"BASUKI, Selain KRISTEN, CINA Lu !" Lihat.. http://hukum.kompasiana.com/2013/07/24/basuki-selain-kristen-cina-lu--576173.html .
JAKARTA: Diduga Gubernur DKI Basuki Tjahaja Purnama alias Zhong Wan Xie, atau terkenal dengan panggilan Ahok (gambar kanan) rasuah atas APBD DKI 2014 dalam pembelian tanah Hospital Sumber Waras bernilai RP 800 bilion, Laskar Pembela Islam (LPI) yang di pimpin Panglima LPI, Ustadz Maman Suryadi, melaporkan Ahok ke KPK, Jumat (6/11/2015).
Sebelumnya beberapa orang dari elemen masyarakat Jakarta telah melaporkan dugaan korupsi yang dilakukan oleh Ahok ke Polda Metro Jaya. Juru bicara Ustaz Jafar Shadiq mengatakan, bahawa ada tiga kes dugaan korupsi yang dilaporkan ke Polda Metro Jaya, Senin (7/9/2015), lapor Panjimas.com.
Pertama. Indikasi Kerugian Negara bernilai Rp.1.691.393.636.322, - (Satu Trilyun Enam Ratus Sembilan Puluh Satu Juta Tiga Ratus Sembilan Puluh Tiga Juta Enam Ratus Tiga Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Dua Puluh Dua Rupiah) dalam proses Penetapan Nilai Penyertaan Modal dan Penyerahan Aset pemprop DKI Jakarta kepada PT Trans Jakarta (BUMD) melalui INBRENG (Penyertaan Modal Pemerintah selain wang tunai) yang dilakukan melalui proses yang tidak sesuai ketentuan.
Kedua. Indikasi Kerugian Negara bernilai Rp.8.582.770.377, - (Lapan Juta Lima Ratus Lapan Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Tujuh Puluh Ribu Tiga Ratus Tujuh Puluh Tujuh Rupiah) dalam proses Penyerahan Aset INBRENG pemprop DKI Jakarta berupa tanah seluas 234 meter persegi dan Tiga Blok Pangsapuri yang tidak diambil kira sebagai Penyertaan Modal Pemerintah pada BUMD.
Ketiga. Indikasi Kerugian Negara bernilai Rp.191.334.550.000, - (Seratus Sembilan Puluh Satu Juta Tiga Ratus Tiga Puluh Empat Juta Lima Ratus Lima Puluh Ribu Rupiah) dalam proses Pengadaan Tanah Rumah Sakit Sumber Waras dalam rangka pembangunan Rumah Sakit Khusus Jantung dan Kanser pemprop DKI Jakarta . (azm / arrahmah.com)
▼
Saturday, November 07, 2015
Terserah Kepada Polis Jika Mahu Tahan Saya - Tun M
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melambai kepada pengamal media selepas diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menangkap beliau.
Perkara ini dinyatakannya ketika selepas beliau diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi tadi.
"Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka.
"Saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya," katanya ketika ditemui media.
Dr Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya akan meninggalkan parti UMNO. Sementara itu, peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata Dr Mahathir disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya dalam menyertai Perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu.
"Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan.
"Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi," katanya.
Mohamed Haniff berkata, Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya. (BH)
Lihat lagi..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menangkap beliau.
Perkara ini dinyatakannya ketika selepas beliau diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi tadi.
"Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka.
"Saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya," katanya ketika ditemui media.
Dr Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya akan meninggalkan parti UMNO. Sementara itu, peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata Dr Mahathir disoal berhubung beberapa perkara, termasuk kehadirannya dalam menyertai Perhimpunan BERSIH 4, di ibu negara hujung Ogos lalu.
"Tun diwakili oleh tujuh peguam, tiga daripada mereka berada bersama-sama ketika beliau diambil keterangan.
"Pihak polis diketuai Superintendan Azham Othman bersama dua pegawainya merakam percakapan beliau dari jam 11 pagi hingga 11.45 pagi," katanya.
Mohamed Haniff berkata, Dr Mahathir memberi kerjasama penuh semasa keterangannya diambil namun mengambil pendekatan untuk tidak menjawab beberapa soalan selepas dinasihati peguamnya. (BH)
Lihat lagi..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
Crimea, Negera Islam Yang Hilang. Akan Kembalikah?
Crimea, Ukraina (Sumber: Commons.wikimedia.org)
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
DAHULU, Crimea adalah salah satu wilayah Turki Uthmaniyyah, tepatnya berada di bahagian utara. Islam masuk ke Crimea pada separuh pertama abad ke-10 Masehi.
Kebanyakan penduduknya kala itu keturunan Turki yang kemudian lebih kesohor dengan Sebutan bangsa Tatar. Nama Crimea sendiri berasal dari bahasa Tatar Al-Qirm yang bermakna 'benteng'.
Kini, wilayah yang disebut Crimea tersebut meliputi Semenanjung Crimea, ditambah sejumlah wilayah Rusia yang mengelilingi Laut Azoz, dan beberapa kawasan di sebelah utara Semenanjung yang kini termasuk wilayah Ukraine.
warga Muslim Tatar di Crimea.
Pada tahun 1774, Turki Utsmani melepas wilayah Crimea berdasarkan perjanjian Kojak Qanarjh. Sejak itu kendali atas wilayah Semenanjung Crimea berada di bawah kuasa Rusia.
Di bawah Rusia, kemerdekaan Crimea diragut. Pada tahun 1783, bandar-bandar besar di Crimea dihancurkan dan dibakar. Banyak pula tapak-tapak peninggalan sejarah Islam yang dilenyapkan.
Kehadiran penduduk Crimea yang majoriti Muslim pun kian berkurang terutama semasa berada di bawah kuasa Kesatuan Soviet. Pada tahun 1944, Muslim Tatar diusir secara paksa dari wilayahnya. Masjid-masjid pun dihancurkan. Daripada kira-kira 1,800 masjid yang ada di sana, tinggal hanya sekitar 20-30 masjid sahaja.
Tahun 1964 Kesatuan Soviet memutuskan untuk menggabungkan Crimea ke Ukraine. Sejak saat itulah, nasib kaum Muslim Tatar perlahan berubah. Terlebih ketika Ukraine merdeka pada tahun 1991, Crimea pun rasmi menjadi salah satu wilayahnya.
Akan dapat kembalikah negara Islam yang hilang itu? Pasti dapat kembali, setelah fajar kegemilangan dan kebangkitan Islam mulai menyinsing! Menyingkapkan Rahsia Yang Maha Agung!
(Sumber: IH/Russia Today)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
Datuk Nicol Gagal Pertahankan Kejuaraan Klasik Qatar, Tetapi ...
SUKAN
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David (gambar atas dan kanan) gagal mempertahankan kejuaraan Klasik Qatar apabila kalah kepada Nour El Sherbini (gambar kanan bawah) pada separuh akhir di Kompleks Tenis & Skuasy Antarabangsa Khalifah di Doha, malam tadi.
Nicol, bekas pemain nombor satu dunia itu, menerima saingan sengit daripada pemain muda dari Mesir itu sehingga memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan.
Menurut laman Twitter kejohanan, Nour membuka langkah kanan dengan memenangi set pertama dengan 11-6 sebelum Nicol, selaku pemain pilihan kedua, bangkit untuk menguasai 2 set seterusnya dengan 12-10 dan 11-5.
Bagaimanapun, Nour, yang juga bekas juara remaja dunia pada 2009, bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan memenangi set keempat 11-4.
Set penentuan menyaksikan pertarungan sengit sebelum Nour menang 11-9 dalam perlawanan selama sejam itu.
Pada final esok, Nour akan berdepan dengan pemain England, Laura Massarro.
Laura menempah tiket final apabila menyingkirkan seorang lagi pemain Mesir, Omneya Abdel kawy, 11-7, 11-4, 11-6 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama, 6 November, 2015.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Datuk Nicol gagal mempertahankan Kejuaraan Klasik Qatar, itu jelas. Tetapi sebenarnya, lebih jelas lagi kedua-dua mereka yang berlawan itu gagal mempertahankan status mereka dari negara umat Islam, kerana mereka berpakaian yang tidak Islamik dalam bersukan.
Rupanya negara umat Islam sendiri tidak mampu mempertahankan identiti Islam terutama dalam berpakaian, apabila menyertai kegiatan sukan di peringkat antarabangsa. Bahkan di dalam negaranya sendiri pun, ada negara yang tidak mampu melaksanakan etika berpakaian menurut Islam, walaupun di perlembagaan negaranya tercatat Islam sebagai agama negara.
Apakah tidak ada pakar-pakar Islam yang boleh mencipta pakaian ahli sukan yang menutup aurat sesuai dengan negara Islam atau negara umat Islam? (IH)
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David (gambar atas dan kanan) gagal mempertahankan kejuaraan Klasik Qatar apabila kalah kepada Nour El Sherbini (gambar kanan bawah) pada separuh akhir di Kompleks Tenis & Skuasy Antarabangsa Khalifah di Doha, malam tadi.
Nicol, bekas pemain nombor satu dunia itu, menerima saingan sengit daripada pemain muda dari Mesir itu sehingga memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan.
Menurut laman Twitter kejohanan, Nour membuka langkah kanan dengan memenangi set pertama dengan 11-6 sebelum Nicol, selaku pemain pilihan kedua, bangkit untuk menguasai 2 set seterusnya dengan 12-10 dan 11-5.
Bagaimanapun, Nour, yang juga bekas juara remaja dunia pada 2009, bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan memenangi set keempat 11-4.
Set penentuan menyaksikan pertarungan sengit sebelum Nour menang 11-9 dalam perlawanan selama sejam itu.
Pada final esok, Nour akan berdepan dengan pemain England, Laura Massarro.
Laura menempah tiket final apabila menyingkirkan seorang lagi pemain Mesir, Omneya Abdel kawy, 11-7, 11-4, 11-6 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama, 6 November, 2015.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Datuk Nicol gagal mempertahankan Kejuaraan Klasik Qatar, itu jelas. Tetapi sebenarnya, lebih jelas lagi kedua-dua mereka yang berlawan itu gagal mempertahankan status mereka dari negara umat Islam, kerana mereka berpakaian yang tidak Islamik dalam bersukan.
Rupanya negara umat Islam sendiri tidak mampu mempertahankan identiti Islam terutama dalam berpakaian, apabila menyertai kegiatan sukan di peringkat antarabangsa. Bahkan di dalam negaranya sendiri pun, ada negara yang tidak mampu melaksanakan etika berpakaian menurut Islam, walaupun di perlembagaan negaranya tercatat Islam sebagai agama negara.
Apakah tidak ada pakar-pakar Islam yang boleh mencipta pakaian ahli sukan yang menutup aurat sesuai dengan negara Islam atau negara umat Islam? (IH)
Friday, November 06, 2015
Bermazhab Syafi'i, Sanggupkah Muslimahmu Berpakaian Begini?
RAMAI di Malaysia mengaku baermazhab Syafi'i, adakah isteri dan anak-anak perempuan kita tahu dan mengikut peraturan mazhab Syafi'i? Lihat ini..
Aurat Wanita Merdeka Menurut Madzhab Syafi’i
1. Imam Syafi’i menyatakan dalam al-Um dalam bab bagaimana memakai pakaian dalam shalat :
وكل المرأة عورة إلا كفيها ووجهها
- Ertinya : Dan setiap wanita adalah aurat kecuali dua telapak tangan dan wajahnya.[1]
Dengan demikian, pernyataan Syafi’i di atas merupakan penjelasan aurat wanita dalam shalat. Pada halaman sebelumnya, Imam Syafi’i lebih tegas menyebutkannya sebagai aurat wanita dalam shalat :
على المرأة أن تغطى في الصلاة كل ماعدا كفيها ووجهها
- Ertinya : Wajib atas wanita menutup selain dua telapak tangan dan wajahnya dalam shalat.[2]
2. Abu Ishaq al-Syairazi mengatakan :
أما الحرة فجميع بدنها عورة إلا الوجه والكفين لقوله تعالى ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها قال ابن عباس: وجهها وكفيها ولأن النبي صلى الله عليه وسلم نهى المرأة في الحرام عن لبس القفازين والنقاب ولو كان الوجه والكف عورة لما حرم سترهما ولأن الحاجة تدعو إلى إبراز الوجه في البيع والشراء وإلى إبراز الكف للأخذ والإعطاء فلم يجعل ذلك عورة
- Ertinya: Adapun wanita merdeka, maka seluruh tubuhnya merupakan aurat, kecuali wajah dan dua telapak tangan. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak dari padanya”. Ibnu ‘Abbas berkata (mengomentari ayat ini), ‘yang dimaksud adalah wajah dan dua telapak tangannya’. Dasar lainnya adalah karena Nabi SAW melarang wanita ketika ihram memakai sarung tangan dan cadar. Seandainya wajah dan telapak tangan merupakan aurat, Rasulullah tidak akan mengharamkan menutupnya. Alasan lainnya adalah karena adanya keperluan yang menuntut seorang wanita untuk menampakkan wajah dalam jual beli, dan menampakkan telapak tangan ketika memberi dan menerima sesuatu. Maka, tidak dijadikan wajah dan telapak tangan sebagai aurat.[3]
3. Dalam Tuhfah al-Muhtaj, disebutkan :
(وَ) عَوْرَةُ (الْحُرَّةِ) وَلَوْ غَيْرَ مُمَيِّزَةٍ وَالْخُنْثَى الْحُرِّ (مَا سِوَى الْوَجْهِ وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرُهُمَا وَبَطْنُهُمَا إلَى الْكُوعَيْنِ لِقَوْلِهِ تَعَالَى وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا أَيْ إلَّا الْوَجْهَ وَالْكَفَّيْنِ وَلِلْحَاجَةِ لِكَشْفِهِمَا وَإِنَّمَا حَرُمَ نَظَرُهُمَا كَالزَّائِدِ عَلَى عَوْرَةِ الْأَمَةِ لِأَنَّ ذَلِكَ مَظِنَّةٌ لِلْفِتْنَةِ
- Ertinya : Aurat wanita merdeka, meskipun dia itu belum mumayyiz dan aurat khuntsa merdeka adalah selain wajah dan dua telapak tangan, zhahirnya dan bathinnya sehingga dua persendiannya, berdasarkan firman Allah : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak dari padanya”, yaitu kecuali wajah dan dua telapak tangan. Alasan lain adalah karena ada keperluan membukanya. Hanya haram menilik wajah dan kedua telapak tangan seperti halnya yang lebih dari aurat hamba sahaya wanita, karena yang demikian itu berpotensi menimbulkan fitnah.[4]
4. Al-Ziyadi mengatakan :
أَنَّ لَهَا ثَلَاثَ عَوْرَاتٍ عَوْرَةٌ فِي الصَّلَاةِ وَهُوَ مَا تَقَدَّمَ وَعَوْرَةٌ بِالنِّسْبَةِ لِنَظَرِ الْأَجَانِبِ إلَيْهَا جَمِيعُ بَدَنِهَا حَتَّى الْوَجْهِ وَالْكَفَّيْنِ عَلَى الْمُعْتَمَدِ وَعَوْرَةٌ فِي الْخَلْوَةِ وَعِنْدَ الْمَحَارِمِ كَعَوْرَةِ الرَّجُلِ
- Ertinya : Wanita memiliki tiga jenis aurat: (1) aurat dalam shalat -sebagaimana telah dijelaskan (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, yaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti laki-laki.[5]
5. Syaikh Taqiyuddin al-Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
- Ertinya : Makruh hukumnya shalat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (cadar) ketika shalat, kecuali jika di masjid yang kondisinya sulit terjaga dari pandangan lelaki ajnabi. Jika wanita khawatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerusakan, haram hukumnya melepaskan niqab.[6]
6. Dalam I’anah al-Thalibin disebutkan :
قال في فتح الجواد: ولا ينافيه، أي ما حكاه الإمام من اتفاق المسلمين على المنع، ما نقله القاضي عياض عن العلماء أنه لا يجب على المرأة ستر وجهها في طريقها، وإنما ذلك سنة، وعلى الرجال غض البصر لأن منعهن من ذلك ليس لوجوب الستر عليهن، بل لأن فيه مصلحة عامة بسد باب الفتنة. نعم، الوجه وجوبه عليها إذا علمت نظر أجنبي إليها أخذا من قولهم يلزمها ستر وجهها عن الذمية، ولأن في بقاء كشفه إعانة على الحرام.اه.
- Ertinya : Pengarang Fath al-Jawad mengatakan, “Apa yang diceritakan oleh al-Imam bahwa sepakat kaum muslimin atas terlarang (terlarang wanita keluar dengan terbuka wajah) tidak berlawanan dengan yang dikutip oleh Qadhi ‘Iyadh dari ulama bahwa tidak wajib atas wanita menutup wajahnya pada jalan, yang demikian itu hanya sunnah dan hanyasanya atas laki-laki wajib memicing pandangannya, karena terlarang wanita yang demikian itu bukan karena wajib menutup wajah atas mereka, tetapi karena di situ ada maslahah yang umum dengan menutup pintu fitnah. Namun menurut pendapat yang kuat wajib menutupnya atas wanita apabila diketahuinya ada pandangan laki-laki ajnabi kepadanya, karena memahami dari perkataan ulama “wanita wajib menutup wajahnya dari kafir zimmi” dan juga karena membiarkan terbuka wajah membantu atas sesuatu yang haram.[7]
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, dapat dipahami dalam mazhab Syafi’i sebagai berikut :
1. Aurat wanita merdeka dalam shalat dalam artian wajib ditutupinya adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Aurat wanita merdeka di luar shalat dalam artian haram memandangnya oleh laki-laki ajnabi (bukan mahramnya) adalah seluruh tubuh tanpa kecuali, yaitu termasuk wajah dan telapak tangan.
3. Aurat wanita merdeka di luar shalat dalam artian wajib menutupinya sama dengan aurat dalam shalat, yaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan
4. wajib menutup wajah dan telapak tangan di dalam dan diluar shalat atas wanita apabila diketahuinya ada pandangan laki-laki ajnabi kepadanya,
Maka argumentasi aurat wanita merdeka dalam shalat dan diluar shalat dalam ertian wajib ditutupinya adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan adalah firman Allah berbunyi :
ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
- Ertinya : Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya (Q.S. al-Nur : 31)
Sedangkan argumentasi aurat wanita merdeka di luar shalat dalam artian haram memandangnya oleh lelaki ajnabi (bukan mahramnya) adalah seluruh tubuh tanpa kecuali, iaitu termasuk wajah dan tapak tangan, ini dengan beralasan berpotensi menimbulkan fitnah, makanya perlu ditutup pintu fitnah itu
Atas lelaki wajib menahan matanya dari sengaja memandang sebagian tubuh wanita termasuk wajahnya, berdasarkan firman Allah berbunyi :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
- Ertinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat (Q.S. al-Nur : 30)
[1] Syafi’i, al-Um, Dar al-Wifa’, Juz. II, Hal. 201
[2] Syafi’i, al-Um, Dar al-Wifa’, Juz. II, Hal. 199
[3] Abu Ishaq al-Syairazi, al-Muhazzab, dicetak bersama Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Maktabah al-Irsyad, Jeddah, Juz. III, Hal. 173
[4] Ibnu Hajar al-Haitamy, Tuhfah al-Muhtaj, dicetak pada hamisy Hawasyi Syarwani, Mathba’ah Mushthafa Muhammad, Mesir, Juz. II, Hal. 111-112
[5] Syarwani, Hawasyi Syarwani ‘ala Tuhfah al-Muhtaj, Mathba’ah Mushthafa Muhammad, Mesir, Juz. II, Hal. 112
[6] Syaikh Taqiyuddin al-Hushni, Kifayatuul Akhyar, Dar al-Kutub al-Arabiyah, Beirut, Hal. 144
[7] Sayyed al-Bakri al-Syatha, I’anah al-Thalibin, Thaha Putra, Semarang, Juz. III, Hal. 258-259
(IH)
Sokong Kenyataan ADUN DAP Pertahan Pas Supaya Kekal Di S'gor.
KL: WEBLOG Ibnu Hasyim menyokong kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mempertahan Pas supaya kekal dalam kerajaan negeri Selangor.
"Saya setuju dengaan wakilnya, Datuk Teng Chang Khim yang menyebutkan, permintaan supaya parti Islam itu disingkirkan dari kerajaan negeri bukan isu yang besar kerana kenyataan itu tidak mewakili pimpinan DAP Pusat." Kata editornya Dr Hj Mohd Hashim.
“Apa lagi bila Datuk Teng mengatakan, hal itu adalah pandangan perwakilan dan tidak mencerminkan pandangan kepimpinan pusat dan kepimpinan DAP Selangor.” Kata Dr Hj Mohd Hasyim lagi.
Datuk Teng Chang Khim yang berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor pada Khamis semalam juga menambah tidak ada sebab untuk Pas disingkirkan daripada kerajaan Selangor kerana ketiga-tiga parti (Pas, DAP, PKR) terikat dengan manifesto dan janji (Pakatan Rakyat) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Tambah Datuk Teng lagi,
“Semua pihak perlu matang dalam berpolitik menggunakan pendekatan pragmatik.
“Sekarang, mandat itu masih dengan kita, melainkan kita mahu bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan membubarkan dewan.
“Saya yakin, rakyat juga tidak berhasrat untuk melihat dewan ini dibubarkan.”
Mengulas lanjut, Chang Khim juga mengesahkan pentadbiran kerajaan Selangor gabungan Pas, DAP dan PKR ketika ini masih dalam keadaan baik, malah keadaan politik negeri juga stabil.
(IH/FMT)
Tolak Bajet 2016 Hanya Susahkan Rakyat,"government shutdown" -Tuan Ibrahim Tuan Man
UNDI tidak percaya terhadap Bajet 2016 di Dewan Rakyat hanya akan menyusahkan rakyat, kerana sekiranya ia berjaya, ia hanya akan mengakibatkan "government shutdown", kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mempertahankan pendirian parti tidak akan mengundi untuk menolak bajet itu, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meletak jawatan walaupun sekiranya bajet itu ditolak majoriti ahli Parlimen.
Sebaliknya, beliau berkata, Malaysia akan mengalami masalah sama seperti "government shutdown" di Amerika Syarikat pada 2013 di mana kakitangan kerajaan ada yang terpaksa mengambil cuti sementara ada terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa mengetahui bila gaji mereka akan dibayar.
"Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan, urusan harian rakyat bergantung, termasuk gaji kakitangannya tidak boleh dibayar, akibat tindakan itu, tetapi langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun Barisan Nasional (BN) yang menjadi tumpuan untuk ditumbangkan kerana tidak amanah .
"Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak," kata Tuan Ibrahim.
Katanya, PAS tidak mahu menghantar mesej ia membantah kenaikan gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan, bonus, kenaikan had gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh penoreh getah dan warga Felda di dalam Bajet 2016.
Bagaimanapun, katanya, PAS akan menyokong sekiranya usul undi tidak percaya kepada perdana menteri dibentangkan di Parlimen kerana sekiranya ia berjaya, Najib tiada pilihan lain selain berundur.
Kenyataan beliau ini dibuat walaupun presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, PAS tidak mahu Najib disingkirkan dan ia bersedia membantu kerajaan dalam dasarnya.
Tuan Ibrahim berkata, menasihati kerajaan dibolehkan dalam bentuk menegur tindakan yang bertentangan dengan syarak atau mengemukakan cadangan penyelesaian dari kaca mata Islam.
"Maka bila mana presiden menjelaskan PAS akan terus menasihati kerajaan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam.
"Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian presiden sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia.
"Beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat terlaksana nilai Islam boleh dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Tetapi, beliau mengulangi, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam politik, dan meminta dihentikan "fitnah" yang dilontarkan kepada mereka itu. - 6 November, 2015. (TMI)
Lihat lagi..
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
Elaun ADUN K'tan: B/Naib Presiden PAS Dulu Tolak Logik Naib Presiden PAS Sekarang.
Bekas Naib Presiden PAS sebelum ini dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menolak logik Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad sekarang yang mempertahankan kenaikan elaun wakil rakyat Kelantan.
Husam terus bersikap sinis dengan berkata beliau tidak sangka Idris (gambar bawah) seorang yang “melucukan dan sangat pro kenaikan gaji wakil rakyat”.
“Dasar kesederhanaan pemimpin yang dianjurkan oleh PAS nampaknya dah sirna belum sepenggal bergelar YB.
“Gaji wakil rakyat besar, senanglah rakyat - itu logik YB Bukit Gantang (Idris). Ya kah begitu?
“Ada sesetengah wakil rakyat, pintu pagar rumahnya pada kebanyakan masa berkunci.
Bila gaji sudah naik, pintunya akan terbuka?” soal Husam, seorang naib presiden PAS sebelum Idris.
Sinar Online semalam melaporkan Idris sebagai berkata kerajaan Kelantan sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menaikkan elaun ADUN, exco, timbalan, menteri besar dan speaker yang berkuat kuasa Januari depan.
Beliau berkata wang wang yang diperoleh itu akan turut berakhir di tangan rakyat, antaranya melalui bantuan kepada golongan susah.
Tunggakan 16 bulan guru YIK
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Husam, anak didik ikon perjuangan PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, membangkitkan masa kenaikan itu ketika banyak lagi perkara belum selesai.
Husam antaranya membangkitkan soal banyak lagi rumah yang dihanyutkan banjir besar tahun lalu belum terbina, selain beberapa bayaran tertunggak kerajaan negeri.
“Tunggakan guru YIK (Yayasan Islam Kelantan) belum berbayar sejak 16 bulan. Bayaran pencarum kifalah juga tertunggak. Peserta Ladang Rakyat belum menerima dividen,” kata bekas exco ekonomi negeri itu.
Husam berhujah isu kenaikan gaji sebenarnya masih boleh disemak selepas ini kerana pada Mac depan DUN Kelantan akan bersidang lagi.
Ketika itu, katanya, sebahagian besar isu yang dibangkitkannya mungkin telah diselesaikan.
“Lima bulan sahaja untuk bersabar berbanding sudah sepuluh bulan lebih rakyat dilanda bah menunggu.
“Itulah pengorbanan, kalau pun hendak dikira sebagai berkorban. Dengan itu, imej pejuang Islam di mata rakyat tidak rosak,” katanya.
Beliau mengingatkan bahawa PAS mengajar untuk mengutamakan kewajipan kepada rakyat terlebih dahulu.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 2 November lalu meluluskan meminda Rang Undang-undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 (Pindaan 2015).
Ia membabitkan kenaikan elaun menteri besar daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan, timbalan menteri besar, (RM8,800 kepada RM13,000), exco serta speaker DUN, (RM6,000 kepada RM10,000) dan ADUN (RM4,600 kepada RM8,000).
Sebelum ini, Salinan soalan Husam ke PAC Kelantan
Salinan soalan berkaitan isu pembalakan Kelantan daripada Datuk Husam Musa (PAS-Salor) turut dimajukan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) negeri.
Bekas exco kanan negeri itu berkata penyerahan salinan soalan itu kepada PAC Kelantan dibuat bagi tujuan penelitian jika perlu.
“Sejumlah soalan tambahan dengan notis ini, saya akan sampaikan satu salinan kepada MB sebelum sidang bermula.
“Satu salinan akan juga disampaikan kepada Pengerusi PAC Negeri Kelantan, kalau kalau ada aspek yang boleh diteliti oleh mereka,” tulis Husam di Facebook.
Husam mengemukakan lima soalan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam sidang DUN yang akan bermula Isnin depan.
Terdahulu bekas naib presiden PAS itu lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Malah Husam juga menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.
Semalam seorang pengundi luar Kelantan Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan rasuah lebih RM5 juta berkaitan kegiatan pembalakan melibatkan seorang pemimpin di negeri ini.
Ahmad berkata, Kelantan sedia memberi kerjasama kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan berlaku rasuah membabitkan pemimpin kerajaan negeri itu. (IH)
Pakaian Artis Tembus Pandang Begini Dikritik? Mengapa..
HALAMAN HIBURAN
Pakaian artis 'tembus pandang' begini dikritik, mengapa?
Mengapa tragedi yang mungkin dibanggakan ini berlaku? Kerana persekitaran yang diciptakan pemerintah disamping sebab-sebab lain?
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itulah yang akan mengubah nasibnya sendiri.
Mari sama-sama renungkan..
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Thursday, November 05, 2015
Dr Handsome, Teguran Terbuka Kepada Stesen Radio Hot FM
TIMBUL isu doktor 'handsome'. Iaitu Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say yang dijemput ke konti bersiaran secara langsung untuk menjawab pertanyaan-pertanya oleh pendengar sebuah stesen radio tempatan.
Lebih memburukkan keadaan kisah seorang pemanggil wanita yang dikatakan mahu 'book' doktor hensem berkenaan untuk menyambut kelahiran anaknya apabila dia bersalin nanti. Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan dengan pelbagai kata.
Dilaporkan juga saudara Hafez Sabri Pengerusi Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak telah tampil membuat teguran terbuka kepada stesen radio berkenaan. Radio Hot FM, sila ambil perhatian..
TEGURAN TERBUKA BUAT RADIO HOT FM
Pagi 2 November lepas Radio Hot FM melalui AM Krew telah membawakan satu segmen perbincangan terbuka dari konti ke corong-corong radio segenap pelusuk negara. Segmen pagi kali ini menampilkan Dr. Shazril Shaharuddin, (Pegawai Perubatan yang terlibat mengendalikan bahagian sakit puan).
Namun didapati isu perbincangan tidak mendatangkan banyak manfaat dan tidak bersifat ilmiah apabila yang ditekankan di dalam segmen pagi ini adalah sekitar "ketampanan" paras rupa dan raut wajah si doktor serta respon balas pendengar radio melalui panggilan telefon yang tersasar dari ajaran Islam.
Justeru, saya sangat berharap agar HOT fm, DJ yg mengendalikan slot ini dan Dr. berkenaan supaya mengambil pengajaran dari pesanan-pesanan ini:
1. Hati-hati dalam Bicara
Islam ialah ad-deen, sebagai cara dan panduan hidup perlu dijulang dalam setiap tingkah laku dan amal kerja seharian terutamanya bagi seorang Muslim. Antara yang dititik-beratkan di dalam agama ini adalah butir kalimah ketika tutur kata.
Tutur kata melambangkan peribadi seseorang. Lantas, haruslah dijauhi dari membicarakan perkara-perkara yang sensitif dan negativ lebih-lebih lagi berkenaan maruah wanita dan Agama Islam ini.
Isu perbincangan dalam slot ini seakan-akan melupakan aspek hukum-hakam dalam agama dan dikhuatiri ianya bakal mengundang petaka. Bimbang-bimbang yang jahil akan terus merasakan perbuatannya betul.
Pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengungkapkan hal buruk, menyakiti hati sesama muslim dan manusia, meringan-ringankan hukum agama kerana bertutur tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan dan kekacauan dalam masyarakat.
Perbincangan yang sudah terbabas dari landasan ilmiah ini dikhuatiri mendatangkan silap faham terhadap hukum-hakam berkaitan wanita dan perbidanan.
2. Islam mengangkat Maruah Wanita
Islam adalah agama yang sempurna telah mengangkat martabat dan memelihara maruah wanita serta menjaga penganutnya dari terjerumus ke lembah kehinaan. Cukuplah Surah An-Nisa sebagai satu bukti Islam memuliakan wanita.
Namun reaksi penyampai radio dan pendengar wanita seperti mencampakkan semua kemuliaan tadi dan terjun ke lembah yang hina. Kebanyakan pemanggil umpama sudah tidak ada lagi adabnya sebagai seorang wanita. Atas alasan mahu menceriakan pagi tidak dapat menghalalkan cara kalian.
Saya teringat satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu”(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)
Ada yang sudah pasang niat mahu Dr. lelaki ini mengendalikan proses bersalinnya. Sedangkan di luar sana, ramai doktor Muslimah wanita sedang mempertahankan hak dan aurat wanita ketika bersalin. Bukankah menjaga aurat dari diperlihatkan kepada ajnabi itu sangat mulia di sisi Allah?
Ada yang menawarkan diri sebagai calon isteri nombor dua. Sedangkan mereka sudah bersuami. Na'uzubillah. Maka tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu nescaya kamu mulia.
Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنّ
Maksudnya:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
3. Doktor Mukmin Idaman Ummah
Profession dalam bidang perubatan adalah profession yang mulia. Allah subhanahu wa taala telah menjadikan Nabi Isa alaihissalam sebagai seorang yang terkenal dalam menyembuhkan dan merawat penyakit. Inilah salah satu mukjizat Nabi Isa.
Umum mengetahui untuk menjadi seorang doktor seseorang perlu menjalani latihan dan menimba pengetahuan yang sangat luas, namun tidak cukup sekadar pengetahuan berkaitan perubatan dan kesihatan sahaja, seorang doktor Mukmin perlu mendalami ilmu agama dalam bidang perubatan.
Seorang doktor Mukmin sentiasa meletakkan hukum Allah mengatasi segala urusan dan keputusan. Mereka juga sentiasa membimbing pesakit bersama-sama mendekati Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Agar hasilnya sama-sama beroleh peningkatan Iman dan dilimpahi keberkatan dalam kehidupan.
Justeru, sepatutnya Dr. Shazril menceritakan prosedur yang diamalkan secara profesional bagi pengendalian kes perbidanan ini ketika dilontarkan soalan dan harapan oleh pendengar melalui panggilan ke konti Hot FM. Hal ini kerana persoalan ini berkait rapat dengan aurat pesakit yang pada hukum asal melihat aurat bukan mahram adalah haram sama sekali.
4. Seruan kepada Hot FM
Dalam keadaan masyarakat hari ini yang amat memerlukan bimbingan untuk kembali kepada asas kehidupan berteraskan Al-Quran dan sunnah, kewujudan rancangan dan segmen di radio harus diberi penelitian dari pelbagai aspek agar maklumat yang disebarkan adalah benar dan tepat serta memberi manfaat kepada pendengar bagi menambahbaik kehidupan bukan sekadar menjadikan pendengar terawang-awangan dengan gosip dan buah mulut yang tidak ada kesudahan.
Tuntasnya, diharapkan Hot FM, AM krew dan semua syarikat penyiaran yang berunsur hiburan semata-mata dapat menjadikan teguran ini sebagai iktibar dan pengajaran.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab: 21)
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan taufik dan hiadayahNYA kepada kita.
Akhukum fillah
Hafez Sabri
Pengerusi Lujnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak
(IH)