Saturday, January 02, 2016
NIK Omar NIK Aziz Ahli PAN, Rupanya Salah Lapor, HU HU HU. -Blog Omak Kau!!!!
BERKATALAH Blog Omak Kau!!!!...
HU HU HU HU HU.
Ini betul-betul lawak paling gila dalam sejarah politik ... hebahkan beritahu satu dnuia kononnya anak Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Nik Omar sudah masuh PAN siap ada diberikan jawatan lagi sebagai Pengerusi Panel Syariah PAN Kelantan.
Bila diasak dan diajukan soalan ... tukang hebahkan pula menafikannya siap cakap silap lapor lagi tu. Paling lawaknya Nik Omar Nik Aziz tidak pun hadir dalam majlis malam tadi .. kira pengumuman dibuat tanpa hadir dan pengesahan .. sebiji seketulah mengumumkan kemasukan pembantu khas Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Ustaz Idris Ahmad kedalam PAN baru-baru ini dengan menyerahkan borang kosong.
Boleh pula cakap sudah masuk PAN tapi tidak mau heboh kerana menghormati balu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang juga bondanya. Punyalah terdesak juak-juak PAN ini sampai sanggup lakukan kerja haprak, hapak lagi jijik dan meloya..
Lihat sebelum ini.
Tawaran Israel Kepada DAP, Kit Siang Akan Saman.
DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, kata Ketua Parlimennya Lim Kit Siang.
Beliau tidak menamakan "pemimpin politik kanan" berkenaan tetapi berkata individu itu akan disaman kerana memfitnah.
"Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau 2 hari," kata Lim malam tadi ketika berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara (Amanah) di Petaling Jaya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, pembohongan tersebut menunjukkan "budaya terdesak politik di negara ini".
Ahli politik itu, yang menurutnya daripada sebuah parti politik lain, membuat "tuduhan melulu" mengenai hubungan DAP dengan Israel.
"Pemimpin politik kanan daripada parti lain yang berbohong tentang DAP, seperti seorang yang membuat dakwaan tidak munasabah mengatakan DAP ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah," kata Lim.
"Semua pemimpin politik mesti diberi pengajaran yang mereka tidak boleh melepaskan diri selepas berdusta atau membuat dakwaan paling tidak munasabah, atau melindungi diri dari perbuatan jahat dan pengecut itu dengan mendakwa mereka hanya mengitar semula pembohongan."
DAP minggu lalu menjadi sasaran beberapa pemimpin PAS yang mengkritik Ketua Biro Ekonomi Perak DAP Chong Zhemin yang mengecam Kementerian Belia dan Sukan dalam kes atlet Israel yang dinafikan visa dan akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara sukan luncur antarabangsa di Langkawi.
Ketua Pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamaruddin minggu lalu berkata kenyataan Chong menimbulkan persoalan sama ada DAP menyokong Israel.
Naib Ketua Pemuda Amanah Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar juga mengkritik Chong, mempertahankan keputusan kerajaan yang disifatkan wajar sebagai tanda bantahan terhadap Israel kerana menganiaya rakyat Palestin.
Chong bagaimanapun kemudiannya menarik balik kenyataannya dan DAP mengatakan ia pandangan peribadi beliau sementara parti itu tetap dengan pendiriannya tidak menyokong Israel.
Dakwaan DAP ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel itu bagaimanapun didakwa dibuat Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, seperti dilaporkan pelbagai media. – 2 Januari, 2016
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP perlu saman, bersihkan contengan arang di muka, atau memang mukanya sudah lama terconteng arang. Orang Melayu/Islam tertungu-tunggu apakah benar DAP mengkhianati mereka dan Presiden PAN terlibat?
Lihat ini..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok..
Skandal 1MDB Adalah Satu Bentuk Rasuah. -Husam Musa.
Dalam parti apa yang nak buat kena ada tindakan bersama. Presiden PAS pergi majlis UMNO atas keputusan mesyuarat Harian PAS. Apakah Husam pergi itu atas keputusan parti PAS? Kita boleh berdalih dan membuat macam-macam alasan tapi orang dah tahu. Kita jika dah jadi ahli biasa, drp pemimpin kena belajar menerima keputusan. Takut nanti belit dan alasan kita akan menjerut kita nanti. - PC PWM
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden.
"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.
"Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.
"Takkan saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh ke majlis bersama pemimpin Umno," kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.
Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada persidangan serantau bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur awal bulan lalu.
Kata Husam, kalau presiden PAS boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakannya yang dulunya anggota PAS.
Ini kerana, Hadi berkata beliau mahu berperanan sebagai penasihat kepada Umno ketika ditanya mengenai hubungannya dengan parti Melayu itu yang selama ini merupakan musuh ketat PAS.
Husam turut memaklumkan, beliau akan menyertai majlis DAP malam esok di Kluang, Johor atas alasan yang sama.
"Saya akan bersama majlis DAP untuk menasihati rakyat Malaysia agar bersatu menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN)," kata Husam yang menjadi pemidato utama dalam majlis anjuran Amanah Kelantan itu malam tadi.
Husam juga melahirkan kebimbangannya ekoran hubungan baik antara pemimpin PAS dengan Umno.
"Saya bimbang parti saya lindungi Umno yang lakukan korupsi," kata ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu.
Baginya, rasuah adalah salah satu dosa, sambil menambah penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bentuk rasuah.
"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan itu?" soal Husam.
Husam dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau tokoh reformasi Malaysia.
Katanya, tidak ada ulama di Malaysia mengajar pengikutnya dari sekecil-kecil perkara seperti mengelakkan pembaziran dan penyelewengan, apatah lagi isu besar seperti rasuah.
"Tidak ada ulama yang mengajar pengikutnya agar hanya menggunakan sebotol air sahaja untuk mengambil wuduk.
"Ketika para ustaz mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sangat banyak, ia dianggap membazir oleh Tok Guru Nik Aziz," kata Husam.
Husam juga memberi contoh beliau pernah dimarahi Nik Aziz kerana tidak mematikan lampu bilik air hampir 30 tahun lalu, dan hingga kini menjadi tabiatnya tidak meninggalkan lampu bilik air terpasang apabila keluar tandas. (TKO)
Hadi Izin Husam Hadir Majlis Amanah
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendapat keizinan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadiri sesuatu majlis anjuran parti lain...
Majlis Makan Malam Amanah Mengejutkan? Lihat 4 Perkara Ini..
Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis makan malam Amanah Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan. Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu. GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.
Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya. Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.
Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.
"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.
"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.
"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu. (TMI)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wakil IH hadir sendiri dalam majlis sebentar tadi, ada 4 istimewa..
- Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)
- Lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya, walaupun tiada kehadiran Presidennya Mohamad Sabu.
- Apakah ini menjadi bukti Amanah mampu mengambil alih Kelantan pada PRU 14 akan datang?
- PAS perlu sedar dan terima kenyataan ini, juga perlu atasi kelemahan-kelemahannya. (IH)
Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH). Dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan.
Nik Omar bagaimanapun tidak hadir dalam majlis tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya. Namun ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH.
Malah, beliau mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.
"Eh mana ada anak Nik Aziz masuk AMANAH. Kamu salah dengar ni. Mana ada," katanya selepas majlis yang dihadiri kira-kira 1000 penyokong parti itu.
Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemui Malaysiakini mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan itu memang telah menyertai parti berkenaan. Sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata Nik Omar bagaimanapun tidak akan hadir pada majlis-majlis yang melibatkan orang ramai pada ketika ini.
Hormati permintaan keluarga
Katanya, ia bagi menghormati permintaan keluarganya serta kematian bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu.
"Sebenarnya dia (Nik Omar) memang dah sertai AMANAH tapi sebab nak menghormati permintaan bondanya serta keluarganya yang lain.
"Tetapi kalau ada mesyuarat dalaman memang dia akan hadir cuma di majlis terbuka seperti ini dia tak mahu menonjol," katanya kepada Malaysiakini.
Masih belum bersedia.
Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.
"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.
Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya. Manakala adiknya, Nik Abduh yang merupakan anak kelima pula merupakan Ketua Pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Nik Omar untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau sendiri. (MK)
RM1.2 Billion: Cuba Elak Pendedahan Razali. DAP Jawab Segera!
AIDCNews – 01/01/16 – DAP cuba mengalih isu tawaran dana RM1.2 billion (USD300 juta) dari pihak Israel yang didedahkan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman kepada Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke hanya menggunakan hujah ‘tidak masuk akal’ terhadap dakwaan DAP telah ditawarkan RM1.2 billion sebagai balasan akan membina sebuah pangkalan tentera Israel di Port Dickson jika ia berjaya merampas Putrajaya.
“Ini tidak masuk akal,” kata Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan hanya merujuk kenyataan Dr Zuhdi dan mengabaikan nama pihak yang bertanggungjawab menjawab pendedahan itu, Mohamed Razali Abd Rahman.
Sebelum ini, Dr Zuhdi yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat mendesak DAP perlu menjawab pendedahan Mohamed Razali itu kerana kegagalan berbuat demikian akan mengesahkan hubungan DAP dan Israel yang sedang diperkatakan.
“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel,” kata Zuhdi.
Katanya lagi, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya lagi.
Selanjutnya, sila baca “DAP Perlu Jawab Dakwaan Ditawar Dana RM1.2 Billion Pada PRU 13″
Lihat pendedahan ini..
Friday, January 01, 2016
Perutusan Tahun Baru 2016 -YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Tahun 2015 telah meninggalkan kita. Alhamdulillah kita telah berada di tahun 2016 yang baru. 2015 merupakan tahun yang dihiasi dengan peristiwa-peristiwa duka bagi rakyat Malaysia.Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) telah mula diperkenalkan. Nasib rakyat Malaysia yang sebelum itu berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup bagaikan "jatuh tangga ditimpa tangga".
Golongan berpendapatan rendah yang sebelum ini tidak perlu membayar cukai pendapatan sekarang terpaksa membayar cukai. Kos sara hidup terus meningkat dan golongan berpendapatan sederhana juga menerima kesannya. Pelbagai kontroversi pula telah melanda negara dan pimpinan tertinggi negara. Akibatnya imej negara di mata dunia telah teruk tercalar. Keyakinan warga antarabangsa terhadap negara terus merudum. Kejatuhan nilai Ringgit berlaku tanpa henti. Malaysia perlu diselamatkan. Rakyat tidak boleh dibiarkan tanpa pembelaan.
PAS TIDAK AKAN BERDIAM DIRI.
Maka PAS tidak akan sama sekali redha atau berdiam diri. Islam mengajar kita agar tidak cenderung kepada mereka yang zalim sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud,
- "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." ( Hud : 113 )
Pada tahun 2016, sama ada di dalam kerajaan atau di luar kerajaan PAS akan kekal dengan agenda-agenda membela nasib rakyat.
PENYELESAIAN YANG "TANGIBLE".
Tetapi masa untuk slogan-slogan bersemangat semata-mata telah berlalu tetapi masanya telah tiba bagi penyelesaian-penyelesaian yang "tangible". Agar ini dapat berlaku PAS akan memperlengkapkan ahli-ahlinya dengan pelbagai ilmu dan kepakaran. Rasulullah SAW bersabda,
- “Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
PAS akan membuka pintunya kepada sesiapa yang mahu bersama-sama mencapai hasrat tersebut. Sehubungan itu, usaha menambah ahli dan menubuhkan cawangan-cawangan baru akan dipertingkatkan.
PERTEGASKAN KOMITMEN AHLI.
Komitmen ahli-ahli PAS untuk menyumbang tenaga dan wang ringgit yang dikagumi kawan dan lawan akan dipertegaskan kembali. Walaupun hari ini PAS berada di dalam kerajaan dengan pelbagai kemudahan dan peruntukan namun PAS perlu bersedia untuk apa sahaja kemungkinan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
- ".....Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki....."( Ali Imran : 26 )
BAKTI UNTUK SEMUA.
PAS akan terus inklusif, menabur bakti untuk semua tanpa mengira agama, bangsa dan status sosial. Ia sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
- “Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” ( Al- Anbiya : 107 ).
PAS akan menjadi rahmat bagi seluruh rakyat.
TAMATKAN DOMINASI BN.
Seluruh tenaga rakyat pula perlu digembeling untuk memastikan dominasi BN berakhir. Negara dan rakyat berada di dalam bahaya selagi BN terus berkuasa. Aset negara telah jatuh ke tangan asing dan mereka dibenarkan menguasai industri yang kritikal. Ini sekali gus mendedahkan negara kepada kemungkinan campurtangan asing. Undang-undang baru pula digubal untuk memastikan kebangkitan rakyat dapat disekat. Sebenarnya BN tidak boleh dibiarkan mentadbir negara walaupun satu hari lagi. Pembangkang perlu mencari formula bagaimana penguasaan BN ini boleh berakhir. Pengalaman di negara-negara lain menunjukkan boleh terdapat lebih dari satu inisiatif. Dunia hari ini terlalu kompleks dan rakyat terlalu bijak untuk dihidangkan dengan satu alternatif sahaja.
SELAMAT MENGHADAPI CABARAN 2016.
BAKTI UNTUK SEMUA.
YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
1 Januari 2016
Mabuk Ini, Jadi Macam Babi, Bila Lagi K'jaan Nak Haramkan Arak?
Ia merupakan detik-detik memalukan bagi seorang lelaki berusia 20 tahun, Matt Hill, yang berjalan pulang ke rumahnya dalam keadaan bogel disebabkan mabuk.
Menurut Matt yang berasal dari Early, dia minum minuman keras dalam satu perjumpaan di sekolahnya.
“Ketika saya berjalan bersama beberapa orang kawan, mereka menolak saya ke dalam lopak menyebabkan pakaian saya basah.
“Disebabkan baju saya basah, saya kesejukan dan kerana mabuk, saya mencampakkan pakaian yang saya pakai tetapi rupa-rupanya rumah saya lebih jauh daripada yang saya sangkakan,’’ katanya.
Aksinya berlari bogel berbekalkan hanya sekeping surat khabar menutup kemaluannya, telah dirakamkan oleh Tony Marsh dan Chris Moorby.
Mereka kemudiannya memuat naik aksi selama 16 saat itu dalam media sosial dan kemudiannya menjadi viral.
Namun Matt menyatakan dia tidak kisah meskipun gambarnya menjadi bahan lawak dan diketawakan ramai.
“Semua orang ketawa. Ibu saya juga berasal malu,’’ katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelas Malaysia 'agama Persekutuan'nya adalah Islam. Tetapi arak tetap berleluasa, macam negara bukan Islam. Kerajaan mahu rakyatnya berperangai macam binatang, seperti pemimpin-pemimpinnya yang mengaku Islam tapi masih minum arak. (IH)
TPPA: Kerajaan Tidak Boleh Gadai Kepentingan Rakyat -Razman Zakaria
Oleh
Razman Zakaria
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dilihat bertentang arah dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Peluang yang diberi kepada bumiputera dengan sekatan kepada kaum lain atas alasan untuk imbangan ekonomi antara kaum.
Setelah hampir 60thn pelaksanaan DEB masih tidak mencapai sasaran. Sasaran 30% ekuiti bumiputera masih pada kadar di bawah 20% dan pemilikan bangunan komersial Bumiputra masih di bawah 10%.
TPPA difahamkan memberi hak kepada pelabur asing. Syarikat asing negara anggota TPPA hendaklah dilayan seperti pelabur tempatan dan harus diberi hak bersaing untuk perolehan kerajaan.
Pelabur asing juga tidak boleh dikenakan sebarang syarat seperti pemindahan teknologi, syarat input, aliran kewangan dan modal, sekatan terhadap keuntungan atau syarat perjawatan. Lebih membimbangkan sekiranya kerajaan tidak mematuhi perjanjian (mencabuli perjanjian) kerajaan boleh dihadapkan ke Mahkamah Tribunal Antarabangsa.
Dilihat perkara ini mempunyai implikasi yang besar kepada ekonomi dan masa depan rakyat. Permainan ekonomi di padang yang tidak sama rata dan tahap kemahiran yang berbeza boleh membawa negara kepada risiko besar.
Sebelum memuktamadkan persetujuan menyertai perjanjian TPPA ini adalah disarankan supaya kerajaan mendapat pandangan pakar daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Persoalan pertama yang perlu dijelaskan kenapa negara-negara membangun seperti Indonesia dan Thailand yang dianggap setaraf Malaysia tidak menyertai perjanjian ini.
Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.
Sambutan Tahun Baru Di Dunia, Pengganas & Aceh..
SYDNEY - Bandar raya Sydney di Australia akan memulakan parti pada petang menjelang tahun baru dengan persembahan bunga api terbesar yang pernah diadakan di kota raya itu.
Pertunjukan di jambatan Harbour Bridge dan panggung Opera House di bandar raya terbesar di Australia itu menjadi tradisi dan merupakan acara utama pertama menandakan ketibaan tahun baru.
Walaupun wujud kebimbangan tentang isu keselamatan, para penganjur menjangkakan kehadiran lebih satu juta orang sebelum detik 12 tengah malam bergerak melintasi Benua Asia, Asia Barat, Afrika, Eropah dan akhirnya Amerika.
“Sambutan ini makin meriah pada setiap tahun. Sydney menampilkan tambahan 2,400 bunga api (berbanding 2015) dan pelbagai acara menarik,” kata Datuk Bandar Clover Moore.
Menurutnya, sebanyak tujuh tan bunga api akan dibakar bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru 2016.
Pertunjukan bunga api turut memeriahkan tahun baru di Hong Kong, Beijing, Singapura dan beberapa bandar raya utama di Asia, namun Jakarta diletakkan dalam keadaan berwaspada selepas polis antipengganas menggagalkan beberapa komplot serangan di kota raya itu menjelang tahun baru.
Tindakan lebih drastik dilaksanakan di ibu negara Belgium, Brussels apabila pihak berkuasa ibu kota itu membatalkan semua acara keraian dan pertunjukan bunga api bagi menyambut tahun baru ekoran kebimbangan ancaman serangan pengganas
“Adalah lebih baik untuk tidak mengambil sebarang risiko,” kata Datuk Bandar Brussels, Yyan Mayeur kelmarin selepas polis menangkap dua orang yang disyaki merancang untuk melancarkan serangan ketika sambutan tahun baru.
Di Paris, Perancis, pertunjukan bunga api turut dibatalkan ketika warga kotanya masih dihantui serangan berdarah pada 13 November lalu yang menyebabkan 130 orang terbunuh.
Di Turki pula, polis menahan dua suspek militan Islamic State yang didakwa berkomplot untuk melancarkan serangan di pusat bandar Ankara yang dijangka dipenuhi orang ramai menjelang tahun baru.
Dalam pada itu, polis Moscow akan menutup dataran Red Square untuk kali pertama tahun ini. Sebelum ini, berpuluh-puluh ribu orang berkumpul di lokasi tersebut untuk menyambut tahun baru.
“Adalah bukan rahsia bahawa Moscow kini merupakan antara sasaran pengganas,” kata Datuk Bandar Sergei Sobyanin baru-baru ini.
Di Britain, polis cuba mengawal kebanjiran orang ramai di London dengan mengenakan bayaran untuk mereka yang mahu menyaksikan pertunjukan bunga api di tebing Sungai Thames. Setakat semalam, sejumlah 113,000 tiket bagi tujuan itu yang setiap satunya berharga AS$15 (RM64) sudah habis dijual.
Sekutu Britain, Amerika Syarikat pula melaksanakan kawalan ketat di dataran Times Square di New York dengan satu juta orang dijangka membanjiri bandar raya itu untuk sambutan Tahun Baru 2016. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Sedangkan pemerintah Banda Aceh untuk pertama kalinya mengharamkan perayaan di malam pergantian tahun. Selain melarang persembahan bunga api dan petasan, polis Syariah juga memperingatkan hotel dan cafe untuk tidak membuat pesta apapun.
Pemerintah Banda Aceh mengharamkan perayaan tahun baru untuk pertama kali. Anggota Polis Syariah alias Wilayatul Hisbah disiagakan untuk merazia petasan dan bunga api menyusul larangan terbaru yang dikeluarkan oleh pemerintah setempat.
Sebelumnya pemerintah Banda Aceh juga melarang warganya mengucapkan selamat natal kepada pemeluk agama Kristen. Larangan tersebut disokong oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).
Syariat Islam buat Semua
Sejumlah media melaporkan, pemerintah-pemerintah kota lain di provinsi Aceh juga melakukan hal serupa. Pemerintahan Kota Banda Aceh menilai perayaan malam tahun baru haram bagi kaum Muslim dan dianggap bertentangan dengan syariat Islam.
Sebelumnya massa sebuah ormas Islam menununjuk perasaan di beberapa lokasi di Banda Aceh menyatakan sokongan kepada ulama dan Pemkot dalam melarang perayaan tahun baru. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
Trend Remaja, Bergambar Tukar Baju Dengan Pasangan. Bagaimana Tangani?
GAMAKNYA bila sudah terlampau kreatif, beginilah jadinya!
Dahulu pasangan bercinta hanya gemar mengenakan pakaian sedondon namun kini, fenomena itu berubah sedikit.
Tak pasti pula entah sejak bila bermula, menukar baju sesama pasangan tiba-tiba jadi trend dan ikutan ramai untuk bergambar khususnya golongan remaja.
Bergambar dengan mengenakan pakaian milik kekasih dikatakan jadi ‘kegilaan’ kerana kelihatan sweet dan kelakar. Walaupun trend bergambar ini disifatkan hanyalah ‘suka-suka’, namun ianya mengundang kecaman ramai di media sosial.
Difahamkan, trend ini sangat popular di Indonesia, negara umat Islam terbesar di duniadan dikhuatiri bakal menjadi ikutan di negara ini pula.
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)
Tarikh Keputusan:
18 Dec, 2008
Keputusan:
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:
Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:
Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:
" Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, (mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.
Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan , tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"
Keterangan/Hujah:
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.
Sabda Rasulullah SAW :
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya :
- Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari)
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1)
2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.
Sabda Rasulullah SAW
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة ت
Maksud :
- Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)
Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
10 Jun, 2010
Nombor Rujukan:
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen:
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI
Menjadi kewajipan seluruh umat Islam memikirkan bagaimana menanganinya, terutama pemimpin dan ulamanya. (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)