Thursday, January 21, 2016

2 ADUN BN T'ganu Pula Keluar Parti Minggu Depan..



Dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Terengganu akan keluar parti minggu depan, dakwa Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hanafiah Mat.
Menurut sumber, Hanafiah yang juga ADUN Chukai mendedahkan, alasan tindakan itu akan diberitahu sendiri oleh ADUN-ADUN berkenaan.

“Soal untuk bersama kita (PAS) itu belum pasti, yang kita pasti mereka akan tinggalkan UMNO, tinggalkan BN. Tunggu minggu depan, ada berita baik untuk parti kita (PAS), tapi buruk untuk UMNO” katanya dalam satu program di Pejabat PAS Kemaman, Chukai, Kemaman hari ini.

Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Hanafiah memberitahu, wujud perbincangan mengenai isu pertukaran kerajaan di Terengganu apabila beberapa ADUN BN akan meninggalkan parti dan bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

“Mereka datang jumpa saya dan bincang perkara ini (tukar kerajaan) dengan panjang lebar,” ujarnya. - terengganudaily

No comments:

Post a Comment