Monday, January 11, 2016

Cermin Diri, Kamu Muslim Pemberani?



SEORANG Muslim idealnya memiliki sifat Berani. 

Dalam keputusan dipaparkan Buya Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup, orang yang patut diberi gelar Berani adalah 'orang yang tiada merasa gentar menghadapi bahaya kerana menghindarkan bahaya yang lebih besar.' 

Maju Menghadapi kesulitan, kerana yakin di balik kesulitan itu akan tercapai suatu kebahagiaan jiwa. Tidak undur walaupun apa bahaya di hadapannya. (Halaman 245-246). Namun, sifat Berani itu sukar hadir dalam diri seseorang Muslim, jika dirinya sendiri belum mampu ditundukkan demi kebenaran Islam. 

Sayyid Qurb dalam bukunya Ma’alim fi ath-Thariqi menyatakan bahawa tidak mungkin seorang Muslim akan memiliki keberanian (berjihad) manakala ia sendiri belum menceburkan diri dalam jihad akbar, yakni melawan syaitan di dalam dirinya sendiri dengan menepis hawa nafsu dan syahwatnya, ketamakan dan ambisi-ambisinya, kepentingan-kepentingan pribadi, keluarga dan golongannya.

Dengan kata lain, segala impian keduniawian jika tidak arahkan untuk menolong agama Allah, saat itulah keberanian dalam hati terus terkikis sebagaimana pantai yang terus mengalami abrasi.. sehingga raga mungkin masih menjalani ritual sebagai Muslim, tetapi jiwanya sudah kehilangan nyali untuk berbuat lebih besar.


Menurut Buya Hamka, keberanian yang dalam bahasa Arab disebut “Syaja’ah” itu terbagi dalam dua kategori, iaitu keberanian semangat dan keberanian budi. Keberanian semangat ini ada pada diri serdadu menghadapi musuh di medan perang. 

“Walau bagaimana pun hebatnya granat, bom, meriam, bedil, peluru, gas beracun yang ada di hadapannya, dia akan terus maju, dan maju terus, tidak kenal mundur,” tulisnya (halaman 246).

Sedangkan keberanian budi ialah keberanian menyatakan suatu perkara yang diyakini sendiri kebenarannya, walaupun akan dibenci orang. Menurut Buya Hamka, inilah yang dalam Islam dikenal dengan “amar bil ma’ruf, nahyi anil munkar,” menyuruh berbuat baik, mencegah berbuat jahat.

Buya Hamka pun menegaskan, “Tidaklah suatu bangsa akan tegak, dan suatu paham dapat berdiri, kalau di antara bangsa itu sendiri tidak ada yang berani menyatakan kebenaran.”
Oleh kerana itu, Umar bin Khaththab RA. sangat suka kepada siapapun dari umatnya yang pemberani dan tidak segan mengambilnya sebagai orang kepercayaan. Seperti kisah gadis penjual susu yang berani menolak perintah ibunya untuk mencampur dengan air. Sayyidina Umar langsung mengambil keputusan untuk mengambil gadis itu sebagai menantu.

Pernah suatu waktu Umar bin Khaththab berperkara dengan seorang Badui dalam hal transaksi jual beli kuda. Ketika dibeli, kuda itu sendiri dalam keadaan baik alias tidak cacat sedikit pun. Tetapi, dalam perjalanan ke rumah, kuda itu tiba-tiba pincang. Umar pun mengembalikan kuda itu kepada Badui itu. 

Badui mengatakan keberatan. Dia meminta agar perkara dirinya dan Amirul Mukminin itu diselesaikan oleh seorang hakim. Syuraih ibn Al-Harits Al-Kindi pun diberi kepercayaan oleh keduanya untuk mengadili perkara tersebut. 

Syuraih pun bertanya kepada Umar, “Apakah engkau menerima kuda dalam keadaan tanpa cacat, wahai Amirul Mukminin?” tanya Syuraih.
“Ya, saya menerima kuda itu dalam keadaan tanpa cacat,” jawab Umar. 

“Kalau begitu, simpanlah apa yang sudah engkau beli. Jika ingin kembalikan, maka kembalikan seperti sedia kala tanpa cacat,” tegas Syuraih.

Sambil tertawa Umar pun berkata, “Hanya begini keputusannya? Hanya sesederhana ini?” 

Syuraih menjawab dengan tegas, “Ya, demikianlah keputusanku, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar jawaban Syuraih, Umar selaku pemimpin berkata, “Beginilah sepatutnya keputusan itu, diucapkan dengan pasti (berani) dan ditetapkan dengan adil. Pergilah engkau ke Kufah yang banyak persengketaannya. Aku mengangkatmu menjadi qadhi di sana.”

Demikianlah Muslim terdahulu menghiasi dirinya dengan keberanian, sehingga hidup mereka tidak bersandar selain kepada Allah dan Rasul-Nya. Kebahagiaan yang mereka peroleh pun melampaui kesenangan apapun di dunia ini, sehingga hidup mereka terus menginspirasi hingga kini. Mereka berani mengatakan kebenaran, meski di hadapan penguasa tertinggi negeri. 

Mereka berani berdiri di atas sikap kebenaran Islam tanpa pernah ragu dan takut sedikitpun. Mengapa umat Islam tidak berani sedangkan Allah memerintahkan kita untuk tidak bersikap lemah dan bersedih hati, asalkan kita benar-benar berdiri di atas landasan iman?
وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ ١٣٩
  • “Janganlah kalian bersikap lemah, dan janganlah (pula) kalian bersedih hati, kerana kalianlah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kalian orang-orang yang beriman.” (QS. Ali Imran [3]: 139).
Terhadap ayat tersebut Sayyid Qutb menjelaskan bahawa setiap Muslim sudah sepatutnya memiliki sikap berjiwa besar (berani) atau perasaan unggul yang dipegang teguh dalam menghadapi segala sesuatu, segala situasi, semua nilai dan semua orang, yakni perasaan serba unggul kerana keimanan.

Oleh kerana itu Buya Hamka menyuruh kaum Muslimin agar memperhatikan pendidikan tauhid putera-puterinya, kerana dengan tauhid itulah keberanian sejati akan muncul dari lubuk hati mereka.

“Maka salahlah pendidikan ibu-ibu yang menidurkan anaknya dengan ancaman. Menakut-nakuti anaknya dengan hantu, gendoruwo, cindaku, palasik, urang-sibunian dan lain-lain sebagainya. Sehingga sampai anak itu besar banyak yang tidak dapat dikikiskan dari ingatannya. Kerana telah ditanamkan oleh ibunya di waktu kecil.” (Halaman 260).

Aduhai, betapa negara ini akan segera bangkit, maju dan memimpin dunia jika di setiap dada mereka ada kata Isyhadu Bi Anna Muslimun (Katakan aku seorang Muslim)..

Marilah kita sama-sama cermin diri, untuk menjadi seorang Muslim yang Pemberani. (IH)

Lihat juga..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

5 comments:

mansor said...

artikel yg baik dan sesuai dibaca oleh pemimpin PAS yg penakut nak menentang kezaliman BN UMNO....ptuihhhh

Anonymous said...

Lama dah perang dgn BN....hangpa kapiaq baru ugut skit jer hangpa dah jilat sampai lagu tuu, tak prasan kaa

Anonymous said...

Bila pak2 lebai mula menipu pengundi selepas dimenangkan...
Dan mula berbaik2 dgn musuh politik yg ditentang selama ini...mmg celaka lah mereka ni. ...takda maruah...nak diugut pengundi pula menjadi lembu mereka....sorry..tiada undi lg pada kamu2 yg khianat pengundi

Anonymous said...

Bermula yg baik itu dgn ilmu.
Dgn ilmu kita bersaksi ttg Islam, ttg Kebenaran.
Dgn ilmu kita tahu syari'at yg kita beramal dgnnya.
Dgn ilmu kita meyakini akidah dan tauhid yg benar.
Dgn ilmu kita tahu sifat syukur dan sabar itu tanda iman yg sempurna.
Dgn ilmu kita tahu ciri ciri kemuliaan akhlak yg merupakan sifat org bertaqwa.

Berani juga hendaklah dgn ilmu, jgn sembrono.
Dakwah dan tarbiyah juga hendaklah dgn ilmu, hikmah dan bijaksana.
Begitu juga menegur dan menaihati.
Lain org, mungkin lain caranya.
Lain audience lain juga caranya.

Anonymous said...

ilmu kelentong. ilmu yang tak tak seberapa tapi berbunyi mengalahkan tin kososng. itulah pas. adios!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails