Saturday, December 05, 2015

P'cis Akan Tutup 160 Buah Masjid, Cabar Umat Islam?

PARIS – Kerajaan Perancis mungkin menutup sehingga 160 buah masjid dalam masa beberapa bulan ini, sebagai sebahagian daripada operasi polis di negara yang diletakkan dalam keadaan darurat itu.
Menurut laporan media tempatan pada Sabtu, di bawah keadaan darurat, pihak berkuasa Perancis dibenarkan untuk bertindak tegas menutup tempat-tempat ibadah yang menggalakkan fahaman radikal.
Seorang ketua imam di Perancis, Hassan El Alaoui memberitahu stesen Al Jazeera, beliau menerajui usaha mencalonkan imam-imam di negara itu serta mengadakan rundingan antara imam dan pegawai penjara.
Sebanyak tiga buah masjid di negara itu sudah pun ditutup sejak siri serangan berdarah di Paris pada 13 November lalu – dan menurut Hassan, lebih banyak lagi masjid lain yang akan ditutup.
“Menurut perangkaan rasmi serta perbincangan kami dengan kementerian dalam negeri, antara 100 hingga 160 masjid akan ditutup kerana dikendali tanpa lesen dan menggalakkan kebencian,” katanya kepada Al Jazeera.
Pihak masjid terlibat dengan penutupan itu turut dikesan gemar menggunakan cara percakapan takfiri iaitu perbuatan menyifatkan seseorang dengan kekafiran, atau menuduhnya dengan hukum kafir.
“Percakapan seperti ini tidak harus dibenarkan di negara-negara Islam, apatah lagi negara maju seperti Perancis,” kata Hassan, yang menjadi Muslim pertama dilantik ketua imam bagi jabatan penjara pada 2005.
Perancis mahu cabar umatIslam lagi? Kalau berlaku lagi jangan salahkan Islam..

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Serangan Satu 'Perangkap', Tempat Kena Bom Di Syiria Akan Jatuh Ke ISIS. -Kata Jurnalis Bekas Tawanan ISIS


Nicolas Hénin, seorang jurnalis yang ditahan oleh ISIS selama 10 bulan berkata serangan terhadap Syria adalah satu 'perangkap'.

Menurut Henin di dalam satu video kempen untuk Syria, menggugurkan bom di Syria bukan jawapan untuk menamatkan ISIS malah menguatkan lagi ISIS.

Henin berkata tindakan tersebut akan menyebabkan tempat yang terkena bom itu jatuh ke tangan ISIS.

"Kenapa kita membuat banyak kesilapan di kawasan itu? Kita sedang memenangkan lawan kita", katanya.

Henin menjelaskan pengikut ISIS melihat dunia ini sebagai dunia parallel. Salah seorang militan menyifatkan dirinya baru sahaja dibebaskan dari 'The Matrix". Mereka percaya dunia ini sedang menuju ke arah "konfrontasi global" dimana 80 gabungan tentera akan menyerang satu tentera umat Islam.

"Mereka mengikuti berita dengan cukup rapat. Setiap perkara yang terjadi di dunia - mereka akan melihatnya sebagai satu pengesahan kepada kepercayaan mereka", kata Henin. -

Selain itu Henin juga percaya Isis tidak suka melihat pelarian Syria diterima oleh barat kerana itu merosakkan mesej propaganda mereka.

"Selepas melarikan diri dari Syria untuk ke tanah 'unbelievers. Kita menyaksikan pelarian-pelarian ini diterima dengan baik dan kata-kata tentang kebencian barat terhadap Muslim adalah satu penipuan.

"Dan ini sebabnya mengapa mereka cuba memanipulasi orang awam ketika serangan Perancis. Untuk membuatkan kita menutup sempadan kita, dan mungkin lebih penting, menutup minda kita.

"Serangan terhadap ISIS adalah satu perangkap. Pemenang peranng ini bukannya pihak yang mempunyai senjata terkini, mahal dan canggih, tapi pihak yang berjaya memenagi hati penduduk", kata Henin (IH)

PAS Mahu Kaji Semua Teguran Husam Musa. OK Letak Senjata?

Demi memberi peluang kepada PAS yang dilihat mahu mengkaji semua teguran yang pernah dikemukakan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk 'meletak senjata' untuk seketika.
Ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Yayasan Darul Hijrah di Kampung Major, Kuala Krai, Husam berkata, kritikannya terhadap PAS dan Kelantan akan ditangguhkan untuk sementara waktu.
Kata bekas exco kanan Kelantan itu, keputusan berkenaan diambil selepas dia bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS.
"Oleh kerana PAS ambil berat untuk kaji semua, jadi saya gantung senjata untuk beri peluang dan berlaku adil, untuk mereka mengkaji dan seterusnya memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya.
Langkah berkenaan, kata bekas Naib Presiden PAS itu, selaras dengan prinsipnya untuk menegur penyelewengan semua pihak.
Katanya, dia menyertai PAS bersama kawan-kawan yang lain adalah untuk berjuang di menegur penyelewengan Umno dan BN.
Justeru, katanya, langkah menegur PAS juga adalah tanda dia konsisten dengan prinsip berkenaan.
"Apa yang kita tegur adalah kesalahan. Sama ada kesalahan itu dibuat oleh kumpulan kita atau kumpulan lain, tetap kita membuat teguran," katanya.
Lepas tegur, tak jadi
Isnin lalu, Husam mengadap Jawatankuasa Dewan Harian PAS Pusat dan mengemukakan surat yang mengandungi teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan dan parti.
"Sesuatu perkara yang tidak baik mestilah ditegur, itu prinsip PAS sendiri," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai perseteruan yang mungkin wujud antara beliau dan pemimpin atasan parti itu, Husam menjelas pendapat itu adalah oleh mereka yang berfikiran rendah.
"Setakat yang saya tengok, sambutan dan kesan (teguran dibuat) adalah mereka mengalu-alukan kerana tugas pemimpin adalah menegur. Jadi saya tidak terima (dengar) pula orang kata saya tegur sebab bergaduh.
"Kalau (sebelum ini) saya tegur Umno dalam parlimen, selepas itu kami boleh duduk minum sekali.
"Tengok rekod saya, saya buat teguran kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) ketika beliau mahu jadikan Lapangan Terbang Subang sebagai pusat konvensyen.
"Alhamdulillah kerana saya tegur, perkara itu tak jadi dan sekarang ia berfungsi sebagai lapangan terbang untuk penerbangan domestik," jelasnya.
Tambah Husam, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat iaitu menegur perjalanan kerajaan negeri yang dikira bercanggah dengan prinsip berkerajaan. (MK)

OK. Lihat, bagaimana PAS selesaikan masalah berbanding DAP selesaikan masalah..

Benarkah Pimpinan Amanah Marah Dipanggil PAN?

Pimpinan parti Amanah Negara marah nama partinya lebih popular dipanggil dengan singkatan ‘PAN’ berbanding dengan ‘Amanah’ yang dikehendaki mereka.
Perkara itu dibangkitkan Ahli Jawatankuasa PAN pusat, Aiman Athirah Al Jundi @ Raj Munni Sabu dan Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat.
“Akhlaq Islam ajar kita kena panggil seseorang itu dengan nama yang baik dan beliau suka. Dah sebut berapa kali nama parti ini “AMANAH” tapi masih ikut perangai Umno gelar dan panggil parti ni sebagai PAN…nak kata apa lagi.
“Akhlaq semudah itu pun kalau tak boleh buat, toksah duk ngaku pejuang Islam dah lah…ini kan pula pewaris nabi. Cer muhasabah sikit,” kata Aiman Athirah yang juga Timbalan Ketua Wanita PAN.


aiman
Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
Hujah Aiman Athirah dibidas oleh Hanisya Abdul Hamid yang berkata pimpinan PAN perlu lebih terbuka seperti pimpinan PKR dan parti-parti lain berkaitan dengan isu nama singkatan.
“Bila ada sikap inferiority complex menebal dalam jiwa dan mengalir pekat dalam darah maka akan bersuara nada sebegini .. baru panggil parti dengan PAN sudah naik angin satu badan dan menuduh yang bukan-bukan … kata profesional …
“Parti Keadilan Rakyat pernah pemimpin-pemimpinnya minta dipanggil ‘Adil’ tapi sehingga sekarang tetap digelar PKR tiada pula mana-mana pemimpinnya melenting macam kena rasuk.
“Begitu juga parti-parti utama negara dipanggil dengan akronim sahaja seperti UMNO, PAS, MCA, DAP, MIC, PPP, PBS, PBB, PBRS, LDP, SUPP, SPDP dan PSM ,”katanya.
Menurutnya, mesti ada sebab tersendiri kenapa orang ramai memanggil parti itu sebagai PAN dan bukannya Amanah sebagaimana yang mereka kehendaki.
“Ini baru berumur tidak sampai tiga bulan perlembagaan parti pun dikatakan belum ada sudah berkembang dada berang dipanggil PAN … masih bertegas dan paksa digelar AMANAH.
“Sebenarnya rakyat nak sebut AMANAH pun nak muntah loya tekak sebab nama tidak mencerminkan para pemimpinnya … tak panggil nama singkatan KHIANAT pun dah kira banyak untung.
“Kalau itu pun masih tak faham dan enggan terima kenyataan .. lebih baik berhenti menjadi manusia,”katanya lagi.


suhaizan
Suhaizan Kaiat

Suhaizan Kaiat pula berkata tidak ada parti PAN di Malaysia kerana dalam perlembagaan partinya singkatannya adalah AMANAH.
“Tiada parti politik bernama PAN dalam negara ini. Dalam Perlembagaan Parti Amanah Negara dinyatakan dgn jelas AMANAH adalah singkatan bagi parti ini.
“Pada pandangan saya mereka yang takut dengan perkataan “amanah” atau berniat buruk atau tidak suka dgn parti baru ini atau tidak faham sahaja yg akan menggunakan nama PAN. Anda bagaimana?,”katanya.
Kenyataan Suhaizan itu dibidas Aszfia Haris El Haraki yang meminta beliau membuktikan partinya itu sudah ada perlembagaan lengkap.
“Boleh tak bagi link perlembagaan parti AMANAH?? Tak pun tangkap gambar buku perlembagaan parti AMANAH,”cabarnya.
Cabaran Aszfia Haris El Haraki disokong oleh Fais Al-Hajari.
“Bukan ke PAN ni tak ada perlembagaan lagi? So jika PAN ni tak ada perlembagaan lagi, celah mana kata “dalam perlembagaan jelas Amanah adalah bla bla bla…”?
“Perlembagaan PKR fasal 1.1 jelas menyebut “Parti KeADILan Rakyat, yang nama singkatannya KeADILan…”, tapi tak ada pun mana-mana pimpinan depa marah kita mentiondepa sebagai PKR. Malah pimpinan depa sendiri pun address “PKR” kekadang.
“Kita bukannya takut dengan perkataan “AMANAH”, cuma kita rasa amat jelek dan tak sesuai perkataan semulia “amanah” dirujuk kepada segerombolan pengkhianat, pelanggar janji, pelari kerusi dan perembat harta wakaf. Memang tak sesuai langsung,”katanya.
suhaizan2
solleh
(AIDCNews)

Wajib Sokong Turki Dalam Produk, Ekonomi & Isu Terkini -Yusuf Qaradawi.


QATAR: Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diterajui oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi semalam telah mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

Memetik IsmaWeb, Al-Qardawi,menyeru umat Islam agar berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.

“Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata dipetik agensi berita Turki, Anatolia.





Kenyataan itu dibuat berdasarkan perkembangan terbaru terutama melibatkan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan oleh Zionis Israel di Palestin.

“Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Russia ke atas barangan buatan Turki.

“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.


“Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.


“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.


“Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.


“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia,” kata kenyataan itu. (IH)

Kritik Lim: NGO Minta DAP Tidak Pecat Perwakilan. DAP Makin Gawat.

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP) semalam telah menghantar memorandum kepada Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur meminta jaminan agar parti itu tidak memecat atau menyaman perwakilan parti yang mengkritik Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam konvesyen parti itu Ahad lalu.
Bercakap kepada media, Presiden PMSP, Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata memorandum itu dihantar kepada pemangku Pengerusi DAP yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai.
Ramesh Rao yang juga bekas ahli DAP berkata mengikut pengalamannya parti itu akan bertindak balas terhadap ahli parti yang mengkritik Lim yang merupakan Setiausaha Agung DAP.
Beliau merujuk kepada dua perwakilan DAP yang mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang perlu disandang oleh pemimpin parti tempatan dan bukannya oleh Lim yang dainggap sebagai orang luar.
Cadangan itu dibuat ketika Konvesyen DAP Pulau Pinang di Hotel Equatorial, Ahad lalu

rao2
Ramesh Rao Krishnan Naidu
“saya baharu mendengar perwakilan yang mempersoalkan giliran Ketua Menteri di Pulau Pinang akan dipanggil ke lembaga disiplin kerana telah memalukan parti.
“Saya minta parti tidak akan pecat atau saman kedua perwakilan tersebut yang telah mempersoalkan kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
“Andai kata mereka disaman atau dipecat, kami akan bela mereka,”katanya.
Pada Ahad lalu, dua perwakilan DAP, Shamser Singh Thind dan Lim Cheng Hoe mempersoalkan kedudukan Lim sebagai Ketua Menteri dan turut mencadangkan sistem pemilihan parti diubah kerana tidak telus.
Shamser Singh, perwakilan parti dari Taman Chai Peng berkata jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya dipegang Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, bukannya Lim yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di peringkat negeri.
“Ia hanya adil kepada seseorang yang berasal dari Pulau Pinang untuk memimpin rakyat Pulau Pinang dan untuk warga Pulau Pinang memutuskan siapa yang patut memimpin mereka,” katanya yang mendapat sorakan gemuruh daripada perwakilan dalam dewan.
Manakala, Lim Cheng Hoe perwakilan dari Sri Tanjung Bunga turut membangkitkan perkara sama supaya kepimpinan parti dapat membuat perubahan dalam sistem pemilihan jawatankuasa negeri.
“Dalam sistem lama, 15 pemimpin yang terpilih akan diundi sekali lagi untuk menentukan jawatan masing-masing dan sistem ini tidak memberi kelebihan kepada pemimpin yang mendapat undi tertinggi.
“Tidak perlu lagi calon dengan 15 undi tertinggi berbincang sesama mereka siapa dapat jawatan apa. Ahli-ahli di luar tak akan tahu perkara yang berlaku dalam mesyuarat,” katanya.d


tony tan
Tony Tan
Sementara itu, Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa PMSP, Tony Tan turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan dengan salah laku pimpinan DAP.
“Ini si botak Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut), dia saman ahli..betul..dia ada kuasa saman.
“Tetapi mahkamah telah beri keputusan. Dia sudah kalah. Dia kena bayar RM27,000 pampasan kepada Yap Kon Min (bekas ahli DAP Serdang Baru).
“(Dia tidak mahu bayar) sampaikan kena hantar surat peguam ke pejabatnya, baru dia mahu bayar RM27,000.
“Tetapi mengapa Tan Kok Wai (Pengerusi Disiplin DAP) tidak mengambil tindakan terhadap Lim Lip Eng. YB ini sudah buat salah. mahkamah telah bagi keputusan, dia sudah gagal. Inilah DAP !”, katanya.
Ertinya, DAP terus bergolak dan makin gawat.
Lihat rakaman video klik link ini : Kepimpinan DAP Di persoalkan
rao


Friday, December 04, 2015

Inikah Bukti PAS Diresapi Militan ISIS?


 
Eksklusif: Luahan Hati Ustaz Mohd Lotfi Yang Kini Berjihad Di Bumi Syria, Tingalkan Isteri Dan 6 Anak Demi Agama Allah.. Jom Terjah!

Inikah Bukti  PAS diresapi milian ISIS?

SATU:
KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman. 

Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.

Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.


Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu. 

SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?


MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan.



Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.
 
SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?


MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,



(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.


(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.

(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.

(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.

Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?



Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?

SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad? 


MOHD LOTFI: Jihad sebenarnya merujuk kepada mengorbankan harta atau nyawa agar orang lain beroleh kesenangan atau tenang dalam kehidupan.



Maka ALLAH kurniakan kepada orang yang mati kerana jihad sebagai syuhada, dengan darjat tinggi itu mendapat syafaat 73 orang keluarga terdekat untuk dibawa ke syurga dan kepada sesiapa yang tidak dapat berjihad dengan nyawanya, maka bahagiakan orang-orang susah dengan kebajikan. Sebenarnya hidup pejuang untuk kebahagiaan manusia sejagat.

SINAR HARIAN: Apa reaksi Ustaz mengenai pandangan yang mengatakan individu yang pergi ke Syria dan Mesir untuk berjihad dikatakan mereka salah anggap bahawa itu jihad, sebenarnya ia ditakrif sebagai pemberontakan. Bermakna jika menyertai pemberontakan, salah di sisi agama walaupun menentang pemimpin fasik. 

MOHD LOTFI: Sebenarnya kita perlu fahami bahawa, pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin. Berapa banyak ulama terdahulu dipenjara, dizalimi dan dibuang daerah manakala ulama hari ini mendapat kedudukan di sisi kerajaan.

Ada yang mengatakan mereka yang berjihad ke negara-negara bergolak tidak boleh diisytihar sebagai jihad, sebaliknya dikatakan terpengaruh dengan perjuangan pemberontak yang mahu guling kerajaan?  

Saya andaikan kebanyakan ulama negara ini terlalu mengikut telunjuk pemimpin. Jika pemimpin itu kata wajib laksana hudud, maka para ulama akan hurai bab hudud. Begitulah seterusnya.


SINAR HARIAN: Anggaran berapa ramai rakyat Malaysia kini berada di Syria?



MOHD LOTFI: Saya difahamkan terdapat puluhan rakyat Malaysia di merata tempat di bumi Syria.

SINAR HARIAN: Ustaz meninggalkan keluarga dan tanah air tercinta demi jihad? 

MOHD LOTFI: Ya, saya tinggalkan isteri dan enam anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu membantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad dari terus menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa.

SINAR HARIAN: Adakah Ustaz tidak ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia setelah membuat keputusan ini?

MOHD LOTFI: Mengenai kepulangan saya ke Malaysia… belum pasti kerana kerajaan anggap orang seperti kami sebagai musuh mereka. Di Syria, kami tidak dipenjara, tetapi jika kembali ke Malaysia, belum pasti dapat bebas dan bertemu anak isteri. Mungkin nasib kami berakhir di penjara.

SINAR HARIAN: Apa yang Ustaz harapkan daripada perjuangan ini?


MOHD LOTFI: Dalam perjuangan ini jangan harapkan pujian, sambutan atau taburan bunga rampai, sebaliknya tunggulah saat diberi hukuman. Akan ada dalam kalangan saudara-saudara dipilih ALLAH SWT untuk berjihad fisabilillah di bumi Syam.



Ya! Orang seperti kami sanggup siapkan dada sebagai benteng kepada mereka yang lemah dan ditindas.

SINAR HARIAN: Pengorbanan yang Ustaz lakukan ini untuk siapa sebenarnya?


MOHD LOTFI: Kami berperang untuk pertahankan insan-insan yang kini menjadi pelarian di bumi sendiri. Rakyat Syria tidak ada tempat tinggal lagi selepas dimusnahkan, sebahagian besar masih di tempat persinggahan.



Bak kata pepatah Arab, ‘Ahli Makkah lebih memahami lorong-lorongnya’, bermaksud orang Syria dan ulama lebih mengetahui apa yang berlaku di sini. Saya tidak mahu berbalah tentang ini.

SINAR HARIAN: Boleh Ustaz kongsi gambaran sebenar yang berlaku di sana?

MOHD LOTFI: Kami berjuang menentang tentera Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria. Jika konflik di Mesir kita tunjuk perasaan, di Syria kenapa senyap?

Air mata kanak-kanak ini menjadi air mata kami semua. Hati dan perasaankami seakan berhubung, yang ada anak kecil, pasti terasa hibanya jika ia berlaku kepada anak sendiri. Semoga mereka kuat menempuh ujian ini dan jadi pejuang di jalan ALLAH SWT. 

Bedilan jet pejuang Assad ke arah Mujahidin yang sedang mengepung benteng pertahanan adalah lumrah, juga sangat hampir dengan kediaman kami. Saya sudah lali melihat bom barmil jatuh berhampiran dengan kami sehingga rakan-rakan gugur syahid atau parah.

SINAR HARIAN: Ustaz sanggup hilang nyawa demi pertahan bumi Syria dan adakah ini yang dikatakan jihad?

MOHD LOTFI: Kami akan hadapi tentera Assad, biar berkecai tubuh kami, biar nyawamelayang demi agama Islam. Islam tidak sunyi daripada pejuang dan penegak keadilan sehingga hari kiamat. Biar mereka menyusun agenda namun ingatlah kepada jaminan Nabi Muhammad SAW, sehingga di akhir zaman, ‘Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu’. Itu janji nabi kita, seperti tersebut dalam al-Quran dan hadis.

SINAR HARIAN: Difahamkan semakin ramai ingin berjihad ke Syria dan mengikutjejak seperti yang Ustaz lakukan? Adakah berlaku proses merekrut ahli dari Malaysia?

MOHD LOTFI: Kami hanya menegakkan dan memartabatkan Islam, sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dan hadis.

Saya juga ingin menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap manamanapihak yang menyalahguna nama saya bagi mengutip dana untuk ke sini. Mereka datang secara sukarela, tiada paksaan atau janjijanji manis. 

Semua memburu jihad dan syahid, itu sahaja. Sebenarnya jemaah jihad ada di setiap penjuru bumi Syam. Ada pelbagai kumpulan bergabung menentang tentera Assad.

Kami difitnah…

DUA:


Komen Ustaz Zainol Asri Berkaitan. 
  • [ "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah an-Nisa ayat 58). ]
Akhbar Sinar Harian telah 2 kali menyiarkan ulasan saya berkenaan dengan Jihad di Syria, iaitu terbitan hari Rabu dan Sabtu (hari ini) yang berkait secara tidak langsung juga dengan usaha jihad sahabat saya Ustaz Mohd Lotfi Arifin.



Kenyataan yang saya berikan hanyalah pandangan biasa dalam persoalan Fiqh dalam hukum Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dalam antara hubungan jihad di Syria dan di tanah air.

Namun terdapat unsur penambahan apabila disiarkan, kenyataan sebenar saya:

1) Tidak menganggap tindakan berjihad di Syria sebagai TAKSUB.

2) Tidak meminta penilaian semula jihad yang telah jelas ditentukan dalam kitab-kitab ulamak muktabar.

3) Secara peribadi tidak menyokong jihad di Syria tidak bermakna saya menentang perjuangan mereka. Bahkan saya beranggapan Jihad Qital (berperang) sebagai jihad yang paling afdhol berbanding jihad yang lain, walau berdakwah, menulis dan lain-lain termasuk dalam pengertian jihad meninggikan Agama Islam.

Saya mendoakan perjuangan sahabat saya Ustaz Mohd Lotfi Arifin di Syria diterima Allah sebagai amalan soleh dan beliau dikurniakan kemenangan atau syahid dalam perjuangan.

Sesungguhnya Syahid Ma'arakah (medan perang), sangat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW :

سيد الشهدأ همزة ابن عبد المطلب، ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله.

[رواه الحاكم - المستدرك]

Syeikh Muhd Zainul Asri-link: 

1) https://www.facebook.com/mohdlotfi.ariffin
2) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=769885689713025&set=a.288589607842638.82062.100000748029655&type=1&theater
TIGA:
Tiada istilah militan terhadap orang Islam


Syeikh Marwazi Dziyauddin


Syeikh Marwazi Dziyauddin
ALOR SETAR: Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.

Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

“Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

“Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

“Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.

Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.


(IH/sedakasejahtera.blogspot.my/)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails