Saturday, December 19, 2015

The House of One, Projek Kontroversial 3 Agama Dalam 1 Bngunan..

Bentuk di beberapa bahagiannya nampak serupa seperti makam Firaun. (Foto: Deutsche Welle)

BERLIN: Sebuah projek kontroversial dibuat di Berlin. Tiga agama akan disatukan dalam satu atap. Nantinya, Muslim, Kristiann, dan Yahudi akan memliki ruang terpisah untuk beribadah, dan akan dibuat ruang umum untuk para pemeluk agama untuk saling bersosialisasi. 

Sebagaimana lapor Deutsche Welle (17/12/2015), projek ini dibiayai melalu Crowdfunding atau pendanaan masa.

Ide pembangunan The House of One diusung oleh tiga pemuka agama, yakni Pendeta Gregor Hohberg, Rabi Tovia Ben-Chorin, dan seorang Imam Muslim, Kadir Sanci.
“Ketiga agama ini mengambil rute yang berbeda dalam perjalanannya, tetapi tujuannya tetap sama,” ujar Kadir Sanci.

Tidak ada komuniti Muslim yang ingin terlibat dalam projek kontroversial tersebut kecuali FID, sebuah kelompok Islam moderat yang kebanyakan anggotanya berdarah Turki, keputusan FID timbulkan kecaman dari berbagai pihak.


Pendeta Gregor Hohberg, Rabi Tovia Ben-Chorin, dan Kadir Sanci. (Foto: Deutsche Welle)Pendeta Gregor Hohberg, Rabi Tovia Ben-Chorin, dan Kadir Sanci. (Foto: Deutsche Welle)

Friday, December 18, 2015

AS Batal Penerbangan Kuwait Airways New York-London Kerana Isreal..


WASHINGTON DC – Kuwait Airways terpaksa membatalkan khidmat penerbangan antara New York dan London Heathrow setelah pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengenakan tindakan undang-undang perjalanan udara.


Ini berlaku selepas syarikat penerbangan Asia Barat yang ditubuhkan sejak 1954 itu didapati masih lagi berkeras enggan menjual tiketnya kepada rakyat Israel antara dua destinasi popular merentasi Lautan Atlantik tersebut.
Jabatan Pengangkutan AS atau DoT, dalam bulan September lalu menghantar surat amaran itu kepada syarikat penerbangan berkenaan, sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai boleh mencetuskan diskriminasi politik.
DoT mengesahkan kepada agensi berita antarabangsa AFP, bahawa syarikat penerbangan milik kerajaan Kuwait, memaklumkan pihak berkuasa AS, bahawa ia akan menghapuskan khidmat penerbangan di kedua-dua laluan itu. (IH)

'Perpaduan Penyamun', 'tidak setuju gabung' Tetapi Kerjasama.. - Datuk Mohd Amar

PAS tidak mahu melihat kerjasama yang sedang diusahakan antara parti itu dengan Umno diibaratkan seperti 'perpaduan penyamun'.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa ini kerana kerjasama perpaduan sebegitu tidak akan kekal lama dan hanya akan mengundang perbalahan semula.
Justeru timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, sebarang kerjasama antara kedua-dua parti itu perlu meletakkan Islam sebagai kepentingan utama selain menuntut keikhlasan antara PAS dan Umno.
"Kalau ingin bekerjasama kerana politik, perpaduan itu tidak akan ke mana.
"Ia mungkin menjadikan dua parti itu bersatu seketika namun selepas itu bergaduh balik. Akhirnya jadi perpaduan penyamun," kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel di Forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi sempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.
Forum itu melibatkan dua lagi panel iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Moderate Movement, Nasharuddin Mat Isa serta Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaafar bertindak sebagai moderator.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, PAS sentiasa terbuka apabila menyentuh tentang agama dan ummah.
Jelasnya, sejarah pernah tercatat 17 tahun lalu apabila dua bekas presiden kedua-dua parti duduk di atas satu pentas bercakap dalam nada sama tentang Palestin.
"Sejarah itu berulang kembali apabila kedua-dua presiden hari ini dapat duduk di atas pentas yang sama," katanya sambil menambah supaya usaha kerjasama itu tidak di salah anggap dan tidak ada mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan.
Ini kerana, tambah Mohd Amar, usaha tersebut memerlukan kesungguhan semua pihak.
"PAS tidak setuju gabung jadi parti tetapi boleh kerjasama dan pada masa sama masih boleh bergaduh," katanya. (MK)

Akan Jadi Realiti, Satuan PAS-UMNO? Lihat Ini..


Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan PAS dalam satu pentas yang sama.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.

"Ini merupakan langkah positif, pihak rabitah (alumni) akan membincangkan perkara ini, berdasarkan pengalaman yang kita ada, Insya-Allah kita mampu tubuhkan jawatankuasa itu.
"Saya yakin jawatankuasa itu nanti mampu mengadakan pertemuan seperti hari ini sekerap mungkin berdasarkan kemampuan yang ada.
"Kami akan mengenal pasti "tokoh-tokoh yang akan dibawa dalam jawatankuasa itu, yang mana mereka harus bebas daripada kepentingan mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui media selepas forum berkenaan.

Turut hadir sebagai ahli panel forum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa.

Cadangan penubuhan jawatankuasa itu disambut baik oleh Asyraf yang menyatakan perlunya pihak ketiga dalam menyatukan dua pihak yang selama ini tidak sehaluan dalam konteks politik namun ingin bersatu dalam menjaga kepentingan agama dan perpaduan umat Islam.

"Itu (jawatankuasa) satu cadangan yang baik, saya rasa gerakan penyatuan ini boleh dilakukan kerana adanya pihak ketiga yang diwakili ulama dan cendiakawan Islam dari Universiti Al-Azhar yang umurnya lebih 1,000 tahun.
"Dan kita tahu jawatankuasa itu nanti adalah ulama dan cendiakawan yang tidak mewakili mana-mana parti politik tapi mewakili suara hati rakyat," katanya.
-Bernama.

Ini, Idea Stail Trend Rambut Lelaki Mulakan Tahun 2016? Bagaimana Dari Sudud Islam?

 

FENOMENA masakini, lelaki yang mementingkan penampilan segak bergaya bukan lagi perkara baharu di Malaysia. Malah jika sebelum ini hanya pilihan warna baju dan seluar sahaja yang dititik beratkan, sekarang mereka juga sangat mementingkan fesyen dan warna rambut.

Apatah lagi stail rambut lelaki sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Sekitar awal tahun 2000 fesyen ala-ala K-Pop, Mohawk dan Spiky menjadi pilihan ramai di negara ini. Adakala rambut-rambut mereka diwarnakan dengan warna menarik seperti merah, coklat dan keemasan. Mereka juga cenderung untuk pergi ke salun-salun rambut yang mahal dan ternama.
Perubahan trend masa kini, dilihat lebih ke arah kesederhanaan namun tetap meletakkan gaya sebagai pilihan nombor satu. Sejak kebelakangan ini, kedai gunting rambut ‘stail barber’ semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja mahupun mereka yang berkerjaya. Walaupun kedai gunting seperti ini tidak mengenakan caj yang mahal, namun hasil guntingan setanding dengan salun rambut eksklusif.
Hasil guntingan mereka juga dilihat amat digilai oleh kaum adam hari ini. Pompadour, antara stail yang paling ‘laris’ dan hampir kebanyakan barber di Malaysia mempunyai kemahiran tinggi dalam membentuk dan menghasilkan stail ini. Namun perubahan masa mungkin akan menyaksikan stail pompadour tidak lagi mendapat tempat di kalangan kaum lelaki akan datang dan digantikan stail lain pula.
Undercut-Pompadour-Hairstyle-for-Long-Hair-2014-500x500
Stail Undercut Pompadour ini sangat digilai oleh kebanyakkan lelaki di negara ini.
Oleh itu, "sekiranya stail yang sedia ada pada masa kini tidak lagi ‘relevan’ di masa akan datang, remaja Malaysia semua terutamanya kaum lelaki, bolehlah mencuba sesuatu yang baharu dan lebih santai seperti gambar-gambar yang disediakan di bawah!" Ada yang mencadangkan begitu.
2CC21BB700000578-3249120-image-a-2_1443195023606
12299296_10153730604242400_7624517100431372834_n
12347954_10153730604227400_4309170760642546419_n
12347750_10153730604342400_6117351723218603714_n
12321474_10153730604272400_1635702236905015605_n
"Mungkin gambar-gambar di atas dapat memberikan inspirasi kepada semua kaum adam di luar sana, untuk tampil lebih berani dan bergaya bagi memulakan tahun 2016.
"Namun sama ada stail terbaharu ini mahu pun terus dengan stail rambut yang dirasakan selesa sekarang, segalanya bergantung kepada pilihan seseorang invidu itu sendiri." Kata saranan itu lagi.
Kamu setuju?
"Sesuaikah dengan remaja umat Islam Malaysia masakinii? Bagaimana hukum menggayakannya dari sudut agama Islam? " Weblog Ibnu Hasyim membuka polimik minda .. (IH)
Video: 

BEST MEN HAIRSTYLE IDEAS 2016


Top 5 New Hairstyle Tutorial For Men 2015


Dengan Surah Ali-Imran, Najib Tawar Kerjasama PAS-Umno?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah sekali lagi menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.
Najib ketika berucap sebelum merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini berkata Islam menggalakkan perpaduan dan mengingatkan bahaya terlibat dalam perbalahan.
"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.
"Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip-prinsip perpaduan. Seperti ayat 103 surah ali-Imran menyatakan kita harus berpegang teguh kepada tali Allah," katanya.
Najib berkata, ini bermakna bahawa ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya.
"Berpegang kepada tali Allah, bukan berpegang kepada tali lain, tali manusia ataupun tali-tali biasa tetapi tali Allah.
"Janganlah kamu semua berpecah-belah, maknanya melarang kita daripada berpecah-belah
"Oleh itu, saya yang mewakili kabilah saya (Umno) dan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang mewakili kabilahnya, mari kita berpegang kepada ayat ini.
"Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya.
Minggu lalu, Najib juga menghulurkan salam perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno.
Sementara itu, Najib juga melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia tidak akan menjadi seperti negara-negara di Asia Barat, di mana umat Islam berperang sesama mereka.
“Insya Allah, Malaysia tidak akan terjebak seperti negara-negara itu, sungguh pun Islam mewajibkan perpaduan, serta sikap saling tolong menolong ataupun ta’awwun.
“Islam juga meraikan perbezaan pandangan, apatah lagi jika berkait dengan urusan dunia. Perpaduan itu sangat penting untuk umat, persoalan yang lebih kritikal adalah bagaimana untuk membina perpaduan itu,” katanya. (MK)

InsyaAllah Melayu Tidak Jadi Macam Arab. -Pesiden PAS

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (kanan) dilihat bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Disember, 2015.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (kanan) dilihat bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Disember, 2015. 


Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir berpakaian sedondon ke program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia petang ini, memakai baju Melayu merah jambu, seperti membayangkan ikatan silaturahim yang mungkin terjalin antara dua ketua parti orang Melayu itu.
Bagaimanapun, warna itu sebenarnya merupakan tema majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, acara yang julung kali diadakan bagi menghimpunkan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Malaysia dan Indonesia.
Seri yang terpancar dari warna baju presiden Umno dan presiden PAS yang duduk bersebelahan di atas pentas itu seolah-olah memberi harapan kepada kerjasama antara dua parti politik yang selama ini bersaing itu.
Minggu lepas, Najib membuat pelawaan terbuka untuk menjalinkan silaturahim dengan PAS bagi membina negara sempurna mengikut syariat Islam.
Menyampaikan ucaptama di multaqa petang ini, Hadi berkata beliau mengharapkan umat Islam di negara ini tidak menjadi seperti di Timur Tengah yang kini berperang sesama sendiri kerana perbezaan ideologi.
Katanya, meskipun Malaysia tidak dapat lari daripada pelbagai perbezaan ideologi, beliau yakin ia tidak akan sampai ke tahap yang boleh mengakibatkan peperangan.
"Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang, kerana perbezaan ideologi. Berperang dengan senjata yang diberi Barat, Timur, sama ada Amerika, Rusia atau China.
"Kita berperang dengan senjata mereka... Kenapa jadi begitu? InsyaAllah Melayu tidak jadi macam Arab. Indonesia tidak jadi macam Arab. Kita berbeza pendapat, kita berbalah, berkelahi, tetapi tidak jadi peperangan proksi," katanya.
Hadi juga dalam ucapannya berkata, kerajaan sewajarnya memanfaatkan kepakaran ulama negara ini, mengatakan ramai ulama lepasan Al-Azhar boleh diketengahkan bagi membantu kerajaan dalam mentadbir negara.
"Zaman penjajah sudah tidak ada lagi di negara ini. Kita sendiri (tadbir negara). Ulama-ulama dan ustaz kita yang belajar agama ramai di negara kita.
"Bila kekuatan secara berkumpulan, ia sukar untuk dilumpuhkan," katanya sambil menambah, ilmu daripada Barat boleh dimanfaatkan tetapi nasihat mereka boleh diketepikan. – 17 Disember, 2015(TMI)

Atas Nama Pembangunan 1 Per 1 Kg Melayu Dirobohkan..

Satu persatu kampung Melayu dirobohkan di Pulau Pinang sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri.
Perkara itu didedahkan oleh Syed Imran Syed Ahmad dalam blognya, Kuda Ranggi.
Berikut tulisan Syed Imran bertarikh pada 4 September 2009 bertajuk “Tanjong To’kong – secebis kisah
Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.
Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.
Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.
Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.



kondo
Kondo mewah di tepi pantai Tanjong Bunga ini pada asalnya sebuah penempatan atau kampung Melayu yang bergantung hidup sebagai nelayan. Kondo ini berharga satu juta ringgit ke atas dan tidak mampu di beli atau dimiliki oleh orang Melayu yang merupakan penduduk asal di situ.
kondo 1
Inilah wajah Kampung Haji Mahmood, Tanjong Tokong setelah ia dibersihkan daripada rumah-rumah kayu berbumbungkan atap nipah.
kondo 3
Inilah bangunan yang bakal menghiasi Kampung Haji Mahmood. Sebuah unit kondo mewah berharga tidak kurang daripada 850 ribu ringgit.

Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah antara perkampungan Melayu yang awal wujud di Pulau Pinang. Semasa nakhoda kapal Syarikat Hindia Timur atau East India Company (EIC) bernama Francis Light mendarat di Tanjong Penaga (dekat Padang Kota Lama), kampung Melayu Tanjong Tokong sudah pun wujud. Ia bukan sebuah kampung yang dibuka selepas kedatangan Inggeris pada tahun 1786 tetapi jauh lebih awal. Ia adalah warisan bangsa.
Malangnya, atas nama pembangunan, satu demi satu kampung Melayu antara Kelawai dan Tanjong Bunga dilenyapkan. Kini nasib perkampungan Melayu Tanjong Tokong berada dihujung tanduk.
Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk membangun semula Tanjong Tokong dan tugas itu diserahkan kepada UDA Holdings Bhd. Penduduk kampung dilabelkan sebagai setinggan sedangkan nenek moyang mereka telah menghuni perkampungan itu sejak 200 tahun lalu. Inilah nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.
Musibah yang menimpa Kampung Buah Pala sebenarnya telah dialami jauh lebih awal oleh beberapa buah kampung Melayu termasuk di Ayer Itam, Kampung Rawa, Kampung Rawana, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas.
Pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong dikatakan akan menelan belanja 800 juta ringgit hingga satu bilion ringgit. UDA Holdings menjangkakan pembangunan semula itu akan dapat dilaksanakan antara lapan hingga 10 tahun dalam empat fasa, membabitkan pembangunan bercampur rumah kediaman dan unit-unit komersil. Keseluruhan projek pembangunan itu membabitkan kawasan seluas 30 hektar termasuk tanah pantai (laut) yang dipulih guna.
Cadangan pembanguna semula itu membabitkan 870 keluarga yang akan dan telah dipindahkan ke penempatan sementara secara berperingkat. Menurut laporan media, 250 keluarga telahpun dipindahkan pada tahun 2007 yang membolehkan fasa pertama projek berkenaan dimulakan.
Yang pasti, pembangunan semula perkampungan Melayu Tanjong Tokong akan sekali gus melenyapkan sebuah kampung tersusun yang menjadi lambang warisan Melayu Pulau Pinang kerana kampung-kampung lain dalam kawasan bandar raya dan pinggir bandar sudah menjadi sejarah.
Setiap kali pulang ke Pulau Pinang, saya dan isteri pasti ke Tanjong Tokong awal pagi untuk membeli kuih-muih Melayu. Inilah salah satu keistimewaan kampung Melayu Tanjong Tokong, iaitu mengekalkan penghasilan kuih tradisional Melayu.
Tanjong Tokong melahirkan beberapa tokoh yang berjasa kepada negara seperti pejuang kemerdekaan dan tokoh wartawan yang tidak didendang, Allahyarham Ibrahim Mahmood (Kampung Haji Mahmood sempena nama bapanya), Allahyarham Datuk Mohamad Sopiee Sheikh Ibrahim (sebatang jalan di kampung itu dinamakan sempena nama bapanya) dan anaknya Allahyarham Tan Sri Dr Nordin Sopiee, dan mantan datuk bandar KL Tan Sri Elyas Omar.
Penduduk Tanjong Tokong bukan menentang pembangunan tetapi mereka mahu mengekalkan satu-satunya kampung Melayu yang tersusun yang masih wujud dalam kawasan bandar. Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah warisan bangsa, warisan negeri dan warisan negara.
Kita bimbang nasib yang menimpa satu-satunya perkampungan masyarakat India/Tamil di Pulau Pinang, iaitu Kampung Buah Pala, akan menimpa sebuah lagi kampung Melayu. Apakah tidak cukup pengorbanan perkampungan Melayu selama ini? Apakah sukar untuk mengekalkan sebuah kampung yang benar-benar kampung tradisional Melayu Pulau Pinang?
Nampaknya begitu. Arah aliran pembangunan di Pulau Pinang yang melibatkan pembangunan kediaman pencakar langit terutama kondo mewah kini sudah menular ke kampung-kampung Melayu di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak, Batu Maung dan seterusnya akan merebak ke Balik Pulau.
Di Bayan Lepas, beberapa buah kampung termasuk yang berjiran dengan kampung kelahiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad sudahpun hilang dan digantikan dengan pangsapuri dan kondo mewah.
Bukit-bukau turut ditarah termasuk yang menghadap laut di antara Tanjong Bunga dan Telok Bahang. Semasa membesar di Pulau Pinang, saya tidak pernah mendengar apatah melihat tanah runtuh di Tanjong Bunga hingga ke Telok Bahang. Sekarang ia menjadi kenyataan akibat daripada pembangunan kediaman mewah atas bukit.
Berbalik kepada pembangunan semula Tanjong Tokong, UDA Holdings akan menukar wajah kampung Melayu kepada dua buah projek yang dinamakan Warisan Tanjung (tak tahu pula saya warisan apa yang dimaksudkan sedangkan warisan sebenar dihapuskan) yang akan mengandungi 15 blok rumah pangsa lima tingkat (1,350 unit) dan sebuah bangunan komersil. Perlu diiangatkan pembangunan rumah pangsa lima tingkat tidak perlu disediakan lif. Ya, orang Melayu cukup gagah untuk memanjat tangga, barangkali itulah sebabnya didirikan rumah pangsa lima tingkat. Atau, itulah bentuk kediaman yang sesuai didiami oleh orang Melayu.
Projek kedua yang akan dimajukan atas tapak pulih guna (tambak laut) dinamakan Tanjung West, akan mengandungi rumah pangsa berharga sederhana rendah, pangsapuri, kondo dan bangunan komersil. Ia membabitkan kawasan seluas 16.6 hektar.
Episod Kampung Buah Pala sudahpun di penghujung jalan dan penduduk kena akur dengan kehendak undang-undang, sama ada ianya betul atau sebaliknya, kini nasib penduduk kampung Melayu Tanjong Tokong yang cuba mempertahankan warisan datuk nenek mereka sedang diuji dan kita boleh menjangkakan apa yang menimpa penduduk Kampung Buah Pala akan berulang di Tanjong Tokong.
Pulau Pinang bandar baharu,
Kapten Light menjadi raja,
jika dikenang nasib Melayu,
tentu menitis si air mata.
Inilah serangkap pantun lama warisan Melayu Pulau Pinang yang saya ubah sedikit (nasib Melayu) untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa. (AIDCNews – 17/12/15 –)

Thursday, December 17, 2015

PAS-UMNO Kongsi Pentas, Cari Titik Persamaan.

Najib dan Abdul Hadi di pentas pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, Khamis. Foto M. AZHAR ARIF / The Star


Presiden Umno itu duduk bersebelahan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini, Khamis.
Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, perbezaan ideologi politik tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan Islam.
“Kita mahu mengelak perbezaan ideologi yang boleh membawa kepada perang proksi antara umat Islam,” katanya.
Matlamat majlis itu adalah mempromosikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob. – mStar Online

Ini Berkat Idea Kreatif Sedekah Jamu Percuma ..

Fauzi bersama para pelanggan jamunya: Percuma bagi yang hafal al-Quran..

JOM KREATIF

Siri Pengkayaan Al-Qurqn.
1Pengkayaan Al-Quran: Indonesia Terbit Al-Quran Ter...
2. Rupa-Rupanya Sudah 500 Tahun Papua Islam…

3. Ini, Tawaran Jamu Percuma Kepada Pelanggan Hafal A...

Menjadi diri sendiri dan berbeza, memang memerlukan usaha dan keberanian. Sekurang-kurangnya, itu yang dilakukan Muhammad Fauzi. Suatu hari, tiba-tiba ia punya idea luar biasa. Selepas melakoni pekerjaan ini sejak 20 tahun silam, ia dapat idea menjual jamu sambil membawa puluhan buku-buku bacaan di gerobak motosikalnya.


"Saiki zamane moco" (sekarang zamannya membaca, red). Tulisan itu dilekatkan di motor dekat dengan botol-botol jamunya. 

Di sisi lain, ia juga memberi pengumuman bertuliskan "yang hafal al-Quran minum percuma selama-lamanya".
Bonus percuma 'minum jamu sepuasnya dan selama-lamanya bagi hafidz / hafidzah (penghafal al-Quran)'

Sejak idea unik Fauzi menjual jamu sambil membawa buku bacaan bagi para pelanggannya, ia jadi ramai diperbincangkan di sosial media. Selain itu, ia juga menambah bonus percuma 'minum jamu sepuasnya dan selama-lamanya bagi hafidz / hafidzah (penghafal al-Quran)'.

"Idea itu muncul secara spontan, kebetulan isteri saya juga seorang hafidzah (penghafal al-Quran). Ini juga sebagai penghargaan terhadap para penghafal al-Quran, "kata Fauzi kepada hidayatullah.com semasa ditemui di rumahnya di Jalan Sukorejo RT 9 RW III, Desa Sukerejo, Kecamatan Buduran, Kabupaten Sidoarjo, Selasa (08/12/2015) lalu.

Fauzi bukan sedang bergurau. Ia mengaku sengaja memberikan bonus 'minum jamu percuma selama-lamanya'. Syaratnya cukup mudah, hanya mengaku sebagai seorang hafidz / hafidzah, maka Fauzi akan dengan senang hati memberikan jamunya secara cuma-cuma alias percuma.

"Cukup mengaku dia hafidz, saya akan kasih jamu sepuasnya dan selamanya. Urusan itu benar atau tidak, perkara dirinya dengan Allah sahaja, "tutur ayah dua anak yang mengaku berpendapatan 50,000 rupiah perhari ini.

Ketika ditanya sama ada dirinya tidak merasa rugi dengan cara seperti itu? Lelaki yang juga alumni Pondok Pesantren Bustanul Arifin, Banyuwangi ini menganggap hal itu sebagai sedekah biasa saja.

"Tidak sama sekali, itu ibarat sedekah atau berkongsi sama teman saja. Malahan insya Allah nggak mengurangkan pendapatan, "ungkapnya.

Bahkan, keyakinan ini Fauzi tularkan kepada temannya yang seorang penjual keropok keliling.

"Pada mulanya juga bertanya 'nggak rugi yah?' Saya jawab, 'wis tah (sudahlah) anggap sahaja sedekah, insya Allah nggak rugi," katanya yakin.

Hanya saja menurutnya, sehingga hari ini belum ada yang dapat minum percuma. "Belum ada yang percuma kerana dia penghafal al-Quran," ujarnya.


Muhammad Fauzi dengan latar belakang Taman Ilmu Masyarakat (TIM) Buduran, Sidoarjo [hidayatullah.com]

Zaman Membaca


Fauzi mengaku, ia mula dikenali kepada orang ramai kerana keunikannya dalam berjualan jamu. Tidak hanya menjajakan jamu, ia juga membawa puluhan buku setiap hari di gerobaknya untuk sekadar dibaca atau dipinjamkan kepada para pelanggannya.

Dilatarbelakangi oleh hobinya yang memang membaca, lelaki kelahiran 7 Mei 1982 ini juga berkeyakinan bahawa dengan membaca akan lebih mencerdaskan masyarakat bahkan mengangkat derajat hidup seseorang. 

Terlebih, kata Fauzi, membaca adalah seruan agama melalui wahyu yang pertama kali turun, yakni Iqra '(perintah membaca).

"Sebagaimana perintah Al-Quran itu kan Iqra ', bacalah. Nah dalam dakwah salah satunya kan bisa dengan membahagikan buku agar orang mau membaca," terang lelaki berambut panjang ini.

Ia ada idea membuat perpustakaan, semasa di rumahnya melihat isterinya membuka Taman Pendidikan Al-Quran (TPA) bagi anak-anak warga sekitar tempat tinggalnya.

Melihat banyak anak-anak mengaji di rumahnya, tahun 1998, Fauzi berinisiatif membuat perpustakaan mini di rumahnya. Modal pertama buku-bukunya semasa di pesantren dulu. Sampai pada sekitar 2011, ia memutuskan untuk membawa buku-buku tersebut bersama dagangan jamunya.

Sejak wujud idea uniknya, kini menjadi berkah tersendiri bagi Fauzi. Kini, ia sudah mempunyai sebuah taman bacaan bernama Taman Ilmu Masyarakat (TIM) Buduran, Sidoarjo dengan jumlah sekitar 7000 koleksi buku bacaan.

Santri TPA di rumahnya yang mengaji setiap sore hari pun, kini sudah berjumlah hampir 100 anak. Ia juga menguruskan sebuah PAUD yang diberi nama Bustanul Hikmah yang menampung sebanyak 40 anak dengan percuma alias tanpa dipungut biaya.

"Itu sudah kita hadkan, kerana keterbatasan tempat. Sebetulnya sasaran awalnya hanya 15, tapi ternyata sekarang ada 40. Dan itu diasuh sendiri oleh isteri saya bersama dua orang sukarelawan, "jelas Fauzi.

Ditanya mengenai pembiayaan operasi, Fauzi menjawab bahawa semuanya berjalan dengan modal kepedulian dari orang lain.

"Sukarelawan pun hanya kami beri insentif 100 ribu per-bulan. Ya saya akan terus usahakan agar semua ini tetap jalan, saya yakin masih banyak di luar sana orang-orang yang peduli, "ungkapnya.

Sejak wajahnya muncul dan jadi perbincangan media sosial. Keberkatan ikut mengiringinya. Beberapa orang bahkan syarikat mendatanginya. Belum lama ini ia mendapat geran motor dari Tata Motor, syarikat motor asal India guna menjadikannya sebagai perpustakaan keliling. 

Ada pula yang membangun dan mengubahsuai rumahnya. Bahkan Fauzi mendedahkan, ia merancang membina pesantren di rumahnya.

"InsyaAllah tahun depan ini kita akan realisasikan, sekarang masih tahap merancang bangunannya. Jadi atas ini bakal didek semua, dan dibuat seperti bilik-bilik, untuk belajarnya nanti boleh di alam terbuka sahaja, "jelasnya sambil menunjuk bumbung rumahnya.

"Saya juga bercadang mencari hafidz untuk disekolahkan sehingga tamat kuliah," lanjut Fauzi.

Berkaitan pembiayaan dan lain-lain, Fauzi mengaku menyerahkan semuanya kepada Allah, sebagaimana yang sudah ia lalui selama ini.

"Dananya ngalir saja, insyaAllah ada. Seperti halnya rumah ini, kalau saya bekerja tanpa melibatkan Allah sebagai contoh, saya yakin sampai saat ini pun saya belum boleh bangun rumah sampai jadi seperti sekarang ini, "tuturnya.

"Sebelum buka perpustakaan saya juga bekerja, tapi nggak boleh sampai begini, makanya menurut saya penting sekali bekerja untuk Allah," tegasnya. 

(Berita ini juga dapat dibaca melalui m.hidayatullah.com)

Lihat juga..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Wednesday, December 16, 2015

Ancaman Bom, Lebih 1000 Sekolah Di Los Angeles Tutup. AS Takut?


LOS ANGELES: Lebih 1000 sekolah di Los Angeles dilaporkan ditutup akibat ancaman bom dan serangan bersenjata. Akibatnya ratusan ribu pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan semalam.

Tindakan itu bagaimana pun disifatkan banyak pihak sebagai keterlaluan dan mendapat kecaman.

Ini kerana pihak berkuasa kemudiannya memaklumkan bahawa siasatan mendapati ancaman yang ditakuti itu hanyalah amaran palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Ancaman tersebut dilaporkan dihantar melalui emel dari Jerman dua minggu selepas pasangan Syed Rizwan Farook, 28, dan isterinya, Tashfeen Malik, 27, melancarkan siri tembakan rambang di San Bernardino, California yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 21 yang lain.

Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti turut mengesahkan siasatan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mendapati ancaman tersebut palsu. Ekoran itu semua pelajar boleh memulakan sesi persekolahan mereka seperti sedia kala, Rabu.

Siasatan lanjut bagaimanapun akan diteruskan pihak FBI mengenai emel palsu yang diterima. – Agensi

Pantun Melayu menyebutkan..

Melukut di tepi gantang
buka sanggul cari kutu,
Sebab takut akal pun hilang
tunggul dikata hantu.

Video: 

Los Angeles schools shut down over bomb hoax

Amanah Ambil-alih K'tan? Omong Kosong Mat Sabu -Ibnu Hasyim.

Mat Sabu

PARTI Amanah akan ambil-alih Kelantan? Itu omong kosong Mat Sabu. Demikian pendapat Weblog Ibnu Hasyim.

The Malaysian Insider (TMI) melaporkan hari ini, Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).  Kata Mohamad Sabu, yang mendakwa wujud ramai penyokong dalam diam kepada parti serpihan itu, tanpa memberi apa-apa bukti. 

Presiden Amanah itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan di negeri pantai timur Semenanjung itu mempunyai paling ramai golongan 'harumanis' di kalangan rakyatnya.
Istilah itu diambil sempena sejenis buah mangga, digunakan bagi menggambarkan ahli PAS yang menyokong Amanah, yang ditubuhkan selepas puak progresif meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu.

Mangga harumanis hijau di luar tetapi oren di dalam, mencerminkan warna rasmi PAS, hijau, dan Amanah, oren.


Bercakap dalam satu wawancara dengan TMI, Mat Sabu hanya menyebutkan..

"Saya diberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat, PAS akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan kerana pelbagai sebab.

"Generasi kami dulu antara yang memenangkan PAS di Kelantan. Kami tidak akan izinkan ia jatuh ke tangan BN kembali.
"Kalau nak tolak PAS pun, pergilah kepada Amanah, jangan bersama Umno," pinta bekas timbalan presiden PAS itu.

Namun menurut TMI, pilihan raya umum seterusnya dijadualkan pada 2018. Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang menyokong Amanah tidak mencukupi untuk membantu parti baharu itu menang di negeri itu dan membentuk kerajaan.

Sejak Amanah ditubuhkan beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap yang ia mendapat sokongan kira-kira 10 hingga 15 Adun negeri itu. PAS memiliki 32 daripada sejumlah 45 kerusi DUN di Kelantan. Selebihnya dipegang BN (12) dan PKR (1).

Sehingga hari ini, tiada seorang pun wakil rakyat negeri yang secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Amanah. Namun 2 ahli Parlimen PAS di Kelantan sudah pun meninggalkan parti itu. Mereka ialah wakil rakyat Kuala Krai Dr Mohamad Hatta Ramli yang menyertai Amanah, dan wakil rakyat Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR.

"Maka bertambah jelas bahawa kenyataan Mat Sabu tersebut tidak berdasarkan kepada fakta terkini, apalagi tiada tanda-tanda rakyat menolak kepimpinan PAS Kelantan yang ada sekarang." Jelas Weblog Ibnu Hasyim lagi. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails