Tuesday, January 26, 2016

19 Dari 21 ADUN Kedah Tolak Mukhriz, Masih Sama Kuat?

Ahmad BASHAH (dua dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan InterCity Coach ditemani Pengarah InterCity Coach, Ooi Eng Wan (kanan) sewaktu melawat Perhentian Bas di Kompleks Shahab Perdana, Mergong semalam.

ALOR SETAR – Seramai 19 daripada 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri ini dikatakan telah menandatangani surat akuan bagi menyatakan sokongan menolak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.
Menurut sumber terdekat setakat ini hanya dua ADUN yang tidak menandatangani surat akuan tersebut iaitu Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam dan Exco Kedah, Datuk Aminuddin Omar yang merupakan ADUN Jitra.
Bagaimanapun, tersebar tuduhan-tuduhan mendakwa ada ADUN dipaksa menurunkan tandatangan selain ditawarkan habuan lumayan bagi tujuan tersebut di laman sosial Facebook.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa ia adalah atas kerelaan ADUN itu sendiri.
“Ia tidak benar kerana tidak ada paksaan (untuk tandatangan), ia adalah atas kerelaan mereka. Sebagai ADUN, kita kena ada keberanian, tidak boleh ditolak ke kiri dan ke kanan,” (Kosmo)

1 comment:

Anonymous said...

Mana mana lah dua dua tu pun bkn org kita.cuma rasanya geng badshah@don lebih menguntungkan utk pihak kita.geng yg lengkap ada paria tabung haji n jamil golf yapiem.begitupun kita harap yg baik utk org kedah n semoga kekalutan umno yg melanda akan berterusan n rakyat kedah akan kembali utk memilih pas.pan for deluloo penjilat dap selamanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails