Saturday, January 09, 2016

Dakwaan Serius Dr Zuhdi, DAP Perlu Buktikan Tak Salah..

Apa yang Dr Zuhdi katakan adalah dakwaan serius telah dibuat terhadap DAP (lebih serius daripada apa yang Chong Zhemin katakan) dan DAP tidak pernah menafikan mahupun mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali. Jadi, dakwaan itu tidak terjawab dan menimbulkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.
DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk memenangi PRU13, bina kem tentera Israel sebagai ganjaran, dakwa Pengarah Penyelidikan PAS,” lapor The Rakyat Post semalam (BACA DI SINI). Dakwaan itu memulakan rempuhan kritikan terhadap Dr Mohd Zuhdi Marzuki, sedangkan beliau bukanlah orang yang membuat dakwaan itu.
Inilah masalahnya apabila kebanyakan orang sekadar baca tajuk dan tak baca pun beritanya, berita diputarbelit dan apa yang dilaporkan sebenarnya tak pernah diutarakan.
Saya cukup faham keadaan yang dialami Dr Zuhdi kerana saya juga mengalami perkara sama dan walaupun selepas tujuh setengah tahun, saya masih dituduh mengatakan sesuatu yang tidak pernah saya kata. Kemudian, apabila saya terangkan yang saya tak kata bahawa Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh, dia orang tuduh saya buat u-turn dan tarik balik kata-kata saya, walhal saya tak pernah cakap begitu pun.
Anda boleh baca kenyataan penuh Dr Zuhdi (di bawah) yang diterbitkan Harakah dua hari lalu.
Sebenarnya, Dr Zuhdi kata bahawa kenyataan Chong Zhemin dari DAP Perak tentang pengharaman kemasukan atlet lelaki/wanita Israel ke Malaysia tak seserius kenyataan Mohamed Razali Abd Rahman, bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, empat tahun lepas.
Dr Zuhdi kemudian hanya menyebut apa yang didakwa Mohamed Razali. Dr Zuhdi kemudian menambah bahawa jika tuduhan Mohamed Razali itu benar, maka ia lebih serius daripada kenyataan Chong Zhemin. Kata Dr Zuhdi lagi, walaupun dah empat tahun, DAP tak pernah menafikan dakwaan Mohamed Razali.
Dr Zuhdi menambah bahawa jika tuduhan itu palsu, DAP sepatutnya ambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali (kerana ia tuduhan yang sangat serius, seperti yang boleh anda baca di bawah). Kegagalan menafikan dakwaan ini membangkitkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.
Itulah yang sebenarnya berlaku. Jadi, betulkah Dr Zuhdi buat tuduhan itu, seperti yang dilaporkan? Nampak sangat bahawa ini satu lagi serangan terhadap PAS dan bertujuan membuatkan orang PAS nampak macam badut bodoh.
Satu-satunya jalan keluar untuk DAP adalah dakwa Mohamed Razali, malah mereka sepatutnya melakukannya empat tahun lalu. Lagipun, bukankah mereka mendesak perkara sama dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (iaitu kalau memang betul PM tak curi RM42 bilion wang 1MDB, maka samanlah orang yang menuduhnya mencuri)?
Apa yang Dr Zuhdi katakan adalah dakwaan serius telah dibuat terhadap DAP (lebih serius daripada apa yang Chong Zhemin katakan) dan DAP tidak pernah menafikan mahupun mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamed Razali. Jadi, dakwaan itu tidak terjawab dan menimbulkan persoalan mengenai hubungan DAP dengan Israel.
DAP mengatakan perkara yang sama tentang Najib, iaitu jika Najib tak bersalah, maka samanlah orang yang menuduh itu. Kalau dia tak saman, maka kita mesti anggap dia bersalah. Kalau ‘standard pembuktian’ yang dikenakan terhadap Najib dikenakan juga terhadap DAP, maka itu bermakna DAP juga bersalah.
Najib diminta membuktikan dia tak bersalah, dan sehingga dan melainkan dia berbuat begitu, itu bermakna dia bersalah. Jadi, DAP juga mesti membuktikan mereka tak bersalah, dan sehingga dan melainkan mereka berbuat begitu, itu juga bermakna mereka bersalah.
Penulis asal Raja Petra Kamarudin
Penafian: Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

1 comment:

Anonymous said...

Yg tuduh la bg bukti,baru ikut prinsip islam.beban pembuktian tuduhan diletakkan pada bahu penuduh bukan yg kena tuduh.zuhdi kalau ada berani buat report dan saman dap segera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails