Dudu Mazibuko
JOHANNESBURG – Seorang datuk bandar wanita di Afrika Selatan mempunyai cara tersendiri untuk memastikan pelajar perempuan mengekalkan dara mereka dan tidak melakukan seks.
Caranya ialah dengan memberikan hadiah berbentuk biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
Dudu Mazibuko dari Uthukela, akan memberikan pembiayaan berkenaan kepada 16 orang gadis di kawasannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Tujuan syarat itu dilaksanakan adalah bagi memastikan pelajar terbabit lebih memberikan fokus kepada pengajian di sekolah.
Mereka yang berhasrat memohon biasiswa berkenaan perlu secara sukarela mengekalkan dara dan bersetuju untuk menjalani ujian dara secara kerap.
“Bagi kami, ia merupakan satu ucapan terima kasih kerana menjaga diri dan memastikan mereka kekal dara untuk tempoh tiga tahun, sehingga mereka memperolehi sijil atau ijazah.
“Geran khas berkenaan hanya akan diberikan kepada gadis terbabit apabila mereka dapat memberikan jaminan bahawa mereka masih lagi perawan suci,” kata Dudu.
Menurut Dudu, biasiswa itu menyasarkan gadis-gadis muda kerana mereka sering kali menjadi mangsa eksploitasi, mengandung dan dijangkiti penyakit kelamin. (IH)
Di Jakarta, pihak berkuasa sebuah daerah di Indonesia akhirnya menarik balik rancangan aneh untuk mewajibkan semua pelajar perempuan mesti menjalani ujian pengesahan dara sebelum dibenarkan menamatkan zaman persekolahan tinggi mereka. Keputusan drastik itu menjadikan Jember di wilayah Jawa Timur sebagai pihak berkuasa ketiga di Indonesia selepas pemerintah wilayah Sumatera Utara pada 2013 dan Jawa Barat pada 2007 yang juga terpaksa membatalkan cadangan kontroversi tersebut.
No comments:
Post a Comment