Saturday, November 28, 2015

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah Sokong Haram Pakai Tudung Di P'cis.


PARIS: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mempertahankan keputusan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di negara tersebut, selepas menolak rayuan seorang pekerja wanita Islam yang diberhentikan kerana enggan membuka tudung, 15 tahun lalu.
Dalam penghakimannya, mahkamah itu memutuskan, kepentingan untuk Christiane melaksanakan hak tuntutan agamanya adalah jelas dan dia juga perlu mengikut kod pemakaian yang ditetapkan.
Dengan itu, mahkamah membuat keputusan untuk mengambil tindakan secara adil dan memberi keutamaan kepada keperluan meliputi kepentingan semua pihak di negara itu.
Menerusi laporan Mail Online, disiarkan Christiane Ebrahimian yang bertugas sebagai pekerja sosial di Jabatan Psikiatri di sebuah hospital di Nanterre diberitahu kontraknya tidak disambung selepas seorang pesakit mengadu dia enggan membuka tudungnya ketika diminta berbuat demikian dalam kejadian pada 2000.
Sebelum ini, Christiane pernah membuat rayuan di Mahkamah Pentadbiran Versailles Perancis dan Mahkamah Pentadbiran Rayuan, bagaimanapun ditolak.
Selepas gagal dalam dua rayuannya di Perancis, wanita berusia 60an itu membuat rayuan di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Undang-undang pengharaman pemakaian tudung di negara ini mula dikuatkuasakan pada 2004 dan mendapat kritikan hebat daripada penduduk Islam yang membantah keras larangan tersebut.

Apakah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah sudah memang tidak boleh diharap untuk memberi keadilan kepada orang-orang Islam di Eropah? (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Larang Tonton B/Sepak Hingga Pertengahan Disember Kerana Politik..

SUKAN
KERANA politik masih bergolak dan masih tidak stabil, penyokong luar dilarang daripada menyaksikan beberapa perlawanan bola sepak terkemuka di Perancis. Ianya berlaku sehingga pertengahan Disember ekoran negara itu berada dalam keadaan cemas dan berjaga-jaga selepas Paris diserang dan menjelang Sidang Kemuncak Iklim yang akan datang.

"Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan perintah melarang peminat dari pasukan luar untuk perlawanan pusingan ke-15 Ligue 1 dan perlawanan pusingan ke-16 Ligue 2, hujung minggu ini," kata Liga Perancis (LFP) dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Satu lagi perintah, dengan peruntukan yang sama, akan dikeluarkan tidak lama lagi mengenai pusingan ke-16, ke-17,  ke-18 Ligue 1, pusingan ke-17 dan ke-18 Ligue 2, pusingan kelapan Piala Perancis dan pusingan Liga Europa ( 8 dan 10 Disember).

"Keputusan-keputusan ini adalah wajar disebabkan kekurangan pasukan polis dalam tempoh kecemasan dan penganjuran COP21 (Sidang Kemuncak Iklim)," kata kenyataan tersebut.
Perancis berada dalam keadaan darurat sejak serangan terancang oleh kumpulan militan Negara Islam di bar, restoran, dewan konsert dan stadium bola sepak di Paris membunuh 130 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 350 yang lain.

Sidang Kemuncak Iklim akan diadakan di ibu negara Perancis dari 30 November-Disember 11. (IH)

Wanita Ini, Dah Hilang Wang, Cedera Pula.. Peragut,Wajarkah Dipotong Tangan?


Melaka: Seorang wanita bukan sahaja kerugian lebih RM1,200 malah cedera di tangan dan lutut selepas menjadi mangsa samun dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ketika melalui lorong belakang sebuah hotel di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20-an dikatakan berjalan seorang diri dan tidak menyedari dia diperhatikan dua lelaki menunggang motosikal Yamaha 125Z.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang menunggu peluang itu telah mendekati mangsa sebelum pemboncengnya menarik beg tangan wanita itu dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

“Kerugian yang dialami mangsa membabitkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan barangan peribadi disimpan di dalam beg yang dilarikan kedua-dua suspek terbabit.
“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh atas jalan dan dia cedera ringan di tangan dan lutut,"katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk mendidik masyarakat supaya tidak berleluasa kecurian, rompakan, ragut dan pelbagai jenayah berkaitan dengannya, maka penjenayah-penjenayah tersebut pernah dihukum potong tangan di khalayak ramai. 

Lihat sejarah, hukuman begini pernah dilaksanakan di awal kelahiran Islam di zaman Nabi Muhammad SAW di tanah Arab, dan berjaya mendidik. Bahkan pernah dipraktikkan oleh kerajaan Islam Aceh dan pemerintahan Melayu Melaka, di Alam Melayu. 

Wajarkah ia dikaji semula? (IH)

Terbongkar, Masalah Dalaman DAP/PKR. -Kit Siang Akui.

amanah-kedah4Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedang berucap dalam program anjuran DAP Kedah di di kedai Teik Huat, Kg Perak, Alor Setar, Kedah


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui wujud masalah dalaman partinya dengan PKR mutakhir ini.

“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan Harapan akan terus kekal berbanding Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu program solidariti bersama Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah semalam.

Dalam program itu, Lim turut melawat Pasar Koboi di Alor Setar, kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Parti Amanah Negara Kedah, Dr Ismail Salleh.

Tiada wakil PKR yang hadir bersama program Lim itu.

“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah komunikasi tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen. Mereka akan hadir program ceramah pada waktu malam.

“Program anjuran Pakatan Harapan ini adalah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat dan sentiasa bersama untuk lebih berjaya dalam PRU14,” katanya.

Menurut Lim, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya selepas PR terbubar.

“Pakatan Rakyat hancur kerana PAS tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan prinsip konsenses yang kita persetujui.

“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihan raya untuk menggantikan BN,” katanya lagi.

Mengulas ketidakhadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan peringkat negeri Perlis baru-baru ini, Lim mengakui berlaku sedikit masalah.

“Saya rasa itu hanya disebabkan masalah komunikasi, tiada sebab lain,” katanya lagi


amanah kedah1Pengerusi Amanah kedah, Dato Dr. Ismail Salleh berucap dalam program solidariti bersama Lim Kit Siang di Kedai Teik Huat, Kg Perak, Kedah
amanah kedah2Young Safura, AJK DAP Selangor sedang berceramah di kedai Teik Huat, Kg Perak, Alor Setar, Kedah

amanah-kedah
kedah-amanah2

Friday, November 27, 2015

Jangan Harap Tawan Kedah, Kalau Putus Hubungan Dengan PAS. -Pemuda PKR Kedah.

Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.
"Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.
"Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggesa agar kerjasama dikukuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
"Saya setuju dengan ucapan timbalan presiden tadi. Biarlah PKR tentukan hala tuju PKR. Itu jelas. Ada sesetengah pimpinan tu berserah. Macam harum manis.
"Tetapi realitinya PKR kena tentu masa depan parti sendiri, bukannya orang lain.
"Ini belum sebut lagi soal kerusi, isu itu lambat lagi, tetapi ia akan berlaku sekiranya pimpinan kita, pimpinan Pemuda PKR memandang remeh hal ini," katanya yang turut menyifatkan agihan kerusi pada masa akan datang akan menjadi isu serius. – 27 November, 2015. 

Azmin Ikrar Kerjasama Dengan PAS. Apa Kata DAP/Amanah?

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.
“Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN,” katanya.
Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.
“Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.
"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.
"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.
Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.
Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kita Tunggu, Apa Kata DAP/AMANAH?

Sumatra Telah Dikenal Sejak Zaman Rasulullah SAW -Prof. Dr Syed Naquib


Prof. Dr. Muhammad Syed Naquib al-Attas​
BENARKAH pulau Sumatra telah dikenal oleh Rasulullah SAW semasa hidup, serta telah dilalui dan disinggahi para pedagang dan pelaut Arab di masa itu? Pernyataan ini diungkap Prof. Dr. Muhammad Syed Naquib al-Attas di buku terbarunya “Historical Fact and Fiction” yang di seminarkan November 2011 lalu.

Syed Muhammad al Naquib al Attas lahir di Bogor, 5 September 1931 adalah seorang cendekiawan dan filsuf muslim saat ini dari Malaysia. Ia menguasai teologi, filsafat, metafisika, sejarah, dan literatur. Ia juga menulis berbagai buku di bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, filsafat, dan literatur Malaysia.


Sumber Wikipedia menyebutkan, tahun 1962 Al-Attas menyelesaikan studi pasca sarjana di Institute of Islamic Studies di McGill University, Montreal, Kanada, dengan thesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh.

Al-Attas kemudian melanjutkan studi ke School of Oriental and African Studies, University of London di bawah bimbingan Professor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Thesis doktornya (1962) adalah studi tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.

Pada 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Melalui institusi ini Al-Attas bersama sejumlah kolega dan mahasiswanya melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, ia terkenal kritis terhadap Peradaban Barat.

Kesimpulan Al-Attas ini berdasarkan inductive methode of reasoning. Metode ini, ungkap al-Attas, bisa digunakan para pengkaji sejarah ketika sumber-sumber sejarah yang tersedia dalam jumlah yang sedikit atau sulit ditemukan, lebih khusus lagi sumber-sumber sejarah Islam dan penyebaran Islam di Nusantara memang kurang.

Ada dua fakta yang al-Attas gunakan untuk sampai pada kesimpulan di atas.

Pertama, bukti sejarah Hikayat Raja-Raja Pasai yang di dalamnya terdapat sebuah hadits yang menyebutkan Rasulullah saw menyuruh para sahabat untuk berdakwah di suatu tempat bernama Samudra, yang akan terjadi tidak lama lagi di kemudian hari. 

Hikayat Raja-raja Pasai antara lain menyebutkan sebagai berikut:

…Pada zaman Nabi Muhammad Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wassalama tatkala lagi hajat hadhrat yang maha mulia itu, maka sabda ia pada sahabat baginda di Mekkah, demikian sabda baginda

“Bahwa sepeninggalku ada sebuah negeri di atas angin Samudera namanya. Apabila ada didengar khabar negeri itu maka kami suruh engkau (sediakan) sebuah kapal membawa perkakas dan kamu bawa orang dalam negeri (itu) masuk Islam serta mengucapkan dua kalimah syahadat. Syahdan, (lagi) akan dijadikan Allah Subhanahu wa ta’ala dalam negeri itu terbanyak daripada segala Wali Allah jadi dalam negeri itu”

Dasarnya tentu sangat kuat baik secara teologis maupun secara antropologis. Menurutnya, Hamzah Fansuri, Nurruddin Ar-Raniry, Syamsuddin As-Sumatrani, Syech Abdurrauf As-singkili yang terkenal dengan nama Syeikh di Kuala atau Syiah Kuala adalah sekian diantara ulama besar Aceh yang pernah ada di zaman keemasan kesultanan Pasai dan Kerajaan Aceh Darussalam.

Bahkan, sekian diantara Wali Songo memiliki garis hubungan pendidikan atau lulusan (alumni) yang berguru di Samudera Pasai sebagai pusat peradaban Islam Asia tenggara kala itu. Bahkan beberapa diantaranya ada yang memiliki hubungan keturunan dengan Aceh penyebar Islam di tanah Jawa.

Sumber wikipedia menyebutkan, bahwa asal-usul penamaan pulau "Sumatra" sendiri berasal dari keberadaaan sebuah kerajaan benama Samudera Pasai (terletak di pantai pesisir timur Aceh). 

Diawali dengan kunjungan Ibnu Batutah, petualang asal Maroko ke negeri tersebut pada tahun 1345, dia melafalkan kata Samudera menjadi Samatrah, dan kemudian menjadi Sumatra atau Sumatera, selanjutnya nama ini tercantum dalam peta-peta abad ke-16 buatan Portugis, untuk dirujuk pada pulau ini, sehingga kemudian dikenal meluas sampai sekarang. (Nicholaas Johannes Krom, De Naam Sumatra, BKI, 100, 1941.)

Kedua, berupa terma “kāfūr” yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Kata ini berasal dari kata dasar “kafara” yang berarti menutupi. Kata “kāfūr” juga merupakan nama yang digunakan bangsa Arab untuk menyebut sebuah produk alam yang dalam Bahasa Inggris disebut camphor, atau dalam Bahasa Melayu disebut dengan kapur barus.

Masyarakat Arab menyebutnya dengan nama tersebut karena bahan produk tersebut tertutup dan tersembunyi di dalam batang pohon kapur barus/pohon karas (cinnamomum camphora) dan juga karena “menutupi” bau jenazah sebelum dikubur.

Produk kapur barus yang terbaik adalah dari Fansur (Barus) sebuah kecamatan di Kabupaten Tapanuli Tengah, Sumatera Utara, yang terletak di pantai barat Sumatra.

Dengan demikian tidak diragukan wilayah Nusantara lebih khusus lagi Sumatra telah dikenal oleh Rasulullah dari para pedagang dan pelaut yang kembali dengan membawa produk-produk dari wilayah tersebut (pasai) dan dari laporan tentang apa yang telah mereka lihat dan dengar tentang tempat-tempat yang telah mereka singgahi.

Menurut berita-berita luar yang juga diceritakan dalam Hikayat Raja-raja Pasai (Pase) kerajaan ini letaknya di kawasan Selat Melaka pada jalur hubungan laut yang ramai antara dunia Arab, India dan Cina. Disebutkan pula bahwa kerajaan ini pada abad ke XIII sudah terkenal sebagai pusat perdagangan di kawasan itu.

Prof. Dr. Abdul Rahman Tang, Akademis dan dosen pasca sarjana di Departemen Sejarah dan Peradaban, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences di International Islamic University Malaysia, selaku pembanding menyatakan kajian sejarah Islam Nusantara yang dilakukan al-Attas dalam buku tersebut sebagian besar bersifat spekulatif.

Salah satu fakta spekulatif tersebut adalah hadits yang terdapat dalam Hikayat Raja Raja Pasai.

Menurutnya, fakta-fakta tersebut bisa valid jika telah menjalani proses “verification of fact”. Namun Al-Attas tidak melakukan proses ini terhadap hadits yang disebutkan di dalam hikayat raja-raja pasai tersebut.

[​IMG]
Historical Fact and Fiction​

Muslim China warga Malaysia ini mempertanyakan tentang hadits ini dan mengkhwatirkan implikasinya terhadap pemikiran masyarakat Nusantara. Menurutnya, al-Attas melakukan inductive methode of reasoning secara tidak konstruktif. Sedang Dr. Syamsuddin Arif, dosen IIUM asal Jakarta, selaku pembicara kedua dalam acara bedah buku tersebut mengungkapkan kesimpulan al-Attas di atas logis dan sesuai dengan fakta.

Hal ini berdasarkan perjalanan pelaut dan pedagang Arab pada masa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang pergi ke China. Untuk mencapai negeri China melalui laut tak ada rute lain kecuali melalui dan singgah wilayah Nusantara.

Lebih lanjut Arif mengemukakan berbagai teori dan pendapat tentang kapan, dari mana, oleh siapa, dan untuk apa penyebaran Islam di Nusantara beserta bukti-bukti dan fakta-fakta yang digunakan untuk mendukung pendapat-pendapat tersebut. Arif juga menjelaskan ilmuwan siapa saja yang memegang dan yang menentang pendapat-pendapat tersebut.
Di akhir makalahnya, Arif mempertanyakan pendapat J.C. Van Leur yang pertama kali menyatakan bahwa penyebaran Islam di Nusantara dimotivasi oleh kepentingan ekonomi dan politik para pelakunya.

Van Leur dalam bukunya “Indonesian Trade and Society” berpendapat, sejalan dengan melemahnya kerajaan-kerajaan Hindu-Budha di Sumatera dan khususnya di Jawa, para pedagang Muslim beserta muballigh lebih berkesempatan mendapatkan keuntungan dagang dan politik.

Dia juga menyimpulan adanya hubungan saling menguntungkan antara para pedagang Muslim dan para penguasa lokal.

Pihak yang satu memberikan bantuan dan dukungan materiil, dan pihak kedua memberikan kebebasan dan perlindungan kepada pihak pertama.

Menurutnya, dengan adanya konflik antara keluarga bangsawan dengan penguasa Majapahit serta ambisi sebagian dari mereka untuk berkuasa, maka islamisasi merupakan alat politik yang ampuh untuk merebut pengaruh hingga menghimpun kekuataan.

Menurut catatan M. Yunus Jamil, bahwa pejabat-pejabat Kerajaan Islam Samudera Pasai terdiri dari orang-orang alim dan bijaksana. Adapun nama-nama dan jabatan-jabatan mereka adalah sebagai berikut:

1. Seri Kaya Saiyid Ghiyasyuddin, sebagai Perdana Menteri.
2. Saiyid Ali bin Ali Al Makaarani, sebagai Syaikhul Islam.
3. Bawa Kayu Ali Hisamuddin Al Malabari, sebagai Menteri Luar Negeri.

Dari catatan-catatan, nama-nama dan lembaga-lembaga seperti tersebut di atas, Prof. A. Hasjmy berkesimpulan bahwa, sistem pemerintahan dalam Kerajaan Islam Samudera Pasai sudah teratur baik, dan berpola sama dengan sistem pemerintahan Daulah Abbasiyah di bawah Sultan Jalaluddin Daulah (416-435 H).

Nama Samudera dan Pasai sudah populer disebut-sebut baik oleh sumber-sumber Cina, Arab dan Barat maupun oleh sumber-sumber dalam negeri seperti Negara Kertagama (karya Mpu Prapanca, 1365) pada abad ke 13 dan ke-14 Masehi. Dan tentang asal usul nama kerajaan ini ada berbagai pendapat.

Menurut J.L. Moens, kata Pasai berasal dari istilah Parsi yang diucapkan menurut logat setempat sebagai Pa’Se. Dengan catatan bahwa sudah semenjak abad ke VII M, saudagar-saudagar bangsa Arab dan Parsi sudah datang berdagang dan berkediaman di daerah yang kemudian terkenal sebagai Kerajaan Islam Samudera Pasai .​

Mohammad Said, salah seorang wartawan dan cendikiawan Indonesia pengarang buku ACEH SEPANJANG ABAD yang berkecimpung dengan penelitiannya tentang kerajaan ini dan kerajaan Aceh, dalam prasarannya yang berjudul “Mentjari Kepastian Tentang Daerah Mula dan Cara Masuknya Agama Islam ke Indonesia", berkesimpulan bahwa istilah PO SE yang populer digunakan pada pertengahan abad ke VIII M seperti terdapat dalam laporan-laporan Cina, adalah identik atau mirip sekali dengan Pase atau Pasai.

Pendapat ini adalah sesuai dengan apa yang telah dikemukakan oleh Prof. Gabriel Ferrand dalam karyanya (L’Empire, 1922, hal.52-162), dan pendapat Prof. Paul Wheatley dalam (The Golden Khersonese, 1961, hal.216), yang didasarkan pada keterangan para musafir Arab tentang Asia Tenggara. Kedua sarjana ini menyebutkan bahwa sudah sejak abad ke-7 Masehi, pelabuhan-pelabuhan yang terkenal di Asia Tenggara pada masa itu, telah ramai dikunjungi oleh para pedagang dan musafir-musafir Arab. Bahkan pada setiap kota-kota dagang itu telah terdapat fondachi-fondachi atau permukiman-permukiman dari pedagang-pedagang yang beragama Islam. Wallahu'alam bissawab.. (IH/atjehcyber)

Krisis DAP Kedah Tiada Penyelesaian? Kit Siang Enggan Ulas.


ALOR SETAR - Krisis melanda DAP Kedah sejak dua tahun lalu yang didakwa berpunca dari campur tangan pihak ketiga kini seolah-olah tiada penyelesaian.

DAP Kedah mempunyai dua jawatankuasa apabila satu daripadanya mengakui diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan satu lagi dilantik oleh jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

Usaha pengamal media mendapatkan penjelasan dari Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung isu itu bagaimanapun tidak kesampaian.

“Saya tidak mahu komen isu itu,” katanya kepada media selepas melawat Pasar Koboi dan hadiri sembang santai bersama masyarakat di sebuah kedai kopi dekat Jalan Tengku Abdul Halim di sini, hari ini.

Konflik parti itu timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan dalam mesyuarat pemimpin pusat DAP untuk melantik Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah pada Mei 2013. Pelantikan itu menyebabkan wujudnya dua jawatankuasa termasuk yang dipengerusikan bekas Adun Kota Darulaman, Lee Guan Aik pada ketika itu.

Pada Ogos 2013, Guan Aik dalam satu sidang media memaklumkan menerima surat pengiktirafan dari ROS yang mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi DAP Kedah.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) DAP Kedah pada Jun 2014 menyaksikan Guan Aik tidak mempertahankan jawatan dan disandang oleh Tan Chun Ping.

Jawatankuasa Interim DAP Kedah pula menyaksikan Adun Derga, Tan Kok Yew dilantik sebagai pengerusi baharu menggantikan Zairil dalam AGM.

Masing-masing akan mengadakan AGM parti itu secara berasingan iaitu pada 13 November (jawatankuasa lantikan CEC) dan 11 Disember (akui disah oleh ROS).

Tarah Bukit: Data K'jaan DAP PP Bercanggah..

bukit botakGEORGE TOWN- Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang gagal mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) selepas memberi maklumat yang bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara berhubung isu penarahan bukit dan pembangunan tanah tinggi di negeri ini.
Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda Gerakan, Jason Loo berkata percanggahan maklumat dari kerajaan negeri dan Laporan Audit Negara itu amat ketara dan sering kali mengelirukan kerana angka-angka yang diberi tidak selari.

NEWSJason Loo

Menurutnya, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow telah menyatakan bahawa sejak 2008, sebanyak 72 lot tanah di negeri ini telah digondol dan ditarah tanpa kelulusan atau kebenaran.
“Namun dalam Laporan Audit Negara tahun 2014 siri 3 telah menyatakan terdapat 268 lot penggondolan atau penarahan tanah tanpa kelulusan atau kebenaran dari tahun 2012 hingga 16 Mac tahun ini.
“Mana data yang betul dan tepat? Saya berharap kerajaan negeri yang berprinsipkan CAT dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada persidangan DUN lepas, Chow telah menjawab soalan bertulis dari Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad, dengan menyatakan senarai, lokasi, nombor, tuan tanah, ketinggian atas paras laut, keluasan dan kegunaan semua bukit termasuk tanah yang telah digondolkan tanpa kelulusan atau kebenaran.
Loo turut mempersoalkan jawapan diberi Chow ketika menjawab persoalan dibangkitkan dalam sidang DUN terhadap isu kelulusan pembangunan tanah tinggi yang melebihi 76 meter atau 250 kaki dari aras laut.
“Tiada pembangunan boleh dilakukan pada kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter dari aras laut yang telah termaktub dalam pelan pembangunan Pulau Pinang tetapi Chow sendiri memberitahu terdapat 56 lot tanah diberi kelulusan sejak 2008?
“Jawapan Chow ini jelas menunjukkan wujud ketidaktelusan dalam jawapan Ketua Menteri Lim Guan Eng tiga tahun lalu apabila menegaskan tiada sebarang kelulusan diberi Kerajaan Negeri bagi pembangunan di kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam sidang media yang berasingan berkata isu itu akan dijawab oleh Exco yang terlibat.
Katanya, kerajaan negeri akan memberikan perhatian yang serius kepada Laporan Audit Negara dan perkara berhubung perbezaan angka itu akan dijawab dalam kadar segera – BERNAMA
botak
bukit botak

Lim Akui Wujud Masalah DAP Dengan PKR

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, hari ini mengakui wujudnya masalah parti itu dengan PKR dalam beberapa perkara.
Namun katanya, masalah itu adalah biasa sahaja dan tidak akan menjejaskan hubungan dalam Pakatan Harapan serta percaya gabungan itu mampu kekal sehingga pilihan raya umum ke-14.
“Kami ada sedikit masalah, itu biasa. Walaupun ada masalah, saya percaya dan yakin Pakatan Harapan akan terus kekal berbanding Pakatan Rakyat,” katanya di Alor Setar yang dipetik oleh portal Sinar Harian.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menolak alasan PKR berhubung tindakan lima ADUN parti itu yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini sebagai "mengikut suara hati".
Malah, Lim menyifatkan membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang.
Pada program melawat Pasar Koboi di Alor Setar, yang bermula kira-kira jam 9 pagi tadi, Sinar Harian melaporkan tiada wakil PKR yang hadir.
Lim hanya diiringi pemimpin DAP, termasuk Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Ismail Salleh.
“Mereka tidak hadir bukan sebab masalah komunikasi tetapi wakil PKR hadiri sidang Parlimen. Mereka akan hadir program ceramah pada waktu malam.
“Program anjuran Pakatan Harapan ini adalah bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kita kuat dan sentiasa bersama untuk lebih berjaya dalam PRU14,” katanya dipetik portal itu.
Menurut Lim, penubuhan Pakatan Harapan adalah sebagai persiapan awal membentuk gabungan lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya selepas PR terbubar.
“Pakatan Rakyat hancur kerana PAS tidak mahu ikut dasar-dasar bersama dan prinsip konsenses yang kita persetujui.
“Kita yakin Pakatan Harapan boleh mengisi kekosongan politik yang ada khasnya selepas pilihan raya untuk menggantikan BN,” katanya lagi.
Mengulas ketidakhadiran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan peringkat negeri Perlis baru-baru ini, Lim mengakui berlaku sedikit masalah.
“Saya rasa itu hanya disebabkan masalah komunikasi, tiada sebab lain,” katanya lagi. (MK)

Thursday, November 26, 2015

Dia Dipecat Kerana Bantah Premis Judi Di P.Pinang. -Iszuree Ibrahim

PERMATANG PAUH – Selepas lebih setahun ‘mendiamkan diri’ bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Iszuree Ibrahim yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun lalu, akhirnya mendedahkan punca sebenar beliau disingkir daripada jawatan itu.
Iszuree yang juga Setiausaha Badan perhubungan PAS negeri mendakwa, ketika masih memegang jawatan itu beliau sering mempersoalkan tentang kelulusan mendadak yang mahu diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap permohonan premis judi. (aidcnews.wordpress.com)

Ini, Pakatan Sulit Obama Dengan NGO-NGO M'sia Untuk Hancurkan Islam?


Islam Liberal, Islam Progresif, Sosialis proksi Amerika terbongkar dengan lawatan Obama

Proksi Amerika di Malaysia Akhirnya Diketahui

Mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.

Antara pertubuhan yang terpilih adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.

Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam.

SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.

CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.

Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.

Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.

Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.

Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.

Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.

Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.

Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.

Dan macam-macam lagi.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.

Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.

Bahasa lebih tepat, mereka juga adalah proksi Amerika Syarikat seperti UMNO, nal dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.

(Diangkat dari Blog albangikuching.wordpress.com)

ISIS: Paris Kelmarin, Moskow Hari Ini. Ancaman Ngeri Jaringan Jantung Moscow..

MOSCOW - Hacker Penyokong Negara Islam (ISIS) mengeluarkan amaran mengerikan untuk ibu kota Rusia, Moskow. Penyokong ISIS tersebut memanfaatkan rangkaian WiFi publik sistem keretapi bawah tanah, yang disebut 'Paris kelmarin, Moskow Hari Ini'.

"Ketika pengguna berhasil masuk ke jaringan, mereka akan melihat warna hitam pekat dengan tulisan ISIS, bendera dan peringatan lain tentang ancaman ke ibu kota Rusia," tulis Express.

Seperti diberitakan Daily and Sunday Express edisi Selasa (24/11), jaringan WiFi publik diyakini berganti nama awal minggu ini menyusul suksesnya peretasan. Penumpang keretapi memperingatkan pihak berkuasa tentang jaringan WiFi tersebut yang terlihat di jalur utara hingga selatan Kaluzhsko-Rizhskaya.

Penduduk lokal, Denis Savin mengatakan kepada situs berita Rusia, ia mengambil tabletnya dan mencuba untuk terhubung ke WiFi. Namun bukannya halaman otorisasi, ia mengaku melihat bendera hitam dengan tanda Arab dan kata-kata dalam bahasa Rusia di atasnya.
"Bunyinya, Paris Kelmarin, Moskow hari ini," ujar dia.

Jaringan keretapi Metro Rusia membawa 6.75 juta orang di seluruh ibu kota setiap hari. Operator WiFi Metro MaximaTelecom mengkonfirmasi adanya peretasan. "Belum tercatat adanya kegagalan teknik dan tidak ada bukti adanya kegagalan yang terjadi," katanya.

Seperti jarngan WiFi Virgin Media yang tersedia di bawah tanah London, penumpang Metro perlu mendaftar sebelum mereka dapat menggunakan jaringan. Jaringan WiFi tersedia dalam keretapi dan di dalam stasiun bawah tanah di Moskow.

Berita ini muncul setelah pesawat-pesawat tempur Turki menembak jet tempur Rusia yang diklaim terbang ke wilayah udara negara itu. Rusia saat ini berjuang di Syria dengan pasukan Presiden Bashar al-Assad terhadap pemberontak dan ISIS. (IH)

Retak Menunggu Belah, SU Organisasi DAP PP Letak Jawatan.

Teh Yee Cheu

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Ahad.
Peletakan jawatan melalui e-mel itu dialamatkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying.

Dalam surat peletakan jawatannya, Yee Cheu memaklumkan parti bahawa dia mengambil keputusan meletak jawatan atas sokongannya terhadap usul berkaitan penambakan tanah di Dewan Undangan Negeri pada 20 November.

Pada Jumaat, usul yang dibentangkan oleh Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menarik perhatian apabila Yee Cheu mengundi bersama-sama dengan semua sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang hadir di sidang DUN manakala lima wakil rakyat PKR berkecuali. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Retak menunggu belah. Inikah yang sedang berlaku pada DAP Pulau Pinang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails