Saturday, October 03, 2015

Pas Tak Tarik Diri, Hanya PR Terpakai Di S'gor, Bukan Pakatan Harapan.


SHAH ALAM – “Pas Selangor tidak akan menarik diri daripada kerajaan Selangor,” demikian pendirian Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah yang dinyatakan kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan kepada Pas untuk menentukan pendirian sama ada mahu keluar atau kekal dalam pakatan kerajaan Selangor.

Beliau yang juga Adun Bangi berkata, Pas tidak boleh menarik diri memandangkan wakil rakyat Pas mempunyai tanggungjawab besar melaksanakan mandat rakyat.

“Kami dipilih rakyat pada pilihan raya lalu sehingga kami berjaya membentuk sebuah kerajaan yang baik dalam Pakatan Rakyat (PR) sekali gus memberi kebajikan kepada semua rakyat.
“Pas Selangor percaya mana-mana parti di negeri ini tidak boleh mentadbir secara bersendirian kecuali menerusi kerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang bersedia untuk mempertimbangkan keputusan keluar dari pakatan kerajaan Selangor, Shafei berkata, keputusan perlu dibuat secara kolektif dan pandangan Pas Selangor biasanya turut diambil kira.

“Buat masa ini Dewan belum buat sebarang keputusan, jadi saya tak boleh nak ulas lebih lanjut perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman turut menegaskan yang Pas Selangor tidak akan goyah dengan Pakatan Harapan.
Menurutnya, PR masih terpakai di Selangor sepertimana yang dinyatakan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

“Kami terima baik pandangan beliau (Mohamed Azmin) yang mengatakan hanya PR terpakai di Selangor, bukannya Pakatan Harapan.
“Justeru itu, Pas Selangor akan terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk berbincang dengan rakan PKR dan DAP dalam urusan hal ehwal kerajaan di negeri ini,” katanya.  - Sinar Harian

Strategi Parti Amanah Di Johor Ceramah Dalam Kedai Kopi? (Gambar)







Lihat aslinya..
http://omakkau.blogspot.my/2015/10/walaupun-mendabik-dada-kata-pas-sudah.html

Pusingan U, DAP Tangguh Saman JAIP.

???????????????

KL: DAP Pahang membuat pusingan U dengan menangguhkan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung khutbah Aidiladaha yang dikeluarkan Jabatan Mufti negeri itu yang didakwa memfitnah parti berkenaan.
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Mufti itu bagi mengadakan perbincangan di peringkat dalaman dan berhemah.
"Islam mementingkan akhlak dan teguran wajar disampaikan dengan baik, bukan melempar tuduhan tanpa usul periksa.
"Kita mahu berbincang secara dalaman bagi mendapatkan penjelasan serta bukti terhadap apa yang telah dinyatakan dalam khutbah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Jumaat.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Tengku Zulpuri memberi tempoh lima hari kepada Jaip untuk membuat permohonan maaf berhubung kandungan teks khutbah Aidiladaha yang didakwa memfitnah parti itu.
Mereka juga menuntut Jaip untuk menarik kembali teks berkenaan, sebelum mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada maklum balas daripada jabatan agama itu dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Mengenai tindakan undang-undang, Tengku Zulpuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab berkata, perkara itu hanya akan dilakukan sekiranya perlu, namun menegaskan bahawa penyelesaian secara berhemah adalah lebih baik pada masa ini.
"Kita tunggu dulu (tindakan undang-undang). Biarlah kita selesaikan perkara ini secara baik. Kita ini orang Islam, jadi  perlu fikir saluran yang lebih baik dahulu (selesaikan)," katanya.
Ditanya bilakah pertemuan itu akan diadakan, beliau berkata, pihaknya akan menghubungi Jabatan Mufti Pahang dan menjangkakan ia dapat diadakan minggu depan.
"Harap mereka dapat terima kita untuk adakan perbincangan secara dalaman. Kita akan tunggu respons mereka," kata Tengku Zulpuri.
Terdahulu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bagaimanapun bertegas tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP itu sambil mempertahankan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.
Menurut teks khutbah yang dikeluarkan jabatan berkenaan, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.
“Perpecahan ini kerana umat Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.
“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu. (mStar)

Parti Amanah Lulus, Walau Nama Asal Parti Islam Malaysia/Parti Progresif Islam Ditolak.


Mohamad Sabu bersalaman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sidang media di Komtar, hari ini. - Foto Sinar Harian

KL: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan  Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana sudah meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja Malaysia kepada Amanah.

Menurut Mat Sabu, kelulusan yang agak lewat itu adalah kerana ROS pada awalnya menolak nama yang dicadangkan sebelum ini yang mempunyai perkataan Islam (Parti Progresif Islam atau Parti Islam Malaysia).

"Saya dapat berita baik daripada ROS sudah meluluskan permohonan pertukaran nama, hari ini

"Kami amat berterima kasih atas kerjasama pihak ROS dengan harapan semoga permohonan lain dalam pindaan perlembagaan lain, juga diluluskan seperti jawatan pengerusi kepada presiden," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.


Demikian menurut Sinar Harian ini.

Sementara itu menurut Malayiakini, melalui kongres luar biasa parti berkenaan melantik jawatankuasa baharu iaitu..
  • Mohamad Sabu sebagai pengerusi dan 
  • Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi.
  • Ahli jawatankuasa lain ialah Mujahid Yusuf (naib pengerusi 
  • 1), Hasanuddin Mohd Yunus (naib pengerusi 
  • 2), Mohd Anuar Mohd Tahir (setiausaha agung), 
  • Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (penolong setiausaha), 
  • Asmuni Awi (bendahari agung) dan 
  • Suhaizan Kaiat (setiausaha organisasi).
  • Parti itu turut melantik 13 ahli jawatankuasa lain dan 2 juruaudit.
Muncung DAP sama dengan muncung Amanah????

Friday, October 02, 2015

Lagi-lagi GRO, Najis Zina Haram-jadah, Bukan 'Khidmat' Seks.

Sebahagian GRO warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Ipoh kelmarin.

IPOH – Seramai 14 gadis pelayan pelanggan (GRO) seksi yang dipercayai turut menawarkan per­khidmatan seks ditahan dalam satu serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Leong Boon Swee kelmarin.

Dalam operasi hampir dua jam mulai pukul 6.10 petang itu, seorang wanita tempatan berusia 50 tahun disyaki penjaga premis turut diberkas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, serbuan dilakukan hasil daripada maklumat awam dan risikan pihaknya ke atas premis berkenaan yang dipercayai menggajikan wanita warga asing.

Katanya, ketika serbuan, sebahagian daripada 14 warga asing berusia di antara 20 hingga 40 tahun sedang melayan beberapa pelanggan.

Lapan daripadanya merupakan warga Vietnam, lima warga China dan seorang warga Thailand. (Kosmo)

Lagi-lagi GRO, najis zina haram jadah, bukan 'khidmat' seks. Tak mampukah kerajaan Malaysia selesaikan hingga tuntas? 

3,343 Kes Keganasan Rumah Tangga Jan-Ogos. Mengapa?

PUTRAJAYA – Seba­nyak 3,343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini dengan 2,528 kes melibatkan wa­nita.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,127 orang menjadi mang­sa keganasan rumah tangga berumur antara 26 hingga 35 tahun.
Katanya, mereka yang berumur 36 hingga 45 tahun pula mencatatkan 750 kes, bawah 25 tahun (615), 46 hingga 59 tahun (572) dan warga emas 60 tahun ke atas (279).
“Punca keganasan berlaku adalah perselisihan faham yang menca­tatkan bilangan ter­tinggi iaitu 2,511 kes, ugutan (339), masalah wang (192), masalah anak (90) dan mabuk (84).
“Sebenarnya banyak lagi kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan kerana pelaku berasa tindakan mereka tidak mengasari atau mengganas sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab untuk mendidik isteri,” katanya pada sidang akhbar selepas me­lancarkan Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015 di sini semalam.
Mengapa?
Wanita itu adalah 'tiang seri' rumahangga. Kalau rumah itu roboh atau rosak dimakan anai-anai, siasatlah tiang serinya. Menteri Pembangunan Wanita kena selidki itu, jalan penyelesaian terbaiknya, ialah kembali kepada hidup berkeluarga secara Islam. Insya Allah, al-hamdulillah! (IH)

Tunku Aminah, Keputusan Menutup Akaun Instagram, Patut Ditarik Balik.. -IH.



KL: MASIH ramai yang kritik membina kepada Tunku Aminah Mimunah Iskandariah, bererti masih ramai yang sayang kepada kepada keluarga Di Raja Tunku Johor itu. Maka tidak wajar  selepas dikritik kerana tidak memakai tudung, Puteri Johor itu mengambil keputusan menutup akaun Instagramnya.

Tunku Aminah berkata keputusan tindakan itu diambil kerana tidak mahu mana-mana pihak menghakiminya sesuka hati, lebih-lebih lagi yang tidak mengenalinya berdasarkan cara pemakaiannya.

“Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat.
“Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini,” katanya.

Tunku Aminah menegaskan apa yang dilakukan dalam kehidupannya adalah antara dirinya dan Allah SWT. Malah Tunku Aminah menyatakan rasa terharunya apabila adik-beradiknya, terutama Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris yang mempertahankannya selepas dikritik.

Mengkritik untuk kebaikan itu adalah adalah suatu tindakan betul, islah yang dituntut agama. Maka tidak sepatutnya Tunku berkecil hati, bahkan patut berbangga dengan keramahan rakyat jelta dengan keluarga Di Raja itu. Keputusan menutup akaun Instagramnya, amat wajar ditarik balik. 

Demikian saranan Weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Lihat sebelum ini..

Thursday, October 01, 2015

DAP Henti Bantuan Sekolah Agama, Mula Zalimi Lain Ideologi? -Mohd Khairuddin



Henti bantuan sekolah agama, Pas mahu DAP jawab
SHAH ALAM - Pas menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan dakwaan berhubung penarikan balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli-ahli Pas di negeri itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendakwa surat tawaran bantuan yang telah dihantar juga ditarik balik.

"Kami ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli Pas.

"Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu.

"Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyifatkan, tindakan DAP dan PKR itu seolah-olah memberi mesej bahawa apabila berkuasa, mereka juga menjadi zalim dengan sesiapa yang berbeza ideologi politik.

"Dewan Ulama Pas Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli Pas kerana sentimen politik.

"Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka," katanya. - Sinar 

Gadis Berbogel Kerana Nak Dibelikan Telefon Pintar.. He he he


SEORANG wanita sanggup berbogel dalam usahanya memaksa teman lelaki membelikannya telefon pintar, iPhone 6s.

Melalui sebuah video rakaman amatur yang tersebar di laman sosial, wanita tersebut dilihat gagal meyakinkan teman lelakinya untuk membelikan telefon berkenaan.

Wanita kemudian mula menanggalkan pakaiannya sambil menjerit di hadapan puluhan orang awam.

Teman lelaki wanita berkenaan bagaimanapun tidak melayan permintaan wanita terbabit dan mula mengutip pakaiannya dan berlalu pergi.

Laporan Mirror UK mengatakan kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kompleks membeli-belah di China.

Video tersebut juga dimuatnaik ke laman Youtube pada 20 September lepas dan menarik lebih 1 juta penonton.

Demikian rendahnya nilai maruah di kalangan puak-puak yang tiada mementingkan agama dalam kehidupan. (IH)

Larang Guna Pembesar Suara Di Masjid, Selain Azan. Setuju Ke?


P/Pinang Wartakan Larangan Guna Pembesar Suara Di Masjid, Selain Azan

Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamat di Pulau Pinang, akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lalu, berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai serta disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, pada 23 dan 24 Ogos lalu.



Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut, mesyuarat bersetuju Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011, mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan, bagi program dan aktiviti masjid serta surau. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting, antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.
Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015, melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi, mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian serta syiar Islam, malah selaras nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan, terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

"Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini, setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.
"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan, setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume sangat kuat," katanya.

Wan Salim berkata, proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa dua hingga tiga bulan, iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu, sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid di seluruh negeri mengenai perkara itu, agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di kawasan masing-masing.

"Semoga dengan cara sedemikian, isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan berpanjangan," katanya. (TKO)

Kamu setuju ke?

Harga Runcit RON95, RON97 & Diesel Naik 10 sen Bagi Oktober


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 10 sen seliter bagi Oktober 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

"Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter dan diesel RM1.90 seliter", kata Presiden Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 berkuatkuasa mulai 12.01 pagi, 1 Oktober ini (Khamis)," katanya.

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel sekarang ialah RM1.95 (seliter), RM2.35 (seliter) dan RM1.80 (seliter). (IH)

Mengapa Wee Choo Keong Keluar DAP?


 Wee Choo Keong


'Dap Parti Dinasti Lim’ – Wee Choo Keong

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2010 – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong kata Dap adalah parti keluarga Lim Kit Siang.

Malah peranan ‘Dinasti Lim’ semakin terserlah apabila anaknya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun tanpa sokongan akar umbi.
Di dalam temubual eksklusif TV3 itu, Wee berkata, “Dap ni adalah parti keluarga dan memang dia perlu pecat saya oleh kerana dia perlu menjaga kepentingan keluargalah… untuk menjagakan Lim’s Dinasty …(atau) Dinasti Lim.
“Dan hal ini amat ketara kalau tidak kenapa pertuduhan itu adalah tidak menunjukkan kasih sayang, charge (tuduhan) yang sebegitu tak boleh terima.”
Menurutnya jika betul Dap jujur berpolitik untuk kepentingan rakyat, tentulah mereka menyelesaikan dan menyiasat isu rasuah pasir (di Selangor).
Wee berkata, kenyataannya sengaja diputar belit konon dulu dia keluar Dap atas kerelaan sendiri.
“Walaupun dia gagal menjadi menteri besar (Ketua Menteri) Pulalu Pinang (selepas gagal pelan) Tanjung 1, 2, 3, masa tu dia kata bye-bye politik P Pinang kan? Dia sudah jadi (-kan itu) perjuangan terakhir.”
“Bagaimanapun sekarang ahli keluarganya menjadi menteri besar (Ketua Menteri), sebab itulah mungkin dia tak berapa minat untuk siasat skandal perlombongan pasir di Selangor.”
Justeru, Wee menggesar Kit Siang berundur daripada politik.
Lim Guan Eng yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memegang dua kerusi sebagai wakil rakyat. Dia adalah Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih di negeri itu.
Bapanya Kit Siang adalah Ahli Parlimen Ipoh Timur. -MediaUMNO


Wednesday, September 30, 2015

Khalwat: Putri Mardiana Kena Waran Tangkap ...



Siakap kedah gelama ikan jelawat, 
Sikap dedah lama-lama tangkap khalwat..


HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Mah­kamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam mengeluarkan satu lagi waran tangkap oleh polis terhadap pelakon, Putri Mardiana dan teman lelakinya, Shahrizam Abdullah yang masih berdegil untuk menghadiri sebutan kes khalwat mereka.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan tersebut selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih gagal menerima sebarang laporan daripada penguat kuasa yang bertanggungjawab melaksanakan waran tangkap sebelum ini.
“Mahkamah bersetuju menge­luarkan waran tangkap kepada polis selepas kedua-dua tertuduh gagal dikesan serta tidak hadir pada prosiding hari ini (semalam),” jelas Shaiful Azli semasa membuat keputusan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Ketika sebutan pertama yang dibacakan pada 23 Jun lalu, Putri Mardiana atau nama penuhnya Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan Shahrizam, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah beralamat di C-05-08, Jalan UP 1/1D, Ukay Perdana Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi 14 Disember 2014.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (IH)

Israel Serang Gaza 696 Kali Sejak 2014 -

Gaza: Jalur Gaza diserang sekurang-kurangnya 696 kali sejak gencatan senjata 2014 Ogos, Tobias Ellwood, Parlimen Inggeris dibawah Setiausaha Negara untuk Pejabat Luar Negera dan Komanwel, berkata, Team Monitoring Timur Tengah melaporkan.

Semasa sesi parlimen Buruh MP Alex Cunningham bertanya "Berapa kali tentera Israel melepaskan tembakan ke Gaza sejak Ogos 2014, dan langkah-langkah apa yang dilakukan Departemennya untuk mencegah insiden tersebut kedepannya?"

"Kami sedar pasukan Israel menanggapi serangan roket dari Gaza dengan 29 serangan sejak 26 Ogos 2014 selepas perjanjian gencatan senjata.

"Menurut data dari Pejabat PBB Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Pendudukan Palestin, tentera Israel telah melepaskan tembakan ke Gaza baik di darat mahupun di laut sekurang-kurangnya 696 kali sejak itu," Ellwood dinyatakan dalam respon.

"Kami terus mendesak pihak untuk memberi keutamaan kepada kemajuan menuju mencapai penyelesaian tahan lama untuk Gaza," kata Ellwood. (wb / lasdipo)

Nampaknya PBB tak mampu berbuat apa-apa. Sudah 'mampus' menangani keadilan warga dunia..  (IH)

Strategi 7 Perkara Seterusnya, PAS Hadapi UMNO/BN


Pilihan PAS selepas meninggalkan Pakatan Harapan

Kini PAS sudah “membujang” kembali dalam arena politik Malaysia. Secara teknikal meskipun ia menganggap dirinya masih menjadi pembangkang kepada kerajaan Umno-BN, ia bukan sealiran dan sekutu Pakatan Harapan.

PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP atas sebab prinsip. Ia juga tidak mahu bekerjasama dengan Amanah kerana masih sukar memaafkan “pengkhianatan” yang dilakukan pemimpin-pemimpin parti itu terhadap PAS.

Kini PAS perlu menggembleng usaha meminang lebih ramai pengundi menjadi anggotanya dan memperluaskan skop sokongan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk mencapai martabat sama dengan Pakatan Harapan.

Untuk terus bertahaluf dengan PKR bukanlah satu opsyen yang baik. Di peringkat ini, PKR nampak sudah agak selesa dengan kerabat Pakatan Harapan tanpa PAS bersama.

Apa tidaknya, bersama Pakatan Harapan, PKR sudah mendapat apa yang dihajati iaitu pengakuan dan sokongan DAP dan Amanah untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika BN ditumbangkan!

PAS sebelum ini amat berhati-hati dan mahu bertindak sebagai “polis moral” dalam Pakatan Rakyat dengan tidak mahu membabitkan diri dalam perkara-perkara yang kurang bermaruah dan syubahat.

Antara lain, PAS amat keberatan mempersetujui manifesto pakatan itu mahu melantik Anwar menjadi perdana menteri jika menang pilihanraya umum 2013 lalu. Apa sebabnya, hanya pimpinan PAS tahu jawapannya.

PAS juga tidak mahu perubahan politik disusun menurut konsep “matlamat menghalalkan cara” seperti Langkah Kajang PKR yang memecat keahlian menteri besar Selangor kerana enggan memberi laluan kepada presiden PKR mengambil alih jawatan berkenaan.

Bagi PAS rekod perkhidmatan menteri besar berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat memuaskan dan tidak ada sebab munasabah beliau perlu disingkirkan.

PAS juga enggan mengkhianati rakyat dengan sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi yang dimenangi atas nama Pakatan Rakyat hanya untuk memenuhi hasrat pemimpin tertentu mengisi kerusi DUN Kajang.  

Kini, di segi politiknya, PAS perlu menjana keyakinan bahawa ia mampu hidup berdikari dan tidak perlu bergantung kepada PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Bagaimanapun PAS harus insaf bahawa dalam usaha menumbangkan Umno-BN, PAS tidak seharusnya mengizinkan dirinya untuk menjadi pemangkin atau “batu loncatan” kepada Pakatan Harapan mencapai cita-citanya.

PAS harus insaf bagaimana secara sistematik ia disisihkan daripada barisan pembangkang. Maka adalah penting ia memastikan amalan politik Machiavelli yang kurang bermaruah itu tidak pula menggantikan BN.

Akibatnya kelemahan moral dan gejolak nafsu mahu berkuasa itu mungkin lebih buruk daripada segala amalan dan dosa yang pernah dilakukan BN ketika memerintah Malaysia.

Ini adalah masanya bagi PAS membuktikan bahawa keyakinannya hidup “membujang” adalah berasas dan mampu melonjakkannya mencapai kemenangan lebih besar.

Sebenarnya, program berkelana bersendirian dalam politik ini sudahpun siap dilakarkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sendiri. Apa yang perlu PAS sekarang ialah  melaksanakannya dengan teratur dan jujur.

Strategi tujuh perkara ini dibentangkan oleh Haji Hadi dalam muktamar ke-61 PAS Jun lalu. Antara lain, beliau mengajukan supaya:

1.    PAS dan ahlinya menzahirkan kesetiaan pada perjuangan Islam dengan istiqamah berdasarkan ajaran al Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w.
2.    PAS dan ahlinya memahami dan menghayati erti kemenangan sebenarnya ialah mendapat keredhaan Allah.
3.    PAS memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan dengan komited pada program yang disediakan agar yakin bahawa sempadan perjuangan tidak terhad di dunia tetapi melangkau          hingga akhirat.
4.    Mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat termasuk di Dewan-Dewan dan Lajnah termasuk Cawangan, Kawasan dan Negeri.
5.    Menyebarluaskan mesej bahawa Islam ialah penyelesai masalah ummah bersandarkan kefahaman mengenai fiqhul-waqie atau sistem dan realiti semasa.
6.    Bertahaluf dengan mana-mana pihak demi kebaikan rakyat tidak kira kaum dan agama dan berta’awun dengan mana-mana pihak memerangi kezaliman dan kemungkaran.
7.    PAS melebarkan kedudukan dan peranan di peringkat antarabangsa membela pihak yang dizalimi dan berusaha menyelesaikan konflik antarabangsa.

Yang penting PAS harus sedar bahawa ia mempunyai satu pangkalan politik yang cukup ampuh. PAS mempunyai ramai ulama yang boleh membimbing ummah merintis jalan keredhaan Allah.

Realiti hari ini menunjukkan bahawa umat Islam dahagakan pimpinan agama. Banyak institusi yang turut bersaing dengan PAS untuk memberi keyakinan diri dan kefahaman ini pada umat. Ini adalah tugas hakiki.

PAS harus jadi pembimbing yang boleh membantu umat faham masalah dan cabaran kehidupan hari ini yang saling bertindih dan mengemukakan solusi bagi kemelut yang boleh disesuaikan dengan tuntutan agama.

Masalah terbesar umat Islam di Malaysia hari ini ialah kecelaruan yang ditimbulkan oleh pemain-pemain politik. Justeru PAS harus memperbaharui iktikadnya bahawa ia adalah sebuah jamaah dan itu adalah lebih mulia daripada parti politik.

Kurangkan berpolitik dan tingkat kesedaran umat untuk beramal. Antara amalan terbaik ialah menyantuni isu dan cabaran politik dengan jujur, ikhlas, dan tidak syubahat.

Jika benar PAS sedia bertahaluf dan berta’awun dengan sesiapa sahaja, maka PAS harus meluruhkan bibit kebencian yang sudah merasuknya terhadap jemaah lain seperti Umno dan Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma.

PAS harus insaf jamaah lain seperti Wadah, Ikram dan Abim kini lebih cenderung pada politik Machiavelli yang meliliti Pakatan Harapan. PAS harus menghayati sebaliknya – Islam itu ad-din.

PAS tidak perlu memaksa diri dengan slogan inklusif, peduli dan Amanah kerana rekod menunjukkan bahawa nilai-nilai itu memang sudah menjadi darah daging perjuangannya. Istiqamah.

Oleh Zainal Salleh
http://antarapos.com/

Tuesday, September 29, 2015

Ganggu Isteri Orang, Penggal Leher Saja..

Salah satu aksi pemenggalan kepala dalam perundangan oleh ISIS
KOMANDER Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS) dipenggal kepala oleh anak buahnya sendiri di Daerah Sharqat, Provinsi Salah al-Din, di sebelah utara Iraq. Pemimpin tinggi yang tidak disebut namanya itu disebut-sebut sebagai menggoda isteri anak buahnya itu.

Pelaku pemenggalan tersebut, lapor pada Iraqi News, telah berusia 28 tahun. Dia meluat melihat atasannya datang ke rumahnya, mengajak bercakap dengan isterinya bahkan disebut-sebut menggoda untuk berbuat maksiat ketika anak buah itu berada di garisan depan perjuangan.

"Anggota pasukan pejuang itu menemui komandan, lalu memancung kepala atasannya itu setelah bertarung" kata sumber tersebut, seperti yang dilaporkan oleh the Daily Star, Minggu (27/9).

Setelah membunuh bosnya, ahli ISIS ini lari. Tidak jelas sama ada dia membawa serta anak isterinya atau tidak. Organisasi militan khilafah telah memerintahkan penangkapan pelaku. Terkorbannya komander ISIS di Daerah Sharqat membuat gerak organisasi agak terjejas. 



Ini adalah daerah strategik bagi para militan sejak Jun 2014 untuk membekalkan logistik ke seantero di Iraq. ISIS dituduh kerap melakukan keganasan seksual kepada wanita di kawasan yang mereka kuasai. Namun hakikatnya, jumlah ahli perempuan yang menyertai tetap ramai. 

Setahun terakhir, dari negara-negara Barat sahaja, dianggarkan 600 wanita berangkat berperang menyokong panji khilafah. (IH)

28 Petugas Haji Akan Dipancung Gara-Gara Rempuhan Di Mina.


SEBUAH media dari Indonesia mendakwa bahawa seramai 28 petugas haji yang bertugas semasa tragedi rempuhan di Mina baru-baru ini akan di jatuhkan hukuman pancung atas arahan Raja Salman.

Berita ini dilaporkan oleh LensaIndonesia dan Makassar Tribune, di mana mereka mendakwa Raja Salman telah mengeluarkan perintah berkenaan kerana mereka bertanggungjawab memastikan keselamatan jemaah.

Bagaimanapun menurut portal berita Indonesia ini, keputusan menghukum pancung 28 petugas Mina itu didakwa diambil oleh Raja Salman kesan dari tuduhan yang diterima puteranya Pangeran Mohammad bin Salman al Saud yang dituduh sebagai penyebab tragedi yang meragut nyawa ratusan jamaah haji tersebut.


Perkara itu juga di dakwa untuk menutupi kesalahan anggota keluarga kerajaan Arab Saudi, dakwa media Indonesia itu lagi.
Sementara itu, memetik laporan kompasiana, hukuman pancung (qisas) atau hukuman dengan cara pemenggalan kepala adalah hukuman tertinggi bagi mereka yang terbukti secara hukum bersalah telah melakukan penghilangan nyawa manusia. Setelah melalui proses pengadilan hingga vonis eksekusi, pihak terdakwa sebenarnya masih memiliki harapan hidup apa bila pihak ahli waris korban jika diberi kemaafan.

Portal itu juga melaporkan, Pengajar Hukum Pidana Islam, Universitas Islam Negeri(UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta, Nurul Irfan: “Dari berbagai negara Islam, Arab Saudi lah yang paling ketat menerapkan qisas hukuman pancung, karena Arab Saudi menerapkan langsung ayat Al Quran, Surat Al-Baqarah ayat 178.

Dalam ayat tersebut disebutkan; kewajiban hukum qisas pada orang­-orang yang terbunuh, orang merdeka dengan orang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya dan perempuan dengan perempuan. Akan tetapi barangsiapa yang diampunkan untuknya dari saudaranya seba­gian, maka hendaklah mengikuti dengan yang baik, dan tunaikan kepadanya dengan cara yang baik.

Dari ayat ini, ada perkecualian hukum qisas yaitu apabila keluarga korban memaafkan. Sebagai pemaaf tersebut, pembunuh mengganti denda dengan 100 ekor unta, 40 diantaranya unta yang sedang hamil.

Namun menurut kompasiana, berlakunya hukum qisas bukannya tanpa kritik. Dimana sehingga saat ini tidak ada hukum acara yang pasti untuk menentukan bagaimana cara pembuktian di pengadilan. Selain itu juga sistem pengadilan disana yang tidak terbuka, kemudian model struktur kepemimpinan pemerintahanannya.

“Di sana, Raja menguasai ulama. Ulama yang tidak sesuai dengan keyakinan Raja, disingkirkan.

“Apapun tak akan ada yang bisa membuat Al-Quran jadi hina karena memang sudah mulia. Adakah Rasul pernah menghukum mati orang yang pernah menghinanya?, tulis laporan itu lagi.

Sementara itu, organisasi penggiat hak asasi manusia Amnesty International mengecam eksekusi mati itu.

Praktik ini telah dikecam secara luas di dunia dan Arab Saudi seharusnya menanggapi kesempatan untuk mempertimbangkan kembali kebijakan mengenai hukuman mati”, kata Philip Luther dalam pernyataan yang ditulis menerusi website Amnesty International.

Bagaimanapun, ada juga media Indonesia masih melaporkan perkara itu hanyalah spekulasi semata-mata.“Banyak pihak berspekulasi bahawa hukuman tersebut adalah perkara yang di kambing hitamkan terhadap 28 petugas yang dihukum pancung itu,” lapor kompasiana.

Bagaimanapun sehingga kini kami belum menerima apa-apa lagi berita mengenai kesahihan perkara ini dan menunggu sidang media khusus tentang penyebaran berita ini.

Dalam insiden itu, seramai 717 jemaah haji terkorban manakala 863 yang lain cedera.


Seorang jemaah dari Malaysia, Zulkifly Samad, 50, dari Ampang turut terbunuh dalam insiden tersebut yang berlaku pada 24 September lalu. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails