Wednesday, January 06, 2016

16 Bulan Hafal Quran, Anak Tukang Tampal Tayar..

Fadhilah Haifa' Afifah



TAK ada kata mustahil jika seseorang mahu bersungguh-sungguh berusaha. Bagaimanapun terhadnya, jika berniat sungguh-sungguh dan bekerja keras maka apapun boleh terjadi.

Hal ini dibuktikan oleh Fadhila Haifa 'Afifah. Seorang remaja perempuan yang mampu menghafaz 30 juz Al-Quran hanya dalam masa 16 bulan, yakni selama Jun 2013 hingga Oktober 2014.

Gadis kelahiran 17 April 2000 ini mula mempunyai niat menghafal Al-Quran sejak kelas VI madrasah ibtidaiyah karnea membaca hadis yang berisi keutamaan menghafal Al-Quran, yakni boleh menyelamatkan ibu bapa di akhirat kelak.

Ayahnya, Poniran, bekerja sebagai tukang tampal tayar dan ibunya, Darmini berjualan sembako. Dila, sapaan akrabnya, melanjutkan sekolah di salah satu pondok pesantren setingkat SMP di Madiun, Indonesia dan mampu menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya 2-3 helai per hari.

Biasanya, Dila memanfaatkan waktu selepas Subuh, petang selepas Asar, dan usai Maghrib hingga pukul 20.00 WIB (Waktu Indonesia Barat). Kaedah menghafal Dila adalah dengan membaca dulu teks Al-Quran berulang-ulang sehingga lancar.

Gadis yang bercita-cita menjadi pensyarah Matematik ini bahkan sempat menghafal 17.5 helai dalam sehari. Tepat pada 31 Oktober 2014 lalu, Dila menamatkan hafalan Qurannya.

Al-hamdulillah, itulah antara usaha pengkayaan Al-Quran. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Al Quran dulu dulu dihafal di dlm dada, yg menghafal patah patah perkataannya dikatakan sbg hamilulQuran (pembawa Al Quran). Al Hafiz pula, bukan sekadar hafal, tp menguasai seluruh ilmu Al Quran.
Hari ini, asal hafal, dipanggil hafiz, kurang sesuai rasanya. Al Quran, Kalam Allah swt. Menghafalnya satu kebaikan, tp memahami, menghayati dan mengamalkannya adalah kemuliaan dan kehebatan, penulis mengamal dan menghidupkannya dgn cara penulisnya, peniaga dgn cara peniaga, pekerja dgn cara pekerjanya.
Sama samalah kita perbaiki diri, sentiasa berdampingan dgn Kalam Allah swt ini, mudah mudahan kekal dia berdampingan dgn kita hingga ke Akhirat, insyaAllah.
Al Quran tidak semestinya dibaca dgn menatap mushaf di surau, masjid, atau di atas tikar solat, tp boleh saja dibaca di mana mana (selain tmpt tmpt yg tak dibenarkan). Bg yg hafal, sepenuhnya, atau sebhgnnya, boleh dibaca ketika memandu, dlm kesesakan lalu lintas, ketika menunggu, dsb, tp control volume sikit, nanti dikata riak dan isim pulak.

Anonymous said...

Al Quran itu "hudan lilmuttaqin" petunjuk bg org org bertaqwa.
Bg yg ingin menjadi org bertaqwa yg terjamin Syurga bgnya, tak dpt tidak mestilah sentiasa berdampingan dgn Al Quran, dan segenap urusan kehidupannya akan merujuk dan berpandukan Al Quran.

Anonymous said...

Tukarlah ....hampeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails