini hanya memaparkan saja untuk diteliti, dan sila beri komen...
Video: